Saturday, June 27, 2009

~BERCAMPUR BAUR~GOOD BYE FOR NOW~

Esok aku akan meninggalkan my sweet home.Betullah apa orang cakap.Home sweet home.Sbbnyer aku boleh just lepak2 je kat umah tanpa sebarang gangguan.Aku nak pegi mana??Nak melanjutkan pelajaran lah.Tapi perasaan aku bercampur baur.Semua feeling aku ader hari ni.Antaranya:~

HAPPY:
Setelah sekian lama duk menyepi kat rumah,aku akan memulakan hidup di tempat baru.Meet new friends.new environment and bermacam ragam perangai manusia.Tengok je lah nanti macam mana aku nak survive kat situ.

TAKUT:
Sebabnyer,aku rasa medical check up aku sorang jer lagi yang belum disiapkan.Sedih pun ada.Takut pun ada.Mana lah tau benda nih mempengaruhi scholar aku kan???Kot2 scholar kene tarik balik ke???Tak ke sakit tu??Jadi cikgu lah aku nampaknyer.Xpun askar.~ADOI~

MALAS:
Adeh..Ni yang leceh ni.Asal pergi belajar kat tempat baru jer mesti kene orientasi.Aku paling menyampah lah dengan orientasi.Dilayan bagaikan binatang.Macamlah aku ni bengap sangat tak tahu semua benda.Kene marah2 and all.Fed up tol.Amaran kepada semua fasilitator yang bakal mengendalikan program orientasi aku.Sape2 yang yang behaviour macam bagus sangat siap korang.Aku akan lawan balik.Sebabnyer aku pun ada hak untuk bersuara.Negara demokrasi lah katakan.Kalau aku mati kene belasah dek diorang,xpe.Aku balas dendam time aku dah jadi arwah nanti..Lagi satu,kalau program tu boring macam nak mati,aku tak teragak-agak nak komen program tu kalau diberikan peluang.Just wait and see okay.

KELIRU:
Menyiapkan fail2 dan dokumen yang perlu dibawak esok.Adoii.Mane lah tau ader mane2 dokumen penting yang tertinggal ke nanti.MATI PAK CIK..Nak macam2 lak tu.Tak boleh ke buat yang simple2 jer???

SEDIH:
Bakal meninggalkan rumah aku tercinta.Sedih tul.Meninggalkan mama aku yang dah banyak berkorban.Meninggalkan radio aku.Meninggalkan katil tercinta.Meninggalkan TV teman di kala duka.Meninggalkan ANTM.~ADOI~

Friday, June 26, 2009

~DIA PERGI MENINGGLKAN AKU DULU

Very shocked today.After perform Subuh,turn on the radio and relax for a while on the bed.Listen to the joke from Pak Nil ( Aznil Nawawi ) and Din Beramboi.Both them are really talented.I like them very much.This is my routine every single day during weekday.Suddenly mimi azira announced something.It am so surprised.What the heck???

MICHAEL JACKSON DEAD THIS MORNING????

Ceh.Aku lak emo2 lebih2 ni pehal lak??Aku pun tak tau nape aku boleh emo sampai camtu sgt.Mungkin sbb aku suke dia kot??HAHAHA.Ape2 pun.Kepada saudara baru kita si MJ,semoga roh kau dicucuri rahmat.Tak sangka dia pergi meninggalkan dunia begitu awal.With no reason.Sebelum ni sihat je.Nasib baik ko sempat dapat hidayah.Berbahagialah kau di alam barzakh.Turn aku bila pulak???Entah lah..Pasni kot???Who knew????

Wednesday, June 24, 2009

WHAT??AKU ADA ANAK???

As usual.One more boring day.Waking up at 10.Having breakfast at twelve.Lunch at 6.And dinner at???Guess what??

Baru nak tido.Suddenly lak kene pi BSJ.Nak cari kasut.What??Kasut??Ape2 je r.Dah sampai kat BSJ,terus masuk kedai kasut.WAH!!Kat sini pun ader kedai kasut yang hebat2 macam ni gak.So weird.Dah masuk situ aku terus membrowse kasut2 yang sesuai dgn taste aku.TAPI.Tak jumpa pon.Nampaknya aku pakai kasut tahun lepas lah ni kat intec.Takpe.Gua tak kesah.

