Langit hari ini mendung seperti biasa..Matahari malu-malu untuk memancarkan sinarnya..Oh patutlah,,Hari ini bulan november rupaya...Angin peralihan monsun sudah tamat..Hmm...Pagi ini aku bangun agak sedikit lambat..
Oh ya..Cuti-cuti macam ni kawan aku ada yang sibuk nak tambah berat badan lah..Ada jugak yang sibuk nak kuruskan badan tuh..Apa-apa pun disebabkan paradigma songsang yang diambil..semua usaha tersebut ibarat mencurahkan air ke daun keladi..Kenapa aku cakap camtuh??
errr..aku ni gemok ke kurus???
Oh yer..Aku tengok ada rakyat Malaysia ni sanggup lah menahan lapar semata-mata nak kurus..Tapi tak kurus-kurus pun..Malahan, semakin tidak sihat adalah aku tengok..Kenapa ek boleh jadik camtu?Sebabnya, cara diorang tu salah..Aku pernah tanya kat ramai orang sama ada aku ni kurus atau gemuk..Ada yang cakap aku kurus.Ada jugak yang cakap aku just nice..Berisi la dan lain-lain..Hakikatnya, mereka menjawab berdasarkan badan yang mereka miliki..Kalau diorang kurus maka diorang akan cakap aku berisi..Dan kalau mereka agak berisi dan mereka akan jawab aku kurus..
Apa-apa pun, kali ni aku nak kongsi macam mana nak kurangkan berat badan.Heheh..Ceh..Macam fitness instructor lah pulak..Ahh..Lantaklah..Aku tetap nak kongsi juga..
Yang pertama sekali, kita perlu tahu keperluan kalori badan..Oh macam mana nak tahu yer??Mudah sahaja caranya..Toreh sedikit lemak kat perut tu..Kemudian korang timbang pakai alat penimbang..Pastu bahagi dengan Avogadro Constant..Heheh.Ok..Aku main-main je sebenarnya.Camni ha kalau nak tahu keperluan kalori badan..Mudah yang amat sangat..Klik sahaja kat sini...
OK lah..Langkah seterusnya bila dah tahu keperluan kalori badan..korang semua perlu merancang jumlah kalori yang korang ambil dalam masa sehari..Untuk mengurangkan berat badan..jumlah kalori yang diambil perlulah kurang daripada jumlah keperluan kalori badan kita..Kenapa ek??Sebab bila kita ambil kalori dalam jumlah yang kurang dari sepatutnya badan kita akan secara semulajadi memecahkan lemak-lemak yang ada kat dalam badan kita..Pastu bila lemak dah kurang sudah pastilah berat badan akan kurang...
Seterusnya.please do not skip your meal..Cuma kurangkan sahaja jumlah portion yang diambil dalam setiap hidangan..Makanan amat penting untuk membekalkan nutrient kepada tubuh..Kalau boleh ambil makanan yang kaya dengan serat kerana ianya membantu dalam proses ............(korang isi sendiri)..Berlapar bukanlah jawapan untuk mendapatkan berat badan yang unggul..
Selepas itu dan paling penting sekali kalau nak kurangkan berat badan adalah SILA LAH MERAJINKAN DIRI ANDA KE GYM UNTUK MEMBUAT WEIGHT TRAINING..Latihan ini amatlah penting supaya badan dapat membakar kalori yang diambil untuk mengelakkannya bertukar menjadi lemak..Kalori yang tidak digunakan akan secara automatiknya ditukar kepada lemak..Apa yang kita perlu buat kat gym tu?Boleh je buat macam macam..Angkat dumbell ke..lari kat treadmill ke..dan lain-lain..Kalau tak tahu sangat silalah tanya fitness instructor kat gym tuh..Aku pasti dia sedia membantu sebab dia memang pakar dalam bab tu (walaupun pada hakikatnya tu memang kerja dia)..
Kepada golongan yang gila six packs tu (macam aku)..pernah tak korang rasa tertekan sebab walau macam mana pun korang sit up atau buat crunches tapi six packs tu masih juga tidak muncul..Oh.masalah ini sebenarnya berpunca daripada lapisan lemak yang terkumpul di bawah kulit perut..Lemak ini perlu dibuang agar dapat menyerlahkan 6 packs korang tuh..Macam mana caranya?OH caranya amat mudah..Tidak perlu buat crunches setiap hari..3 kali seminggu sudah memadai..Apa yang korang perlu buat adalah silalah menjalani cardioexercise..Cardioexercise ni penting agar lemak-lemak kat dalam badan itu dapat dibakar dan disingkirkan..Cardioexercise adalah seperti joging, breakdancing,bersukan, berenang dan lain-lain..Berenang adalah cardioexercise terbaik kerana ia membakar lemak di badan dengan lebih menyeluruh..
Dan ini adalah petua nenek moyang aku terdahulu...Ustaz kat sekolah aku cakap kalau nak kurangkan berat badan, silalah mandi sebelum subuh.WHOA..Amat sukar ye disitu.Ustaz aku cakap air yang sejuk diwaktu pagi amat effisien untuk memecahkan lemak kat dalam badan kita...Tunggu apa lagi.jomlah kita mandi sebelum subuh..
ada orang cakap mamat ni muka macam aku...ciss..geram tol lah..
Dan kunci kejayaan kepada semua ini adalah sabar..Kenapa sabar lak??Baiklah..hakikatnya berat badan yang unggul tidak boleh dicapai dalam masa sehari, seminggu mahupun sebulan..Adalah tidak logik disitu apabila kita buat semua benda ni bangun esok kita dah kurus dah..No.It is not like that..Benda ni mungkin ambil masa berbulan bulan mahupun tahun..Ianya berdasarkan badan seseorang itu..Maksud saya, macam mana badan kita berinteraksi dengan perubahan dan latihan yang kita buat..Termasuk juga faktor genetik, cara hidup, jenis pekerjaan, tahap metabolisme badan dan jantina (jantan+betina=jantina)..
Okeh..Tu je kot buat kali ni yang aku boleh kongsi.Tips tips sebentar tadi sebenarnya adalah cara yang amat murah dan mudah.Tak perlu pun pakai Jusmate keluaran doktor Romzey tu ha..mahupun Krim Mustajab..Semua benda tu tidak guna jugak dipakai kalau kita tidak mengamalkan cara hidup yang sihat..Pasni aku nak kongsi pulak camne cara nak tambah berat badan..Kepada insan yang mahu mengurangkan berat badan tu aku ucapkan selamat maju jaya..Sekian..






No comments:
Post a Comment
reaksi dan respon