Salam anak merdeka.Err..Merdeka ke?Merdekakah minda kita?
Hari ni hari isnin.Sudah tentulah aku kena bangun awal.Tapi bukan sebab aku kena pergi kerja ye.Aku ni masih muda lagi nak bekerjaya..Aku bangun awal sebabnya pagi-pagi macam ni lah banyak informasi yang boleh kita dapat..Bak kata mak cik aku..rezeki di awal pagi..Sebab tu lah kita ditegah tidur selepas subuh..Berat rezeki katanya..MHI..motivasi pagi..blablabla..semua benda tu ada waktu pagi je.Kalau nak berhujah mestilah ilmiah sikit..So aku sensitif terhadap semua info-info ni supaya tak ada lah aku menjadi seperti katak di bawah tempurung menggunakan hujah yang sudah lapuk dan tidak terkini..
Blog aku ni dah macam ruangan khas dalam majalah lah pulak kan (heh?tolonglah!!)..Kenapa pulak?Ye lah..setiap hari ada je isu yang aku bincangkan..Oh..biasalah tu..Aku tak boleh lah kalau tak bincang isu dalam satu hari.Macam bosan lah pulak hidup aku nanti..Itu adalah salah satu sebab kenapa aku amek Malay studies hari tu..Ahh..Semua benda tu dah lepas..Aku nak cipta sejarah baru..
Jam tepat menunjukkan pukul 8 pagi..Oh..Hari ni si Ahmad Fedtri Yahya tak ada kat MHI..Oh aku tak ada semangat nak tgk MHI.So aku pun update lah blog ni kan..Hari ni aku nak cerita tentang barang tak asli aka tiruan..Semua orang mesti pernah tertipu kan?Sesiapa yang tak pernah tertipu itu..anda memang bernasib baik kerana tertipu adalah satu situasi yang amat memeningkan kepala..
Cuba bayangkan..kita berhabis duit yang banyak nak beli suatu benda nih..Tapi akhirnya kita dapat tahu benda yang kita beli tu adalah tiruan..tak ke tertekan macam tu?Heh!Aku ada sebab tersendiri kenapa aku amat tidak bersetuju dengan penjualan barang-barang tiruan nih..
Yang pertama dari aspek keselamatan..Barang tiruan sudah tentulah tidak selamat untuk digunakan..Dari barang kosmetik,makanan, sampailah gadjet-gadjet canggih..Barang tiruan ni memang sebijik dengan barang asli..Perbezaannya sangat sedikit..Kalau pengguna tu alert, baru lah dia dapat tau sama ada benda tu ori atau tak..Paling aku kesalkan adalah sampai makanan pun ada tiruan..Ciss..Apalah maknanya semua ini?Haa??
Cuba bayangkan lagi...nama pun makanan tiruan..selamat ke untuk dimakan?Boleh dipercayai ke sumbernya?OH..Sesungguhnya orang yang membuat barang tiruan itu amat kejam..Hanya mementingkan keuntungan semata-mata..Itulah manusia jahat..Tak kisah langsung dengan keselamatan orang lain..
Hmmm..rasa macam malas lah pulak nak sambung bercerita hari ni..Tiba-tiba je mood aku hilang..Seperti kabus yang semakin hilang tatkala mentari semakin meninggi di langit..Aku rasa sampai situ je kot dulu..Ahh..kenapa lah tiba-tiba jer mood aku hilang nih..Sangat misteri..Apa apa pun, sokonglah barang buatan Malaysia yang asli..
"TIRUAN ITU PENIPUAN"
Sebelum aku mengakhiri post kali ni..aku nak berkongsi satu puisi untuk renungan kita semua..Agar kita semua dapat mengambil iktibar hendaknya..
*puisi tidak bertajuk karya Hilal Asyraf (2010)..
Bukankah dunia ini ladang akhirat?
Di sini kita menanam di sana kita menuai?
Maka rugi di sini, maka di akhirat sana
juga menanti hasil kerugiannya.
Bagaimana?
Hendak mewujudkan dua mata ini
dalam kehidupan?
Atau memilih untuk tidak melakukan
apa-apa peningkatan?
Semuanya ditangan anda.
Tiada paksaan.
Namun, telah jelas mana yang akan
mencapai kegemilangan, atau yang
mana akan mengucup kehancuran..
p/s : puisi ni amat cool..


No comments:
Post a Comment
reaksi dan respon