SEBENARNYA BUKAN ISU NI AKU NAK BINCANGKAN.Tapi tentang peristiwa aku kat kedai baju.Wah!!Kedai baju???Sementara tggu mama aku jemput aku singgah lah kejap kat satu kedai baju nih.PEH!!Ok lah jugak kedainya.Saje2 je nak melihat-lihat baju dalam tu.Aku pun terus pergi kat t-shirt department.Suddenly ada sorang promoter perempuan datang kat aku.

"Encik,nak beli baju untuk anak ke??"tanya promoter G.

"Kambing tol pompuan nih.Aku cili mulut ko kang baru tau,"kata aku dalam hati.."Xde lah.Saje je nak tgk2 baju ni haa,"jawab aku...Pastu aku pun blah...Tak guna tol...

FAIL MISTERI....

1)Apakah yang menyebabkan dier bertanya soalan macam tu kat aku???Adakah dier ada nampak entiti misteri yang mengekori aku masa tu??Tapi,masa tu aku pergi sorang2 je..OHH..It chill up my spine..

2)Atau pun...Adakah aku kelihatan seperti orang yang dah kawen????

3)Atau..Promoter tu yang sewel???Tah2 baru bangun tido kot...I can't believe dia cakap camtu kat aku???

GOOD LUCK MY JUNIOR

Hmm..Semalam pi skolah jap.Ingatkan nak amek sijil SPM sbb intec tibe2 lak nak bende tu.Pi dgn my beloved mama.Dah sampai skolah terus pergi pejabat.Terjumpa lah beberapa orang cikgu>-cikgu fadzlin,cikgu azizi n cikgu hairuslina.Selepas di interview oleh mereka bertiga nih,aku terus masuk ke pejabat.Suddenly,si abg Hizbul pop out from nowhere.Tibe2 je ada kat dalam bilik tu.Aku pun wat derk je dgn dia.Sbb tak berapa rapat.Malangnya,aku diberitahu bahawa sijil SPM aku tak keluar lagi.WHAT???

Takpe.Aku sebenarnya ada agenda lain datang skolah.Nak bagi note aku taon lepas kat junior aku-Umar Imarah.Masa cuti sekolah hari tu dia ada mintak.So,terpaksalah tolong sesama muslim.Dalam bab ilmu,aku tak boleh kedekut.Sbb ilmu bukan hak mutlak aku.Tapi hak Allah.So why not share dgn orang lain.Mungkin dia boleh berjaya.Aku amat bangga melihat orang2 yang aku bantu berjaya.

Selepas berjalan keluar longlai dari pejabat,aku terus menapak ke tingkat 4 bangunan sekolah.Aku tak pasti sama ada tingkat 3 atau tingkat 4.Tapi yang pasti,tingkat paling atas.Aku terus pergi ke kelas 5 Ar Razi.FUHH..Nasib baik dah habis kelas.Kalau tak penat aku menunggu.Sampai je kat situ,aku terus panggil Umar.Ceh,semakin hensem dan bergaya junior aku nih.Wahaha..

"Assalamualaikum,"ujar Umar memulakan perbualan...

"Wsalam,"jawabku simple."Ni ha note yang ko mintak hari tu,"sambung aku lagi...

Selepas aku menerangkan sedikit banyak tntg secret2 kat note tu,aku pun mengambil keputusan untuk chow.Sbb dia ada kelas Syariah Islamiah masa tu.Jujor lah aku tak puas hati nak menerangkan dgn lanjut tntg nota2.Tapi dah nak wat camne.Dah dia ada klas.So terpaksalah aku mengundur diri.

BUAT UMAR & GENG STUDY GROUP KO(kalau ko dah buat)~

GOOD LUCK OK..
DO YOUR BEST IS THIS SPM..
AMEEN...

Saturday, June 20, 2009

~ARGHH..TAK PAHAM LAH KHUTBAH NIE..~

Semalam..pi jenjalan kejap kat bandaraya bahau..Saje jenjalan nak carik makanan kegemaran aku-wafel coklat.Tah aper tak kene dgn wafel tuh.Tak sedap langsung pun.Ergh..Nak tak nak terpaksa lah abeh kan.Sape suruh ngade2 beli.

