Sunday, May 30, 2010

Street..Wait For Me..


I was born at Street..I am belong to the street.Tapi aku dah lama tinggalkan dunia itu..Kini aku dah lupa segala-galanya..Tapi sekarang aku nak masuk balik dunia Street..Its cool man..Tapi aku dah 19 tahun sekarang..Bolehkah aku mencapai impian pelik ini???I wanna dance..I wanna breakdance..I wanna hit the floor..I wanna have my b-boy..my own crew..Ahh..Sudah lah tu..AUSMAT tinggal setengah tahun lagi..Pastu, aku ingat nak carik crew somewhere in Australia (kalau dapat)..Kalau tak dapat carik kat sini pon ok pe..Break dance is my passion..ITS AWESOME..ARGHH!!!!!

hit the floor man..


my dream..my passion..

THE END..

Saturday, May 29, 2010

Impian Jadi Kenyataan..Betulkah??


Oh..Post kali ni tak ada apa-apa kaitan dengan tajuk..Aku berasa sungguh teruja..OH!!Aku bermimpi cikgu vokal idola aku..CEH!!HAHA..Siapakah beliau??Entah..Tunggu yer..Macam biasa,malam tadi aku tido..Tido punya tido tiba-tiba lak dapat mimpi INDAH..Itu lah sebabnya aku suka tidoo..Sebab dalam mimpi kita dapat buat apa yang kita tak dapat buat di dalam dunia realiti..Dunia mimpiku memang sungguh INDAH..CEH!!

   Apa yang bestnya, aku mimpi jumpa dgn si Faizal Tahir tu.The best part is aku dapat borak face to face dgn dier..Yang aku heran tak ada la pulak orang nak potong line masa aku borak dgn dia.Macam dia tu tak femes lak kat dalam mimpi aku tuh..Macam-macam la aku borak dgn dia.Sempat gak aku buat kelakar dengan dia..SENGAL nyer AKU..Apa-apa pun..ia adalah sekadar mimpi..Mimpi yang tak mungkin menjadi realiti..

faizal oh faizal..apsal lah ko cool sangat??

Wednesday, May 26, 2010

TAG DARI DAYAH

Ni adalah tag yang aku dapat dari Dayah Adzman..Kang tak jawab merajuk lak dier..


1] Adakah anda happy sekarang?
TIDAK!!!

2] Kenapa anda happy?
aku tak happy laa..

3] Apakah benda yang boleh membuat anda happy?
Benda??Hmm..PSP..Basketball..Video gaming..

4] Pernahkan anda menerima tag?
Banyak dah..ada la dalam seribu..

5] Nyatakan warna yang anda suka.
Hitam, putih dan blue black only..

6] Berikan 9 orang yang anda mahu tag. Sila beritahu kepada orang yang anda mahu tag supaya dapat respond.
benda yang paling tak suka dilakukan kerana melecehkan dan merahsiakan...
nwaz, cam kne buat jugak sbb arahan...
berikut adalah senarai insan-insan yang bertuah :
1)En Rizal..
2)
3)
4)
5)
6
7)
8)
9)


7] Nyatakan sesuatu tentang orang yang anda tag. Nak tulis panjang berjela pun takpe, asalkan anda happy.


1)En Rizal..
Beliau seorang yang cool..comel dan berpengetahuan luas..Aku amat meminati caranya menyampaikan ilmu..SO COOL..(ERK..Boleh ke camnih??)

Monday, May 24, 2010

COOL

   Aku baru je habis BTN..Sape cakap BTN sucks??Meh sini aku cili mulut ea..Mentang-mentang la ko pembangkang..nak cakap camtu lak..I HATE THAT KINDA PERSON...Belum apa-apa lagi dah nak tuduh bukan-bukan..GERAM...

   Apa-apa pun..back to the story..BTN is absolutely cool..I LOVE BTN..Especially my facilitator EN RIZAL...YOU COOL MAN!!!ITS AWESOME!!!!Dulu aku tak paham perlembagaan MALAYSIA PERSEKUTUAN..KINI..aku semakin paham dengan pelembagaan..dan aku lebih paham..COOL!!!!


Monday, May 10, 2010

KEKUATAN IMAN

kekuatan super??
  
KEKUATAN IMAN??Apakah itu??Mungkin ramai orang tertanya-tanya..apakah yang dimaksudkan dengan kekuatan iuman.Dan aku juga mungkin sebahagian daripada insan-insan yang tidak tahu apakah itu kekuatan iman.Post kali ini aklu ingin berkongsi sedikit ilmu yang aku peroleh petang tadi..

AL KISAHNYA BERMULA APABILA...

    Petang ini aku berasa sungguh penat...Kertas MALAY STUDIES baru sahaja habis..INSYAALLAH segala-galanya berjalan lancar..Aku telah berusaha sedaya upaya menggunakan seluruh kudratku untuk menjawab soalan peperiksaaan tadi..Kini aku serahkan segala-galanya kepada YANG MAHA ESA..Moga-moga lulus hendaknya..

