Sunday, December 5, 2010

ASAL USUL ?

Huh..Hari ini sangat best..Hari ni tak adalah panas sangat sebab hujan rahmat turun dari pagi sampai ke malam..Suasana pun agak kondusif untuk tidur.Maka dengan itu pada petang tadi aku telah tidur sekejap..



Haa..Berbalik pada tajuk kita malam ni..aku ingin bertanya kepada rakan sekalian.

Betul ke iblis tu asalnya malaikat?

Hmm..Masa kat sekolah dulu aku pun percaya lah jugak kan si iblis ni malaikat..Tapi pada satu malam ni, aku menghadiri satu diskusi oleh seorang ustaz ini.Aku tak tahu apa nama ustaz tu sebab aku tak fokus..Apa apa pun ustaz tu mengatakan bahawa iblis sebenarnya bukanlah malaikat..



Apakah hujah yang diberikan ustaz tu?Macam ni..Ustaz tu cakap..malaikat diciptakan untuk patuh dan taat kepada arahan Allah.Tetapi apa yang berlaku kepada iblis adalah sebaliknya..Apsal pulak?

Jom kita imbas peristiwa Allah menjadikan nabi Adam.Maka setelah nabi Adam diciptakan maka Allah menyuruh seluruh makhluk sujud kepada nabi Adam.Maka sujudlah semua makhluk termasuk para malaikat kepada nabi Adam kecuali satu makhluk ni..Apakah makhluk tersebut?Nama makhluk tersebut adalah iblis..

Maka seperti yang kita tahu, sifat malaikat adalah menunjukkan kepatuhan kepada perintah Allah..Tetapi peristiwa tersebut menunjukkan bahawa iblis ini tidak sama sifatnya seperti malaikat apabila mengingkari arahan tuhan..

Jadi apakah sebenarnya iblis ni?Iblis sebenarnya adalah dari keturunan jin..Yess..Iblis adalah Jin..OK aku pun tak ingat hujah ustaz tersebut yang seterusnya kerana aku seperti hilang fokus pada masa itu.Apa apa pun ini hanyalah pandangan seorang ustaz..Kalau ustaz tu salah..maka aku pun salah lah..OK lah.Tu je kot..Kalau aku salah sila lah betulkan yer..Aku hanya sekadar berkongsi..

hilang fokus atau tertidur?

p/s : Sangat best suasana hujan..

No comments:

Post a Comment

reaksi dan respon