Masa tgh enjoy makan sekeping tibe2 ternampak seorang mamat nih.Duduk kat kerusi santai kat tgh taman.Macam kenal.Ceh.Mmg knal pun.Dier nie lah senior aku kat maahad podeh.Orang kata dier nih ader sixth sense.Btol ke??Ntah ler.Aku pun tak tau.Aku ingat tak nak lah tegur dia.Tapi,suddenly dier pandang aku.Alamak.Terpaksalah layan je dier nih..

"Salam,kau buat aper kat sini??"tegur aku...

"Tengah tggu helikopter nih..Tak sampai2 pulak.."jawab brother Arshad.."Xde lah.Sebenarnya tgh tggu akak aku..

Buat lawak lak mamat nih.Rembat kang."OO..yeke??"kataku..."So sekarang nih blajau katne??"sambung aku lagi...

"Kat USM je,"jawab beliau simple..

"USM je???Abeh arr humble tu.Ni result mesti tip top giler kan dapat USM..Ye r.USM kan universiti apex,"tanya aku dgn agak excited sket..

"Xder la.Bese2 je,"jawapan yang bajet humble..

Tak lama pastu akak dier pun sampai.OK.FAREWELL...

Next story...Hari nie hari JUMAAT.Sekarang dah pukul 12.30 pm.So,aku pun terus lah menapak ke masjid berhampiran selepas aku menelefon mama aku dan ahmad ribie.Tak guna tol bie.Geram tol aku dgn dier.Hidup2 dia tipu aku.OO..Mentang2 aku nih agak lurus..Kalau aku jumpe ko,siap ko aku rembat..

Pas amek wuduk and all..aku terus duduk dalam masjid tu.Xde orang.Kosong.Macam xde penghuni.Memang lah xde orang.Baru pukul 12.30.So,aku pun duduk lah kejap kat masjid tu.Tengok sekitar masjid.Pas setengah jam menunggu akhirnya bermulalah kisah aku mendengar khutbah.Okeh,dipendekkan cerita.Aku dapat merasakan sesuatu yang tidak kena dgn khatib bertugas.

"WHAT???Dia ke khatib hari ni???Betul ke??"ngumpat aku dalam hati...

Sebaik jer si khatib memulakan khutbah,aku langsung tak paham dier cakap ape.Serius tak paham.Pak cik yang duduk sebelah aku pun tak paham.Begitu jugak sesetengah pihak lain.Sebabnya.Khutbah hari tu disampaikan dalam bahasa tamil.Serius..Aku tak tipu.Nama pun Masjid India.Mesti lah khutbah dalam tamil.Ingatkan pi masjid nak dgr khutbah.Tapi lain pulak yang jadi..Tak paham.So nak tak nak.Aku duduk jer lah kat situ.Buat2 paham.Macam lah paham sangat..Ni lah kejadian pertama yang aku alami..SO ALAMILAH SENDIRI...

P/S:LAIN KALI NAK MASUK MASJID TU,TENGOK LAH SIGNBOARD DULU.JGN MAIN REDAH JE..NANTI JADI MACAM AKU..

Wednesday, June 17, 2009

UNITED STATES VS IRAN + NORTH KOREA

Nak dibuat cerita,US semakin terdesak.Maklumlah negara2 lain dah mula menjalankan misi pembangunan tenaga nuklear terutamanya Iran dan Korea Utara.Siapakah US yang tak bagi negara lain membangunkan nuklear???Ko saper??Aku pun tak tau lah bila krisis ni nak abeh.Macam dah nak mula perang jer.Kita tengok je lah nanti yer.

Haa..bercakap tentang masalah nie tibe2 lak otak aku ter"flashback" masa aku usrah dulu.Ni usrah aku semasa tingkatan 1 yang diketuai oleh Abg Pidgey.Wah..Si naqib aku sorang nih amat2 best.Beruntung gak dapat naqib2 yang otak dier berfikiran terbuka dan matang nih.Nak dibuat citer,si Abg Pidgey penah bagi tau aku.Tentang satu kajian yang dibuat menganai US.Menurut kajian tersebut,negara US akan tumbang dengan sendirinya dan akan bermula satu kuasa baru yang menggantikan US iaitu Great Britain.Wahaha.Masa tu aku berasa sangat gumbira.Sebabyner~US akan tumbang.

