Thursday, December 2, 2010

KEPAHITAN KEBENARAN

salam anak merdeka...

Salam perpaduan buat rakan sekalian..Jam belum menunjukkan pukul lapan..Tetapi matahari sudah memancarkan sinarnya di bumi negeri bertuah ini..OH..Sangat berbeza dari hari semalam...Sakit kepala masih lagi bersuka-ria di dalam kepala ku ini..Ahh..Sangat sakit..dan pening..Panggilan telefon dari seorang sahabat pada malam semalam agak sedikit mengurangkan kesakitan itu sekali-sekala..Terima kasih bro.Kebaikan engkau tak terbalas oleh aku..

Soalan aku pagi ini..Adakah anda merasakan bercakap benar itu susah?Bagi aku tak adalah susah sangat..Cuma  kesannya itu kadang kala tidak seperti yang diharapkan..Kenapa lak?Jom kita imbas babak cerita dari sebuah filem melayu ini...

.............................................................................



*dipetik dari filem Los dan Faun

Faun dan Los baru tiba di KL..dan mereka bekerja sebagai promoter di kedai pakaian dalam wanita..Suatu hari....

Pelanggan : Dik , badan akak macam J Lo tak?
Faun         : errr...errr...J Lo? err...
Pelanggan : Dik cakap lah..badan akak macam J Lo tak?
Faun        : errr..J Lo yer?errr..err...
Pelanggan : Dik cakaplah....
Faun         : OK ok..Ini bukan J Lo..Ini sarung nangka!!!!
Pelanggan : Oh tidaaaaakkkk!!!!!!

*aku tergelak terbahak-bahak
......................................................................

Hah?Kan aku dah cakap tadi..Bercakap benar itu kadang kala susah..Sebab bercakap benar itu adalah pahit..Ada orang tak suka kalau kita ni jujur sangat tau..Yelar..Cakap tu biar lah berlapik sikit..Mulut tu jangan longkang sangat..Kang kena belasah sia-sia je hidup..Haishh..Tapi dalam berniaga ni kena jujur tau..dan bercakap benar itu adalah penting..Kang tak memasal customer lari lak..



Bagi aku, peniaga kat Malaysia ni susah sangat nak carik yang bercakap benar..Sangat susah..Ye lah..Kadang-kadang dia jual benda tiruan pastu cakap ori..Harga pulak lebih kurang macam barang ori..Tak ke hampeh tu?Aku dah selalu kena..Dari earphone..sampailah ke makanan..Heh!Sangat lah merugikan dari aspek pelaburan jangka panjang..Apakah punca kepada kemelut yang melanda ini?Hmm..entahlah..

hugo boss huge bous

Aku rasa sebabnya adalah oleh kerana rakyat malaysia ni mudah sangat percaya apa orang cakap..Tak caya?Meh sini aku terangkan..Korang ada facebook?Selalu tak baca artikel kat situ yang member korang post?Mungkin korang pernah baca sekurang-kurangnya satu artikel..Dan korang terus caya ke?Kalau korang terus percaya..korang dah silap..Sebab berdasarkan artikel tu sebenarnya korang boleh tau yang artikel tu berkredibeliti atau pun tak..Camne nak tau?

Pertama periksa sama ada artikel tu ada rujuk tak kat artikel atau sumber lain?Kalau tak ada..dah sah lah artikel tu dibuat berdasarkan pendapat peribadi si penulis sahaja..Kadang-kadang tah sape-sape tah tulis artikel tu.Perompak barangkali.Dia tulis pun main ikut sedap hati dia je tanpa merujuk kat artikel atau sumber lain..Pastu orang kita pulak percaya bulat-bulat..Haih..Silap besar tu dik oii..Kalau artikel tu tak rujuk langsung kat sumber lain tu korang janganlah mudah percaya..Sebab mungkin tu pendapat peribadi je dik oii...Nama pun pendapat peribadi..Sudah pastilah bias (berat sebelah)..Kalau dia ada rujuk pun..sila periksa berapa banyak sumber dia rujuk..Kalau satu jer..masih boleh dikira berat sebelah..Sekurang-kurangnya dua dan lebih..Contoh terbaik artikel berat sebelah adalah blog persendirian yang anda baca ni ha..

penjenayah maklumat

Yang kedua..ada penulis yang menggunakan ayat-ayat quran dan hadis dalam penulisan sebagai cara nak yakinkan pembaca..Dan orang kita pulak percaya bulat-bulat..Bak kata mereka mestilah kena percaya..Kang murtad lak kang? Hello mak cik..Memang lah tidak dapat dinafikan bahawa ayat quran dan hadis itu benar tanpa perlu diragui..Tapi perlu diingat bahawa ayat itu tidak boleh dipakai dan ditafsir sesuka hati..Sebab quran ada asbabul nuzul (sebab ayat quran tu turun) manakala hadis tu pulak ada banyak jenis..Ada hadis yang palsu dan hadis lemah..Kalau penulis tu silap tafsir camne lak?Sudah..satu kes pulak..Ajaran sesat..Aku tengok kat internet ni dah ramai dah jadik ulamak segera..Berguru pun tidak pastu senang-senang je keluarkan fatwa sendirik..HEH!!Apalah jenisnya manusia ini.Inilah dinamakan fitnah akhir zaman..

Ok lah..Tu je kot..Aku harap warga pembaca dapat sesuatu dari post kali ini..Aku mengharapkan yang terbaik dari anda semua..Ceria-ceria selalu dan selamat beramal soleh..

p/s : Kalau aku cakap aku dating dengan Ana Raffali korang percaya?

1 comment:

reaksi dan respon