Eh korang.Dengar sini aku nak citer sesuatu..Isu kali ni mungkin agak bosan lah untuk dibincangkan..sebab aku dah selalu sangat cerita..Kepada yang dah bosan..meluat..manyampah itu..sila pergi sekarang..buang masa korang je..Kepada yang ingin membaca itu..teruskanlah..kerana anda mungkin akan dapat manfaatnya..
Isu kali ni adalah mati..Heheh.Aduh..Dalam banyak-banyak isu apsal lah aku suka sangat isu nih..Ok lah..Simple jer..Aku sangat suka tanya soalan ni kat kawan-kawan aku..Sebab aku suka tengok muka diorang terkedu..Sangat kelakar..Kadang-kadang masa aku tanya soalan ni ada yang buat bodoh jek..Macam aku tak pernah tanya soalan tu lak kan..Ada jugak yang terus tukar topik..Cakap aku kolot lah apa lah..Macam-macam..
PERSOALANNYA,apa soalannya?Soalannya adalah..
"LEPAS KORANG MATI KORANG NAK BUAT APA EK?"
Oh..Kepada sesiapa yang selalu lepak dengan aku konpem aku penah tanya soalan nih..Aku sangat menyampah bila ada orang tu dia plan keHIDUPan dia untuk kat dunia je..Nak struggle gile2 la.Pastu kumpul duit banyak-banyak..Kahwin cepat-cepat (gersang ke?)..Pastu buat anak satu lori lah..Buat rumah besar-besar..Beli kereta mewah..AH!!Bosannya aku dengar..SERIOUSLY BOSAN.Aku tak pernah jumpa jawapan lain dari yang lain.Semuanya clishe belaka..Keduniaan belaka..Aku mahu jawapan lain dari yang lain..Kerana aku mahu menjadikan beliau sahabat aku..Sahabat yang membawa kepada kesejahteraan akhirat..
Lantas, bila ada yang heboh dengan plan kehidupan diorang tu aku pun saja-saja je lah tanya.,"Lepas korang dapat semua tu korang nak buat hape lak?"..Terdiam terus diorang.Amat aneh..Pastu aku terus tanya lagi,"Lepas mati lak korang nak buat apa?"..Pehh..Lagi lah mereka terdiam..HEH?
Sepanjang hidup aku..Aku ada baca banyak kisah di mana orang yang telah mati merayu kepada Allah untuk dihidupkan semula..Katanya nak beramal kan walaupun sesaat..Hello encik..Sila sedar diri..Ko tu dah kene kapan..Macam mana nak bukak balik kain kapan ko tu ha?Tak ke susah nak semayang kalau pakai kain kapan semua..Nak takbir pun susah tau..Lagi pun kat dalam kubur mana ada paip ke singki ke ko nak berwuduk..Ape punya orang ko nih?Masa hidup dulu tak mau solat..Sekarang rasakan puas-puas..azab tak dapat solat..
Aku tak nak lah memoyo, mempoyo atau pun seangkatan dengannya..tapi aku nak nasihatkan diri aku dan rakan-rakan semua..Kita perlu berfikir merentasi semua itu..Kerana matlamat agung sebuah kehidupan adalah untuk mendapatkan kebahagiaan yang abadi di akhirat sana..Jangan sampai tenggelam di pertengahan jalan sudah lah kan..Ok children??Lain kali kalau plan tu biarlah sampai ke matlamat asal sebuah kehidupan kita.
Kepada yang terasa hati tu..aku nak mintak maap...Kepada yang menyampah tengok aku tu..aku nak mintak maap gak..Aku tak paham kenapa korang menyampah tengok aku..Kepada yang menyokong aku tu terima kasih daun keladi..
p/s : Harga sebuah kehidupan hanya boleh dirasai oleh orang yang sudah melalui kematian..Gunakan kehidupan anda sebaiknya..

No comments:
Post a Comment
reaksi dan respon