Tuesday, November 30, 2010

AKHIRNYA



Oh.Malam ni tak ada nak post apa-apa sangat pun.Aku cuma sedikit teruja dengan perubahan yang berlaku kat badan aku ni ha..Perubahan apa lak tuh?

Oh yeah..Otot aku sudah naik sedikit dan aku mahu katakan yang aku patut berbangga dan berpuas hati..Aku sudah lama berusaha untuk menaikkan otot-otot ini..Sejak dari sekolah menengah lagi..Pehh..Lama gila aku tunggu..Tak naik-naik..Last-last lepas habis exam nih naik pulak die..

aku di masa silam

Aku amat berpuas hati apabila biceps dan triceps aku dah naik..Sangat teruja..Mungkin ada orang yang pelik dengan aku..Takkan sebab otot naik je gembira semacam?Untuk pengetahuan semua, aku dulu adalah seorang yang dikategorikan sebagai underweight..Bagi aku underweight adalah satu ketidaknormalan..Adakah aku ada cacing?Malnuturition barangkali?Tidak mungkin kerana aku selalu je makan ubat cacing dan mendapat makanan yang cukup..

Oh abaikan semua itu..Asalkan aku gembira dengan diri aku sekarang..Mungkin bagi sesetengah orang tu mereka tidak dapat merasakan kegembiraan ini kerana badan mereka telah berotot solid secara semula jadi..Dan itu adalah satu kelebihan kepada mereka..Dan juga anugerah..Bila kita ada apa sesuatu secara senang..kita tidak akan rasa apa-apa..Dan bila kita sudah ada apa yang kita pernah tak ada suatu masa dahulu..kegembiraannya tidak tercapai dek akal..(lebih-lebih la pulak ayat ni)..

Selepas ini latihan di bahagian torso pulak.Tak sabar nak buat..

p/s : Jalani gaya hidup yang sihat...

CELIK MATA BUTA HATI

Selamat pagi semua..Maaf lah sebab dah lama tak update(padahal baru semalam update tu)..Laptop buat hal lah..Ni online pun pakai PC je kot..Kesian aku tgk PC aku nih..Dah ada laptop terus diabaikan..Haha..Bak kata pepatah..sudah dapat tanduk bertuah gading tidak berguna lagi..Padahal inilah PC yang banyak berjasa kat aku..Dengan PC inilah aku membesar..main game doploh pat jam blablabla..(abaikan)..



Oh ya..Hari ni aku nak bercerita tentang isu celik mata buta hati..Apa tu?Hmm..Macam ni ceritanya...Semalam aku pergi tengok movie melayu..Aku amat tertarik dengan plot cerita filem tu..Ceritanya berkisarkan penipu yang menipu pencuri..Aku boleh kasi 3 bintang lah..Ceritanya agak bagus..Bukan kerana jalan ceritanya tetapi sebab cerita ni ada pengajaran..Kali pertama aku tengok filem melayu yang jelas jalan ceritanya dan ada pengajaran..

Antara pengajaran filem tu adalah kebahagiaan yang sebenar bukanlah apabila kita menerima..Tetapi apabila kita memberi..Ya..Aku boleh setuju dengan kenyataan tersebut.Cuba kita tengok..kalau kebahagiaan itu datang apabila kita sorang je menerima..kita sorang je  lah yang merasa kebahagiaan tu..Padahal..orang lain tak dapat merasa bersama..Apakah ertinya kebahagiaan itu?Tetapi apabila kita memberi..ramai orang yang dapat mengecap kebahagiaan itu..Antara contoh bagus yang boleh aku lihat adalah kebahagiaan yang dibawa oleh Bill Gates kepada seluruh dunia..Beliau berjaya memujuk seramai 29 billionaire yang lain (atau mungkin lebih) untuk mendermakan separuh daripada kekayaan diorang untuk disumbangkan kepada orang yang memerlukan..Cuba bayangkan berapa banyak kebahagiaan yang dapat diorang hasilkan?Sangat banyak..dalam pada masa yang sama..mereka terus berjaya..Inilah resipi kejayaan seorang ikon yang berjaya bak kata salah seorang motivator terkenal di malaysia nih...



Pengajaran kedua adalah ramai orang celik mata tapi buta hati tapi ramai orang buta mata tapi hatinya amat celik..Apakah maksudnya itu?Maksudnya adalah walaupun seseorang itu dapat melihat tapi hatinya sebenarnya buta..Hati yang buta tu bermaksud jahat dan seangkatan dengannya..Tidak berperikemanusiaan dan kejam terhadap orang lain..Itu juga sesuai dirujuk kepada insan yang berhati buta..Contohnya adalah apabila seseorang tu tidak berusaha untuk mendapatkan wang padahal dia tidaklah cacat dan OKU..Lebih menyedihkan apabila diorang sanggup menipu untuk dapatkan duit..OH.Sungguh buta hati mereka..Adakah anda salah seorang dari mereka yang buta hati?Kalau ya.silalah muhasabah diri..

Sebelum aku mengakhiri post kali ini..aku tertarik untuk berkongsi salah satu ayat dari Quran.Aku amat tertarik dengan ayat ni sebab ada panduan yang jelas mengenai siapa yang patut kita kawan..Kerana bak kata pepatah Arab (ye ke?)..jika kita mahu lihat siapa diri kita lihatlah dengan siapa kita berkawan..Ini adalah ayatnya...



"Tinggalkanlah orang-orang yang menjadikan agamanya sebagai permainan dan senda gurau, dan (mereka) telah tertipu oleh kehidupan dunia. Peringatkanlah mereka dengan Al-Quran agar setiap orang tidak terjerumus (ke dalam neraka) kerana perbuatannya sendiri. Tidak ada baginya pelindung dan pemberi syafaat selain Allah. Dan jika dia hendak menebus dengan segala macam tebusan apa pun, nescaya tidak akan diterima. Mereka itulah orang yang dijerumuskan (ke dalam neraka) disebabkan perbuatan mereka sendiri. Mereka dapat minuman dari air yang mendidih dan azab pedih disebabkan kekafiran mereka dahulu..
(Surah Al An'am ayat 70)

Setakat itu sahaja buat hari ini..Pesan aku..jadikan hidup anda hari ini lebih baik dari semalam..

p/s : Kalau mahu belajar biarlah berguru..

Monday, November 29, 2010

TIDAK REALISTIK

Semalam sebelum aku tidur barulah aku tersedar bahawa aku ni seorang yang tidak realistik..Apa yang aku lakukan selama ini aku sendiri tak boleh nak maafkan diri aku..Apa yang telah aku buat?

Selama ini aku hidup, aku hanya mencari seorang sahabat yang sempurna.Benda tu sangat tidak relevan apatah lagi realistik..Kerana kat dunia ni mana ada manusia yang sempurna..Kecuali junjungan besar kita..Kenapa aku tidak sedar selama ini?

Oh..terima kasih kepada Fairy Tail..kerana menyedarkan bahawa sahabat yang sempurna itu tidak wujud..Aku perlu menerima kelemahan orang kerana aku sendiri ada kelemahan aku jugak..Sebab itulah kita duduk dalam satu kumpulan atau nama lainnya jemaah..kerana apabila kita bersama..yang tidak sempurna akan menjadi sempurna..yang kekurangan akan menjadi lengkap..dan blablabla..

Selepas ini aku tidak mahu lagi mencari sahabat yang sempurna..Kerana perbuatan itu seolah olah seperti menunggu kucing bertanduk..Sampai bila-bila pun aku mungkin takkan jumpa..Tapi siapa tahu..kalau ada rezeki mungkin aku akan jumpa beliau..insan yang aku tunggu..

Cukup setakat ini..Selamat menghabiskan sisa-sisa cuti anda..

p/s : Ustazah pernah berpesan supaya cakap macam ni, " Aku berasa gembira dan bersyukur kerana diberikan peluang untuk hidup dan beramal pada hari ini "

ANTARA YANG BETUL DAN TIDAK



Salam anak merdeka.Err..Merdeka ke?Merdekakah minda kita?Ukur baju di badan sendiri Tanya diri sendiri yer..Oh ya..Pagi ini aku bangun awal sikit..Awal ke?Entah lah..Bergantung kepada macam mana kita definisikan awal.Ada yang mentakrifkan awal sebagai satu minit awal berbanding semalam..Ada yang bersetuju bahawa awal itu adalah bangun pada awal pagi seawal pukul 5.Apakah definisi awal aku?Biarlah aku sahaja yang tahu..

Hari ni hari isnin.Sudah tentulah aku kena bangun awal.Tapi bukan sebab aku kena pergi kerja ye.Aku ni masih muda lagi nak bekerjaya..Aku bangun awal sebabnya pagi-pagi macam ni lah banyak informasi yang boleh kita dapat..Bak kata mak cik aku..rezeki di awal pagi..Sebab tu lah kita ditegah tidur selepas subuh..Berat rezeki katanya..MHI..motivasi pagi..blablabla..semua benda tu ada waktu pagi je.Kalau nak berhujah mestilah ilmiah sikit..So aku sensitif terhadap semua info-info ni supaya tak ada lah aku menjadi seperti katak di bawah tempurung menggunakan hujah yang sudah lapuk dan tidak terkini..




Blog aku ni dah macam ruangan khas dalam majalah lah pulak kan (heh?tolonglah!!)..Kenapa pulak?Ye lah..setiap hari ada je isu yang aku bincangkan..Oh..biasalah tu..Aku tak boleh lah kalau tak bincang isu dalam satu hari.Macam bosan lah pulak hidup aku nanti..Itu adalah salah satu sebab kenapa aku amek Malay studies hari tu..Ahh..Semua benda tu dah lepas..Aku nak cipta sejarah baru..

