Sunday, November 28, 2010

Retak Menanti Berkecai

FT edited version..lawa seyh aku edit gambar neh!(masuk kuali angkat sendirik)


Harus bagaimana lagi

Dan terus begini
Dengarkan aku
Lihat ke mataku

Cukup sudah kau menghukum

Salahku tetap salahku
Benarkan ku berbicara
Agar bisa pulih semua

Namun harus sampai bila

Kau kan diam seribu bahasa

(dipetik dari into lagu "Hanyut" oleh Faizal Tahir)

Oh.Apsal lah tiba-tiba aku merepek letak lirik lagi kat awal-awal post nih?Tak penah lak aku buat macam ni kan.Bak kata cercaan kawan-kawan aku,"Ko buang tebiat ke ape ha?"Oh.Wahai rakan-rakan yang dikasihi sekalian, ini bukanlah tebiat ke etc etc..tapi ini adalah salah satu cara nak tulis intro..Cikgu sekolah rendah aku ajar ok..Cikgu korang tak pernah ajar ke?Aku pasti ada diorang ajar..Oh lupe lak yang korang suka ponteng kelas BM kat skola dulu..ALMAKLUMLAH..BM konpem dapat A kan..Lagi pun..UPSR je...Bak kata ketua kampung Pinang Sebatang, "Piece of cake"..Hambek ko..Speaking mat salleh ko ketua kampung..

Baiklah..Berbalik kepada idea asal, kenapa tetiba lak aku mengada-ngada nak letak lirik lagu ni ha?Gedik lah pulak..Bukan gedik lah..Aku cuma rasa yang lirik si FT buat ni kene betul-betul kat batang hidung aku sekarang..Kenapa ek?Macam ni kisahnya..

Aku ada seorang kawan kat sekolah dulu.Agak rapat lah jugak kan..Kat sekolah dulu selalu je gaduh kan..Ala biasa lah..Kengkawan..Kang kalau tak gaduh tak best pulak..Hari-hari nak baik..Tak ke tak best tu..Kadang-kadang mesti lah kena gaduh sekali sekala..Supaya kehidupan tu nampak dramatis sikit..

Oh ya.Apa yang memeningkan kepala aku yang sudah sedia kusut nih, baru-baru ni aku rasa kitorang ada perang besar..Macam perang korea utara dengan korea selatan tu ha..Puncanya aku sendiri tak tau..Tiba-tiba beliau mendiamkan diri, membatu dan membisu seribu bahasa..OH..Konpemlah ni silap aku..


gambar ni takde kaitan langsung dgn aku sama ada kepada yang masih hidup atau pun yang sedang meninggal dunia...

Hari tu masa Aidilfitri aku ada datang raya rumah dia.Tapi masa tu ramai kan tetamu yang datang rumah dia..So dia pun macam tak layan lah sangat budak lelaki yang datang rumah dia..Al maklumlah..ramai awek-awek yang bertandang kat rumah dia..Takkan lah nak sia-sia kan peluang keemasan itu lah..Apa yang aku herankan ni ha..kitorang budak lelaki ni ha langsung diorang tak layan..Seolah-olah kitorang tak wujud pun..Seolah-olah aku ni halimunan..Eh??Padahal kita kawan sekolah menengah kot..Lagi aku heran, dengan budak pompuan dia bukan main mesra..Hamboih..Aneh ye kau wahai manusia..

Aku apa lagi kan..Dengan kepuakaan mulut aku tahap cipan ni terus meng'sound' dia secara halus..Apa?Secara halus?Yess..Aku menegur dia cara melayu seperti yang nenek moyang aku pernah buat iaitu secara sindiran..Aku cakap apa?Simple jek..Aku cakap camni.'Eh dude, thanks for the raya..I really enjoy lepak at your house tadi..Lenkali buat lagi yer?"..Hambek ko sedas..Sape tak terasa..Aku pun boleh terasa tau kalau ada orang cakap kat aku camnih...bla3..

Lepas tu dia terus diam..Aku mesej tak reply..Heh..Konpem ahh dia bengang dgn aku tuh..Ok takpe..Tak nak kawan dgn aku takpe..Ada aku kisah?Seminggu selepas itu aku terus meng"delete" beliau dari senarai kawan fb aku..Ah..lantak ahh..Dia dah banyak berubah..Kalau dulu innocent je kat sekolah..Tapi sekarang macam-macam benda pelik dia buat..Tu yang aku dah tak tahan tu..Apa lagi..delete la teruss..No mercy..

Tapi baru-baru ni aku lak buat hal..Tetiba lak aku rasa aku bersedia memaafkan dia..Aku rasa terbuka hati nak memberikan peluang kepada kawan aku tuh..Dengan gagahnya..aku buang segala ego dan kebencian aku terhadap dia semata-mata nak add dia balik..Oh..segannya aku..Apalah aku nak buat..Harap-harap dia approve lah ek..Masuk hari ni dah dua hari aku tunggu dia nak approve..ok..Aku bagi peluang selama sebulan untuk ko approve wahai kawan..Lepas tamat tarikh tu aku anggap yang kau tak nak berdamai dengan aku..dan selepas masa tu..apa yang boleh aku ucapkan adalah satu perkataan je.."FAREWELL!!"

from now on..i will zip my mouth..

Jahat sangat ke mulut aku ni?Padan muka kat diri aku sendirik..Bak kata pepatah Melayu , "kerana pulut santan binasa..kerana mulut badan binasa"..Padan muka kepada diri aku..Lain kali cakap berpada-pada..Jangan main lepas je..selalunya aku kritik orang..Hari ini aku nak kritik diri aku lak..Yess..padan muka!Tak guna kau wahai Mr Joker..Kerana kau aku jadik begini..Cisss...Ah takpelah..Nasik sudah menjadi bubur ayam mekdi..Nak buat camner kan...

ARGHHH!!!!I SCREW UP!!!

p/s: Bak kata salah seorang doktor kat malaysia nih," Jangan jadik beruk,pintar memanjat pokok tapi tak pandai tanam pokok..Maksudnya lebih kurang macam...do not simply talk.Walk your talk ghetto..

No comments:

Post a Comment

reaksi dan respon