pelamin angan cinta...heh?ape aku merepek nih?
Oh.Cuti-cuti macam ni rasa malas lah pulak nak kemas kini blog ini..Ceh.masa exam sempat pulak nak mengupdate tuh..Haiyya..Macam macam lah aku ni..Cuti yang lapang ni aku lebih suka menghabiskan masa tengok anime yang terhebat pada abad ini.Apa yang aku maksudkan adalah Fairy Tail..
(dari kiri)..aku.Gray.Titania Erza.Lucy..
Hmm..Apa-apa pun..asal cuti hujung tahun je mesti la ramai orang nak kawen..So ape lagi..bila ada kenduri walimatul urus, konpem la aku kena datang..Ahhh..Tak sukanya..Aku selalunya malas pergi..Tak minat..tak tau nak buat aper.Bosan..Pertama.kena tunggu pengantin berjam-jam macam tunggul kayu..Ahh..Sangat bosan..Nsib baiklah sekarang dah ada teknologi..Boleh lah dengar lagu ke hape kan masa nak tunggu RAJA sehari tu (kononnya)..
Alasan kedua kenapa aku malas pergi sebab aku tak minat lah sanding-sanding nih..Kalau setakat nak bersanding tukar baju doploh kali..jadik model of the runway je lah bedah..Tak kuasa lah pulak aku nak tengoknyer tuh..Kalau pakaiannya sopan aku tak kesah lagi..Ini pakaian tak cukup kain..dedah sana..dedah sini..Azab aku tengok..Ingatkan datang dapat pahala..Menambahkan dosa adalah..hmmm..
Alasan ketiga lak kenapa aku malas pergi kenduri kawen adalah sebab makanannya mesti sama jer..Tak lebih dari nasik minyak..Kalau dalam sehari tu aku dapat doploh jemputan..doploh kali lah anak tekak aku terpaksa telan nasik minyak..Adeh..Cuba lah buat kelainan sikit..Ni asyik-asyik benda yang sama..
Pastu trend zaman sekarang ni lak kalau kawen je mesti ada kareoke (betul ke ejaan nih??)..Oh..Aku rasa benda ni lah yang menjadikan aku tawar hati nak pergi kenduri kawen..Bukannya aku tak setuju..Cuba korang bayangkan..sape tak nak karok free kan??Dapat pulak mamat yang gila karok macam aku datang situ..Hambek ko..Menyanyi puas-puas sampai tak ingat dunia lah gamaknye...Ingatkan datang situ nak tengok orang kawen..tapi last last terpaksa lak menadah telinga dengar nyanyian yang tak berapa nyanyian tu.Aku tak nafikan ade je mamat karok yang suara sedap nak menunjuk bakat..tu takpelah..Aku tak kesah pun.Halwa telinga bak kata pepatah melayu..ni dapat pulak mamat karok yang suara tak ubah macam Giant..hambek ko..Ni bukan halwa telinga lagi..Ni pemekak telinga..
Justeru (heh??), inilah punca kenapa aku malas pergi kenduri kawen..Nak je aku terangkan benda seperti di atas tiap kali mak bapak aku ajak gi kenduri..Tapi tiap kali aku malas pergi mesti bapak aku akan cakap camnih ," Nanti kau kawen tak ada orang datang tau lah ko"...Ceh..pandai gak bapak aku psiko aku rupanya..
Aku dengan muka tak bersalah menajwab," Hmmm..yelar tuh..I dont wanna marry lah abah..Tak ada calon"
dan selalunya perbualan itu tamat disitu..Bapak aku malas nak cakap lagi dah..sangat degil anak nya yang seorang ini..
Apa-apa pun kawan-kawan, jangan tiru aksi ini yer..walimatul urus adalah wajib selagi ianya tidak melanggar syarak..Apakah tanda-tanda majlis yang korang tak patut datang??Pertama, majlis itu menyediakan minuman keras..Yang keduanya, majlis tersebut adalah dihadkan untuk golongan tertentu sahaja seperti untuk golongan kaya sahaja, artis sahaja dan sebagainya...Yang ketiganya, apabila majlis itu membenarkan pergaulan antara lelaki dan perempuan tanpa batas..Macam ada majlis menari ke..hape ke..Janganlah korang datang..tak rugi pun..Menambahkan dosa adalah..
Baiklah semua..Selamat menghadiri majlis kahwin..Doakan aku selamat tiap kali aku datang majlis kahwin yer..Amin..
p/s: Katanya malas update blog..tapi last last tulis jugak sampai 500++ perkataan..Haish..Aye..





No comments:
Post a Comment
reaksi dan respon