Hari ini adalah hari yang indah..Seperti biasa..langit masih lagi gelap pada jam 5.40 pagi..Kedinginan udara pagi muncucuk liang roma badan aku..Kenyamanan suasana selepas hujan menggoda aku untuk terus tidur.Terasa malas diri ini untuk bangkit dari tidur yang lena.AHH..Lantas aku kumpulkan segala kudrat aku melawan segala syaitan yang telah beranak-pinak dalam badan aku nih..Aku gagahi kaki ini melangkah ke bilik air untuk mandi..
WHOA..Pagi yang indah..Alhamdulillah..Kesakitan semalam telah hilang sedikit..Segala puji bagi Allah yang Maha Penyembuh..
(bla..bla bla...)
Pada pukul 7 setengah Macam biasa..Hari ini aku pergi makan dengan salah seorang sahabat aku...Takkan lah dengan awek pulak kan..Sorry arr..Aku takde awek..Loser lah katekan..Oh..Lantak ahh..Kitorang pun pergi je lah makan kat sana sambil borak-borak tentang benda tak penting...
Tiba-tiba seorang kawan aku datang..Kitorang pun borak-borak jugak..Hmm..Sampai satu part..tiba-tiba dia bertanya kat aku..
SF : Arip, ko pegi grand dinner tak??
AS : Tak ( aku pergi sebenarnya..malas lah nak bagi tau orang)..Apsal weh??
SF : Takdelah..Bukan ape..Semalam ada orang cakap satu gosip liar tentang ko..Dia cakap ko ni macam poyo gak ahhh..
AS : Oh..ini mesti pasal konsert tu kan??
SF: Yup..Dia cakap ko ni macam poyo gek laa..Dia rasa macam weird kenapa konsert tu aku boleh pegi tapi tak nak pergi grand dinner sebab ko cakap grand dinner tu lagho la aper laa kan..
AS : OH OK fine...Sape ek budak bermulut lancang tuh??
SF: Aku lupa lah..Sorry lah yek..
(bla...bla..bla..)...
Pada masa tu aku dah baran giler..Come on lah wey..Sape tak bengang kan kene kutuk belakang-belakang..Seriously aku tak sangka budak ausmat lelaki muslim boleh buat aku macam nih..Sungguh aku tidak sangka..Aku ingat budak ausmat lelaki ni baik..tapi same jek..Kutuk belakang gak..CISS...
Aku rasa orang Malaysia memang macam ni kot...Pantang nampak silap sikit ada je lah nak condemn..Tak boleh ke buat hal sendirik??Ke dah tak ada keje sangat nak buat..What i can say is you are kambing..Semua benda yang aku buat nak kritik...Hampir semua perkara..OK..Aku nak bagi contoh...
Hari ini Kak Kiah pakai baju warna Oren..Dan orang ramai mula kritik yang warna Oren yang dia pakai itu teralu striking..Keesokan harinya dia pakai warna hitam lak..Dan dia mula dikritik lagi..Ape kejadahnya pakai baju warna hitam pagi-pagi camnih..Keesokannya lagi dia pun mengambil keputusan untuk tidak memakai apa-apa warna..Dia pakai baju warna putih lak..Tapi orang masih lagi mengkritiknya..Apa Kak Kiah ni dah nak mati ke pakai baju putih??What??This is reality..This is Malaysian..Bermulut tempayan..But not all Malaysian..just some of them..
Tapi kan..Lantak ahh aku nak buat apa pun..Apa kau kisah haa???Nasib baik lah si SF tu buat-buat lupa sapa yang bagi tau dier benda nih..Aku dah boleh baca body language dier...Kalau aku tahu lah sapa budak tu mesti hubungan kitorang keruh..But who really cares??I dont care bai..
Aku sangat terkilan sebab perkara yang aku pergi konsert sering menjadi perbualan hangat..
Ke dia ni one of my big fans??Yang berasa kecewa sekiranya aku tak datang grand dinner.Tapi tak mungkin kot..Aku ni manalah ada peminat..Gila ke hape...Oh tapi aku masih tidak dapat mengerti dan tak faham kenapa nak ungkit benda tuh??Tak puas hati cakap je lah sebelum aku pergi..Ni cakap selepas aku pergi sana..Pastu aku balik-balik lak terus kena kutuk dan kritik macam macam kan..Sangat BUSUK HATI kau wahai manusia...Kritik orang lain je kerja kau..Apa kau ni perfect sangat ke??
Hakikatnya, aku adalah manusia biasa seperti mana yang aku telah tekankan kat heading blog nih..Aku bukanlah manusia super..Aku bukanlah seperti rasul yang maksum..Dan aku bukanlah manusia jadian..Tetapi aku sebenarnya adalah manusia biasa..Yang buat silap..dosa dan maksiat..Tapi mengapakah ia harus menjadi perbualan dari "BIBIR KE BIBIR"?Aku tidak menyangka bahawa benda itu akan menjadi satu isu besar yang boleh membawa impak yang sebegini besar..
Apa-apa pun, Kepada insan yang bermulut tempayan itu...Pertamanya aku nak mintak maaf sebab panggil ko mulut tempayan, mulut busuk dan mulut longkang (Dah kutuk puas-puas baru mintak maaf,hahaha)..Mungkin aku ada buat salah kat ko ke kan sampai ko tak puas hati dan ungkit benda tuh..Tu je kot...Thanks sebab kutuk aku..Silalah kutuk aku lagi.Aku suka..Rasa macam artis lah pulak bila gosip-gosip liar melanda diri ini (positive thinking)...Muahahaha..
p/s : This event spoil my day...It sucks..

meniti dari bibir ke bibir, di segenap pelusuk dunia, dari sehari ke sehari ! wahh malay!
ReplyDeleteilia> you got what I mean..
ReplyDeletelempar ke langit menjadi kejora!!!!
ReplyDelete