Friday, July 30, 2010

MISTERI..


Oh..Aku suka becerita tentang ketamadunan..Terutama tentang tamadun yang lampau..Salah satu tamadun yang misteri adalah ATLANTIS...OH..Aku sungguh teruja membaca kajian tentang atlantis..Kononnya manusia di sana sungguh maju dalam teknologi..Dan mereka berkomunikasi menggunakan psikik...

Malangnya benua atlantis tenggelam di dasar laut akibat penyalahgunaan kuasa glob yang mampu mengawal kuasa matahari..PERgh!!!Hebat kau..Dan ada juga versi yang menyatakan bahawa tamadun itu musnah akibat pencemaran teruk yang melanda tamadun itu..ADAKAH ia benar??Jom kita kaji sama-sama..


recent world map..



kononnya kedudukan atlantis...

salah satu teori kedudukan atlantis..

nampak tak atlantis di situ??

kota atlanta...yang hilang..

kedudukan atlanta...dalam peta dunia...agak betul kan??


p/s: TERKILAN KERANA PRANK YANG GAGAL...

Thursday, July 29, 2010

UJIAN PSIKOLOGI YANG GILA..



Hmm..Hari ini..Buat pertama kalinya aku melakar sejarah..Sejarah di mana aku telah menjalani ujian psikologi..Ianya mungkin berbunyi gila..tetapi..memang pun..Hahaha..

Apakah itu ujian psikologi??Ujian psikologi adalah keadaan di mana seseorang menjalani ujian bersama dengan pakar kaji otak..psikologi..atau kaunselor..Ermm...Apakah maksudnya??Entah la Bedah..Ko pikir la sendirik..



OH YA!!Tadi aku buat ujian personaliti bersama seorang auntie yang sangat  misteri..Pakaian beliau kelihatan seperti dari kurun ke 12 dari zaman purbakala..CIS..Dan beliau adalah seorang astrologi..Beliau mentafsir personaliti aku berdasarkan tanda tangan..Sungguh gila..YAAA..Sungguh GILA..Dan aku sungguh takut dengan auntie itu..Kerana dia sungguh misteri..

Hmm..Apa yang dia ramal ek??ADA LAH..HAHA..Sebenarnya aku agak terkejut jugak..Kerana dia ada mengatakan beberapa perkara yang amat tepat dengan apa yang aku hadapi..HMM..Adakah itu satu kebetulan??



Menurutnya...Aku ni seorang yang kesunyian..Betul ke??Mungkin betul dan mungkin salah..Hahaha..Macam mana dia tahu??Adakah dia seorang psikik??Atau pun seorang penipu??Atau pun seorang pakar bahasa tubuh yang berselindung di badan seorang wanita tua??CISS..Aku pun takut dan gerun mendengar tafisrannya terhadap aku...SUNYI???Memang kelakar!!!

Dan dia cakap..kalau aku nak berjaya aku mesti tumpukan terhadap agama..Dia cakap aku akan lebih menonjol kalau selalu pergi masjid atau surau..Entah betul entah tidak..Aku pun tak tahu..Mustahil manusia boleh meramal masa hadapan..Tetapi siapa tahu??Mungkin betul..dan mungkin tidak..

Tetapi walau apa pun yang terjadi,,aku ambil yang baik dan buang yang tidak baik..Haha..Ada segelintir yang betul dan ada jugak yang salah..So, aku kena pandai pandailah pilih yang mana satu kan..Akhir kalam...Selamat berubah dan melakukan transformasi kepada diri aku dan kalian semua yer..Salam..

P/s: Masih terkejut dengan ramalan auntie misteri itu..CIS...

Wednesday, July 28, 2010

PUISI GILA...




Who am I..
I am not spiderman..
neither batman..
I am just a typical human being..
Go away you dumb..
I have to free myself..
And free my mind..
From you..
MUPPET....

Monday, July 26, 2010

TIADA MASA..

dimensi masa yang hanya boleh dikuasai oleh  MAHA PENCIPTA..

Salam..Apa khabar warga pembaca??Semoga kehidupan kalian sentiasa dirahmati ALLAH hendaknya..Maaflah kerana sudah lama tidak mengupadate post ni..Oh ya..Malam ni merupakan malam yang sungguh istimewa..Kalau tak silap aku, malam ni malam nisfu syaaban kan??Betul tak??Oh!!Dah sampai syaaban rupanya..Tak lama lagi nak ramadhan pulak..Hmmm...

