Friday, December 3, 2010

Spec Math?Malay Studies?Physic?

Selamat tengah hari semua.Tengah hari ni matahari agak terik..Biasa lah tu.Nama pun tengah hari..Oh..abaikan semua itu..Kali ini aku nak kongsi dilema yang aku alami dalam memilih mata pelajaran yang aku nak amik dalam sem ke 2 dan ke 3..Dan yang paling penting..untuk SACE (exam ala-ala SPM tapi lagi susah)..



Dan buat pengetahuan semua..Aku telah memilih Malay Studies..Pada mulanya aku tak tahu nak amek subjek apa..Nasib baik lah aku ada kenal beberapa orang senior.Dan ada yang mencadangkan amek specialist math..sebab dia amek specialist math..Ada yang suruh amek Malay Studies..Sebab dia amek Malay Studies..Apa-apa pun..last-last aku amek Malay Studies..Kenapa ek?

OK..Aku tau yang budak Malay Studies ni dipandang rendah.Setakat Malay Studies, semua orang boleh buatlah..Tetapi aku buat sesuatu keputusan bukannya sebab manusia..Kalau aku buat keputusan sebab manusia..dah lama aku amik fizik..Sebab fizik aku ok jugaklah..Tetapi aku amek malay sebab aku minat.Dan yang paling penting..MALAM GEMA WARISAN..



Aku ingat lagi..Hari pertama Miss Farrah Ahmad masuk kelas aku..Peh..Dia buat muka ketat..Secara terus terang..aku berasa amat takut dan terancam dengan kegarangan cikgu..Oh..Rupa-rupanya dia memang pandai berlakon.Ciss.Tak ada lah garang mana pun..Kitorang satu kelas memang satu kepala dengan beliau..Beliau sangat cool..Kitorang ni dah macam satu keluarga..macam Adik beradik rapat..Pergi dinner sama-sama..prank budak kelas sama-sama..Ohh..Sangat best..dan aku langsung tidak pernah rasa menyesal mengambil subjek malay walaupun orang lain memandang rendah..Sebab kelas aku istimewa...

Dan pada satu hari, beliau mengumumkan bahawa Malam Gema Warisan dibatalkan..Pada mulanya aku tak percaya pun.Sebab beliau suka reka cerita..Tapi akhirnya..aku dapat tahu benda itu adalah realiti..Aku berasa amat marah pada hari itu..Marah semarah marahnya..Semua orang aku nak maki..Yelah..Dah lama aku plan nak buat cerita paling best untuk persembahan malam tu..Tapi last-last tak jadik..Ohh..Sedihnya..Apa-apa pun lama-lama aku redha..Sebab buat apa ditangisi benda yang sudah tiada..Hargailah benda yang aku masih ada iaitu kelas Malay aku yang sangat hebat...

.................................................................................



Baru-baru ni aku sering bermimpi tentang sahabat aku.Semua sahabat aku.Apakah maksudnya itu?Apakah maksudnya aku telah merindui mereka semua?Entahlah..Aku pun tak paham..Dan tadi..aku baru je bermimpi tentang mr.nerd..Kali ni aku nak jugak cerita tentang mimpi aku ni.Sebab mimpli kali ni macam sebuah filem yang amat hebat..Plotnya sangat sempurna.tapi tak sampai ending..Sebab aku tahu endingnya sangat sedih..Aku saje je bangun sebelum ending...



Ceritanya bermula apabila aku dan mr.nerd bercadang untuk memecah masuk ke dalam pejabat sekolah.Aku pun tak tahu lah bila masa lah pulak aku dgn mr.nerd belajar kat sekolah yang sama kan.Tapi yang paling penting latar belakang mimpi tu adalah kat sekolah aku..Tapi ada lif lah pulak?Dan pejabat sekolah tu amat besar..Sekolah aku ada lif ke?Ahh..abaikan..

Paling bestnya..pejabat sekolah tu terletak kat dalam kawasan asrama perempuan..Kalau ditangkap kitorang akan didakwa dua kes sekali gus..Memecah masuk pejabat dan memecah masuk kawasan asrama perempuan.Ciss..haha.Susah giler nak masuk sana..Nasib baiklah aku ada orang lain yang setelkan macam mana aku nak masuk dalam tu..Tapi masih lagi bahaya..Kena lalu sungai yang ada buaya..kena bunuh hantu..Oh..sangat pelik..Mimpi ni kitorang jadik spy lah pulak..Ala-ala James Bond tu ha..eheh.



Dan aku masih lagi tak paham kenapa aku dgn mr.nerd nak pecah masuk pejabat..Nak curik kertas exam ke?Ah..Entahlah..Yang bestnya mimpi nih..ia mengajar erti sebuah persahabatan..Ahh..Masa tu kitorang dah masuk pejabat..Tapi kitorang terperangkap..susah sangat nak keluar..mr nerd suruh aku keluar dulu..Sebab dia cakap dia mampu setelkan sendiri hal tu.Aku pun tinggalkan je dia kat situ..Setelah lama menunggu kat akhirnya m nerd berjaya keluar..Tapi dia bawak beg dia je..Mana beg aku?

Oooo tidak..Beg aku tertinggal dalam pejabat..Habislah kantoi operasi kitorang..Kalau nak pecah masuk balik cikgu tengah buat spot check..Memang aku mati kali ni..Kantoi dan pastu kena buang sekolah..Sangat dramatik..Tetapi aku cerita semuanya kat mr nerd..Dan aku heran apsal dia tergelak-gelak..Rupa-rupanya dia cakap nak pecah balik pejabat tu..Oh.thanks mr nerd..

blablabla....dan aku pun terjaga.....

Oh..aku masih tak paham kenapa terbaharu ni aku sering bermimpi tentang sahabat sahabat aku..Adakah kerana?Aku sendiri pun tak dapat merungkai persoalan yang timbul ni ha..Sangat pelik..dan sangat mengelirukan..

p/s : Mimpi tu ada part censored..Heh..Apa punya mimpi..Aku suci tau..

No comments:

Post a Comment

reaksi dan respon