Thursday, September 2, 2010
UKUR BAJU DI BADAN SENDIRI
OH YA.Malam ni genaplah malam yang ke 24 Ramadhan.Seperti biasa semua orang sibuk mengadakan persiapan untuk raya.Bagi aku, raya tahun ini berbeza daripada tahun yang sebelum ini.Kenapa?Kerana selepas raya aku ada trial exam untuk SACE..Wah..Dan mungkin raya ini merupakan raya yang terakhir di Malaysia.
Berbalik kepada tajuk di atas, apakah signifikannya kepada post kali ini? Aku teringat pepatah Melayu yang cikgu aku ajar kat sekolah dulu.UKUR BAJU DI BADAN SENDIRI.Apakah maksudnyer??Maksudnyer kalau nak buat sesuatu mestilah berdasarkan kemampuan diri.
Tapi aku nak reflek kan pepatah ini kepada sweater kesayangan aku yang baru aku beli.Sebelum beli sweater itu amat fit dan ketat.Selepas beberapa hari dan minggu pakai, sweater itu mula kembang dan longgar.Kerana apa? Kerana ada insan-insan yang berbadan over-size telah memakai sweater aku yang agak kecil itu.Kesannya..maka longgarlah sweater itu seperti sweater seorang hoppers.
Wah..maka benarlah pepatah Melayu itu.Tapi aku nak upgrade sikit..Aku yang aku nak cakap adalah..
"UKUR SWEATER DI BADAN SENDIRI"..Janganlah di pakai mahu pun dibeli sekiranya sweater itu kecil..
SEKIAN..
p/s: Baru mendapat conditional offer letter dari University of Monash..Terlalu gembira dan teruja.ALHAMDULILLAH...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment
reaksi dan respon