Friday, November 26, 2010

BOSAN

Oh.Disebabkan hari ni mood aku xde, so aku malas lah nak berbahasa bunga-bunga.Buang tabiat lah pulak kan.Tak pernah lak aku jumpa orang yang tengah tak ada mood buat ayat yang bombastik..Itu giler namanya..Kalau adalah jugak itu tak lain tak bukan..mereka adalah weirdo..

Pernah tak ustazah kat sekolah korang cakap camnih?

"Ok yer murud-murid, hari ni uztazah nak korang semua bukak aurat.Yang pompuan tuh kalau nak freehair silakan.Kalau nak pakai seluar pendek nampak lutut dipersilakan.Baju tu kalau boleh jarang,ketat dan nipis..Barulah vogue dan seksi.Hmm..ada lagi..Nanti kat facebook korang upload lah gambar korang yang bitch posing tu..Barulah jejaka-jejaka hot terpikat"

Pernah tak?Mustahil giler lah ustazah korang cakap camtuh.Aku boleh kerat kuku kaki aku kalau ada ustazah yang cakap camtuh..

Tetapi aku masih lagi tak faham kenapa lah isu dedah aurah ni macam orang dah tak kesah lah pulak kan..Bukti paling nyata, cuba lihat kat sekeliling korang.Apa yang korang nampak?Bestkan?Tepuk dada tanya iman..

Soalan yang pertama..dimanakah mereka belajar semua itu?Mak bapak diorang ke?Eh bukan lah..Aku rasa diorang nak tiru mamat-mamat dan minah salleh tu lah.Pheww..Tolonglah sedar diri tu sikit..engkau tu tak lain tak bukan Melayu..Islam lagi.Ko dress up lah macam mana pun kan..kau tu masih lagi seorang Melayu..Ok!!Tak ada makna nya tiru diorang tu..

Ah..apa lagi aku nak merepek ni?Haa..so sebagai masyarakat yang bertanggungjawab kan..apa usaha kita nak basmi dan selesaikan masalah ni?Hmm..Pada pendapat aku, apa kata diwujudkan kawasan larangan membuka aurah..Selagi aurah itu belum ditutup maka seseorang itu dilarang memasuki kawasan tersebut..Benda ni dah pun ada orang yang buat..Cuma pengaplikasian nya tidak meluas..Itu sahaja..Contohnya kat Masjid Jamek, KL..Pelancong yang nak masuk situ kene pakai jubah yang telah disediakan kat pintu masuk..Kalau tak takleh masuk langsung...

Sekiranya menjadikan kawasan larangan membuka aurah itu nampak mustahil untuk dijalankan di kawasan awam, boleh je buat kat rumah.Insyaallah aku nak buat kat rumah aku nanti sekiranya aku dah ada rumah sendiri. Sesiapa yang nak masuk kawasan rumah aku kena tutup aurah..Kalau tak pengawal keselamatan aku tak bagi masuk (Ceh berangan giler)..Ah lantak ahh apa korang nak kata..Kalau bukan aku yang mulakan, sape lagi kan nak buat?Nak tunggu korang?Heh!!

Aku pasti ada je pengkritik kat luar sana tu cakap camnih," Eleh lu nak tazkirah lah pulak kat sini.Sedar sikit lah wey!Ko pun pakai gak short kan?"

Maka aku akan menjawab.."Yes..aku pun pakai short jugak..Tapi cuba ko bandingkan short aku dgn short ko..Ada beza tak?Aku nyer labuh dari lutut OK!Dan yang paling penting masih lagi menutup aurat..Short itu bukan masalahnyer..Masalahnyer adalah menutup aurah..Selagi mana pakaian itu mampu menutup aurah maka ianya boleh dipakai..

dan diorang pon jawab....blablabla3...

Aku rasa sampai sini je kot perbincangan malam nih.Kang cakap lebih-lebih kena blackmail lak aku kang..tak pun kena sumpah seranah ke..Oh..Selamat menutup aurah..

p/s : Teringat seorang kata-kata seorang ustazah, "Kamu tunjuk aurah kat orang dapat duit ke?"

p/s: Aku tidak suka pompuan (melainkan bini aku) pakai seluar pendek depan aku..Lawa sangat ke kaki ko tu ha?Kaki bini aku lagi lawa OK!!

2 comments:

  1. betol...kwn ak dah makin rmai freeeeeehaiirrrrrr akhir2 ni...haihhh sedeh..:(

    ReplyDelete

reaksi dan respon