OH YA..

Macam biasa..Aku sudah lama tidak mengupdate blog ini kerana aku perasan sibuk..Kononnya banyak kerja..Padahal tah ape tah aku buat..Hmm..Baiklah..Malam ni aku ingin menceritakan kisah mengenai harga sebuah masa..Terutamanya bagi yang bosan tak tahu nak buat apa tu..

Masa itu emas..Itulah bak kata pepatah melayu..Omputih pulak cakap masa itu duit..Same je dua-dua..Kat sini apa yang ingin ditunjukkan adalah masa itu sangat penting.Kat sini ada beberapa contoh situasi masa yang  amat berharga bagi setiap orang...

Harga satu tahun hanya boleh dirasai oleh pelajar yang menduduki tahun akhir dalam pengajian..Sekiranya pelajar itu gagal dalam peperiksaan akhir  maka sudah pastilah dia akan menyesal kerana tidak menggunakan masa setahun yang pernah diberikan kepadanya suatu masa dahulu untuk belajar bersungguh sungguh..

Harga satu jam  hanya boleh dirasai oleh pasangan yang sedang hangat bercinta..Al maklumlah, dating yang berjam jam itu pun dirasakan tidak cukup..Pada masa itu satu jam merupakan sesuatu yang amat berharga bagi mereka..

Harga satu saat hanya boleh dirasai oleh seseorang yang baru terlepas dari kemalangan jalan raya..Maka tatkala itu mereka akan berkata bahawa nasib baiklah dia cepat satu saat keluar dari kerata..Kalau tak dah lama kena langgar lori..

Harga sebuah milisaat pula hanya boleh dirasai oleh pemenang pingat perak dalam larian pecut di sukan Olimpik..Hal ini kerana hanya dengan milisaat itulah membezakan dia dengan pemenang pingat emas..Tatkala itu..masa yang merupakan milisaat itu adalah suatu yang amat penting baginya..

OH..Sebagai kesimpulann apa yang boleh kita dapat kat sini adalah masa itu amatlah penting..Oleh itu hargailah masa anda selagi mampu dan kalau boleh hargailah sebuah kehidupan sebelum datangnya kematian menjemput kita tanpa diundang..WASALAM..

p/s: Aku ingin meminta maaf di atas segala kesilapan diri aku terhadap kamu semua...

-FOTTO LeVACKS-

Monday, July 19, 2010

WAH...MY FAVOURITE MOVIE EVER

Aku meroyan gila-gila nak tengok dua movie nih..Arghh..Superb cool man..Akhirnya keluar jugak...YESS!!So..after inpro aku nak marathon dua citer nih..Tak kira..

Street Dance 3D..


step up 3D..


OHH!!RUGI GILA KALAU MISS DUA MOVIE TERHEBAT ALAF INI...OH MAK!!!AKU MEROYAN NAK TENGOK!!!

p/s: ERk??Ada sapa sapa nak temankan kah??

-FOTTO LeVacks-

Saturday, July 17, 2010

Eurycoma longifolia DAN KISAH SI TUKANG KAYU SERTA KIRRA DI STEAM BOAT..JUGA KREDIT TO UNCLE RIZAL








 WHOA...


hello mr possum..



Oh..Sejuknya udara pada malam ni..Oh..patutlah..Air cond kereta rupanya..Hmm..Apa??Air cond kereta?Oh ya..Terlupa pulak untuk bagi tahu..Malam ni aku balik ke Shah Alam.Aku baru je bertolak dari rumah tepat jam 8.28 malam.Maka aku mebuat keputusan untuk update blog kat dalam kereta..Kenapa??Sementara aku menunggu unrtuk sampai ke Shah Alam lebih eloklah kiranya aku mengisi masa aku dengan perkara yang berfaedah macam ni kan??Oh yaa..Pada malam ini aku ingin membawakan empat kisah..Mari kita mulakan dengan basmalah..

*mist effect….

KISAH Eurycoma longifolia..


Eurycoma longifolia

Hah..Apakah itu wahai pembaca sekalian??Mungkin korang semua dah tahu..Tapi buat-buat tak tahu kan..Hmm..bagi korang yang tak tahu tu..itu adalah tongkat ali.. sejenis tumbuhan yang mampu meningkatkan tenaga..Haha..Terutamanya kepada golongan bapa sekalian…Hmm..Kenapa aku tiba-tiba pulak gatal nak bincang tentang isu nih??Oh..Sebenarnya perkara ini bukanlah satu isu yang besar..Tetapi aku ingin bertanya satu soalan yang aku sendiri tak dapat jawab pada mulanya..Ianya berbunyi begini..