Jam tepat menunjukkan pukul 8 pagi..Oh..Hari ni si Ahmad Fedtri Yahya tak ada kat MHI..Oh aku tak ada semangat nak tgk MHI.So aku pun update lah blog ni kan..Hari ni aku nak cerita tentang barang tak asli aka tiruan..Semua orang mesti pernah tertipu kan?Sesiapa yang tak pernah tertipu itu..anda memang bernasib baik kerana tertipu adalah satu situasi yang amat memeningkan kepala..

Cuba bayangkan..kita berhabis duit yang banyak nak beli suatu benda nih..Tapi akhirnya kita dapat tahu benda yang kita beli tu adalah tiruan..tak ke tertekan macam tu?Heh!Aku ada sebab tersendiri kenapa aku amat tidak bersetuju dengan penjualan barang-barang tiruan nih..

Yang pertama dari aspek keselamatan..Barang tiruan sudah tentulah tidak selamat untuk digunakan..Dari barang kosmetik,makanan, sampailah gadjet-gadjet canggih..Barang tiruan ni memang sebijik dengan barang asli..Perbezaannya sangat sedikit..Kalau pengguna tu alert, baru lah dia dapat tau sama ada benda tu ori atau tak..Paling aku kesalkan adalah sampai makanan pun ada tiruan..Ciss..Apalah maknanya semua ini?Haa??

Cuba bayangkan lagi...nama pun makanan tiruan..selamat ke untuk dimakan?Boleh dipercayai ke sumbernya?OH..Sesungguhnya orang yang membuat barang tiruan itu amat kejam..Hanya mementingkan keuntungan semata-mata..Itulah manusia jahat..Tak kisah langsung dengan keselamatan orang lain..

Hmmm..rasa macam malas lah pulak nak sambung bercerita hari ni..Tiba-tiba je mood aku hilang..Seperti kabus yang semakin hilang tatkala mentari semakin meninggi di langit..Aku rasa sampai situ je kot dulu..Ahh..kenapa lah tiba-tiba jer mood aku hilang nih..Sangat misteri..Apa apa pun, sokonglah barang buatan Malaysia yang asli..

"TIRUAN ITU PENIPUAN"

Sebelum aku mengakhiri post kali ni..aku nak berkongsi satu puisi untuk renungan kita semua..Agar kita semua dapat mengambil iktibar hendaknya..

*puisi tidak bertajuk karya Hilal Asyraf (2010)..

Bukankah dunia ini ladang akhirat?
Di sini kita menanam di sana kita menuai?
Maka rugi di sini, maka di akhirat sana 
juga menanti hasil kerugiannya.
Bagaimana?
Hendak mewujudkan dua mata ini
dalam kehidupan?
Atau memilih untuk tidak melakukan
apa-apa peningkatan?
Semuanya ditangan anda.
Tiada paksaan.
Namun, telah jelas mana yang akan
mencapai kegemilangan, atau yang 
mana akan mengucup kehancuran..

p/s : puisi ni amat cool..

Sunday, November 28, 2010

BANGUN PAGI GOSOK GIGI

Akak Pon yang selalu merengsakan aku..

Malam tadi aku lepak kat dalam bilik sorang-sorang..Takde lak benda-benda aneh nak kacau aku malam ni seperti hantu ke, ular ke mahu pun sang nyamuk..Oh..Amannya malam ni..Kan best kalau macam ni hari-hari..Masa tu jam sudah menunjukkan pukul 12..Selepas layan citer House sorang-sorang kat dalam bilik, aku terus buat rutin harian aku sebelum tidur..Makan madu sesudu, minum susu, GOSOK GIGI dan puff..membuta..Kadang-kadang sebelum tido aku layan bahan bacaan jap..



Oh yer..Bercakap tentang gosok gigi sebelum tidur..masnyarakat Malaysia amat susah untuk menggosok gigi sebelum tidur..Seriously..Sepanjang aku duduk kat asrama sampailah aku dah masuk kolej ni ha..Amatlah jarang aku jumpa orang yang gosok gigi sebelum tidur..dua tiga kerat jer..Bila aku usha gigi diorang..perghh.dah nak reput beb..No wonder lah sebab diorang bukannya kisah..Apa kah itu?Muka masing-masing cun dan hensem, tapi gigi reput..Langsung hilang perasaan aku yang memandang tinggi kepada mereka..



Susah sangat ke nak gosok gigi heh?Bukannya kena berjalan sebatu pun nak gosok gigi..Semuanya dah ada..Air..berus gigi..dan ubat gigi..Lainlah kalau duduk hutan ke..ape ke..come on..Benda kecik je pun..Gigi tu pinjaman ye kawan-kawan..Kerana jasad kita adalah pinjaman..Macam mana kita pinjam macam tu lah kita kena pulangkan..takkan nak pulangkan dalam keadaan yang rosak kot??Tak takut kena marah ke? Kalau tak takut, korang memang berani lah..Tepuk dada tanya iman..

Lagi aku heran..ada tu pulak yang makan benda-benda manis sebelum tidur macam coklat lah..Hello..tak sayang gigi ker?Mentang-mentanglah muda dan bergetah lagi..Kesihatan gigi langsung tak diambil kisah pun.Hiashh..Ada tu pulak siap offer kat aku lagi walaupun dia tau aku dah gosok gigi..heh?Kadang-kadang aku terpaksa je makan..Ye lah..kang merajuk la sentap la..Heh!Sangat susah..

Apa apa pun jom kita amalkan kehidupan yang sihat..Sebelum tidur, marilah kita sama sama gosok gigi sambil menyanyi lagu nih..

"Bangun pagi..gosok gigi..cuci muka..dan mandi..badan sihat..otak cergas...blablabla3.." (dah lupa lirik)

gigi cantik..muka pun cantik..macam..ehemm.ehem...

HARGA SEBUAH KEHIDUPAN

Eh korang.Dengar sini aku nak citer sesuatu..Isu kali ni mungkin agak bosan lah untuk dibincangkan..sebab aku dah selalu sangat cerita..Kepada yang dah bosan..meluat..manyampah itu..sila pergi sekarang..buang masa korang je..Kepada yang ingin membaca itu..teruskanlah..kerana anda mungkin akan dapat manfaatnya..

Isu kali ni adalah mati..Heheh.Aduh..Dalam banyak-banyak isu apsal lah aku suka sangat isu nih..Ok lah..Simple jer..Aku sangat suka tanya soalan ni kat kawan-kawan aku..Sebab aku suka tengok muka diorang terkedu..Sangat kelakar..Kadang-kadang masa aku tanya soalan ni ada yang buat bodoh jek..Macam aku tak pernah tanya soalan tu lak kan..Ada jugak yang terus tukar topik..Cakap aku kolot lah apa lah..Macam-macam..

PERSOALANNYA,apa soalannya?Soalannya adalah..

"LEPAS KORANG MATI KORANG NAK BUAT APA EK?"

Oh..Kepada sesiapa yang selalu lepak dengan aku konpem aku penah tanya soalan nih..Aku sangat menyampah bila ada orang tu dia plan keHIDUPan dia untuk kat dunia je..Nak struggle gile2 la.Pastu kumpul duit banyak-banyak..Kahwin cepat-cepat (gersang ke?)..Pastu buat anak satu lori lah..Buat rumah besar-besar..Beli kereta mewah..AH!!Bosannya aku dengar..SERIOUSLY BOSAN.Aku tak pernah jumpa jawapan lain dari yang lain.Semuanya clishe belaka..Keduniaan belaka..Aku mahu jawapan lain dari yang lain..Kerana aku mahu menjadikan beliau sahabat aku..Sahabat yang membawa kepada kesejahteraan akhirat..

Lantas, bila ada yang heboh dengan plan kehidupan diorang tu aku pun saja-saja je lah tanya.,"Lepas korang dapat semua tu korang nak buat hape lak?"..Terdiam terus diorang.Amat aneh..Pastu aku terus tanya lagi,"Lepas mati lak korang nak buat apa?"..Pehh..Lagi lah mereka terdiam..HEH?

Sepanjang hidup aku..Aku ada baca banyak kisah di mana orang yang telah mati merayu kepada Allah untuk dihidupkan semula..Katanya nak beramal kan walaupun sesaat..Hello encik..Sila sedar diri..Ko tu dah kene kapan..Macam mana nak bukak balik kain kapan ko tu ha?Tak ke susah nak semayang kalau pakai kain kapan semua..Nak takbir pun susah tau..Lagi pun kat dalam kubur mana ada paip ke singki ke ko nak berwuduk..Ape punya orang ko nih?Masa hidup dulu tak mau solat..Sekarang rasakan puas-puas..azab tak dapat solat..

Aku tak nak lah memoyo, mempoyo atau pun seangkatan dengannya..tapi aku nak nasihatkan diri aku dan rakan-rakan semua..Kita perlu berfikir merentasi semua itu..Kerana matlamat agung sebuah kehidupan adalah untuk mendapatkan kebahagiaan yang abadi di  akhirat sana..Jangan sampai tenggelam di pertengahan jalan sudah lah kan..Ok children??Lain kali kalau plan tu biarlah sampai ke matlamat asal sebuah kehidupan kita.

Kepada yang terasa hati tu..aku nak mintak maap...Kepada yang menyampah tengok aku tu..aku nak mintak maap gak..Aku tak paham kenapa korang menyampah tengok aku..Kepada yang menyokong aku tu terima kasih daun keladi..

p/s : Harga sebuah kehidupan hanya boleh dirasai oleh orang yang sudah melalui kematian..Gunakan kehidupan anda sebaiknya..

