Oh yer.Sepanjang aku duk kat kolej ni kan mesti la ramai yang tertanya-tanya..Dengan sapa laa aku duduk kat bilik yang macam gua tu kan..Siapakah yang bertuah sangat tu kan dapat duduk sebilik dengan aku tu kan...Bertuah badan dia dapat duduk sebilik dengan aku..Hahaha..Apa-apa pun hari ni aku nak merungkai misteri yang melanda diri korang tu.
Hari ni aku nak buat pendedahan eksklusif dengan sapa aku duduk sepanjang satu sem kat dalam gua..Sebenarnya aku telah melepakkan diri ini dengan Alip, Diva Hazmi dengan Si Misteri Taufiq..Aku amat terharu bila mana mamat 3 orang ni ajak aku lepak dengan diorang..Nak harapkan yang lain tu?Sampai kiamat pun takkan di ajaknya..Siapalah aku kan kat hati diorang tu haa..Seperti melukut di tepi gantang..
OK..sekarang ni sesi cerca mencerca lak ehh..Supaya korang kenal siapakan insan bertuah yang dapat duduk sebilik dengan aku tuh..
ALIP
Oh.nama mamat ni bukan alif..Nama sebenarnya biarlah kitorang saje yang tahu..Buat ape korang menyibuk nak tau kan..Motif nak tau?Dia ni macam chipsmore..Kejap ada..kejap tak ada kat bilik..Sebab dia selalu lepak umah member dia atau abang angkat dia yang seribu kali ganda lebih baik daripada gua yang kitorang duduk tu..Maklumlah..sapa yang nak duduk kat dalam gua kan..
Yang tak best nya si Alip ni kan..mulut dia tu mengalahkan mulut pondan..Cakap main lepas je..Mulut dia tersangatlah bisa..Dan hobi dia tak lain tak bukan adalah mencerca orang lain..Ko tak ada ke hobi yang lebih berfaedah alip oii selain mencerca anak orang?Dan selalunya mangsa kepuakaan mulut alip adalah si diva hazmi tu ha.Macam-macam lah dia kene kutuk..Kesian gak aku tengok si diva tu kann..Hahaha..
Apa-apa pun alip ini kawan sebilik aku yang paling best..Dia ni memang lah kalau aku ajak pergi karaeoke dia set je.Tak pernah lak dia buat alasan kan..Tu lah namanya member.Dia ni sanggup tu temankan aku pergi berlatih suara walaupun dia tak sihat..Ko memang baguslah alip..Tak macam budak lain..Aku ajak ada je alasan..Ada kerjalah ape lah kan..Hello..kerja boleh disiapkan lain kali..member macam aku ni ko boleh jumpa lain kali ke?Lantak ko larr..Yang penting ko memang terbaik alip..
Alip ni juga merupakan aku punya pesaing dalam mendapatkan berat badan yang unggul..Kalau jumpa dia tak sah kalau aku tak mencerca perut dia yang buncit tu kan..Haa..Tapi dia tak nak gak mengaku..Hahahah..Kitorang selalu compare sape lagi kurus kann..Hahaha..Maklumlah..Siapa nak dipanggil gemuk, buncit dan boroi kan..Aku sanggup ke gym semata mata nak kalahkan si alip tu haa..
Dia ni market dia agak tinggi jugak..Muka market lah katakan..Ala-ala anak ikan gitu..Bagi aku, biasa je.Aku pun tak paham apa lah yang membuatkan pompuan jatuh hati kat alip tu kan..Hahaha..Dia ni tukar awek macam tukar baju je..Dah tak nak awek tu terus campak jauh-jauh..Jahat giler ko alip..Pesan aku kat ko..sudah-sudah lah tu..Bertaubatlah alip oii..