PERNAHKAH KAMU SEMUA TERFIKIR SIAPAKAH YANG BERTANGGUNGJAWAB MENJADIKAN PRODUK TONGKAT ALI TERKENAL DI MALAYSIA?

Wah!!Soalan cepumas tu..Hangat!!Memang hangat!!Aku pun tak dapat jawab pada mulanya..Mungkin Ali kot sebab nama pun tongkat ali..Kalau Johan mestilah namanya Tongkat Johan kan??Haha..Ehh..Bukan-bukan..Bagi aku..jawapan kepada soalan ni memang kontroversi habis..Menurut pandangan ustazah aku..tongkat ali ni di popularkan oleh agen-agen yahudi..WAH!!Aku pun terkejut kambing mendengarnya…Kenapa lak tetiba je Yahudi kan??Maacam tak ada kaitan jek..

Bak kata ustazah aku,diorang ada agenda sendirik..Mungkin korang sendirik pun paham fungsi tongkat Ali tu kan..For your information, benda tu macam boleh merangsang golongan lelaki lelaki ini…Terutama golongan lelaki yang muda dan belum kahwin tu..kepada yang dah kahwin tu tak apalah..Diorang boleh lepas kat bini mereka..Tapi yang belum kahwin tu macam mana??Korang pikirlah sendirik yee..Aku tahu korang tahu..

APA APA PUN AKU TAK NAK LAH KORANG TERIMA SERATUS PERATUS APA YANG AKU CAKAP NI..Sekurang kurangnya siasat lah dulu yer..

P/s: aku tidak pernah mengambil tongkat ali..tapi baru aku tahu dulu mak aku selalu buat ali kafe semasa sarapan..ARGH!!!!tidak….

Erkk..jom kita ke kisah yang kedua..

*effect of fireworks..

KISAH SI TUKANG KAYU..


kisah si tukang kayu..

Tersebutlah al-kisah si tukang kayu yang amat hebat pernah tinggal di sebuah tempat yang aku sendiri tak tahu..pada satu masa dahulu.Nak di buat cerita, tukang kayu ini amat taat kepada tuannya..Oleh sebab ketaatan yang diberikan kepada tuannya..dia menjadi pekerja kesayangan tuannya..Pada suatu hari, si tukang kayu yang hebat ini merancang sebuah percutian mega bagi menghilangkan tekanan yang dihadapinya..

Maka dia pun bersiap sedia dangan pelbagai barang bagi menikmati cutinya itu. Semua barang dibawanya..Tiba-tiba tuan si tukang kayu ini memanggil..

“Wahai tukang kayu kesayanganku, boleh tak kamu membuatkan aku sebuah rumah baru?”kata tuannya itu..

Tatkala itu hancurlah impiannya untuk bercuti buat kali yang pertama..Mana tidaknya..Orang tu baru nak bercuti tiba-tiba pulak kene suruh kerja balik kan..Kalau aku jadik dia dah tentulah aku pun sepertinya..Tension!!Itulah perkataan yang mampu menggambarkan perasaannya..

Maka si tukang kayu ini pun buatlah rumah itu mengikut pelan rumah yang telah diberikan tuannya..Namun dia melakukannya dengan separuh hati..Mana tidaknya, buat kerana terpaksa..Aku pun pernah jugak merasainya..Kerja orang tak ikhlas ini kita pun sendiri fahamlah kan..Dengan cincainya..dengan terlalu sambil lewanya..

Setelah dua bulan melakukan tugas itu secara tidak ikhlas, maka siaplah rumah itu..Seperti yang telah dijanjikan si tukang kayu ini menyerahkan kunci remah tersebut kepada tuannya..

“Tuan, ini kuncinya..”kata si tukang kayu..

“Oh terima kasih..Tapi kamu simpanlah sahaja kunci itu..Kerana aku ingin menghadiahkan rumah yang hebat ini kepada kamu atas ketaatan yang telah kamu tunjukkan kepada aku selama ini..”

Pada saat itu, si tukang kayu berasa terkelu dan terkedu..Dia berasa sungguh menyesal pada masa itu kerana tidak melakukan kerja dengan bersungguh-sungguh..Maka itulah balasan yang diperolehinya..Hadiah yang sepatutnya sempurna itu menjadi seperti tidak bermakna..Kerana dia yang membina rumah itu maka dia sendiri pun tahu kelemahan rumah itu..Dengan ukirannya yang tidak begitu cantik..dengan dindingnya yang tidak kukuh dan bermacam macam lagi..DIA BERASA SUNGGUH MENYESAL..