Retak Menanti Berkecai

FT edited version..lawa seyh aku edit gambar neh!(masuk kuali angkat sendirik)


Harus bagaimana lagi

Dan terus begini
Dengarkan aku
Lihat ke mataku

Cukup sudah kau menghukum

Salahku tetap salahku
Benarkan ku berbicara
Agar bisa pulih semua

Namun harus sampai bila

Kau kan diam seribu bahasa

(dipetik dari into lagu "Hanyut" oleh Faizal Tahir)

Oh.Apsal lah tiba-tiba aku merepek letak lirik lagi kat awal-awal post nih?Tak penah lak aku buat macam ni kan.Bak kata cercaan kawan-kawan aku,"Ko buang tebiat ke ape ha?"Oh.Wahai rakan-rakan yang dikasihi sekalian, ini bukanlah tebiat ke etc etc..tapi ini adalah salah satu cara nak tulis intro..Cikgu sekolah rendah aku ajar ok..Cikgu korang tak pernah ajar ke?Aku pasti ada diorang ajar..Oh lupe lak yang korang suka ponteng kelas BM kat skola dulu..ALMAKLUMLAH..BM konpem dapat A kan..Lagi pun..UPSR je...Bak kata ketua kampung Pinang Sebatang, "Piece of cake"..Hambek ko..Speaking mat salleh ko ketua kampung..

Baiklah..Berbalik kepada idea asal, kenapa tetiba lak aku mengada-ngada nak letak lirik lagu ni ha?Gedik lah pulak..Bukan gedik lah..Aku cuma rasa yang lirik si FT buat ni kene betul-betul kat batang hidung aku sekarang..Kenapa ek?Macam ni kisahnya..

Aku ada seorang kawan kat sekolah dulu.Agak rapat lah jugak kan..Kat sekolah dulu selalu je gaduh kan..Ala biasa lah..Kengkawan..Kang kalau tak gaduh tak best pulak..Hari-hari nak baik..Tak ke tak best tu..Kadang-kadang mesti lah kena gaduh sekali sekala..Supaya kehidupan tu nampak dramatis sikit..

Oh ya.Apa yang memeningkan kepala aku yang sudah sedia kusut nih, baru-baru ni aku rasa kitorang ada perang besar..Macam perang korea utara dengan korea selatan tu ha..Puncanya aku sendiri tak tau..Tiba-tiba beliau mendiamkan diri, membatu dan membisu seribu bahasa..OH..Konpemlah ni silap aku..


gambar ni takde kaitan langsung dgn aku sama ada kepada yang masih hidup atau pun yang sedang meninggal dunia...

Hari tu masa Aidilfitri aku ada datang raya rumah dia.Tapi masa tu ramai kan tetamu yang datang rumah dia..So dia pun macam tak layan lah sangat budak lelaki yang datang rumah dia..Al maklumlah..ramai awek-awek yang bertandang kat rumah dia..Takkan lah nak sia-sia kan peluang keemasan itu lah..Apa yang aku herankan ni ha..kitorang budak lelaki ni ha langsung diorang tak layan..Seolah-olah kitorang tak wujud pun..Seolah-olah aku ni halimunan..Eh??Padahal kita kawan sekolah menengah kot..Lagi aku heran, dengan budak pompuan dia bukan main mesra..Hamboih..Aneh ye kau wahai manusia..

Aku apa lagi kan..Dengan kepuakaan mulut aku tahap cipan ni terus meng'sound' dia secara halus..Apa?Secara halus?Yess..Aku menegur dia cara melayu seperti yang nenek moyang aku pernah buat iaitu secara sindiran..Aku cakap apa?Simple jek..Aku cakap camni.'Eh dude, thanks for the raya..I really enjoy lepak at your house tadi..Lenkali buat lagi yer?"..Hambek ko sedas..Sape tak terasa..Aku pun boleh terasa tau kalau ada orang cakap kat aku camnih...bla3..

Lepas tu dia terus diam..Aku mesej tak reply..Heh..Konpem ahh dia bengang dgn aku tuh..Ok takpe..Tak nak kawan dgn aku takpe..Ada aku kisah?Seminggu selepas itu aku terus meng"delete" beliau dari senarai kawan fb aku..Ah..lantak ahh..Dia dah banyak berubah..Kalau dulu innocent je kat sekolah..Tapi sekarang macam-macam benda pelik dia buat..Tu yang aku dah tak tahan tu..Apa lagi..delete la teruss..No mercy..

Tapi baru-baru ni aku lak buat hal..Tetiba lak aku rasa aku bersedia memaafkan dia..Aku rasa terbuka hati nak memberikan peluang kepada kawan aku tuh..Dengan gagahnya..aku buang segala ego dan kebencian aku terhadap dia semata-mata nak add dia balik..Oh..segannya aku..Apalah aku nak buat..Harap-harap dia approve lah ek..Masuk hari ni dah dua hari aku tunggu dia nak approve..ok..Aku bagi peluang selama sebulan untuk ko approve wahai kawan..Lepas tamat tarikh tu aku anggap yang kau tak nak berdamai dengan aku..dan selepas masa tu..apa yang boleh aku ucapkan adalah satu perkataan je.."FAREWELL!!"

from now on..i will zip my mouth..

Jahat sangat ke mulut aku ni?Padan muka kat diri aku sendirik..Bak kata pepatah Melayu , "kerana pulut santan binasa..kerana mulut badan binasa"..Padan muka kepada diri aku..Lain kali cakap berpada-pada..Jangan main lepas je..selalunya aku kritik orang..Hari ini aku nak kritik diri aku lak..Yess..padan muka!Tak guna kau wahai Mr Joker..Kerana kau aku jadik begini..Cisss...Ah takpelah..Nasik sudah menjadi bubur ayam mekdi..Nak buat camner kan...

ARGHHH!!!!I SCREW UP!!!

p/s: Bak kata salah seorang doktor kat malaysia nih," Jangan jadik beruk,pintar memanjat pokok tapi tak pandai tanam pokok..Maksudnya lebih kurang macam...do not simply talk.Walk your talk ghetto..

Saturday, November 27, 2010

Panduan Nak Tambah Berat Badan

Ok lah.Hari ni mood aku agak ok..Biasa-biasa je..Bila mood dah ok aku nak share something dgn korang semua yer.Hari ni aku nak berkongsi macam mana cara nak tambah berat badan..Kepada insan-insan yang dikategorikan sebagai underweight,kurus melidi,tulang rangka,kena tiup angin pun boleh terbang dan apa-apa lagi cercaan yang korang dapat..sila ambil perhatian ye..Aku mahu bantu korang..

OK lah.caranya sama sahaja seperti post sebelum ni..Kalau korang nak tambah berat badan..jumlah kalori yang korang amek setiap hari mestilah melebihi jumlah keperluan kalori badan..Supaya kalori yang berlebihan itu dapat digunakan untuk membina otot-otot agar lebih besar..

Yang keduanya, makan sahaja tak cukup.Korang nak tak nak kena jugak jalani weight training..Kalau korang makan je tanpa buat latihan maka pada akhirnya korang akan menjadi obess..no doubt..Sudah terang lagi bersuluh..orang yang makan je kalau tak buat latihan..konpem2 lah dia akan tambah berat badan..weight training tu berfungsi untuk menaikkan otot-otot korang..Agar tampak hangat dan hebat..Apa lagi..cubalah..

Nutrient jugak memainkan peranan yang amat penting kepada insan yang nak tambah berat badan tu..Take less carbs and more proteins.Protein amat penting untuk membina dan membaiki otot selepas menjalani weight training..Kalau mampu, ambil protein sebelum dan selepas buat latihan..Supaya otot tu cepat naik..Haa..kalau mampu sila lah amek supplement..Macam weight gainers ke..tapi do not simply prescribe your own weight gainers..Consult with pharmacist if possible..Kalau silap amek korang jugak yang merana..

Ok lah tu je kot..Aku nak gi cuci mata nih..thats it for now..farewell people..goodluck kepada insan yang nak tambah berat badan tu..

Friday, November 26, 2010

BOSAN

Oh.Disebabkan hari ni mood aku xde, so aku malas lah nak berbahasa bunga-bunga.Buang tabiat lah pulak kan.Tak pernah lak aku jumpa orang yang tengah tak ada mood buat ayat yang bombastik..Itu giler namanya..Kalau adalah jugak itu tak lain tak bukan..mereka adalah weirdo..

Pernah tak ustazah kat sekolah korang cakap camnih?

"Ok yer murud-murid, hari ni uztazah nak korang semua bukak aurat.Yang pompuan tuh kalau nak freehair silakan.Kalau nak pakai seluar pendek nampak lutut dipersilakan.Baju tu kalau boleh jarang,ketat dan nipis..Barulah vogue dan seksi.Hmm..ada lagi..Nanti kat facebook korang upload lah gambar korang yang bitch posing tu..Barulah jejaka-jejaka hot terpikat"

Pernah tak?Mustahil giler lah ustazah korang cakap camtuh.Aku boleh kerat kuku kaki aku kalau ada ustazah yang cakap camtuh..

Tetapi aku masih lagi tak faham kenapa lah isu dedah aurah ni macam orang dah tak kesah lah pulak kan..Bukti paling nyata, cuba lihat kat sekeliling korang.Apa yang korang nampak?Bestkan?Tepuk dada tanya iman..

Soalan yang pertama..dimanakah mereka belajar semua itu?Mak bapak diorang ke?Eh bukan lah..Aku rasa diorang nak tiru mamat-mamat dan minah salleh tu lah.Pheww..Tolonglah sedar diri tu sikit..engkau tu tak lain tak bukan Melayu..Islam lagi.Ko dress up lah macam mana pun kan..kau tu masih lagi seorang Melayu..Ok!!Tak ada makna nya tiru diorang tu..

Ah..apa lagi aku nak merepek ni?Haa..so sebagai masyarakat yang bertanggungjawab kan..apa usaha kita nak basmi dan selesaikan masalah ni?Hmm..Pada pendapat aku, apa kata diwujudkan kawasan larangan membuka aurah..Selagi aurah itu belum ditutup maka seseorang itu dilarang memasuki kawasan tersebut..Benda ni dah pun ada orang yang buat..Cuma pengaplikasian nya tidak meluas..Itu sahaja..Contohnya kat Masjid Jamek, KL..Pelancong yang nak masuk situ kene pakai jubah yang telah disediakan kat pintu masuk..Kalau tak takleh masuk langsung...

