Sunday, December 12, 2010

OK FINE

OH.Malam tadi banyak perkara yang berlaku ek..Aku ingat polls kat tepi orang dah tak heran sangat kan..Maka malam tadi aku dah meroyan nak teruskan untuk menggunakan bahasa biasa aku..Campur-campur lah kiranya..Macam nasik campur tu..Kejap-kejap bahasa kasar..Kejap-kejap bahasa biasa..Tapi bila aku check balik aku punya blog kejap tadi..Lain pulak al kisahnya..

Rupanya dah ada orang undi..Pehh..Terharu jugak aku..Ingatkan aku dah tak laku tadi.Maklumlah..Follower pun ciput sahaja..Ada hati nak perasan terkenal..Jom gelak ramai-ramai..Tapi aku tak paham..Kenapa ek diorang undi aku nak pakai bahasa santai tu haa??Kan aku dah terangkan hari tu..Bahasa santai tu bahasa yang aku gunakan dalam percakapan harian..Maknanya kasar lah tu..Bukannya bahasa yang tidak tercemar dari segala macam carutan dan maki hamun kan..Tetapi ada unsur carutan mahupun cercaan yang bakal membunuh semua mangsa cercaan aku..

Ohh..pak cik berasa terharu sebab korang undi pak cik masuk next round pergi Hollywood week..i love american idol..thanks paula..kara..ellen..randy..kepada simon..ko boleh blah..

Maka dengan hari ini, aku nak mintak maaf dengan segala macam carutan maki hamun mahupan cercaan aku kepada semua insan sama ada secara sengaja atau pun tidak sengaja ok..Bak kata orang tua dahulu..Rezeki jangan ditolak..Musuh janganlah ngade ngade nak carik..Adess..Kepada yang terasa tu aku nak mintak maap banyak-banyak..Aku menyusun seribu jari aku walaupun pada hakikatnya aku ada dua puluh jari sahaja kan..

Ampun saya bapak..Saya janji tak dedahkan skandel bapak lagi ok..

Bahasa aku sebenarnya dipengaruhi orang sekitar aku terutamnya oleh uncle ni.klik sini.Beliau pun pakai bahasa kasar jugak..Tapi orang ok saja..Maka dengan tu aku ikutlah..Nampak macam seronok cerca orang..Tapi ada jugak orang yang tak suka..Maka aku pun hentikanlah segala carutan itu yer Kak Anon..No hard feeling ok..No menyentap kat sini..Aku ni kalau korang nak tau mat rempit yang bertaubat..Nama pun mat rempit..So bahasa itu haruslah kasar..Mana ada mat rempit berbahasa indah nan syahdu kan..Amat kelakar.

Hello korang..aku bukan rempit ok..Aku ni keje kat sarkis..Saje nak prektis masa jalan tgh clear ni haa..


Buat pengetahuan korang semua, aku tak mencerca orang depan-depan yer..Sebab aku tidak diberikan kekuatan itu untuk memalukan orang kat public..Biarlah orang memalukan aku kat public..Sebabnya, aku mencerca orang tu balik kat sini kann..Haa..Hambek ko..Malu satu kampung..Macam-macam aku cerca..Segala macam perkataan keluar.Puas hati aku.Aku tak cerca orang sembarangan ok..Mana yang baik-baik tu aku biar saja diorang hidup dengan aman..Ni aku tak puas hati dengan orang jahat..Muka dah lah berbisa..pastu perangai lak..ala-ala setan kann..Sape tak geramm..Maka mereka haruslah dicerca oleh aku..

Nak buat jahat..sila cover sikit yer..Kalau aku tahu..nahas lah korang...Akan ku maki habis-habisan sampai korang meninggal pon aku tak kisah ek..

Ok lah..Aku rasa sampai di sini kot sesi memintak maaf kat anda semua..Sebab aku nak pergi bertapa kat Gunung Tahan..Duduk kat bawah waterfall ala-ala petapa silat gitu kann..Dulu aku tahan duduk situ 10 saat saja.Sebab kat situ sejuk giler dengan air tu kuat giler..Mau tercabut kepala aku dari badan..Lepas ni ada yang sampai sepuluh jam kann..Mana tau..Aku dah pun menggantung songkok tazkirah aku..takde mood nak tazkirah orang...Padahal kejap lagi meroyan balik nak tazkirah orang..Sengal..

Inilah rahsia wajahku kekal halus dan mulus..Bersatu dengan alam..

p/s : Baru aku tau Anon tu Anonymous..Aku ingat nama dia Zainon Sameon ke..Enon ke kann..Lantak kau lah bedah..CAboooot..

No comments:

Post a Comment

reaksi dan respon