Apa yang kita boleh ambil pengajaran kat sini adalah kita mestilah melakukan sesuatu perkara dengan ikhlas..Bukannya kerana terpaksa atau wang atau pun sebab sesiapa..Tetapi lillahi taala..Ok..Mungkin ada orang cakap aku poyo..WELL, AKU TAK KISAH!!!!Aku Cuma nak nasihat sahaja..Nak terima ke tak lain cerita yer..

p/s:BUAT KERANA TERPAKSA..TERSEKSA..

Mari kita ke kisah yang ketiga iaitu kisah  kegemaranku..

KIRRA DI FLAMMING…

Pada esok hari kepada dua hari yang semalam, aku dan rakan sekelas aku pergi menikmati sebuah makan malam yang sungguh indah..Makan steamboat kat subang..Ini adalah salah satu daripada memori indah aku yang tak mungkin aku lupakan sampai bila bila..Sungguh cool..Teramatlah rugi kan kepada sesiapa yang telah diajak tetapi tak nak ikut..(bukan leana  tapi miss farrah)..Haha..Memanglah teramat rugi..

Kenapa rugi pulak??Makanan kat situ sedap sangatkah??Bukan makanan yang penting bagi aku walaupun dapat makan macam macam..Tetapi perkara yang lebih penting bagi aku adalah memori yang dicipta di sana yang tidak mungkin dapat dirasai oleh orang yang tidak hadir (miss farrah lagi)..Haha..Kenapa best pulak??

Yelah..Malam itu macam-macam kitorang buat. Gelak kuat kuat macam tak ingat dunia..Macam lah kat kedai tu kitorang je ada.. dan mungkin ini adalah waktu pertama kali dan terakhir kami dapat makan bersama..Macam macam perangai aku dapat tengok malam niyh..Ada yang tak makan seafood lah..Ada yang giller amek gambar..Ada yang kuat berdrama..Ada yang suka karaeoke dalam kereta..Ada yang boleh jadik ibu yang baik..Ada yang giller makanan laut..dan macam macam lah..HAISSH..

APA YANG AKU BOLEH KATAKAN ADALAH MAKAN MALAM ITU TERAMAT COOL..

Eh..lupa pulak..Aku nak credit kat Aiman Black sebab tanpa dia mungkin event ini tidak akan terjadik..Seriously dia boleh memjadi pengurus acara yang terbaik di dunia..Aku takkan lupekan jasa kau wahai Aiman..Yelh..Macam macam kot dia buat supaya event nih menjadi..Dia yang reserve tempat..Dia jugak yang menjadik GPS kitorang..Dia driver..Dan dier jugak yang pinjamkan kereta..Thanks kat Eleena jugak sebab jadik driver aku dan membawa aku pulang ke cemara dengan selamat..Thanks korang semua.Terima kasih jugak kepada camera person yang amek gamba aku dengan sungguh cool..OH..COOL!!

Oh..maka kesimpulannya rugilah kepada insan yang tidak ikut itu ye..erkk..siapakah itu??


kami di Flamming..

FAKTA KES TERAKHIR…

TRIBUTE TO UNCLE RIZAL…

Cerita ini tak ada kena mengena dengan sesiapa..Kisah ini adalah di antara aku dengan beliau..Sesungguhnya aku amat mengagumi beliau..Beliau adalah lambang seorang insan yang sempurna bagi aku..Baik..bertanggungjawab dan banyak lagi..Dia adalah antara idola aku. And he is my best friend..Aku tak pernah jumpa seseorang yang amat baik lah macam dia..Walaupun begitu, apa yang aku kesalkan adalah beliau merupakan seorang paling sibuk di dunia..Kerja tak pernah berhenti dari Isnin sampailah ke Ahad..Ada je kerjanya..Sekejap ke Kedah..sekejap ke Perak..Sekejap ke Negeri Sembilan..

