Oh ya..Hari ni aku nak bercerita tentang isu celik mata buta hati..Apa tu?Hmm..Macam ni ceritanya...Semalam aku pergi tengok movie melayu..Aku amat tertarik dengan plot cerita filem tu..Ceritanya berkisarkan penipu yang menipu pencuri..Aku boleh kasi 3 bintang lah..Ceritanya agak bagus..Bukan kerana jalan ceritanya tetapi sebab cerita ni ada pengajaran..Kali pertama aku tengok filem melayu yang jelas jalan ceritanya dan ada pengajaran..
Antara pengajaran filem tu adalah kebahagiaan yang sebenar bukanlah apabila kita menerima..Tetapi apabila kita memberi..Ya..Aku boleh setuju dengan kenyataan tersebut.Cuba kita tengok..kalau kebahagiaan itu datang apabila kita sorang je menerima..kita sorang je lah yang merasa kebahagiaan tu..Padahal..orang lain tak dapat merasa bersama..Apakah ertinya kebahagiaan itu?Tetapi apabila kita memberi..ramai orang yang dapat mengecap kebahagiaan itu..Antara contoh bagus yang boleh aku lihat adalah kebahagiaan yang dibawa oleh Bill Gates kepada seluruh dunia..Beliau berjaya memujuk seramai 29 billionaire yang lain (atau mungkin lebih) untuk mendermakan separuh daripada kekayaan diorang untuk disumbangkan kepada orang yang memerlukan..Cuba bayangkan berapa banyak kebahagiaan yang dapat diorang hasilkan?Sangat banyak..dalam pada masa yang sama..mereka terus berjaya..Inilah resipi kejayaan seorang ikon yang berjaya bak kata salah seorang motivator terkenal di malaysia nih...
Pengajaran kedua adalah ramai orang celik mata tapi buta hati tapi ramai orang buta mata tapi hatinya amat celik..Apakah maksudnya itu?Maksudnya adalah walaupun seseorang itu dapat melihat tapi hatinya sebenarnya buta..Hati yang buta tu bermaksud jahat dan seangkatan dengannya..Tidak berperikemanusiaan dan kejam terhadap orang lain..Itu juga sesuai dirujuk kepada insan yang berhati buta..Contohnya adalah apabila seseorang tu tidak berusaha untuk mendapatkan wang padahal dia tidaklah cacat dan OKU..Lebih menyedihkan apabila diorang sanggup menipu untuk dapatkan duit..OH.Sungguh buta hati mereka..Adakah anda salah seorang dari mereka yang buta hati?Kalau ya.silalah muhasabah diri..
Sebelum aku mengakhiri post kali ini..aku tertarik untuk berkongsi salah satu ayat dari Quran.Aku amat tertarik dengan ayat ni sebab ada panduan yang jelas mengenai siapa yang patut kita kawan..Kerana bak kata pepatah Arab (ye ke?)..jika kita mahu lihat siapa diri kita lihatlah dengan siapa kita berkawan..Ini adalah ayatnya...
"Tinggalkanlah orang-orang yang menjadikan agamanya sebagai permainan dan senda gurau, dan (mereka) telah tertipu oleh kehidupan dunia. Peringatkanlah mereka dengan Al-Quran agar setiap orang tidak terjerumus (ke dalam neraka) kerana perbuatannya sendiri. Tidak ada baginya pelindung dan pemberi syafaat selain Allah. Dan jika dia hendak menebus dengan segala macam tebusan apa pun, nescaya tidak akan diterima. Mereka itulah orang yang dijerumuskan (ke dalam neraka) disebabkan perbuatan mereka sendiri. Mereka dapat minuman dari air yang mendidih dan azab pedih disebabkan kekafiran mereka dahulu..
(Surah Al An'am ayat 70)
Setakat itu sahaja buat hari ini..Pesan aku..jadikan hidup anda hari ini lebih baik dari semalam..
p/s : Kalau mahu belajar biarlah berguru..



No comments:
Post a Comment
reaksi dan respon