Aku sekadar nak berkongsi apa yang telah aku lalui kat kolej..Semua orang tak suka kena paksa buat kerja..Tapi bila dah kena paksa..maka terpaksalah kita buatkan..Tapi akhirnya produk yang dihasilkan adalah tidak bermutu..
Aku ingat lagi pada sem 2, kawan aku sorang ni suruh aku carik budak yang nak masuk nasyid.Apsal aku lak?Hebat sangat ke aku ni?Aku takder lah hebat sangat kan..Tapi boleh lah sikit-sikit..Kesian kawan aku tuh..Dah lama dia carik budak..So sebagai kawan yang baik aku pun tolong lah dia..
ahhhh..tertekannya aku
Aku ingatkan senang nak carik budak..Pehh..Susah giler beb.Semua orang tak nak masuk..Katanya suara diorang tak sedap..Haa..Sedar pun diri kan..Baguslah macam tu..Aku sangat suka orang yang jujur dan ikhlas..Kalau suara tu tak sedap..katakan tak sedap..Jangan berangan lak suara ko tu macam Raihan..Haish..
Maka bermulalah episod aku berlelah mencari budak yang nak masuk..Setiap bilik kat blok tu aku masuk kan..Aku terpaksalah menebalkan muka aku ni haa..Merayu macam-macam nak ajak budak ni masuk.Korang ingat korang tu diva sangat ke sampai aku perlu merayu sampai macam tu sekali..Come on lah weyy..I must tell that it sucks..Semua tak nak masuk..Ahh..Susahnya tol lah camnih..Sangat kusut..
encik..tolonglah masuk nasyid..saya merayu sesangat..
Tetiba tah macam mana aku dapatlah beberapa nama yang nak-tak-nak masuk..Ape maksud nye??Maksudnya diorang tu tak konpem lah masuk kan..Atas pagar camtu arr..Ahh.Tu tak penting..Yang penting ada budak yang nak masuk..
Selepas dapat nama tu maka aku pun sibuklah mencari lagu yang sesuai..Berangan ni kan nak masuk nasyid..Aku cadangnya nak bawak lagu acapella saje..Malas lah nak download minus one..Sebab Kadang-kadang tak jumpe langsung minus one lagu nasyid tu..Senang buat je lah acapella kan..Buat pakai mulut je..Sape2 pun boleh buat..Tapi yang penting ada sorang penyanyi..Dan orang itu bukanlah aku..
Bila dah ada lagu mestilah kena buat latihan..Punya lah susah nak kumpulkan semua budak ni nak buat latihan.Susahnya macam nak ajak solat Subuh berjemaah kat surau..Susah yang amat...Ada je alasan tak nak datang..Ada tu lak cakap kejap lagi dia datang..Ko ingat aku ni bodoh sangat ke ha??Bila ko cakap camtu saje aku dah tau yang ko konpem nak larik buat latihan kann.Saje nak buat aku naik angin kan??.Lantak ko arr.Yang penting budak lain ada..
kejut budak Subuh lagi susah dari panjat gunung
Aku ingat sampai situ saje aku bengnag..tapi masa latihan pun ada jugak budak yang buat hal..Serius aku bengang masa tu..Aku pun ada gak subjek yang nak cover..Masa latihan fokus la bai..Ni aku dah ajak sampai dua kali dah kan..Ko masih lagi lah kat atas meja tuh..Belajar lah kononnya..Kalau camtu lebih baik ko cakap terus terang kat aku tak nak masuk..Senang citer..Tak sampai situ saja hati aku disakiti..Masa latihan tu kan..ada pulak budak berlatih sambil baring bagai..Ala-ala bersantai kat pantai gitu kan..
Pehh..Pertama kali dalam sejarah peradaban manusia aku tengok orang berlatih menyanyi sambil baring..Memang aku pandang tinggi lah kan orang macam tu..Ni dah sampai tahap tertinggi ni..Mane ada artis pernah buat macam tu kan..Ko sorang je buat..Maka pada masa tu aku memang dah tau..Ko tak ikhlas nak datang..
walaupun kitorang nampak macam nak berenang..tapi sebenarnya kitorang tengah berlatih nasyid..
Masa tu aku dah tak tahan dah.Sape tak bengang kan..Aku punyalah bermati matian buat benda tu..Tapi diorang macam nak tak nak saje..Aku terus pergi..Dan aku pun cakap, I QUIT..
Its too little too late bai...I QUIT..
Oh.Pada masa tu aku bengang yang amat..Seminggu lah aku menyibukkan diri nak settlekan benda tu..Tapi last2 tak ada kerjasama dari semua pihak.AHH..Lantak ko lah bai..
Malam tu walau pun ausmat tak ada wakil, aku tetap pergi pertandingan nasyid tuh..Nasyid adalah segala-galanya bagi aku..OHH..Apa-apa pun malam tu ausmat je yang tak ada wakil.Rasa sangat terhina lah pulak kan sebagai salah sorang ausmatian..Tapi lantak ahh..Aku lebih rela tak join daripada memalukan diri aku kalau join..Sebab budak ni nak tak nak je masuk..
Malam tu aku ada tengok banyak persembahan pelik..Ada lak nasyid camtu ek?Korang memang kelakar..Tapi suara fadhill, ridwan and team serius best.Aku rasa diorang tu memang budak nasyid sekolah..Persembahan team lain agak sarkastik.Korang ingat ni persembahan sarkis ke haa??KOrang dah merosakkan seni nasyid itu dan korang harus di hukum..Apa apa pun malam tu aku enjoy lah jugak persembahan diorang walaupun agak aneh..
kamilah pasukan nasyid kampung pinang nan sebatang..smile..
Di akhir pertandingan, sahabat baik aku, Aizudin ada memberikan sedikit ucapan.Dia lah yang bertanggungajwab menganjurkan program tuh.Dan aku amat tersentap dengan ucapan dia tu..Ko makan dalam kat aku ke Din oii?Ucapan tu macam ko tujukan kat aku jer.Apa-apa pun mamat ni memang penuh dengan kata-kata hikmah..
Hello people...listen up carefully....
Kata DIN, " Sebenarnya menang atau kalah tidak penting dalam pertandingan nih..Apa yang penting adalah produk yang dihasilkan..Apa yang ana (peh) maksudkan adalah macam mana kita bina team work..yang akhirnya membuat kan kita berjaya buat persembahan yang bagus.Tahniah untuk anda yang menyertai..Kepada yang tak sertai tu,tahun depan boleh cuba lagi..
Ceh..Memang sah ko tujukan ucapan tu kat aku kan..Macam lah aku tak kenal ko din..Apa-apa pun..Terima kasih din..Ucapan ko memang indah tapi dalam masa yang sama..bisa dan pedass..
Apa yang aku dapat adalah..kalau orang tu buat kerja kerana terpaksa maka mereka akan terseksa..Maka kerjasama susah diberikann..Kat sini aku dah silap besar..Sebab aku gak yang paksa diorang masuk..Last-last aku gak yang kecewa..Tak ke tindakan yang tidak bijak itu..Lain kali aku takkan buat lagi..Aku janji..
p/s : Aku takkan paksa lagi orang..dan aku akan pastikan orang lain tak paksa aku jugak..It sucks..







No comments:
Post a Comment
reaksi dan respon