Sekiranya menjadikan kawasan larangan membuka aurah itu nampak mustahil untuk dijalankan di kawasan awam, boleh je buat kat rumah.Insyaallah aku nak buat kat rumah aku nanti sekiranya aku dah ada rumah sendiri. Sesiapa yang nak masuk kawasan rumah aku kena tutup aurah..Kalau tak pengawal keselamatan aku tak bagi masuk (Ceh berangan giler)..Ah lantak ahh apa korang nak kata..Kalau bukan aku yang mulakan, sape lagi kan nak buat?Nak tunggu korang?Heh!!

Aku pasti ada je pengkritik kat luar sana tu cakap camnih," Eleh lu nak tazkirah lah pulak kat sini.Sedar sikit lah wey!Ko pun pakai gak short kan?"

Maka aku akan menjawab.."Yes..aku pun pakai short jugak..Tapi cuba ko bandingkan short aku dgn short ko..Ada beza tak?Aku nyer labuh dari lutut OK!Dan yang paling penting masih lagi menutup aurat..Short itu bukan masalahnyer..Masalahnyer adalah menutup aurah..Selagi mana pakaian itu mampu menutup aurah maka ianya boleh dipakai..

dan diorang pon jawab....blablabla3...

Aku rasa sampai sini je kot perbincangan malam nih.Kang cakap lebih-lebih kena blackmail lak aku kang..tak pun kena sumpah seranah ke..Oh..Selamat menutup aurah..

p/s : Teringat seorang kata-kata seorang ustazah, "Kamu tunjuk aurah kat orang dapat duit ke?"

p/s: Aku tidak suka pompuan (melainkan bini aku) pakai seluar pendek depan aku..Lawa sangat ke kaki ko tu ha?Kaki bini aku lagi lawa OK!!

Feeling Lebih

Salam perpaduan.Oh.Bosannya kamera rosak nih.Ingatkan balik rumah ni dapat la main-main dengan kamera tuh.Tapi tengok macam biasa gak.Macam dulu lagi.Masih rosak!!BOSAN!!

Ape cite ni beb?Masa nak exam dulu beriya lebih kan mintak maap bagai..Nak betulkan la hape la..Last-last tak ada apa-apa tindakan dibuat.Ini bukan perkara main-main yer.Kamera itu gadjet berharga aku..Sejarah aku dan sebahagian dari diri aku.Senang-senang je ko bagi kat member ko..Macam bagi pinjam pensel je kan..Padahal benda tu kamera ok..Its kamera..Sekali lagi aku tekankan..its cybershot weh..

Skang ni dah rosak ko boleh la pulak buat bodo je kan?Mana perginya sahabat sejati ko yang jatuhkan kamera aku tu ha??Dah lari ke?Dah rosakkan boleh lak yer buat tak tahu jer..Baling batu sembunyi tangan..Kamera tu bukan dibeli dengan daun yang korang boleh petik kat pokok tu yer..Ianya duit..Bila rosak sorang pun tak nak tanggungjawab..Teruknya!!

Kepada insan yang berkenaan, tak payah la nak mintak-mintak maap bagai lepas nih.Aku tak perlukan semua itu.Apa yang aku perlukan adalah agar kamera itu dibaiki agar boleh dipakai semula..no matter what it takes.Pandai rosakkan pandailah betulkan yer..Jangan acting innocent lak kat sini..Aku tak layan sumer tuh..

yours faithfully,
-JOKER-

Thursday, November 25, 2010

Al Kisahnya

Pagi ini, udara dingin mencucuk kulitku sehinggakan dapat dirasa oleh tulang temulangku..Embun dara kelihatan di sana sini..di atas rumput..atas daun..bla3..Oh hujan rupanya malam tadi..Sangat indah suasana selepas hujan di kawasan kampung..Walaupun kampung ini diancam pembangunan rakus yang tidak terancang..Ahh..Lantak ahh..Lepas aku ambil alih kuasa ketua kampung nanti, macam macam pembaharuan aku akan buat..Yang pertamanya, sudah tentulah aku nak kekalkan flora dan fauna (macam dalam citer Empangan lah pulak)..Aku akan hentikan segala penebangan hutan..Kejam kau wahai manusia kerana terlalu rakus mengejar pembangunan tanpa mengambil kira kesan buruknya..



Oh ya..disebabkan malam tadi aku tersekat di dalam hujan, aku mengambil keputusan untuk menonton televisyen sahaja..Ternyata apa yang aku tonton malam tadi merupakan sesuatu yang amat bermanfaat kepada aku..Bukannya sampah seperti yang aku biasa lihat di dalam rancangan kebiasaan.Aku tidak menjangkakan beberapa perkara yang hebat dapat aku lihat malam tadi..



Yang pertamanya, aku telah menonton rancangan Bersamamu..Pergh..kisah malam tadi lain dari yang lain..bukannya seperti episod yang sebelum ini.Tetapi berkisarkan tentang kehebatan ikatan ukhwah antara 4 orang sahabat..Aku amat tersentuh menonton episod kali ini..Mereka amat bertuah kerana ditakdirkan bersama..Mereka saling menjaga antara satu sama lain..Ada yang sampai sanggup berhenti kerja sebab nak jaga kawan yang tidak sihat itu..OH..Indahnya nilai sebuah ukhwah itu..Sesungguhnya mereka amat beruntung kerana dikurniakan sahabat yang hebat dan baik..Aku amat berharap ada sahabat seperti mereka..Bertuah badan..

Rancangan kedua yang aku tonton adalah slot Soal Jawab.Oh..Isu malam tadi amat panas..Aku rasa episod malam tadi merupakan perdebatan televisyen yang amat sensasi..Rugilah kepada sesiapa yang tak tengok..Tajuk malam tadi adalah berkisarkan demokrasi dan kemelut yang melanda salah satu parti politik di Malaysia..Ahli panel terdiri daripada dua YB merangkap ahli parlimen kawasan masing-masing dan berlainan idealisme..Juga terdiri daripada editor Agenda Daily..Kecoh giler malam tadi..2 vs 1.Macam dah nak gaduh aku tengok..Moderator dia boleh dikatakan bagus kerana apabila sampai satu tahap dia dengan sengaja menghentikan perbincangan..Apa apa pun rancangan ini berjaya mengembangkan minda aku yang tak berapa berkembang ini..

Rancangan ketiga yang aku tonton malam tadi adalah sorotan harian Sukan Asia..Aku sangat suka tengok rancangan yang memaparkan sukan terutamanya acara olahraga balapan..Perghh..Aku amat teruja dan whoa..Bila tengok atlet olahraga balapan malam tadi..aku berasa amat rendah diri kerana mereka amat menakjubkan..Aku pula hanyalah atlet yang biasa..Antara perkara yang mereka boleh buat dan aku rasa mustahil bagi aku adalah..

-Lari 100 meter dibawah masa 12 saat.
-Lari sejauh 7km dibawah masa 40 minit
-Lari sejauh 400 meter dibawah 40 saat.
-Lari sejauh 1500 meter dibawah masa 4 minit..



Perghh..mereka sangat hebat..dan pencipta mereka sesungguhnya maha hebat..Bila lah agaknya aku dapat berlari sepantas mereka..Heh!!

Oh tu je kot..rasa macam tak sia sia lah pulak aku tengok tv malam tadi..Sangat berkembang minda aku..whoa..seronoknya..

p/s : Aku telah mula mendapat mimpi-mimpi yang seronok setelah lama tidur aku tidak didatangi mimpi..tidur yang tidak didatangi mimpi adalah seperti berada di dalam kegelapan..Yeah!!!

Tuesday, November 23, 2010

Panduan Nak Kurangkan Berat Badan...

Langit hari ini mendung seperti biasa..Matahari malu-malu untuk memancarkan sinarnya..Oh patutlah,,Hari ini bulan november rupaya...Angin peralihan monsun sudah tamat..Hmm...Pagi ini aku bangun agak sedikit lambat..

Oh ya..Cuti-cuti macam ni kawan aku ada yang sibuk nak tambah berat badan lah..Ada jugak yang sibuk nak kuruskan badan tuh..Apa-apa pun disebabkan paradigma songsang yang diambil..semua usaha tersebut ibarat mencurahkan air ke daun keladi..Kenapa aku cakap camtuh??

errr..aku ni gemok ke kurus???

Oh yer..Aku tengok ada rakyat Malaysia ni sanggup lah menahan lapar semata-mata nak kurus..Tapi tak kurus-kurus pun..Malahan, semakin tidak sihat adalah aku tengok..Kenapa ek boleh jadik camtu?Sebabnya, cara diorang tu salah..Aku pernah tanya kat ramai orang sama ada aku ni kurus atau gemuk..Ada yang cakap aku kurus.Ada jugak yang cakap aku just nice..Berisi la dan lain-lain..Hakikatnya, mereka menjawab berdasarkan badan yang mereka miliki..Kalau diorang kurus maka diorang akan cakap aku berisi..Dan kalau mereka agak berisi dan mereka akan jawab aku kurus..

Apa-apa pun, kali ni aku nak kongsi macam mana nak kurangkan berat badan.Heheh..Ceh..Macam fitness instructor lah pulak..Ahh..Lantaklah..Aku tetap nak kongsi juga..

Yang pertama sekali, kita perlu tahu keperluan kalori badan..Oh macam mana nak tahu yer??Mudah sahaja caranya..Toreh sedikit lemak kat perut tu..Kemudian korang timbang pakai alat penimbang..Pastu bahagi dengan Avogadro Constant..Heheh.Ok..Aku main-main je sebenarnya.Camni ha kalau nak tahu keperluan kalori badan..Mudah yang amat sangat..Klik sahaja kat sini...

