pagi yang indah untuk insan yang bangkit awal
Oh..Apa khabar anda semua?Di harap sihat lah ye hendaknya.Pagi ini keadaan seperti biasa..Seperti hari semalam..Seperti dua hari semalam..Jam tepat menunjukkan pukul 8 pagi...Udara segar menerobos paru-paru aku memberikan perasaan yang amat menyegarkan..Tiada pencemaran..Hanyalah udara segar dan suci sahaja..
Semalam aku tidur agak awal sedikit..Kepala aku berdenyut-denyut seperti mahu meletup..Kepala ini dirasakan amat berat sekali seperti diikat dengan 20 ekor gajah afrika..Aku pun tidak tahu apakah puncanya..Adakah disebabkan hypertension?Ahh barang kali tidak kerana bulan lepas aku baru je pergi periksa darah dan nurse tu cakap normal..So aku pun normal lah kan..No high blood pressure..Tepat jam sepuluh aku terus masuk bilik..Radio dan lampu dibiarkan terbuka...Aku menutup muka aku dengan selimut..
dan terus tidur....
..............................................................................
Tepat pukul 2.30 pagi aku terjaga...Ahh..Aku ingatkan sakit kepala itu telah hilang..Rupa-rupanya belum lagi..
Oh sangat pening..Aku menggagahkan diri aku ke bilik air untuk membasuh muka..Aku cuba mencari paracetamol di dalam simpanan ubat emak aku..Aku tidak bernasib baik kerana ubat yang dicari tiada..Selepas itu aku membuat secawan milo untuk menghilangkan sakit kepala itu..Malam ini tiada hantu (haha)..Cicak dengan tikus pun tak ada..Yang ada hanyalah seekor serangga yang aku tak pernah lihat tiba-tiba terbang di hadapan aku..Muncul entah dari mana..Apa-apa pun..Aku dapat makan dengan aman..
bukan serangga sebenar
bentuk haiwan misteri tu lebih kurang macam ni..tapi panjang sikit..
Selepas menikmati makan pagi yang ringan itu aku masuk ke bilik semula..Lampu ditutup dan radio diperlahankan..Aku cuba untuk tidur tetapi gagal..Haish..Macam biasalah tu..Kemudian aku membuat beberapa set sudoku..Set kali ini agak senang..Aku berjaya menyiapkan 3 set dalam masa setengah jam.Setelah bosan bermain..aku hanya baring di dalam kegelapan..bersama kesakitan yang menghimpit diri ini..Setelah beberapa minit menunggu..aku pun tertidur dalam kesakitan...
........................................................
Hari ini aku bangun agak lewat sedikit..Aku menyangkakan sakit kepala itu telah berlalu pergi..Rupa-rupanya makhluk itu masih lagi bertapak di kepala aku ini..Oh..Tak apalah..Lambat laun hilang juga..Pokoknya aku perlu bersabar sahaja..Dalam sabar-sabar itu aku ada juga meminta ubat dari mak aku (tak tahan weh)..Pagi ini aku bernasib baik kerana ada ubat penahan sakit dalam simpanan emak aku..Inilah yang dikatakan sebagai rezeki di awal pagi...Alhamdulillah..
Persoalannya kenapa aku cerita semua ini?Ohh..Hahaha..Sebenarnya aku hanya ingin memberitahu yang aku hari ini tidak berapa sihat..Kalau ada apa-apa urusan penting silalah hantar mesej, email atau pun inbox je kat fb aku..Jangan telefon aku kerana pasti aku tak layan..Sebab aku nak rehat hari ini.
Ok lah semua..Tu je kot..Pesan aku..nikmatilah sihat anda dengan aktiviti yang bermanfaat..Jangan menggunakannya untuk aktiviti yang memudaratkan seperti lumba haram ke...Curik landasan kereta api ke..blablabla3..Selamat bercuti...
p/s : Macam mana aku periksa diri aku?Macam ni ha..
No blood test, no MRI, no PET scan..cumalah physical
Physical : No swellings (not infection)..
Temperature normal..(37 degrees)
No fever..( not infection)
Gland OK ( no abnormalities)
BP normal
No rash (motif??)
Symptom : Headache
Sleeplessness
Result : Sakit kepala..haha
Pesanan khidmat masyarakat : Jangan tiru aksi ini kerana ini hanyalah pemeriksaan secara amatur.Untuk pemeriksaan yang tepat sila rujuk ke doktor pakar ye..




No comments:
Post a Comment
reaksi dan respon