Thursday, October 7, 2010
FINAL CHAPTER..FAREWELL POST..THE END
Setiap yang bermula pasti akan berakhir..Dan aku telah membuat keputusan yang muktamad..Aku dengan rasminya ingin mengakhiri blog ini..Menamatkan spekulasi yang entah muncul dari mana..Aku ingin menghilangkan diri buat seketika..
Maka hari ini tercipta lagi satu sejarah..Aku akan hilangkan diri dari dunia siber buat seketika..Kerana aku ingin mencari ketenangan..Maka apa yang telah aku fikirkan adalah..mengakhiri blog ini, memadamkan akaun fb, myspace, twitter dan sebagainya...
Dan juga aku telah pikir masak-masak..Aku ingin menarik diri dari GRAND DINNER AUSMAT..Sebabnya?Kerana aku dapat merasakan bahawa malam tersebut bukanlah malam aku.
.Bukanlah suatu malam yang akan membuat aku ceria dan gembira..Tetapi malam yang akan membuatkan aku bertambah sakit dan derita..Aku cumalah watak sampingan di tempat ini.Tak ada signifikan langsung..Maka sebagai watak sampingan, tidak perlulah aku muncul dalam semua episod..Dan perlulah pandai-pandai keluar daripada kisah ini..
Kepada semua kawan-kawan dan rakan pembaca, aku ingin meminta maaf kepada korang..Sebab aku bukanlah kawan yang baik..Sebaliknya seorang kawan yang emosional, tak waras dan gila...Cuma pesan aku..pandai-pandai lah menjaga diri..Kehidupan amat sukar..Dan pandai-pandai lah memilih kawan..Dan kepada yang dah ada kawan baik ke, bff or whatsoever..pandai-pandailah jaga hati mereka..Hargailah mereka seperti mana korang hargai family korang..Sebab mana tahu, mungkin hari ini dia adalah kawan baik korang tapi pada masa hadapan mungkin mereka adalah musuh paling ketat korang..
Akhir kalam..salam sejahtera buat kamu semua..Aku akan sentiasa doakan kesejahteraan korang bersama orang yang korang sayang...Dan bersegeralah korang kembali ke jalan yang benar...sebelum terlambat..Sesal dahulu pendapatan..sesal kemudian tak ada gunanya..
- THE END-
p/s : aku sedang terjatuh..dan perlukan masa untuk bangun sendiri.. sebab tiada sesiapa nak tolong..tapi aku janji yang aku akan kembali..mungkin esok..mungkin minggu depan..atau pun 10 tahun lagi..tetapi aku akan kembali bukan sebagai aku yang lemah..Aku akan menjadi aku yang baharu...Maafkan aku semua..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
.jpg)
No comments:
Post a Comment
reaksi dan respon