OK lah..Langkah seterusnya bila dah tahu keperluan kalori badan..korang semua perlu merancang jumlah kalori yang korang ambil dalam masa sehari..Untuk mengurangkan berat badan..jumlah kalori yang diambil perlulah kurang daripada jumlah keperluan kalori badan kita..Kenapa ek??Sebab bila kita ambil kalori dalam jumlah yang kurang dari sepatutnya badan kita akan secara semulajadi memecahkan lemak-lemak yang ada kat dalam badan kita..Pastu bila lemak dah kurang sudah pastilah berat badan akan kurang...




Seterusnya.please do not skip your meal..Cuma kurangkan sahaja jumlah portion yang diambil dalam setiap hidangan..Makanan amat penting untuk membekalkan nutrient kepada tubuh..Kalau boleh ambil makanan yang kaya dengan serat kerana ianya membantu dalam proses ............(korang isi sendiri)..Berlapar bukanlah jawapan untuk mendapatkan berat badan yang unggul..




Selepas itu dan paling penting sekali kalau nak kurangkan berat badan adalah SILA LAH MERAJINKAN DIRI ANDA KE GYM UNTUK MEMBUAT WEIGHT TRAINING..Latihan ini amatlah penting supaya badan dapat membakar kalori yang diambil untuk mengelakkannya bertukar menjadi lemak..Kalori yang tidak digunakan akan secara automatiknya ditukar kepada lemak..Apa yang kita perlu buat kat gym tu?Boleh je buat macam macam..Angkat dumbell ke..lari kat treadmill ke..dan lain-lain..Kalau tak tahu sangat silalah tanya  fitness instructor kat gym tuh..Aku pasti dia sedia membantu sebab dia memang pakar dalam bab tu (walaupun pada hakikatnya tu memang kerja dia)..




Kepada golongan yang gila six packs tu (macam aku)..pernah tak korang rasa tertekan sebab walau macam mana pun korang sit up atau buat crunches tapi six packs tu masih juga tidak muncul..Oh.masalah ini sebenarnya berpunca daripada lapisan lemak yang terkumpul di bawah kulit perut..Lemak ini perlu dibuang agar dapat menyerlahkan 6 packs korang tuh..Macam mana caranya?OH caranya amat mudah..Tidak perlu buat crunches setiap hari..3 kali seminggu sudah memadai..Apa yang korang perlu buat adalah silalah menjalani cardioexercise..Cardioexercise ni penting agar lemak-lemak kat dalam badan itu dapat dibakar dan disingkirkan..Cardioexercise adalah seperti joging, breakdancing,bersukan, berenang dan lain-lain..Berenang adalah cardioexercise terbaik kerana ia membakar lemak di badan dengan lebih menyeluruh..

Dan ini adalah petua nenek moyang aku terdahulu...Ustaz kat sekolah aku cakap kalau nak kurangkan berat badan, silalah mandi sebelum subuh.WHOA..Amat sukar ye disitu.Ustaz aku cakap air yang sejuk diwaktu pagi amat effisien untuk memecahkan lemak kat dalam badan kita...Tunggu apa lagi.jomlah kita mandi sebelum subuh..


ada orang cakap mamat ni muka macam aku...ciss..geram tol lah..

Dan kunci kejayaan kepada semua ini adalah sabar..Kenapa sabar lak??Baiklah..hakikatnya berat badan yang unggul tidak boleh dicapai dalam masa sehari, seminggu mahupun sebulan..Adalah tidak logik disitu apabila kita buat semua benda ni bangun esok kita dah kurus dah..No.It is not like that..Benda ni mungkin ambil masa berbulan bulan mahupun tahun..Ianya berdasarkan badan seseorang itu..Maksud saya, macam mana badan kita berinteraksi dengan perubahan dan latihan yang kita buat..Termasuk juga faktor genetik, cara hidup, jenis pekerjaan, tahap metabolisme badan dan jantina (jantan+betina=jantina)..

Okeh..Tu je kot buat kali ni yang aku boleh kongsi.Tips tips sebentar tadi sebenarnya adalah cara yang amat murah dan mudah.Tak perlu pun pakai Jusmate keluaran doktor Romzey tu ha..mahupun Krim Mustajab..Semua benda tu tidak guna jugak dipakai kalau kita tidak mengamalkan cara hidup yang sihat..Pasni aku nak kongsi pulak camne cara nak tambah berat badan..Kepada insan yang mahu mengurangkan berat badan tu aku ucapkan selamat maju jaya..Sekian..


Monday, November 22, 2010

Help Me..Please..

Oh..Tadi dapat emel dari Carmen Loo..kaunselor aku..Dia suruh aku pilih universiti mana yang aku berminat nak pergi..Seriously i have no idea what to do..Ada tak sesiapa yang berhati mulia mahu bantu aku??

Kawan-kawan yang amek pharmacy tu, tolonglah aku..bantu aku buat keputusan..University mana yang patut aku pilih..ARGH!!!

Aku boleh masuk 5 uni je..Sebab Uni of Queensland konpem konpem la aku tak lepas..Sebab IELTS aku punya pasal..IELTS lak cukup cukup makan jek..Sangat sedih..

Patutkah aku masuk Tasmania?UNISA ke??Or Curtin??Or Monash??Atau pun Sydney??

ARGH!!!Tolong aku..

p/s: Selepas ini aku mahu cari slip IELTS..tah mane tak aku campak..

Masa Silam yang Terpadam.Misteri itu Magik

****Im going home..to the place that I belong...bla..bla..bla..***


chris daughtry..aku ingatkan maher zain tadi..

Malam ni sambil aku usha-usha aper yang best kat internet nih..aku pasang lagu home yang dinyanyikan oleh chris daughtry..Syahdu seh lagu tuh..suara mamat tuh dah la sedap..Lebih-lebih lagi versi acoustic kan..Peh..Lagi la aku layan..I wish I can have that kind of voice..Rock giler bai..In the same time..vokal tetap mantap..

Tengah aku sibuk buat kerja (padahal tgk bola je kot)..tiba-tiba sesuatu berlaku..

DING!!!

Oh..ada orang bagi mesej segera (instant mesej) rupanya..Tapi dier tak cakap apa-apa pun..Dia cuma kasi aku satu link yang misteri..Aku pun macam malas lah pulak nak bukak..Bila aku check balik, rupa rupanya si Shinichi Kudo yang begi mesej kat aku..




Perghh..Shinichi Kudo tuh..Jangan memain..Aku dah lama nak tahu siapakah sebenarnya mamat yang menggelar dirinya Shinichi Kudo tuh..budak zaman sekarang memang pelik sikit..Cuba lah letak nama yang senonoh sikit..Barulah aku senang paham..Ni letak nama yang pelik-pelik..Shinichi Kudo laa...Mr Teddy lah..blablabla..aduh..konpius aku..

Aku memulakan langkah pertama

" Err..siapa ni ek?"aku bertanya nak dapatkan kepastian..

"Pejal lah," dia menjawab dengan nada yang selamba..

Masa tu otak aku terus cuba mengSCAN nama faizal yang pernah aku kenal...Takkan lah Faizal Tahir lak kot..sebab dia memang pakai nama Faizal Tahir..Err..Faizal budak skola rendah aku ker??Eh??Bukan jugak kot..Aku tak rapat sangat dengan dier..Mungkin Faizal yang main volleyball tu kot??Ahh..Tak mungkin gak kot..Sebab aku tak pernah lah add dier kan..Hmm..OH TIDAK!!Faizal mane nih???

Aku bertanya lagi," Faizal?Yang mane satu haaa??Da lupe aa..Sori dude.."

"Oh..saya yang magician junior tu lah.Ingat lagi?"dia menjawab..

Terus otak aku memberikan gambaran muka beliau kepada aku..Lah..dia ke??Ok ok..Cool giler..

"By the way,ape link yang ko kasi tuh??"

"Kesilapan yang selalu magician buat.Obvious giler tu deck palsu.Tengoklah.."

blablablabala.........................

Oh..rupa-rupanya beliau adalah salah satu memori silam yang sudah terpadam dari ingatan aku..Aku sudah hampir terlupa bahawa aku pernah menjadi street magician..Heheh..Buat magic kat junior yang baru datang..Buat magic kat junior setiap malam sebelum tidur..Oh..Sangat best..Budak-budak junior dah lah best..Dan si Faizal ni lak junior aku yang sangat pelik..Seriously beliau sangat pelik..Aku pun tak paham kenapa..tapi kitorang share the same interest..We both love magic..I love basking magic..tapi aku tak tau die suka ape..Yang penting kitorang minat magic lah..




Aku pernah lah jugak kan ajak si Faizal tu lawan magic..Sape lagi best..Cara-caranya..Dalam 3 pusingan..buat 3 jenis magik kat orang..Dan orang tu akan nilai magik sapa yang lagi best..Sapa yang menang 2 atau 3 pusingan menang..Tapi si Faizal tu tak berani..Sebab aku lagi senior dari dia.Masa tu aku form 5..Dia form 2..Tak ke tak adil tuh?Hehe..tapi dia pun tak tau gak yang aku pun takut nak lawan..Sebab masa tu aku tau buat magic berdasarkan kad je. dan masa tu aku pakai deck biasa lagi. Sebab aku belum jumpa lagi special deck..Heheh..

Ok lah..sekarang nih aku dah kurang minat pulak nak buat magik kat orang..Asal aku buat magik je mesti ada orang sibuk-sibuk tanya macam mane aku buat..Mane tak aku hangin..haishh..Sabar je la..Penat-penat aku berlatih magik tu..senang-senang je nak tanye..Tapi nak tak nak aku kena bagi tau gak..Kang tak bagi tau merajuk la hape lah.Kalau orang tu dah tau apa trick yang aku buat, tak magik lagilah benda tu.Sebab diorang dah tau...

Tu lah salah satu sebab aku quit jadik magician..Because people dont know how to respect magician..People are so rude..Maafkan saya cikgu..Saya tak berniat nak quit..Tapi saya dah kecewa..