    Tiba-tiba rakan aku mengajakku makan malam..Aku pun nak tak nak terpaksalah ikut..Dalam perjalanan kami terserempak dengan sekumpulan lelaki yang digelar MAT REMPIT MAT TABLIGH..ARGH!!Aku sudah menjangkakan ini akan berlaku..Seperti yang aku sudah agak,mereka menahan kami ditepi jalan..

   Setelah memperkenalkan diri salah seorang daripada ahli TEBLIGH itu memulakan bual bicara..Tajuk ceramahnya tazkirahnya adalah MENCARI KEKUATAN IMAN..Wah..Aku sungguh teruja mendengarnya.Walaupun hanyalah sekadar 5 minit sahaja..Namun ia sungguh bermakna..

INI ADALAH BINGKISAN TAZKIRAH BELIAU YANG SEMPAT AKU INGAT..

   Apakah itu KEKUATAN IMAN?Adakah orang yang kuat memiliki sesuatu yang dipanggil kekuatan iman?Siapakah yang mempunyai kekuatan iman ini??HAA??Siapa??Adakah BODY BUILDER??Atau pun ahli gusti?Namun sebelum bicara diteruskan eloklah sekiranya aku menjelaskan apakah itu kekuatan iman..

  Kekuatan iman adalah satu bentuk kekuatan yang diperlukan untuk melakukan kebaikan di jalan ALLAH..
Tidak semua orang yang kuat mempunyai kekuatan iman..Malah tidak semua orang biasa juga mempunyai kekuatan iman?HAH??Apakah bezanya??

ANALOGINYA CUKUP_CUKUP MUDAH...


Cuba bayangkan..Seorang lelaki yang mempunyai otot yang besar..Dan berkemampuan mengangkat berat melebihi 100kg..Kuat bukan orang itu??Tetapi adakah lelaki itu mempunyai kekuatan iman??Adakah anda pasti??Cuba anda bayangkan pula, lelaki yang sama pada waktu subuh..Adakah anda pasti lelaki itu mampu untuk bangun untuk menunaikan solat SUBUH?Hanya kekuatan iman sahaja yang boleh mengangkat selimut yang hanyalah seberat tak sampai pun 1 kg..Hanya kekuatan imanlah yang mampu membangunkan lelaki tersebut dari mimpinya dan tidurnya..TETAPI BUKANLAH KEKUATAN FIZIKALNYA...


adakah kekuatan fizikal mampu mengangkat selimut yang ringan pada waktu pagi?

Kesimpulannya,bersama-samalah kita membentuk kekuatan iman kita supaya kita dapat terus beramal dengan lebih khusyuk dan khuduk supaya kehidupan terus diberkati dan diredhai oleh ALLAH..

AMIN..

Salam sayang dari aku kepada warga pembaca..TINGKATKAN IMAN KURANGKAN MAKSIAT!!!!

-ARIF-

Saturday, May 8, 2010

HIJRAH

WHAT??HIJRAH?? Yup..Aku telah bernekad bahawa aku akan berhijrah..Aku hendak berubah arah..Tidak mahu lagi tinggal di kepompong yang lama..

   Aku perlu membuat anjakan paradigma..Kerana aku telah cukup-cukup terseksa duduk selama setahun di sini..Cukuplah penderitaanku..AHH!!ALLAH sahaja tahu penderitaanku selama aku hidup setahun di sini..KINI segala-galanya telah semakin buruk...Aku memang perlu BERHIJRAH..Mungkin kehidupan aku selepas berhijrah lebih baik..SIAPA TAHU??

   Walaupun aku berasa berat hati untuk meninggalkan sahabat AUSMAT..tetapi aku merasakan bahawa ini adalah jalan terbaik BUATKU..KENAPA??TEPUK DADA TANYA IMAN..Adakah selama ini mereka mampu membentuk aku menjadi insan yang lebih baik??AKU RASA TIDAK!!SUNGGUH!!!Adakah mereka mengambil berat terhadap aku??TIDAK!!!

   HARI INI SEGALA-GALANYA TELAH JELAS..Proses perpindahan ke CEMARA telah betul-betul membuka mataku..Tak ada sesapa pun nak amek aku jadi roomate diorang..SEBAB aku ni tak penting pun..ANYWAY,THANKS sangat-sangat kat HAZMI sebab offer aku jadi roomate kau sebab aku berasa amat dihargai..TETAPI..MAAF!!Aku terpaksa menolak sebab aku ingin berhijrah..Aku ingin merasakan hidup di DUNIA BARU..Mungkin aku akan menjadi insan yang lebih baik bersama meraka..Bersama rakan-rakan baru..DI BLOK ALM..SELAMAT TINGGAL SEMUA MEMORI PAHITKU DI AUSMAT!!!