Mmg dah nak tumbang pun.Tengok jer lah masalah ekonomi kat US.Balasan Tuhan kat manusia yang kejam.PADAN MUKA.Tentera US pulak balik2 jer kat sane ader yang gila,bunuh diri dan trauma.HAHAHA.Sekali lagi PADAN MUKA.Baru tadi jer aku terbaca berita.Malaysia tersenarai dalam senarai negara yang diperhatikan oleh US sebab menjalankan kegiatan human traficking.Bende nih??Aku pun tak paham.

Well.US dah nak masuk campur urusan Malaysia.Aku harap xder lah sampai terjadik macam kat Iraq,Afghanistan dan so on.Sampai dier hantar tentera kat sini.Gila kau.Kalau ader perang,aku dengan yakinnya akan meng"offer"kan diri untuk syahid.WAH!!!Tingginya cita2 aku.Sape tak nak syahid kan??

Tuesday, June 16, 2009

~SUFFER FROM GASTRIC+DETOXIFY PROCESS~ADEH..SAKIT TOL...

Selepas wat MC kat klinik ari tu,aku pun menanamkan azam untuk mengamalkan gaya hidup yang sihat semula.No more junk food-Mr.Potato,my fevret maruku,etc(adoii sedihnya).Tapi xperlah.Utk aku jugak.So,beberapa hari selepas MC ari tu,aku pun saje2 lah semak MC yang aku wat untuk masuk Universiti Malaya hari tu.Dan aku terkejut lagi bila melihat blood pressure aku dulu.WHAT???

BLOOD PRESSURE: 130/85 ??

Wah.Kroniknyer penyakit aku nih.So,semalam aku pun membuat perubahan drastik.Aku telah berPUASA setelah sekian lama tidak berpuasa.Inilah kali pertama aku berpuasa sunat selain puasa wajib.Sbb nyer,of koslah lillahi taala.Tapi,bonusnyer,aku nak maintainkan blood pressure aku.Takut penyakit2 yang lain attack aku lak macam stroke,kidney damage(my gosh)..

Pagi tu aku tak sahur,sebabnyer-bangun subuh pukul 6(masuk azan pukul 5.40 pagi).Tapi,sepanjang hari tu,aku steady jer sebab aku dah makan malam tu pukul 12.Well,aku pon menjalankan kehidupan aku seperti biasa.Tepat pukul 645 petang aku panaskan nasik,goreng telur,buat sandwich secukup rasa dan bancuh air coklat+quaker oat supaya aku nak melantak puas-puas pas masuk Maghrib..

Lepas mandi,azan terus berkumandang.Aku rush terus ke peti sejuk untuk menelan buah mangga yang hampir2 busuk(pedulik hapa aku..da lapar sgt).Pas minum air coklat,aku menelan kesemua sandwich sepantas kilat.Masa tgh menyuap nasi ke mulut,tiba2.Adeh..What the heck??
What's wrong with my stomach??Adoii,time aku tgh enjoy makan barulah nak kene gastric..Petang tadi tak nak lah pulak kene attack.Nak makan pun dah tak enjoy tau..

Well,sebenarnya aku dah dapat agak pun benda nih nak jadik.Aku dah hidup dalam jasad ni 18 tahun beb.Dah paham masalah badan aku nih.Hari pertama puasa jer,mesti masalah yang sama timbul.Sebabnyer-badan aku mengalami proses detoksifikasi.Maka,of course lah perut macam nak pecah dibuatnyer.Usus aku macam dah sewel masa tu.Adoi..tapi takper.Gua tak kesah..

Tadi,aku dgn mama aku pi settlekan semua hal INTEC.Wah,penatnyer tuhan jer yang tau.Dah la internet connection kat bahau cam bingai.Aku nak print page bayaran student kat umah tapi unfortunately ink abeh.~WAA~Abeh satu,bahau aku tawaf ari tu utk cari tempat print.CHIPANZEE TOL..Last2 after 2 jam,baru dapat aku meng"print" student bill inquiry.My gosh.Penat arr.

Pastu.Hari ni jugek,aku mendapat satu pengalaman baru.Aku telah membuka akaun kat CIMB.Wah,first time in my life aku ader akaun sendirik.Aku nih kiranya macam masyarakat kuno lah jugak kan.Yelah,baru nak mulakan hidup.Sebelum ni tak pernah lah pulak aku ader akaun sendirik.Sbb i dont need money too much at high school.