Err..Terima kasih kepada Faizal sebab berjaya mengingatkan bahawa aku ni pernah menjadi magician (perasan giler)..Macam dalam citer Fairy Tail lah pulak.Aku sangat mahu sertai Fairy Tail..Sebab walaupun diorang dari tempat yang berbeza dan latar belakang yang berlainan, hubungan mereka amat rapat..seperti sebuah keluarga yang amat besar..dan sentiasa menyokong dan membantu antara satu sama lain..aku sangat mengimpikan masyarakat seperti itu..


aku nak bela kucing tu seekor..sangat comel..

Kan best kalau kat sekolah ada mata pelajaran magik..bukan macam Harry Potter tu..Itu sihir..Ni magik yang bersih..Silap mata..tiada unsur sihir langsung..Cuma berdasarkan helah je..Kalau ada mata pelajaran silap mata..mesti budak-budak sekolah rendah rajin nak pergi sekolah..Selain mata pelajaran muzik yang nyanyi lagu kanak-kanak tu..apalah salahnyer kalau ajar diorang silap mata..Mesti berkembang otak diorang..Haha..

Silap mata ni kadang-kadang ada jugak gunanya dalam waktu kecemasan...Pernah tak korang terpikir??Macam contohnya kalau budak-budak tu kena kejar dengan anjing ke..perompak ke..diorang boleh je pakai silap  mata melepaskan diri nak lari dari semua tuh..Aku tak pasti lak martial arts budak 6 tahun bolek kalahkan perompak dan anjing yang besar tuh..sangat mustahil..

Aku ingatkan yang aku ni useless..Rupa-rupanya aku ni berbakat jugak yer..Seriuss masuk bakul angkat sendirik..Haha..tapi aku amat merindui masa dahulu.. kerana magic adalah sebahagian dari diri aku..

p/s: Jom Fairy Tail!!Aye!!!

Sunday, November 21, 2010

Tawar Hati

pelamin angan cinta...heh?ape aku merepek nih?

Oh.Cuti-cuti macam ni rasa malas lah pulak nak kemas kini blog ini..Ceh.masa exam sempat pulak nak mengupdate tuh..Haiyya..Macam macam lah aku ni..Cuti yang lapang ni aku lebih suka menghabiskan masa tengok anime yang terhebat pada abad ini.Apa yang aku maksudkan adalah Fairy Tail..

(dari kiri)..aku.Gray.Titania Erza.Lucy..

Hmm..Apa-apa pun..asal cuti hujung tahun je mesti la ramai orang nak kawen..So ape lagi..bila ada kenduri walimatul urus, konpem la aku kena datang..Ahhh..Tak sukanya..Aku selalunya malas pergi..Tak minat..tak tau nak buat aper.Bosan..Pertama.kena tunggu pengantin berjam-jam macam tunggul kayu..Ahh..Sangat bosan..Nsib baiklah sekarang dah ada teknologi..Boleh lah dengar lagu ke hape kan masa nak tunggu RAJA sehari tu (kononnya)..

Alasan kedua kenapa aku malas pergi sebab aku tak minat lah sanding-sanding nih..Kalau setakat nak bersanding tukar baju doploh kali..jadik model of the runway je lah bedah..Tak kuasa lah pulak aku nak tengoknyer tuh..Kalau pakaiannya sopan aku tak kesah lagi..Ini pakaian tak cukup kain..dedah sana..dedah sini..Azab aku tengok..Ingatkan datang dapat pahala..Menambahkan dosa adalah..hmmm..



Alasan ketiga lak kenapa aku malas pergi kenduri kawen adalah sebab makanannya mesti sama jer..Tak lebih dari nasik minyak..Kalau dalam sehari tu aku dapat doploh jemputan..doploh kali lah anak tekak aku terpaksa telan nasik minyak..Adeh..Cuba lah buat kelainan sikit..Ni asyik-asyik benda yang sama..




Pastu trend zaman sekarang ni lak kalau kawen je mesti ada kareoke (betul ke ejaan nih??)..Oh..Aku rasa benda ni lah yang menjadikan aku tawar hati nak pergi kenduri kawen..Bukannya aku tak setuju..Cuba korang bayangkan..sape tak nak karok free kan??Dapat pulak mamat yang gila karok macam aku datang situ..Hambek ko..Menyanyi puas-puas sampai tak ingat dunia lah gamaknye...Ingatkan datang situ nak tengok orang kawen..tapi last last terpaksa lak menadah telinga dengar nyanyian yang tak berapa nyanyian tu.Aku tak nafikan ade je mamat karok yang suara sedap nak menunjuk bakat..tu takpelah..Aku tak kesah pun.Halwa telinga bak kata pepatah melayu..ni dapat pulak mamat karok yang suara tak ubah macam Giant..hambek ko..Ni bukan halwa telinga lagi..Ni pemekak telinga..



Justeru (heh??), inilah punca kenapa aku malas pergi kenduri kawen..Nak je aku terangkan benda seperti di atas tiap kali mak bapak aku ajak gi kenduri..Tapi tiap kali aku malas pergi mesti bapak aku akan cakap camnih ," Nanti kau kawen tak ada orang datang tau lah ko"...Ceh..pandai gak bapak aku psiko aku rupanya..

Aku dengan muka tak bersalah menajwab," Hmmm..yelar tuh..I dont wanna marry lah abah..Tak ada calon"

dan selalunya perbualan itu tamat disitu..Bapak aku malas nak cakap lagi dah..sangat degil anak nya yang seorang ini..

Apa-apa pun kawan-kawan, jangan tiru aksi ini yer..walimatul urus adalah wajib selagi ianya tidak melanggar syarak..Apakah tanda-tanda majlis yang korang tak patut datang??Pertama, majlis itu menyediakan minuman keras..Yang keduanya, majlis tersebut adalah dihadkan untuk golongan tertentu sahaja seperti untuk golongan kaya sahaja, artis sahaja dan sebagainya...Yang ketiganya, apabila majlis itu membenarkan pergaulan antara lelaki dan perempuan tanpa batas..Macam ada majlis menari ke..hape ke..Janganlah korang datang..tak rugi pun..Menambahkan dosa adalah..

Baiklah semua..Selamat menghadiri majlis kahwin..Doakan aku selamat tiap kali aku datang majlis kahwin yer..Amin..

p/s: Katanya malas update blog..tapi last last tulis jugak sampai 500++ perkataan..Haish..Aye..

Thursday, November 18, 2010

SuperSahabat



Selamat tinggal SuperSahabat..
anda memang sangat baik..
aku tidak pernah jumpa insan baik sepertimu
sebab itulah aku menggelarmu
Super Sahabat..
terima kasih untuk segalanya..
sokongan,bantuan dan kenangan..
dan apa sahaja..
terima kasih daun keladi...
kalau boleh kita jumpa lagi..
babai..

SengaL...


this is not just a suit..Its Paul Smith dude...

Aku baru je habis malam grand dinner..Tapi takder mood lak nak post tentang malam tu..Lenkali lahh ek..Tapi ada satu peristiwa malam tu yang aku nak citer..Camni ha..

Pada malam tu ada classmate tanye kat aku..."Arep, kau pakai coat yang tempah kat JPA hari tu yer?" tanya beliau dengan nada yang penuh sinis...

Aku pun dengan selambanya menjawab," Hello..It is not just a suit..Its Paul Smith..Jage sket perkataan tuh"

Aku menambah lagi, "Eh..ko kelihatan seperti pokok Krismes dengan lampu berkilau-kilau kat telinga kau tuh..Tapi kan krismes lama lagi...Ko ni buang tebiat ke hape?Macam halloween pon ada aku tgk ko neh...Sangat aneh..."

Hambek ko..Bila aku sudah bersuara..Macam tu lah jadiknyer..Sebenarnya aku tak sampai hati nak hina orang sampai macam tu sekali..Yelah kan..Penat-penat dia beli baju dan shawl crumple yang ala-ala pokok krismes tu yang sangat mahal tapi akhirnya kene kutuk kat aku..Aku tipu je tadi..sebenarnya aku diam jek..Biarlah manusia itu nak hina aku pakai kot tu ke hape..yang penting aku happy..Aku takder la berbelanja sakan utk malam tu..Cuma mix dan match je koleksi baju aku supaya nampak Grammy...hmm.Yang penting malam tu ..dari atas sampai bawah..aku ditaja oleh the one and only PAUL sMITH...

p/s: Kepada golongan wanita, anda nampak seperti pokok krismes dengan shawl crumple yang over tu..lawak seyh..

Sunday, November 14, 2010

SIAPAKAH AKU?

Wahh..Hambek ko..Isu apa la yang aku nak cakap malam ni.Ohh..Aku tidak boleh berhenti menulis..Kerana aku sudah ketagih untuk menulis..Walau pun kertas Malay Studies sudah cukup membuat aku berputus asa untuk menulis..tapi ini lah aku..tak boleh kalau tak menulis..Walau pun satu perkataan dalam sehari..Msti kena menulis juga..

Berdasarkan tajuk post kat atas..mungkin korang dah tau apa yang aku nak cakap sekarang nih..Oh korang tau tak sebenarnya siapa korang??Mesti tau kan..Korang kan manusia..Tapi malam ini aku bukan ingin bercakap tentang diri aku sebagai manusia..Aku ingin bercakap mengenai makhluk yang ada dalam badan aku..Cehh..Macam seram jek bunyi nyer..Hahaha..Memang pun...

Aku ingin bercerita mengenai kemelut identiti yang melanda diri aku..Bukannya pasal kecelaruan identiti yang dialami oleh laki yang jadik nyah tu..Mahu pun pompan yang jadik pengkid tu..Tapi mengenai siapakah diri aku yang sebenarnya...Macam kawan aku yang sorang nih..Beliau adalah manusia..Tetapi beliau perasan diri beliau itu adalah seekor kucing..Huh..Sangat pelik..Ada gak yang perasan diri diorang tu macam pelakon utama dalam citer2 meletup seperti Chuck la..Macam Mana Aku Jumpa Mak Kau la..dan lain-lain..Tapi aku tak kesah pun..Asalkan diorang hepi..Malam ni aku nak cakap pasal diri aku lak..Name pon blog aku..Takkan la nak citer pasal Kak Kiah kot..


apa pandang-pandang???ada hutang??

