Selamat pagi semua.Pagi ini kita terus kepada agenda kita ya sebab aku malas nak berkias-kias..Cuba korang teka apa pulak tajuk hari ini?Senang je..Aku nak bercakap mengenai anugerah juara lagu..Ini adalah event wajib tv3 setiap tahun..dan ianya mendapat sambutan yang memberangsangkan..Maaflah sebab entry kali ini agak keduniaan sedikit..sebab aku sudah kehausan dan ketandusan idea nak tulis tentang apa..
Pagi ni aku nak berkongsi tekaan aku tentang siapa yang bakal memenangi kategori kat dalam AJL tu ha.Ini hanyalah tekaan semata-mata berdasarkan analisis aku dan perkembangan semasa..Jom kita lihat sama-sama..
VOKAL TERBAIK
Sebelum aku meneruskan perbincangan ini aku nak tau..Korang tau tak vokal tu apa?Tau ke tak?Ok baiklah..tau tak macam mana nak bezakan suara yang ok dan vokal yang ok?OK macam ni kot.Kalau aku salah betulkan aku yer...Suara merdu itu adalah satu anugerah..Tidak semua penyanyi mempunyai suara yang merdu tetapi vokal diorang masih lagi mantap..Penyanyi yang ada suara merdu tetapi vokal dia biasa-biasa adalah seperti Suki (Juara OIAM yang menumpaskan faizal tahir) Daniel Malaysian Idol dan blablabla..Penyanyi yang tak ada suara merdu tapi ada vokal selalunya dari kalangan artis rock sebab diorang tau rock sesuai dgn suara diorang yang biasa tu.Contohnya macam ........(isi sendiri), dan band rock kapak yang lain..Tapi artis yang ada suara dan vokal tu pulak macam adam lambert (heh?), david archuleta, beyonce dan blablabla..
Suki
Black
Semua penyanyi nak tak nak vokal diorang mesti ok..Nama pun penyanyi..dan benda itu boleh dicapai melalui latihan..Tapi kalau suara tu memang dari kecik tak merdu..memang tak boleh diubah jadi merdu sampai bila-bila kecuali dengan pembedahan..Sebab tu lah namanya vokal terbaik..Bukan suara terbaik..Ok lah..back to the main story..Siapa yang bakal menang vokal terbaik haa??Berdasarkan analisa aku, antara artis yang bakal menang kategori tu adalah Black dengan Faizal Tahir..Si Black ni suara dia sedap dan boleh capai note tinggi..Si faizal tu lak vokal dia mantap habis..
Persembahan Terbaik
Kategori ni senang sahaja nak tau sapa yang bakal menang..Aku rasa si Faizal Tahir tu bakal menang lagi kot..Sebab dia adalah a true performer..Not just a typical singer.macam artis-artis lain tu..Dia penuh dengan kejutan, drama dan gimik..Sangat cool..Aku rasa dia adalah si Michael Jackson Malaysia..Hahaha..Tapi kenapa faizal tahir lak?Bukan artis lain?Sebab tahun ni Siti Nurhaliza dgn Noraniza Idris tak masuk..Artis dua orang ni kan selalu persembahan diorang hebat giler dengan penari mereka semua tu..Bila diorang dua orang ni tak ada..maka kuranglah persaingan..Dan maka peluang nak menang adalah sangat tinggi..
Rock and Roll yeah..
simply siti
Part ni susah sikit nak teka sapa yang bakal menang..Sebab semua berpotensi..Tapi tahun ni bukan trend indie band..So sume indie band aku reject awal-awal kecuali band API..Sebab API ni special sket..Band ni adalah fusion beberapa group macam Hujan (noh), Azlan and Typewriter (Lan), Bittersweet dan beberapa lagi..Sebab tu la aku rasa band ni kuat walaupun lagu tak sedap..Pastu antara artis lain adalah Yuna..Sebab tahun ni tahun Yuna..Dia menang shout award dan dia amat femes..Sampai US tu..Aku rasa dia bakal menang gak..Pastu aku rasa sudah tentulah FT bakal menang..Sebab dia semakin matang dan tahun ni kaki dia dah OK..Hahaha..
yuna
band A.P.I
Hmm..Ini adalah sekadar tekaan semata-mata..Apa apa pun..kita tengok je lah AJL pada 6 Januari nantu yer..
p/s: Hari ini aku sangat merepek..Lalalala..







No comments:
Post a Comment
reaksi dan respon