Sunday, May 2, 2010

SUSAH SANGAT KE??

SUSAH SANGAT KE nak reply mesej aku? Macam lah kene taip 2000 patah perkataan macam nak buat thesis..At least reply la.Tak adalah aku rasa macam gila cakap sorang-sorang..I HATE THIS KIND OF PEOPLE...


SUSAH SANGAT KE nak angkat "phone call" aku?? MACAM lah telefon tu berat satu tan!!Kot ye pun da benci aku, cakap la depan-depan..TAk PAYAH la aku terhegeh-hegeh nak jadi kawan kau.TAK HERAN aku der..ORANG MACAM NI PUN AKU BENCI JUGAK!!!


SUSAH SANGAT KE  nak tutup pintu??Dah tau masuk bilik pandai-pandai la tutup balik..PEMALAS!!!I DONT LIKE ROOMATE LIKE THIS..


SUSAH SANGAT KE nak bersihkan toilet lepas pakai??At least flush laa..Tau la ko tu kapir..tapi at least jaga lah kebersihan..DAH la kencing berdiri..Tak tutup pintu lak tu..I HATE THIS KIND OF ROOMATE..


SUSAH SANGAT KE nak solat berjemaah??HAA??Penat aku ajak korang carik pahala sesama..Tapi korang tak nak!!PAHALA dah cukup ke nak masuk syurga??


SUSAH SANGAT KE nak solat kat surau atau masjid??Kalau surau atau masjid tu kat atas gunung ke atau kat tengah hutan aku tak kisah..Ni surau jalan beberapa tapak je dah sampai..DENGAN ALLAH pun nak berkira..NAK JUGAK SOLAT kat rumah atau kat dalam bilik yang tak tentu suci dan bersih..Kemudahan dah ada..Tapi still kufur nikmat surau atau masjid tu!!!!

DAH LA TU..PENAT AKU NAK TULIS BANYAK-BANYAK..CUKUPLAH SETAKAT INI..

LESSON OF THE DAY

  
 Semakin lama aku hidup..makin banyak yang aku belajar..DAN SEKARANG!!AKU TAK PERCAYA KONSEP FRIENDS FOREVER...IT DOES NOT EXIST AT ALL..Teramatlah susah nak cari seorang sahabat yang betul-betul ikhlas nak jadi sahabat aku...AKu dah langsung tidak mempercayai sesiapa pon..

   Aku masih ingat...Masa aku tgh sedih giler..nobody around me to support me..Aku merana sorang-sorang..Sakit sorang-sorang..Sengasara sorang-sorang..Tapi, masa aku gembira aku lagi hairan..Ramai je member aku kat sekeliling..Member gembira senang nak carik..Tapi member susah, sampai kiamat pon tak jumpa-jumpa..



  By the way, aku akan tetap teruskan kehidupan..Aku ingin menjadi seperti semut..Tak kisah apa yang terjadi, semut tetap akan mencari jalan penyelesaian mencari makanan..So do I..Kenapa aku ni terlalu bergantung kat rakan-rakan aku??Padahal time aku susah sorang pon tak nak bantu aku..Time aku dapat result math..NOBODY SUPPORT me..Walau pun aku ni nampak cool je kat luar..kat dalam hati aku nangis..Nangis sebab xder sape support aku..AHH!!!Better aku jauhkan diri dari mereka dari sekarang..


   Everyone UNDERESTIMATE me..Including lecturer..Mengapakah ini sepatutnya berlaku?HAA?? AHH!!!SENGAL!!!Adakah salah aku aku ni tak suka math??Adakah salah aku kalau aku tak pandai??
HAA??

am I that loser??


   Aku tak suka berfalsafah..Kenapalah kalau jumpa motivator mesti dier cerita macam-macam teori..Padahal bende tu tak betul pon..Sebab tu aku TAK SUKA MOTIVATOR..PENIPU!!!...SUDAH LAH TU..


   SO, otak aku pun dah bercelaru..Sorry semua..I GOTTA GO.. PERGI MEMBAWA DIRI..Menghilangkan luka di hati..OH JOKER!!!Nampaknya kau ingin menguasai mindaku..Harap-harap aku dapat bertahan..Kalau JOKER dah menguasai diri aku, habislah aku!!!

AKU TAK SUKA SEMUA ORANG!!!!PENIPU!!!

DAN PENUH KEPURA-PURAAN..


SERTA TAK UBAH SEPERTI SEBUAH PLASTIK


Dan sekarang..hidup aku tak ubah seperti seorang joker..HIDUP PENUH DENGAN KEBENCIAN di dalam dunia kegelapan..

SO LONG PEOPLE..DON'T MESS WITH ME..OR YOU'RE DEAD!!!

hate: