Monday, November 29, 2010

TIDAK REALISTIK

Semalam sebelum aku tidur barulah aku tersedar bahawa aku ni seorang yang tidak realistik..Apa yang aku lakukan selama ini aku sendiri tak boleh nak maafkan diri aku..Apa yang telah aku buat?

Selama ini aku hidup, aku hanya mencari seorang sahabat yang sempurna.Benda tu sangat tidak relevan apatah lagi realistik..Kerana kat dunia ni mana ada manusia yang sempurna..Kecuali junjungan besar kita..Kenapa aku tidak sedar selama ini?

Oh..terima kasih kepada Fairy Tail..kerana menyedarkan bahawa sahabat yang sempurna itu tidak wujud..Aku perlu menerima kelemahan orang kerana aku sendiri ada kelemahan aku jugak..Sebab itulah kita duduk dalam satu kumpulan atau nama lainnya jemaah..kerana apabila kita bersama..yang tidak sempurna akan menjadi sempurna..yang kekurangan akan menjadi lengkap..dan blablabla..

Selepas ini aku tidak mahu lagi mencari sahabat yang sempurna..Kerana perbuatan itu seolah olah seperti menunggu kucing bertanduk..Sampai bila-bila pun aku mungkin takkan jumpa..Tapi siapa tahu..kalau ada rezeki mungkin aku akan jumpa beliau..insan yang aku tunggu..

Cukup setakat ini..Selamat menghabiskan sisa-sisa cuti anda..

p/s : Ustazah pernah berpesan supaya cakap macam ni, " Aku berasa gembira dan bersyukur kerana diberikan peluang untuk hidup dan beramal pada hari ini "

No comments:

Post a Comment

reaksi dan respon