Monday, July 26, 2010

TIADA MASA..

dimensi masa yang hanya boleh dikuasai oleh  MAHA PENCIPTA..

Salam..Apa khabar warga pembaca??Semoga kehidupan kalian sentiasa dirahmati ALLAH hendaknya..Maaflah kerana sudah lama tidak mengupadate post ni..Oh ya..Malam ni merupakan malam yang sungguh istimewa..Kalau tak silap aku, malam ni malam nisfu syaaban kan??Betul tak??Oh!!Dah sampai syaaban rupanya..Tak lama lagi nak ramadhan pulak..Hmmm...

OH YA..

Macam biasa..Aku sudah lama tidak mengupdate blog ini kerana aku perasan sibuk..Kononnya banyak kerja..Padahal tah ape tah aku buat..Hmm..Baiklah..Malam ni aku ingin menceritakan kisah mengenai harga sebuah masa..Terutamanya bagi yang bosan tak tahu nak buat apa tu..

Masa itu emas..Itulah bak kata pepatah melayu..Omputih pulak cakap masa itu duit..Same je dua-dua..Kat sini apa yang ingin ditunjukkan adalah masa itu sangat penting.Kat sini ada beberapa contoh situasi masa yang  amat berharga bagi setiap orang...

Harga satu tahun hanya boleh dirasai oleh pelajar yang menduduki tahun akhir dalam pengajian..Sekiranya pelajar itu gagal dalam peperiksaan akhir  maka sudah pastilah dia akan menyesal kerana tidak menggunakan masa setahun yang pernah diberikan kepadanya suatu masa dahulu untuk belajar bersungguh sungguh..

Harga satu jam  hanya boleh dirasai oleh pasangan yang sedang hangat bercinta..Al maklumlah, dating yang berjam jam itu pun dirasakan tidak cukup..Pada masa itu satu jam merupakan sesuatu yang amat berharga bagi mereka..

Harga satu saat hanya boleh dirasai oleh seseorang yang baru terlepas dari kemalangan jalan raya..Maka tatkala itu mereka akan berkata bahawa nasib baiklah dia cepat satu saat keluar dari kerata..Kalau tak dah lama kena langgar lori..

Harga sebuah milisaat pula hanya boleh dirasai oleh pemenang pingat perak dalam larian pecut di sukan Olimpik..Hal ini kerana hanya dengan milisaat itulah membezakan dia dengan pemenang pingat emas..Tatkala itu..masa yang merupakan milisaat itu adalah suatu yang amat penting baginya..

OH..Sebagai kesimpulann apa yang boleh kita dapat kat sini adalah masa itu amatlah penting..Oleh itu hargailah masa anda selagi mampu dan kalau boleh hargailah sebuah kehidupan sebelum datangnya kematian menjemput kita tanpa diundang..WASALAM..

p/s: Aku ingin meminta maaf di atas segala kesilapan diri aku terhadap kamu semua...

-FOTTO LeVACKS-

No comments:

Post a Comment

reaksi dan respon