Ah..Sibuk,sibuk dan sibuk..Aku pernah bertanya kepadanya..Mengapakah beliau kerja je 24 jam sehari dan 7 hari seminggu..Dia cakap sementara dia masih muda dan sihat ini baiklah kiranya dia mencari rezeki untuk anak anaknya yang ramai itu..Bila dah tua nanti dah tak larat dah..OK uncle..I understand..Hmm..It is so cool..my best uncle ever..Pernah jugak lah dia tanya aku sama ada bapak aku ada projek ke tak nak bagi dier..Sorry uncle..my dad does not involve in your field..He is in other field..Tak apalah uncle, dulu uncle berjasa kepada saya dan masih tolong saya pada masa ini.Dan menjadi kawan baik saya..Mungkin di masa hadapan saya pulak yang akan membantu dan menolong uncle kalau uncle ada masalah apa apa..Saya sentiasa ada untuk uncle kerana uncle adalah kawan baik saya..selama lamanya..


bukan uncle rizal yang sebenar..

p/s:POYOS…

*masih di lebuhraya dan hampir tiba di Shah Alam..
-Fotto LeVacks-  .Sabtu, 10.01 malam..

Thursday, July 15, 2010

APAKAH ITU??

Apakah itu??
Di tampar di tampar di sambut...
Di angkat...di tolak...pastu dicampak balik...
Ada yang berpusing laju..Ada yang tinggi,,,Ada yang laju...Ada yang perlahan...
Ada yang keluar..Ada yang masuk...
Ada yang main 2 orang je..
Tapi lagi best main 6 orang..
Sebab kalau main ramai sangat tak dapat rasa keseronokkan itu..
Semua boleh main..
Yang kaya..yang rendah..yang tinggi...
Semuanya tidak penting...
Yang penting jaga bola itu..
Oh BOLA TAMPAR!!!

Yeah,hari ini merekrut budak bola tampar..HOW COOL...

Tuesday, July 13, 2010

DUIT..BACHELOR serta PEREMPUAN TAK MAHAL..DAN MATI??

malam yang sungguh hening..

Langit masih gelap seperti biasa...Pelepah-pelepah kelapa meriuk-riuk dihembus angin malam..Malam ini seperti malam 7 hari yang lepas..sama seperti malam kepada malam 7 hari yang lepas..Maaf rakan-rakan..Aku sebenarnya tak kurang ada masa nak update blog ini bagi berkongsi seciput ilmu yang aku ada nih..Kenapa?Sebab aku perasan sibuk dengan assignments macam awareness essay laa..in-depth investigation la..dan ESLS..Wah..My life is so WONDERFUL...Anyway..aku telah kembali..Kepada stalker pembaca tegar blog aku..inilah ucapan aku kepada korang..

 "  I'M BACK...BERSIAP SEDIALAH KORANG UNTUK MENERIMA MAKIAN DARI HATI AKU YANG LAZER INI..HAHAHA.. "

Apa-apa pun..malam ni aku nak berkongsi kisah mengenai dua sahabat duit..Mungkin ada dah tau cerita ni..Tapi tak mengapa..Anggaplah ianya sebagai satu peringatan..Kepada yang belum tahu..ambillah ia sebagai satu iktibar.Mudah-mudahan kita semua mendapat manfaat bersama..

AL KISAHNYA....


bukan Australia Dollar..tetapi ringgit Malaysia..

Satu hari..wang kertas RM 1 berjumpa dengan sahabat lamanya,wang kertas RM50..Mereka pun berborak...berborak dan terus berborak....

Tiba-tiba si RM 1 bertanya," Wah sahabatku..lama dah tak nampak??Kau pergi mana ye??"

"Oh..yeke??Aku macam biasalah..Tempat aku macam kat pub, kelab malam dan tabung konsert...Err..Kenapa ye??"

"Ohh..Xde ape2 lah.."

"Kau ni pulak..Aku pun pelik jugak..Dah lama tak nampak muka kau..Kau pergi mana haa??"

"Ohh..Aku macam biasalah..Kat tempat kebiasaan aku..Macam kat tabung-tabung masjid..tabung-tabung derma surau dan lain-lain..."

"Wah..alimnya kau..!!!Hahaha.."

"Banyak la kau alim..".

..............*bersambung...

Hmm..Aku malas nak tulis lagi sebenarnya..Tapi apa yang kita dapat dari kisah ini??Aku nak cakap yang manusia kini (aku tak cakap korang) sanggup habiskan duit untuk hiburan..tetapi untuk kegunaan umat Islam..teramatlah kedekut giler...HAISSH..Kenapa benda ini boleh berlaku yer??Apalah nak jadik...Aku pun tak tahu..Korang fikirlah sendiri yer..Aku tak pandai sangat nak mengolah ayat nih..Apa apa pun mari kita teruskan ke kisah kedua...