Aku jugak ader berjumpa dgn seorang pak cik guard nih.SECARA JUJURNYA,DIALAH ANTARA ORANG PALING BAIK PERNAH AKU JUMPA.Masa pak cik tu tolong aku,aku rasa touching sgt2.I swear.Even kawan aku pun tak pernah2 tolong aku macam tu sekali.Dia banyak membantu aku untuk menguruskan setem duti hasil aku.THANKS PAK CIK.SEMOGA KEHIDUPAN PAK CIK DIRAHMATI ALLAH.

Friday, June 12, 2009

~ ORANG GILA ~

Tadi aku pi jalan2 jap.Dgn mak aku.Beli kain untuk tempah baju melayu cuz aidilfitri is coming soon.Kitorang pun masuk lah satu kedai nih.Aku dah target nak beli baju warna blue-black.Sbb blue-black is really my fevret.Suddenly masa tgh explore warna yang aku nak,aku terus terpandang kat sorang mamat nih.He's pop out from nowhere..

"Mamat ni dari planet mana??"aku mengumpat dalam hati..

Pakaian die mmg pelik.Aku tgk dier pun geram.Sbb dier macam cuba nak menghina islam.Kenapa dier sanggup berpakaian macam tu skali??Tak malu ke??Atau dier nih GILA??Nak cakap orang asli pun tak.Orang asli mana pandai pakai kopiah.

Sebab2 aku menyangka dia gila :~
~ Curly hair + warna perang ( panjang dan serabai )
~Pakai sun glasses walaupun masih pagi
~Pakai roundneck warna putih.Kat baju dier tertulis "TENGOK BOLEH,SENTUH JANGAN"(tulisan warna-warni)
~Cincin penuh kat sepuluh-puluh jari.
~Pakai "KOPIAH"??

Paling aku geram,kenapa dia pakai kopiah??Dier ni gila ke aper??Perbuatan dier tu macam cuba nak menonjolkan kat orang awam terutamanya bukan Islam bahawa islam tu versatil.Versatil kepala lutut dier tu.Dah la da TUA.Kalau nak insaf pun,bukan setakat rohani,tetapi luaran sekali.Atau,aku ni dah ketinggalan zaman??Adakah kopiah putih tu fesyen terkini??

Tuesday, June 9, 2009

~ KENAPA KALAH?? ~

Aku nie pelik sket.Ntah camne.Tibe2 lak aku boleh minat kat america's next top model (ANTM).Wah.mmg pelik tol.Penat arr aku admire sorang peserta setiap cycle.Semuanya dapat no 2 kecuali Naima dari cycle 4.Dier sorang je mng ANTM cycle 4.Si Natasha dari cycle 8 pun dapat no 2 je walaupun gambar dier lagi ok dari Jaslene.Si Joanie pun samer.Actually,aku nie minat ramai jugak lah paserta dari cycle 8 mcm Jael,Renee.Tapi,bagi aku si Natasha sorang je layak jadi pemenang cycle tu.Paling aku tak puas hati.Mase cycle 7.Si Nik tu dah ader ciri2 seorang juara tapi si Tyra pilih Nicole lak.Diorang dah salah pilih pemenang lah.Waa. ~ Bengang ~

CYCLE 3

pemenang : EVA (tak layak)

sepatutntya menang : Ann
CYCLE 4
winner : Naima (layak)

pesaing masa final : Kahlen



CYCLE 5

pemenang : Nicole (tak layak)

sepatutnya menang : Nik





CYCLE 6

pemenang : Danielle (tak layak)

sepatutnya menang : Joanie







CYCLE 7

pemenang : CariDee (layak)

pesaing masa final : Melrose





CYCLE 8

pemenang : Jaslene (tak layak)


sepatutnya menang : Natasha








CYCLE 9


pemenang : Saleisha (tak layak)

sepatutnya menang : Heather







CYCLE 10


pemenang : Whitney (tak layak)


sepatutnya menang : Claire








CYCLE 11


pemenang : McKey (tak layak)

sepatutnye menang : Analeigh

~ HARI YANG LAIN DARI YANG LAIN..