HAZMI
Ni ha housemate aku lagi sorang..Ko mesti tak sangka aku tulis tentang ko kat blog aku kan wahai Hazmi oii??Aku tau ko selalu stalk aku dengan blog ni haa..Ok lah..Jom kita mencerca si Hazmi ni pulak..Nama sexy beliau adalah Khairul..Chewah..Motif ko letak nama Khairul?Hahaha..Tapi si Alip yang bermulut bisa itu menggelarkan hazmi sebagai diva, ratu dan seangkatan dengannya..Motif panggil macam tu? Entah lah..tanya lah alip tu kan..Perwatakkan dia adalah ayu-ayu manja..Hahahaha..
ohh..aku lah ratu chantek malaysia..chantek ke??
Dia ni tabah gak dalam menjalani kehidupan kan..Yelah selalu menjadi bahan cercaan si Alip tu..Walau macam mana pun Alip mencerca Hazmi tu dia tetap OK jer dengan Alip..Aku pun tak paham apakah resipi kebahagiaan budak dua orang ni kan..Apa diorang ni ada skandal ke?Entahlah kan..Aku tak nak cerita lebih-lebih..Kang salah lak kan..Hahahah..Alip cakap si Hazmi ni ada membela anak ikan..Betul ke Hazmi oii??Sudah-sudah lah tu..
Dia ni superstar dalam Math.Kat dalam kelas tu sampai dia jadik anak kesayangan lecturer lah kann..Ni aku dengar je..Tak tau lah betul ke tak kan..Pehh..Cayalah..Hebat gile ko wahai makhluk.Tak sangka aku ada housemate macam ko kann..
ouuuuuuuuuuuuuuu.....
Yang tak bestnya pulak pasal si mamat sorang ni, hobi dia adalah melalak dari siang sampai ke malam.Suara dia dah lah bisa..Nasib baiklah kitorang ni memahami hobi beliau tu kan..Kitorang dah kaliss dah suara beliau yang ala-ala Rossa tu kann..Haa..lagi satu..Dia ni suka sangat lah menambah Ad Lib kat lagu-lagu tu kan..Dari lagu patriotik sampailah lagu balada..Tak sah kalau tak Ad Lib.Katanya nak jadikkan lagu tu Hazmi style..Lantak ko lah wahai Hazmi oii..Apa-apa pun suara ko memang kelass..Macam Fazli Zainal..Heh?OK2..Aku tipu jer..
kat mane ek nak carik board camnih?
Dia ni jarang sikit nak turun riadah..Malas katanya..Balik bilik kalau tak online terus terbongkang atas katil..Macam penyu pun ada gak aku tengok..Sem satu dulu badan dia kuruss..Macam kerengga..Sekarang ni dah macam anak gajah aku tengok..Besar bukan main lagi..Ko mengandung ke Hazmi oii??Setau aku pompuan mengandung je naik berat badan..Ko kawen dengan sape ni ha??Hahaha..
TAUFIK
Aku tak tau nak cakap ape pasal mamat ni..Dia ni agak misteri lah jugak kann..Aku pun takut gak nak cakap dengan dia ni..Sebab mamat ni kuat sentap..Walau apa-apa pun dia ni teramatlah caring kat si Hazmi tu kan..Bak kata si alip tu ibarat pasangan suami isteri..Sengal ko alip oiii..Aku pun heran..Apsal lah dia ni sangat mengambil berat kat Hazmi.Motif ko nak buat macam tu?Ada apa-apa ke?Hahaha..Gurau saje..
Oh yaaa..Apa yang tak bestnya pasal dia ni kan..dia ni cepat sangat give up..Kat bilik tu selalu gak dia cakap yang dia konpem tak fly..Kalau ko fly aku sekeh kepala ko Taufik..Dia selalu gak bising yang dia dia nak masuk UiTM Shah Alam jek..Sebab dia rasa dia lagi layak dari situ..Hello topek..ko ex TGB kot..Sedar la sikit potensi kat dalam diri ko tuh..Kalau bukan ko sape lagi nak caya?Aduhh..Come onn..
.................................................................................
Hmm..ni lah barisan roomate dan housemate yang telah mewarnai hidup aku semasa sem 3 tu kan..Tanpa mereka aku tak tahulah macam mana aku nak hidup kat dalam gua tu..Sangat sakit hati.All the best untuk korang semua..Dan jaga diri bebaik yer korang..








like :)
ReplyDelete