Kadang-kadang..aku ada perasan yang aku ni macam Eric The Phantom kat dalam cerita Phantom of The Opera (perasan giler kot,haha)..Phantom of the Opera tu citer apa lah pulak??Kalau nak tahu klik kat sini..Aku rasa aku ni memang macam dia lah...Suara memang dah merdu macam dia..Tapi kesian kat dia..Dia tak pernah menerima cinta dan kasih sayang walau pun dari mak bapak dia sendirik..Dan dia sangat loser..Sebab xde pompuan pun yang sangkut kat dia..Sebabnya dia adalah hantu..bermuka tidak sempurna persis Fahrin Ahmad,Brad Pit or blablabla..Dan siapalah nak kapel dgn manusia tak hensem macam tu kan..
Aku rasa dalam part ni..aku sama dengan dia..Sangat-sangat loser..Tak ada kawan..Keseorangan dan sebagainya..Sebab tu lah aku suka sangat dengan Eric..Sebab kitorang senasib..Memang sangat senasib..Walau pun dia ni tak hensem.tapi dia sangat baik hati..


hello peeps!!!Lets put a smile on your face...

Kadang-kadang, aku ada jugak perasan yang aku ni seorang Joker..Hahaha..Memang..Aku amat obses dengan Joker..dah lama jugak la si Joker ni tak memunculkan dirinya..Aku menyamakan perasaan marah aku dengan Joker..Apabila aku marah..aku akan menjadi sangat jahat..Tidak ubah seperti seorang Joker..Joker aku ni sukar dikawal..Oleh sebab itu lah sekiranya aku marah..aku lebih rela tidur sahaja..Supaya si Joker ini kembali tenang..Dan aku mampu mengawal semula diri aku ini..Kadang-kadang, si Joker ini membawa kebaikan kepada aku..Supaya aku tidak mudah dipijak oleh orang lain..Tapi aku rasa, si Joker ini kebanyakkannya lebih jahat dari yang baik..Pada waktu aku menulis ini, si Joker sudah hampir terjaga..




Ada jugak aku berpikir yang aku ni Superman..Sebab tu lah aku suka sangat pakai baju superman (bukan sebab aku tiru Faizal Tahir ye)..Superman melambangkan kekuatan fizikal, mental dan sebagainya..Sebenarnya, aku menjadikan Superman sebagai salah satu cara nak memotivasikan hidup ini..Hidup ini perlulah menjadi insan super..Apakah yang dimaksudkan dengan Super??Walau pun tak dapat terbang..atau pun angkat kereta sebelah tangan and all..kita boleh je jadik super..Kita jadik Super Proaktif ke..Super Baik ke..dan lain-lain..Asalkan dapat memberi manfaat kepada manusia lain...Itulah tujuan asal kejadian manusia sebenarnya..Selain beribadah..kena lah memberi manfaat kepada orang lain jugak..Baru lah hidup aman...dan best..

Oh..Ni lagi best..Kadang-kadang aku ni adalah jugak perasan jadik ustaz kan..Hahaha..Perasan giler..Bila diri ini dah perasan ustaz..mulalah aku post tazkirah and all..Tapi OK pe..Dapat berdakwah kepada rakan pembaca daripada aku tulis benda-benda picisan yang tidak berguna..Heh..Mungkin ada yang tidak suka..Tapi itulah lumrah kehidupan...Orang tidak suka apabila satu nasihat itu terkena batang hidung mereka..Seolah-olah nasihat itu satu anak panah yang dipanah tepat oleh pemanah yang mahir..kepada si pendengar..Oh..Bila keadaan dah jadik camtu..mulalah ada blackmail masuk kat ruangan komen tu..tak pon kat emel aku..Manusia memang kelakar..

Apa-apa pun..aku tetap diri aku yang sebenarnya..Walaupun kat dalam badan ni ada empat makhluk yang lain..makhluk inilah yang menjadikan aku pada hari ini..Menjadikan aku tabah menghadapi ujian hidup..Walau pun banyak kerenahnyer..OH YEAH..MY LIFE IS SO COOL...Sangat susah bila ada empat makhuk dalam badan..Bukan satu..bukan dua..mahu pun tiga...tetapi empat!!!

Tu je lah kot apa yang aku nak sampaikan malam ni..Semoga kehidupan korang bahagia bersama orang tersayang..

SEKIAN..

Adakah??

Oleh sebab aku dah tak ada apa-apa nak buat..lebih baiklah aku meluahkan segala yang tersimpan kat dalam peti besi hati aku ini..Malam ini aku ada beberapa isu yang sememangnya perlu dan mesti dibangkitkan...

Apakah yang dimaksudkan dengan sahabat??Entah lah..Aku pun tak paham ape itu erti sahabat...Sebabnya? Sebab aku pun sendirik tak paham...

Selepas makan malam perdana ausmat, aku ada satu projek mega..Dan aku amat pasti yang aku akan melaksanakan projek itu..Kepada sesiapa yang bakal terasa hati..aku ingin meminta maaf terlebih dahulu..Yeah!!Maafkan aku..kerana aku terpaksa melakukannya..Sebab aku memang sudah terluka..Aku seperti kaca yang telah dihentakkan kat atas batu..Tawar hati..Hari-hari selepas exam telah membuka mata aku yang buta selama ini mengenai siapakah kawan yang sebenar dan siapakah lawan yang sebenar...Siapakah sahabat aku..atau adakah sekadar kawan..atau pun sekadar teman..

Yess..Aku sudah pasti..perancangan itu akan dilaksanakan tak sampai dalam dua hari lagi..Oh..Indahnya hari aku selepas rancangan itu dilaksanakan..

p/s : Aku tertanya-tanya..dimanakah majalah ausmat??

SILAP

Hmm..Oh ya..Bosannya duduk sensorang..Aku dah jangka kan perkara ini akan berlaku..Lepas exam, semua manusia enjoy habis..Yang dulunya kawan..sekarang sudah tidak lagi bertegur sapa..Apatah lagi nak berjumpa..Oh..yelah kan..exam dah habis..Buat apa nak jumpa-jumpa lagi..Buat menyemak je..

Bagi mengisi masa aku yang kosong itu, aku lebih suka baca buku...Aku lebih suka kepada buku-buku berbentuk perang kerana aku nak menambahkan ilmu pengetahuan aku dalam selok belok peperangan ni..Mana tahu mungkin aku pada masa hadapan ditakdirkan menjadi salah seorang panglima Islam..Kan senang sikit kalau ilmu dah ada...

Antara buku perang yang aku dah baca baru dua je..Tapi aku tersilap baca buku..Aku nak baca buku mengenai Sultan Muhammad Al Fateh..Tapi aku terbaca buku tentang Sultan Salehudin lah pulak..Apa-apa pun..aku tak rugi pun baca buku tu..Sedikit ilmu dalam buku tu aku boleh applikasikan semasa main chess..Apakah itu??RAHSIA..Kalau nak tahu..silalah baca buku-buku sejarah Islam..Sila rajinkan diri anda..

Apa-apa pun..aku sangatlah bosan menghabiskan sisa-sisa hari aku di sini..Macam dah duduk kat Aussie lah pulak..Duduk sorang-sorang...Tak ada teman and all...Walau pun aku tak ada kawan untuk melepak..tetapi aku tetap ada Allah..Always there..

p/s : Pergi jahanam same golongan songsang..Aku menyampah tengok korang....Jangan kau sesekali cuba mencemarkan diri aku dan kawan-kawan aku dan keluarga aku..Kalau tak..nahas korang!!!!!

Friday, November 12, 2010

GILA

Salam perpaduan dan salam anak merdeka..Hari ini aku ingin meluahkan rasa terkilan aku..Nak dibuat citer, aku ada seorang kenalan sekolah menengah  (not even friend ok)..Nak dibuat citer..masa kat sekolah menengah dulu (korang pon tau aku skola mane)..elok je bertutup..Bila dah abes sekolah semua berubah..Hmm..Setelah setahun tak jumpa, tup2 aku tgk gambar dia kat facebook dah jadik freehair lah pulak..Bangga gila menunjukkan mahkotanya itu..Ceh..Apa dah tak laku sangat ke??

Kesian tol aku tengok dia neh..Apa adakah agama tu ada kat sekolah je??Entahlah..Aku no komen..Aku pun apa lagi..Aku rasa diri ini bertanggungjawab menegur dia..tapi aku tak tegur direct..Aku takut..Siapalah aku ini..Aku tegur melalui kawan aku yang sorang nih..Dia pandai sket berhujah dengan dalil..Sebab dia further study dalam bidang syariah...

Alhamdulillah..akhirnya dia kembali menutup aurat...Tetapi bila aku check balik kat facebook aku, dia dah tak ada lagi dalam senarai kawan aku..Mungkin aku telah di delete dari friend list nyer..Tapi buat apa aku nak kesah..Shes not even my friend..Dan paling bestnyer..dia makan dalam kat aku kat status facebooknyer..Dan aku sekali lagi berkata..WHO CARES ko nak makan dalam..You are not even my friend..Kita kenal kat dalam alam maya jek..Kat sekolah..u are my greatest enemy..Aku tak pernah kenal sapa kau kat sekolah dulu..

Sekian cerita aku hari ini...ADA AKU KISAH???

p/s : Tak semua orang suka kalau orang ajak buat baik..Buktinya, berapa kerat je manusia yang ikhlas turun musolla kat sekolah dulu..Turun pun sebab warden je..atau pun masa nak exam..Aduhh..Come on..