Ohh..dah lama aku nak cari idea untuk update blog aku yang dah berkurun tak di"update"kan.Akhirnya,hari ni keluar jgk idea yang mencurah..Ok lah jugak hari ni.Banyak sgt perkara berlaku.So,aku pun terpaksa lah bagi2 cerita ikut nombor.Antaranya.

~SHIKIN,KO BUAT MEDICAL CHECK UP(MC) KAT MANA??~

Pagi tadi,kene wat MC utk biasiswa JPA.Nak tak nak,aku kene la bangun awal hari ni.Pukul 7.20 bertolak dari rumah.Kene datang awal.Kalau tak,kene tggu turn lah baru abeh MC.Datang2 je kat klinik kesihatan pilah aku terus serbu kaunter 1.

"Uncle,nak wat MC katne??"tanye aku dgn slumber giler..

"Ooo..MC ea??pergi terus kat kaunter 5,"cakap uncle tu.

"Ok.thanks uncle,"Aku pun terus rush ke kaunter 5.

Sampai je kat kaunter 5 tu,ader lak sorang mamat tua nih.Pandang tak puas hati kat aku.Keje dia jage kaunter je,tapi keco nak mampos.Blah arr kau.Aku pun berdirilah kat kaunter tu.Dengan sombongnyer,dier mengangkat sebelah keningnyer bila aku berdiri kat situ.Dier tak cakap pon aku da paham apa maksudnya.

"Pak cik,saya nak wat MC arr,"kat aku dgn muka yang agak manis walaupun tgh bengang dgn uncle tu.Ikut hati,nak je aku panggil atuk.Ye lah.Kalau muka mcm tu standard panggil atuk dah arr.Kecoh lak tu.Tapi aku tak sampai hati arr.Aku nak menjadi insan yang baik mulai hari ini.

"Tapi kalau MC utk JPA sebulan baru siap.."kata uncle tu

"Pedulik apa aku,"kata aku dalam hati."Tak pe lah pak cik,"aku berlakon kat depan uncle kecoh tu."Hmm..nak tanya sket.Ader tak sorang pompuan name syikin wat MC jgk semalam??"tanya aku utk dapatkan kepastian.

Selepas dia check kat buku pendaftaran MC dier pun cakap "Xde pun sape2 nama syikin datang wat MC semalam.Ko biar betol dik.

"Xder ea??Eh pelik tol..Semalam syikin cakap kat aku dier sudah pun wat MC kat tempat tu gak??Sape Syikin??Oh..Lupa kenalkan.Syikin ni kawan aku.Bakal doktor.Dier dapat offer JPA pi INDIA.Berbalik kepada peristiwa tadi,aku pun keliru.Biar betul pompuan nih.Abeh tu semalam dier wat MC katne lak??Pelik2..Adakah selama ni aku berkawan dgn roh??Adakah aku bermesej dgn roh..OH NO !!!!

~ALAMAK..AKU ADER PRE HIGH BLOOD PRESSURE..TIDAK!!!~

Selepas bereskan semua MC tadi,aku pun cek lah buku laporan kesihatan aku.

BLOOD PRESSURE : 130\80

"Mama,kalau blood pressure 130\80 normal tak??"tanya aku kat mak aku.Maklumlah.Dier kan nurse.

"What the heck??Ni da level darah tggi nih."kata mak aku sambil buat muke terkejut..

"Oh.yeke??"balas aku dgn pasrah.

Ni kali kedua aku dikesan menghidap darah tinggi.Tapi aku cek kat intenet,blood pressure aku still ok.Cume mencapai level pre high blood pressure je.Boleh survive lagi.Lagipun,aku rase aku da tau punca panyakit aku nih.Mungkin sbb aku slalu tido lambat malam2 dan kurang bergerak pas SPM nih.Ye r.Keje aku tgk TV,tido and online.Kan simple tu.Tak bergerak langsung.

Tapi kan,kenapa aku kene??SLOTH tak kene??Menurut fakta,sloth adalah binatang paling pemalas kat dunia.Most of the time kat dunia nih dier spend untuk tido jer.Plus,sehari dier gerak beberapa inci jer.Mmg dasat lah tahap pemalas haiwan nih kalau nak compare dgn aku.Tapi,kenapa dier x kene darah tinggi??KENAPA AKU SORANG??TIDAK !!!

