Thursday, November 25, 2010

Al Kisahnya

Pagi ini, udara dingin mencucuk kulitku sehinggakan dapat dirasa oleh tulang temulangku..Embun dara kelihatan di sana sini..di atas rumput..atas daun..bla3..Oh hujan rupanya malam tadi..Sangat indah suasana selepas hujan di kawasan kampung..Walaupun kampung ini diancam pembangunan rakus yang tidak terancang..Ahh..Lantak ahh..Lepas aku ambil alih kuasa ketua kampung nanti, macam macam pembaharuan aku akan buat..Yang pertamanya, sudah tentulah aku nak kekalkan flora dan fauna (macam dalam citer Empangan lah pulak)..Aku akan hentikan segala penebangan hutan..Kejam kau wahai manusia kerana terlalu rakus mengejar pembangunan tanpa mengambil kira kesan buruknya..



Oh ya..disebabkan malam tadi aku tersekat di dalam hujan, aku mengambil keputusan untuk menonton televisyen sahaja..Ternyata apa yang aku tonton malam tadi merupakan sesuatu yang amat bermanfaat kepada aku..Bukannya sampah seperti yang aku biasa lihat di dalam rancangan kebiasaan.Aku tidak menjangkakan beberapa perkara yang hebat dapat aku lihat malam tadi..



Yang pertamanya, aku telah menonton rancangan Bersamamu..Pergh..kisah malam tadi lain dari yang lain..bukannya seperti episod yang sebelum ini.Tetapi berkisarkan tentang kehebatan ikatan ukhwah antara 4 orang sahabat..Aku amat tersentuh menonton episod kali ini..Mereka amat bertuah kerana ditakdirkan bersama..Mereka saling menjaga antara satu sama lain..Ada yang sampai sanggup berhenti kerja sebab nak jaga kawan yang tidak sihat itu..OH..Indahnya nilai sebuah ukhwah itu..Sesungguhnya mereka amat beruntung kerana dikurniakan sahabat yang hebat dan baik..Aku amat berharap ada sahabat seperti mereka..Bertuah badan..

Rancangan kedua yang aku tonton adalah slot Soal Jawab.Oh..Isu malam tadi amat panas..Aku rasa episod malam tadi merupakan perdebatan televisyen yang amat sensasi..Rugilah kepada sesiapa yang tak tengok..Tajuk malam tadi adalah berkisarkan demokrasi dan kemelut yang melanda salah satu parti politik di Malaysia..Ahli panel terdiri daripada dua YB merangkap ahli parlimen kawasan masing-masing dan berlainan idealisme..Juga terdiri daripada editor Agenda Daily..Kecoh giler malam tadi..2 vs 1.Macam dah nak gaduh aku tengok..Moderator dia boleh dikatakan bagus kerana apabila sampai satu tahap dia dengan sengaja menghentikan perbincangan..Apa apa pun rancangan ini berjaya mengembangkan minda aku yang tak berapa berkembang ini..

Rancangan ketiga yang aku tonton malam tadi adalah sorotan harian Sukan Asia..Aku sangat suka tengok rancangan yang memaparkan sukan terutamanya acara olahraga balapan..Perghh..Aku amat teruja dan whoa..Bila tengok atlet olahraga balapan malam tadi..aku berasa amat rendah diri kerana mereka amat menakjubkan..Aku pula hanyalah atlet yang biasa..Antara perkara yang mereka boleh buat dan aku rasa mustahil bagi aku adalah..

-Lari 100 meter dibawah masa 12 saat.
-Lari sejauh 7km dibawah masa 40 minit
-Lari sejauh 400 meter dibawah 40 saat.
-Lari sejauh 1500 meter dibawah masa 4 minit..



Perghh..mereka sangat hebat..dan pencipta mereka sesungguhnya maha hebat..Bila lah agaknya aku dapat berlari sepantas mereka..Heh!!

Oh tu je kot..rasa macam tak sia sia lah pulak aku tengok tv malam tadi..Sangat berkembang minda aku..whoa..seronoknya..

p/s : Aku telah mula mendapat mimpi-mimpi yang seronok setelah lama tidur aku tidak didatangi mimpi..tidur yang tidak didatangi mimpi adalah seperti berada di dalam kegelapan..Yeah!!!

No comments:

Post a Comment

reaksi dan respon