Thursday, July 29, 2010
UJIAN PSIKOLOGI YANG GILA..
Hmm..Hari ini..Buat pertama kalinya aku melakar sejarah..Sejarah di mana aku telah menjalani ujian psikologi..Ianya mungkin berbunyi gila..tetapi..memang pun..Hahaha..
Apakah itu ujian psikologi??Ujian psikologi adalah keadaan di mana seseorang menjalani ujian bersama dengan pakar kaji otak..psikologi..atau kaunselor..Ermm...Apakah maksudnya??Entah la Bedah..Ko pikir la sendirik..
OH YA!!Tadi aku buat ujian personaliti bersama seorang auntie yang sangat misteri..Pakaian beliau kelihatan seperti dari kurun ke 12 dari zaman purbakala..CIS..Dan beliau adalah seorang astrologi..Beliau mentafsir personaliti aku berdasarkan tanda tangan..Sungguh gila..YAAA..Sungguh GILA..Dan aku sungguh takut dengan auntie itu..Kerana dia sungguh misteri..
Hmm..Apa yang dia ramal ek??ADA LAH..HAHA..Sebenarnya aku agak terkejut jugak..Kerana dia ada mengatakan beberapa perkara yang amat tepat dengan apa yang aku hadapi..HMM..Adakah itu satu kebetulan??
Menurutnya...Aku ni seorang yang kesunyian..Betul ke??Mungkin betul dan mungkin salah..Hahaha..Macam mana dia tahu??Adakah dia seorang psikik??Atau pun seorang penipu??Atau pun seorang pakar bahasa tubuh yang berselindung di badan seorang wanita tua??CISS..Aku pun takut dan gerun mendengar tafisrannya terhadap aku...SUNYI???Memang kelakar!!!
Dan dia cakap..kalau aku nak berjaya aku mesti tumpukan terhadap agama..Dia cakap aku akan lebih menonjol kalau selalu pergi masjid atau surau..Entah betul entah tidak..Aku pun tak tahu..Mustahil manusia boleh meramal masa hadapan..Tetapi siapa tahu??Mungkin betul..dan mungkin tidak..
Tetapi walau apa pun yang terjadi,,aku ambil yang baik dan buang yang tidak baik..Haha..Ada segelintir yang betul dan ada jugak yang salah..So, aku kena pandai pandailah pilih yang mana satu kan..Akhir kalam...Selamat berubah dan melakukan transformasi kepada diri aku dan kalian semua yer..Salam..
P/s: Masih terkejut dengan ramalan auntie misteri itu..CIS...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)



No comments:
Post a Comment
reaksi dan respon