~ HE'S LOOK LIKE ME ~

Hmm.Aku nak flashback balik peristiwa aku wat MC tadi.Mase first time datang kat klinik tu,aku terpaku bila mana terlihat seorang mamat nih (i am not gay ok).Tak tau knape.Aku rase aku penah tgk muka dia sebelum nie.Tapi,kat mana ek??Tggi dier standard aku.Puas aku perah otak.Aku bukan pandang dier skali.Tapi banyak kali lah jugak.Dah sampai rumah,baru aku ingat.Lah,mmg lah aku penah jmpe muke orang nih.Tiap2 hari aku jmpe muka mcm tu dalam cermin.Rupa2nya,muka dia cm muka aku.Tapi,putih sket je dari aku,xder misai,xder janggut dan xder parut eksiden.

Saturday, June 6, 2009

~ FED UP..I WANNA BE A SERIAL KILLER..DONT CARE

Ape2 je r.Terus terang aku katekan,aku sakit ati dgn insan yang amat2 arrogant.Da lame aku bengang dgn budak nih.Cam bagus.Sape ko nak bangga sgt dgn diri ko tu??Ko tu dah famous sgt keh kat dunia nih??Sampai aku tego ko pon takleh??Alamak,silap aku gak.Yang aku pi tego budak bodo mcm ko tu buat apa lak.Ceh,bajet bagos je blog tulis dalam english.Nak menunjuk lak yang ko ni hebat sgt english.Siap,mencarut carut lagi kat situ.Ape r.Aku da lama tak respek ko pon.Sbb,ko mcm bodo.KESIMPULANNYA,KO MMG INSAN PALING BODO..Kalo diberi peluang, name ko telah pun tersenarai dalam orang2 yang aku nak bunuh.Mayat ko aku kerat 100 bahagian pastu aku bagi anjing makan.Tak pun jual kat kedai makan cina.Just wait and see..

Friday, June 5, 2009

PELIK..

Tadi aku driving kete.Boring arr.Saje je jalan2.Destinasi aku adalah nowhere.Di mana ader jalan disitulah akan aku tempuhi.Tiba2,aku ternampak satu road block kat depan tu.Mak aihh..Road Block JPJ.Mati aku kali nih..Aku jadik kelam kabut.Tangan kanan aku pegang stering,dan tangan kiri aku cari lese kete kat dalam wallet kat poket.FUHH,nasib baik ader wallet aku tu..

Nak dibuat citer,aku pun wat je lah muke slumber bila lalu kat depan uncle JPJ tu sambil tunjukkan lesen.Ye r.Bawak lesen lah katekan.Kalo tak tadi da lame aku wat pusingan 180 darjah kat jalan.Aku ingat aku lepas.Tibe2 lak uncle tu cakap camnie.

"Dik,turun jap,"kata uncle JPJ..

"What??Tapi saya tk ader buat ape2 salah pun kan??Ader aper nih??"soal aku nak dapatkan kepastian..

"Kitorang nak buat suntikan kesihatan,"sambung uncle JPJ..

"APE??adakah aku mimpi nih??"aku bemonolog sendirian..

Tiba2 lak tah dari mane ader lak 4 orang nih,pegang aku.Sorang macam pegawai perubatan dan pegang jarum.Alamak.Aku terperangkap.Ape lagi.Kat situ gak aku kene cucuk.Tapi yang aku heran xderlak dier angkat lengan baju aku.Dia main cucuk je kat bahu aku.Giler ape.Aku ingatkan sakit lah kan.Tapi mcm xder rase ape2 pun.Aku pun menampar pipi aku.Adakah aku bermimpi??Pastu aku tak hengat ape2..

"Wah,aku kat mane nih??Macam aku kenal suasana nih.Eh,macam kat bilik aku lak??"Lah!!Mimpi ghupenyer??WAHAHA..Saspens tol..Tapi,adakah mimpi ni ader kaitan dgn aku yang bakal buat ujian mountaux??AHH.TIDAKK!!!!

MORAL:LAIN KALI JGN TIDO PETANG2.WAHAHA..

