hari ni aku nak jelaskan bahawa aku tak ada skandel ok..
OH.Post kali ni aku nak jelaskan situasi sebenar kat kawan aku..Situasi ape pulak nih??Aku ada satu tabiat buruk..Aduhh..Aku ni suka sangat remove kawan-kawan aku kat dalam facebook..Kadang-kadang aku block sajer..Kadang-kadang aku buat dua-dua..Kenapa aku buat macam tu pulak?Haa..Sebab tu lah aku tulis entry kali ni..Aku nak terangkan segalanya kat korang..Harap-harap tak ada sesiapa yang terasa ok??
APSAL AKU REMOVE dan BLOCK??
Aku tak remove orang ikut suka hati aku sahaja ok..Golongan pertama yang aku selalunya remove adalah golongan stalker..Peh..golongan ni amat bahaya untuk aku..Apa yang aku buat ada sajer dia nak tau..Macam paparazzi lah pulak kann..Aku berasa amat terancam dengan orang macam ni..Susah tau nak hidup macam ni..Ada je orang yang mengintip aktiviti aku..Sebab itulah orang ini perlu di remove kan dengan segera..Dan juga di block supaya dia tak tahu apa yang aku buat..Senang sikit hidup aku..
ehh dia tengah buat ape lak tu??erkk??korek hidung??ehh pastu dia makan taik hidung dia lah..so sexy..
Golongan kedua adalah golongan ekstrimis..Maknanya kuat politik lah tu kan..Haa..Aku ada beberapa kawan yang ekstrimis ni..Hobi diorang adalah mengkomen sesuka hati tentang apa-apa yang kerajaan buat dan buat status kat dalam facebook..Siap bangga lagi tu kann..Ciss kau..Aku menyampah tau..Maka golongan ini aku terpaksa remove untuk menjaga hubungan sebenar aku dengan diorang kat dunia realiti..No politics issue with me okay..
Golongan seterusnya adalah aku tak kenal orang tu dan orang tu pun tak kenal aku jugak..Tapi aku tak paham camne dia boleh wujud kat dalam fb aku kann.Tetiba saje ada dan muncul.Dari planet mane tah..Kadang-kadang pakai nama pelik lak tu kann..Kimici Kambing lah..Timah Tepu lahh..Cuba lah pakai nama yang elok dan molek sikit..Geram tol aku..Maka mereka ini haruslah di remove kan dengan segera..Bagi mengelakkan kekeliruan..
Yang kat fb tu korang ke? Ha ah..Jangan ingat haiwan sekarang tak maju ok?Kitorang dah one step ahead tau..
Golongan seterusnya adalah golongan yang bila aku bersama mereka..aku berasa amat rendah diri..Sebab aku ni kan prawn sahaja..Sedangkan mereka itu lobster..Mana layak kan nak jadik member diorang..Bila aku dengan diorang, perasaan rendah diri itu tiba-tiba muncul..Aku berasa amat segan dengan mereka.Sebab mereka adalah orang yang hebat sedangkan aku ni mat rempit sahaja...Maka golongan ini haruslah di remove dan di block supaya dia tak boleh tau apa aku buat dan aku tak boleh tau apa dia buat..Baru lah keyakinan aku akan meningkat semula..
Sekian daripada aku..Aku harap aku dah jelaskan segala-galanya kann..Kepada yang terasa hati tu..aku mintak maaf sesangat..Aku terpaksa remove korang..Demi kebaikan aku jugak..
p/s : Periksa fb anda..jangan tak periksa..hahaha..





haha, macam tau jau ditujukan buat siapa :)
ReplyDelete