BACHELOR dan PEREMPUAN-TAK-MAHAL...

so sweet pegang tangan..kepala hotak kau!!!!

ERR..Aku dah lama berpegang teguh dengan prinsip hidup aku..NO PEREMPUAN TAK MAHAL dalam hidup aku yer..Aku teramatlah tegas dalam perkara ini..Mungkin ada yang terasa hati dengan prinsip hidup aku nih..Tapi aku tak kesah..Sebab aku dah biasa dibenci sebab benda ni..Sejak bangku sekolah lagi..

EH??Perasan tak??Kenapa aku tulis perempuan-tak-mahal..Sebenarnya tak elok tulis perkataan murahan itu..Sebab nanti ada orang terasa hati..Hambek kau kalau diorang tak puas hati kat aku..Mungkin fb aku akan kena hujan makian...atau pun bagi yang update sket..mebi diorang hack account aku (macamlah ada sape2 yang boleh hack aku). Atau pun santau aku..Tapi apa yang aku boleh katakan..Aku tak boleh buat semua orang puas hati kat aku..Sebabnya??I am just a weirdo from another planet..So of course..i will irritate people too much..

Berbalik kepada kisah asal..Apsal tiba-tiba post cerita ini pulak??Ko frust bercinta ke???Oh..Tak adalah..Isu ni memang sensitif..So, tugasan menceritakan cerita ini adalah untuk orang yang tak ada perikemanusiaan macam aku..HAISH..Kepada yang terasa..PADAN MUKA...

Macam mana aku kategorikan lelaki tak mahal dengan perempuan tak mahal??

Macam ni yer tuan-tuan dan puan-puan yang dirahmati ALLAH sekalian...:

1) Si lelaki yang romantik ni sibuklah nak pegang si pompuan tu kat sana-sini..Katanya nak touch sikit je..Hello..ada surat nikah tak??Meh tunjuk kat aku sikit...Kat public memang la touch sikit je..tapi kalau dah line clear??pandai-pandai la pikir yee..

2) Dan si permpuan yang kononnya sporting tu lak layan je lelaki tu...Nak jaga hati kononnya..Hello??Jaga hati sampai tergadai ITU???Sungguh tak mahal kau wahai perempuan...Aku sungguh sakit hati,mata,jantung dan segala-galanya melihat species macam kamu semua..Malu aku beb..

3) dan banyak la lagi..tapi aku malas nak tulis..

Kenapa perlu jadik insan-tak-mahal??Ada kelebihan??Hmm..Apsal aku emo2 pulak nih??Yer lah..Aku bukan apa tau..Aku emo sebab tak setuju dengan diorang..Kalau macam tu baik tak payah kawen..Kawen dgn tak kahwin sama jer..Apa bezanya kahwin dengan tak kahwin kalau sebelum kahwin dah dapat pegang macam-macam dan main macam-macam..Tak seronok lagi lah kahwin tu..Sebab tu la ramai cerai..Sebabnya??dah bosan dengan pasangan..Tu laa..Tuhan halalkan percintaan buat macam macam selepas perkahwinan je..yang ngade2 nak berchenta buat macam macam sebelum kahwin tu kenapa pulak??Kan dah boring..Tak tau nak buat apa lagi lepas kahwin..Yang dier tau..buat anak je..tu je lah..


perumpamaan aku kepada perempuan-tak-mahal = selipar jamban jepun

*Haha..aku ada satu pengumuman nak cakap...ianya adalah seperti berikut..

KEPADA PEREMPUAN YANG BERKEINGINAN UNTUK MENJADI SOULMATE AKU...Sila penuhi ciri-ciri ini yer..

-Islam...
-Menjaga agama.
-Cantik (Akhlak)..
-Subur(Aku nak anak ramai)..
-Suci..tidak pernah dipegang mana-mana lelaki..(sama ada tangan atau pun yang lain-lain)..
-Berilmu..(tak kisah lah ilmu fardhu ain atau pun fardhu kifayah)..

Hmm..perempuan yang macam ni lah yang aku kata mahal..Apa yang aku nak hihglight kat sini bukannya pasal aku ni memilih..Bukan sebenarnya..Tapi kat atas ini adalah ciri-ciri perempuan mahal yang aku cari..Masih adakah di dunia ini??