Tuesday, June 2, 2009

BENCI+FRUST+TENSE+TERKILAN=SAKIT HATI

Aku ni,bukan sape2 pon.Tapi terkilan lah jugak.Dgn orang zaman sekarang.Khususnya yang bergelar islam.Terutamanya perempuan.Aku bukan nak salah kan semua.Tapi,ader segelintir insan.BODO.Tu je perkataan yang sesuai untuk korang.Cakap Islam.Tapi,kenapa tak jaga akhlak??i mean,why u r not cover the part of your body that u suppose to cover??BONGOK.Tak kesah lah ko tu cun ke tak,same je.Allah xde pun cakap,pompuan rambut lawa dgn muka cun boleh bukak aurat.Mane ade..Tak penah aku dgr de..Korang je wat fatwa sendirik.Come on.Sedarlah korang sumer.Ko ingat ko letak gambar korang tak pakai tudung kat fs,ms or facebook aku nak add lah??Jgn harap lah.Lagi aku antar virus kat profile korang aderlah.Nanti kalo PC korang da rosak,jgn nyesal lak.Aku yang buat.HUAHUAHUA..

DIKEJUTKAN PAK CIK POSMEN..

Aku tgh tido.Suddenly pintu bilik kene ketuk.Eh,pasal nih??"Tuan(bukan nama panggilan sebenar),ade posmen nak jumpa.Wah!Posmen.Tanpa berlengah,aku bangkit dari tmpt tido dan terus meluru ke arah uncle posmen.Mase tu,tak perasan bawak selimut sekali kat atas bahu.Mmg segan.Asal posmen nak jmpe nih??Laa..kene sign surat rupenye.Nak sahkan surat aku dah sampai.

Surat apa??Surat tawaran blaja.Akhirnya,aku dapat offer gak.Aku bakal menjadi pelajar di salah satu u kat australia.Nasib baik dapat australia.Aku malas je pi UK tu.Tak tau pesal.Mungkin sbb orang dier kut.THANKS GOD.THANKS MAK&ABAH.

Monday, June 1, 2009

HATS OFF ~ TARIQ ZIYAD AND RASULULLAH

Hari ini merupakan pengalaman baru bagi aku.Mana taknye,aku berjaya menghabiskan satu novel dalam masa sehari.Macam tak caye pulak.Sebelum ini,aku tak pernah2 pulak baca novel.Tapi entah macam mana,hari ni boleh lak tergerak nak baca.Memang pelik.Amat ajaib.

Tapi bukan tu yang aku nak persoalkan.Aku amat menghormati sikap panglima TARIQ.Dia mmg manusia paling humble,tawaduk dan pintar yang pernah aku jumpa.Namun,sebaik-baik dia,baik lagi akhlak Rasulullah.Itu memang tidak dapat dinafikan.Antara sikap yang membuatkan aku tertarik untuk sanjung dua insan ini adalah kerana akhlak mereka yang sungguh terpuji,contohnya:


~tidak menyentuh makanan yang haram apatah lagi memakannya kerana bagi mereka makanan haram yang masuk ke dalam perut mereka akan dibakar oleh api neraka.eg. pork,harta anak yatim.

~menjauhi arak kerana arak merupakan ibu segala kejahatan

~tidak terpengaruh dengan hawa nafsu.Bagi mereka bidadari di syurga jauh lebih cantik dari wanita tercantik kat dunia nih.

Wah,aku sungguh teruja dengan akhlak mereka berdua terutamanya sikap mereka yang ketiga.Mereka langsung tidak tergoda dengan wanita bahkan menjaga batas-batas pergaulan dengan perempuan.Aku mmg respek part nih.Tak macam kawan aku.Masing2 player dan berfoya-foya jer dgn perempuan.Bongok betol.Dasar lelaki murahan.Mulai hari ini,buat kawan2 aku yang player tu,jangan haraplah aku nak respek korang lagi.NEVER.Takkan sesekali dan selamanya.

Ni merupakan list kawan2 aku yang masih aku respek sbb masih menjaga batas dgn perempuan.( yang lain tu jangan haraplah ) : ~ amadYus,hakeemhanafz,ikhwan,ammar sidqi,shin chan.Kepada yang aku tak listkan name tu,jangan haraplah aku nak respek korang.Xde makne de.Mungkin aku ni kelihatan agak kolot.Tapi,biarlah orang nak cakap ape pon.Salah ke aku nak membenci org yang buat dosa??SALAHKAH???