Thursday, November 11, 2010

Real Good Friend

Oh..Malam ni aku berada kat Negri Sembilan tanah tumpah darahku..What i can say is..Chemistry is very WHOA...Super Duper Cool..Malam ni tak ada apa-apa yang menarik yang perlu dibincangkan..

Apa-apa pun malam ni aku nak citer tentang Shrek..dan kawannya..Shrek adalah makhluk yang agak tak hensem, gemok dan hijau..Shrek ada seorang kawan..Namanya Nerd..Tapi Nerd tu tak adalah skema sangat..Cuma nama sahaja..Nak dibuat citer..Nerd ni kawan baru Shrek..Nerd sangat baik dan hebat..Thanks to Nerd..Nerd selalu membantu Shrek semasa Shrek berada dalam kesusahan..Kerana mereka adalah kawan baik..Real close friends..Kalau Shrek sakit, Nerd selalu akan tolong..bagi bantuan dan sokongan.Tapi Shrek ni jahat sket..Sebab Shrek tak reti menghargai Nerd yang baik itu..

Tapi...diorang kawan sekejap je..Sebab pastu diorang kena berpisah...Pasnih si Shrek ni kawan dengan Mr Teddy jek..Dan tak tahu lah pulak camne kesudahan Si Nerd yang baik itu..Harap-harapnya Nerd tidak melupakan Shrek..Walau pun Shrek adalah makhluk yang jahat..

Sekian cerita merepek aku malam ini...

p/s : I hate public transports..They are so smelly...super duper pack and always late...

Tuesday, November 9, 2010

Manusia Bermulut Tempayan..



Hari ini adalah hari yang indah..Seperti biasa..langit masih lagi gelap pada jam 5.40 pagi..Kedinginan udara pagi muncucuk liang roma badan aku..Kenyamanan suasana selepas hujan menggoda aku untuk terus tidur.Terasa malas diri ini untuk bangkit dari tidur yang lena.AHH..Lantas aku kumpulkan segala kudrat aku melawan segala syaitan yang telah beranak-pinak dalam badan aku nih..Aku gagahi kaki ini melangkah ke bilik air untuk mandi..

WHOA..Pagi yang indah..Alhamdulillah..Kesakitan semalam telah hilang sedikit..Segala puji bagi Allah yang Maha Penyembuh..

(bla..bla bla...)

Pada pukul 7 setengah Macam biasa..Hari ini aku pergi makan dengan salah seorang sahabat aku...Takkan lah dengan awek pulak kan..Sorry arr..Aku takde awek..Loser lah katekan..Oh..Lantak ahh..Kitorang pun pergi je lah makan kat sana sambil borak-borak tentang benda tak penting...

Tiba-tiba seorang kawan aku datang..Kitorang pun borak-borak jugak..Hmm..Sampai satu part..tiba-tiba dia bertanya kat aku..

SF : Arip, ko pegi grand dinner tak??
AS : Tak ( aku pergi sebenarnya..malas lah nak bagi tau orang)..Apsal weh??
SF : Takdelah..Bukan ape..Semalam ada orang cakap satu gosip liar tentang ko..Dia cakap ko ni macam poyo gak ahhh..
AS : Oh..ini mesti pasal konsert tu kan??
SF: Yup..Dia cakap ko ni macam poyo gek laa..Dia rasa macam weird kenapa konsert tu aku boleh pegi tapi tak nak pergi grand dinner sebab ko cakap grand dinner tu lagho la aper laa kan..
AS : OH OK fine...Sape ek budak bermulut lancang tuh??
SF: Aku lupa lah..Sorry lah yek..

(bla...bla..bla..)...

Pada masa tu aku dah baran giler..Come on lah wey..Sape tak bengang kan kene kutuk belakang-belakang..Seriously aku tak sangka budak ausmat lelaki muslim boleh buat aku macam nih..Sungguh aku tidak sangka..Aku ingat budak ausmat lelaki ni baik..tapi same jek..Kutuk belakang gak..CISS...

Aku rasa orang Malaysia memang macam ni kot...Pantang nampak silap sikit ada je lah nak condemn..Tak boleh ke buat hal sendirik??Ke dah tak ada keje sangat nak buat..What i can say is you are kambing..Semua benda yang aku buat nak kritik...Hampir semua perkara..OK..Aku nak bagi contoh...

Hari ini Kak Kiah pakai baju warna Oren..Dan orang ramai mula kritik yang warna Oren yang dia pakai itu teralu striking..Keesokan harinya dia pakai warna hitam lak..Dan dia mula dikritik lagi..Ape kejadahnya pakai baju warna hitam pagi-pagi camnih..Keesokannya lagi dia pun mengambil keputusan untuk tidak memakai apa-apa warna..Dia pakai baju warna putih lak..Tapi orang masih lagi mengkritiknya..Apa Kak Kiah ni dah nak mati ke pakai baju putih??What??This is reality..This is Malaysian..Bermulut tempayan..But not all Malaysian..just some of them..

Tapi kan..Lantak ahh aku nak buat apa pun..Apa kau kisah haa???Nasib baik lah si SF tu buat-buat lupa sapa yang bagi tau dier benda nih..Aku dah boleh baca body language dier...Kalau aku tahu lah sapa budak tu mesti hubungan kitorang keruh..But who really cares??I dont care bai..

Aku sangat terkilan sebab perkara yang aku pergi konsert sering menjadi perbualan hangat..Eleh..mesti diorang jeles sebab tak dapat pergi..Aku tahu benda tu silap..Dan aku dah dapat pengajaran dari benda itu..Tapi kenapa sebab aku pergi situ je diorang nak pandang serong kat aku..YELAH..THATS my BIGGEST mistake ever kan..Tapi aku pergi sana ada kesan kepada  kau  ke wahai si mulut longkang??Tidak sama sekali kan??Aku tak pastilah pulak aku pergi sana ada orang yang terus dapat stroke or sakit jantung ke hape kan..Mustahil lah pulak..Aku amat konpius kenapa benda ni sering diperbualkan..SIBOK Tol..

Ke dia ni one of my big fans??Yang berasa kecewa sekiranya aku tak datang grand dinner.Tapi tak mungkin kot..Aku ni manalah ada peminat..Gila ke hape...Oh tapi aku masih tidak dapat mengerti dan tak faham kenapa nak ungkit benda tuh??Tak puas hati cakap je lah sebelum aku pergi..Ni cakap selepas aku pergi sana..Pastu aku balik-balik lak terus kena kutuk dan kritik macam macam kan..Sangat BUSUK HATI kau wahai manusia...Kritik orang lain je kerja kau..Apa kau ni perfect sangat ke??

Hakikatnya, aku adalah manusia biasa seperti mana yang aku telah tekankan kat heading blog nih..Aku bukanlah manusia super..Aku bukanlah seperti rasul yang maksum..Dan aku bukanlah manusia jadian..Tetapi aku sebenarnya adalah manusia biasa..Yang buat silap..dosa dan maksiat..Tapi mengapakah ia harus menjadi perbualan dari "BIBIR KE BIBIR"?Aku tidak menyangka bahawa benda itu akan menjadi satu isu besar yang boleh membawa impak yang sebegini besar..

Apa-apa pun, Kepada insan yang bermulut tempayan itu...Pertamanya aku nak mintak maaf sebab panggil ko mulut tempayan, mulut busuk dan mulut longkang (Dah kutuk puas-puas baru mintak maaf,hahaha)..Mungkin aku ada buat salah kat ko ke kan sampai ko tak puas hati dan ungkit benda tuh..Tu je kot...Thanks sebab kutuk aku..Silalah kutuk aku lagi.Aku suka..Rasa macam artis lah pulak bila gosip-gosip liar melanda diri ini (positive thinking)...Muahahaha..

p/s : This event spoil my day...It sucks..

Monday, November 8, 2010

THANKS DUDE

Ini adalah penghargaan yang tidak terhingga kepada sahabatku yang seorang ini..
Dalam saat-saat genting macam ini, beliau mampu menolong aku sekali lagi..
SERIUSS BAIK...
Oh..apakah yang mampu aku lakukan untuk membalas jasanya??
Dorongan beliau sudah cukup menjadikan aku lebih kuat hari ini..
Walaupun aku tak seberapa sihat jawab kertas BIO tadi..
Oh Allah..bantulah aku dan sahabatku..
Supaya kami berjaya di dunia dan akhirat..
THANKS SAHABAT..

Sunday, November 7, 2010

AKHIRNYA

Dalam kilauan kaca..akhirnya aku terjumpa permata yang telah lama aku cari (ayat klishe..boooringgg...)..Apakah itu?? Oh..aku telah menemui seorang lagi kawan yang boleh aku anggap sebagai sahabat sejati aku akhirnya..A true friend..The great pal..Yess..Terima kasih Allah kerana menemukan aku dengan beliau..Selama ini aku tidak perasan..Tidak pernah..

Bila aku berada dalam saat-saat sukar..dia ada di sana memberikan bantuan dan sokongon.Dan bukannya orang lain...Walau pun dia tak tahu cara nak motivate aku (dia yang bagi tau) tapi sekurangnya-kurangnya dia cuba..Itu adalah cukup bagi aku bersemangat untuk meneruskan sisa-sisa kehidupan aku yang berbaki ini...

TERIMA KASIH ALLAH..
TERIMA SAHABAT...

Itu je yang mampu aku ucapkan..

Friday, November 5, 2010

DIAM LAH ANJING

Woi..Aku nak tidoo la weyy..Masa nak SACE pon nak kacau orang ke..Mentang mentang la ko budak engineering..Tolong lah consider orang sikit...Aku budak Sains kot..Isnin ni ada paper BIO..You are a piece of SHIT...Datang bilik orang memekak sampai 4 pagi..Binatang tol lah..Sial la..Aku takleh tidoo la bai..Ko melampau gila..Tongok nyer budak...Tetamu tak sedar diri..nak memekak gi bilik ko la..TAIK la lu...