KALAU ADA DI MANAKAH MERAKA??Inginku sunting satu untuk menjadi hiasan di taman hati supaya lengkap separuh dari agamaku...(*pehh..jiwang giler aku..)..Kalau ada..silalah buat application yer..Hantar resume anda apabila aku berumur 24 tahun..Sekarang aku masih lagi sweet 19..haha..No more kawen-kawen or couple things right now OK!!!..

dimanakh kau wahai jodohku??

NEXT STORY..MATI..

BAIKLAH...kita teruskan kepada MATI..HUH??MATI???




Hanya orang yang sudah mati tahu menghargai sebuah kehidupan..Hmm..Aku ada soalan..Pernah tak korang mengalami saat roh teramat sukar untuk masuk semula ke dalam jasad??Aku pernah merasainya dan aku teramat takut pada masa itu..Takut kerana banyaknya dosa yang aku dah buat..Di depan mata aku sendiri, aku melihat roh aku tak masuk-masuk.Macam mana aku boleh tau??Sebab aku dapat rasa..Aku dapat rasakan jasad aku.Tapi aku tak dapat gerak..Pada masa tu aku boleh berfikir lagi..Dan aku boleh melihat sekitar aku..Nampak dengan jelas..Cuma tak boleh bangun dan gerak..Mungkin mimpi je kot??Mimpi??Aku tak rasa itu adalah mimpi..Kerana saat roh masuk ke dalam badan aku..aku tidak pernah mengalami perasaan begitu..Perasaan seperti sesuatu masuk ke dalam bdan aku..Sejak dari waktu itulah...Aku mula menghargai sebuah kehidupan..

Macam mana nak menghargai sebuah kehidupan???TAAT perintah Allah..je..Ceh..macam ustaz lah aku ni..Poyo giler kot..Lantaklah korang nak cakap hape pun..Janji korang happy..Kalau korang ada terkutuk aku belakang ke..dan aku senyap je..maknenye aku nak settle kat mahkamah akhirat lah tu..Sebab lagi adil kan..kat sini aku tak dapat balas balik..Sebab aku takut gaduh2..Then aku kalah..pastu..kene santau..pastu kene bunuh..CISS!!!!

Malam ini aku telah meluahkan segala-galanya...Segala gala yang telah terbuku kat hati aku selama 2 minggu..dan CISS lagi..Buat uncle Rizal..thanks sebab sporting gile dengan aku..U are my dearest uncle ever...Dan keluarga aku juga..Yang selalu sapot aku kat belakang..Ok lah semua..Aku nak tidoo dulu yer..Wasalam...


expression of the broken heart (aku)..


-Fotto LeVacks-   Selasa:1.28 am..(bukan waktu australia)

Thursday, July 1, 2010

Kisah di rasuk dan Kisah Ovum Lecturer Bio aku..

hello..nama saya RAMOSS..


Malam tadi aku berasa penat yang teramat sangat..Maklumlah banyak sangat kerja aku.Mengalahkan PM pulak aku nih.Dalam pukul empat mcam tu baru aku tidoo..Ish2..Anyway, hari ini aku ingin membawakan dua kisah yang aku telah alami..Dah tentulah aku kan..Takkan la tikus kot..Adoi..

OK lah..aku pon tak nak merepek banyak lagi kan..So..mari kita mulakan cerita...

AL KISAHNYA...

CERITA PERTAMA...


entiti yang dikesan..


Malam tu aku ingat lagi..Aku dapat rasakan sesuatu yang tak kena..Selepas aku melalui lorong yang dikatakan keras itu..Keras kat sini maknanya berhantu yer tuan-tuan dan puan-puan..Bukannya keras sebab diperbuat daripada simen atau pun konkrit...

Sampai-sampai je kat bilik aku..tiba-tiba aku dapat rasakan badan aku menjadi berat..Cewah..Padahal aku nih 50 kg je kot..Tak adalah berat sangat..Entah kenapa badan aku semakin lama semakin berat..Dan mata aku semakin kabur..dan aku dapat rasakan ada sesuatu yang telah menguasai diri aku nih..Entah laa...

Walaupun mata aku dah tak nampak, aku terus berjalan-berjalan..dan berjalan..Pandangan aku semakin pudar..DAN...

Aku terus hilang kawalan diri..AKu rupa-rupanya telah dirasuk..Tiba-tiba aku ternampak seorang lelaki memegang telur kat tangannya..Sebaik sahaja beliau nampak aku,dia terus meletakkan telur itu dibelakang bahagian badan aku..

Dan hantu itu rupa-rupanya telah disedut ke dalam telur itu..Semasa hantu itu dikeluarkan, aku dapat merasakan bahawa hantu itu memang betul2 kena sedut.Semangat aku semakin pulih dan aku sudah mampu mengawal diri aku kembali..Tetapi pada masa itu aku masih berasa trauma..

Tiba-tiba, aku dirasuk kembali..Argh..Aku dah agak dah..Mungkin sebabnya hantu tu tak puas hati kat aku kut..Sebab aku kacau rumah diorang..Mungkin ada ahli keluarga diorang terbakar kot masa aku baca ayat  kursi kat lorong keras tadi..Haha..(sempat gelak lagi..)

Mamat yang pegang telur tadi tu datang..Kali ni dia bawak playar pulak..Dia nak cabut gigi depan aku..Dia cakap kalau aku tak cabut gigi tu, nanti aku akan kene rasuk semula..HAISH..Takutnya nak cabut gigi..Aku tak nak..Dan aku terus berlari..berlari dan berlari..

Dan tiba-tiba aku dapat merasakan getaran kat kepala aku..Macam aku kenal bunyi tu..Hamboih..Merdunya suara yang terngiang-ngiang kat telinga aku nih..

EH??ITU SABHI SADHI kan??

Dan aku membuka mata..Dan tersedar kembali..oh alarm rupanya..

OH..KAT ATAS KATIL RUPANYA..ALHAMDULUILLAH...

RUPA RUPANYA AKU BERMIMPI..(Ending clishe..)

KISAH KEDUA...




Kali ini aku ingin menceritakan kisah ovum dan lecturer aku..Haha..Citer ni memang kelakar habiss..Sebab tu lah aku nak post..

According to my lecturer, pompuan akan mengeluarkan satu telur dalam masa sebulan..Oleh itu apa (So What)??..SO dier cakap kalau pompuan tu mengandung,telur tu takkan keluar..Haa..Yang bestnya,dia bagi figure..Kalau pompuan tu ada 10 anak,maknanya dia dah manage telur dia very well..Sebab dia akan save 90 ovums..Banyak kan??Tak ke gitu??

Lain pulak dengan laki..My lecturer said that man can produce 10 million sperm per day..BANYAK TU..Haha..Yang bestnyer dengar lawak si Aiman tu..Ada ke dia cakp camnih..

"Erk..Walaupon laki menghasilkan 10 millions sperm per day..aku punya tak pernah bocor pon" (AIMAN BLACK,2010)..Sengal nyer aiman..

Anyway apa yang aku nak cakap kat sini, aku ingin membantu bini aku(kalau ada) manage telur dia very well..So aku akan menjadi aktif dan ingin mencapai target mendapat 10 orang anak agar wife aku dapat save telur dia..

KISAH KETIGA..

Hari ni subjek terakhir kelas aku adalah ESLS..Apa yang aku nak cerita adalah ekspresi budak kelas aku pada waktu tu..

Semasa sejam yang pertama semua mendengar dengan tekun..Cewah..Pelajar yang baik lah katakan..Tapi selepas tu camnih pulak jadinya..

Leana: Still focus..Giler lah ko leana..

Zetty: Fikiran die tah pegi mana tah..Aku nampak die macam dah pikir benda lain dah..

Paah: Gossip dengan Jan dan Bie..

Jan:Gossip dengan Paah dan Bie.Eh dia buat apa tu??Dia cium sweater bie lah..

Bie: Bergosip dengan Bie dan Jan..

Aiman: ERkk..aku tak nampak dia buat apa..

Ash Bee: Fokus..KOt!!

Fazriaq: Ngumpat tentang zawani dengan Omar..

Omareza: Mendiamkan diri..MOODY KOT..HAE kene tukar..haha

Aku: Fokus..(Poyo giler)..

Alia: Baca buku ape tah..

Noorna: Erk..Tk pasan dia watpe..

Eleena: ................

Zawani: Balik-balik dier je yang bercakap dari tadi..Mengalahkan presenter lak..

EL:Dier pon sama gak..HAHA..

ANYWAY..MY CLASS IT SUPERB COOl...


my classmate lah..
(dari kiri belakang: Leana, Eleena, EL, Bie, Zawani, Alia, Paah, Noorna, Jan, Zetty)
(depan dari kiri : Ash Bee, Fazriaq, Aiman Black, Aku, Omareza )


p/s: we have to struggle to survive!!!!