galaksi yang aku tak tahu namanya
OH..aku sungguh tertekan melakukan sesuatu perkara kerana manusia.Macam lah aku nak sangat buat kerja tuh..Tapi nak tak nak kena lah jugak buat kan..Kang tak pasal pasal aku kena soal kenapa dulu tak jalankan tanggungjawab yang telah di amanahkan sebagai khalifah kat bumi nih..
Namun, aku memang sangat membenci manusia sebab mereka tak reti menghargai..Sebagai contoh, aku ingin membawakan analogi dengan sebatang gigi sahaja.Berapa kerat lah penduduk Malaysia yang gosok gigi sebelum tidur?Tak sampai satu peratus kut..Aku berani potong kuku aku kalau statistik menunjukkan lebih dari satu peratus..Kerana apa??Kerana mereka dengan YAKIN dan GAH nya menyatakan bahawa mereka masih lagi mempunyai gigi yang sihat.Tak payah lah gosok-gosok der..Malas lah..Buang masa jer
tooth decay..padan muka..sapa soh tak gheti jaga..
Bila dah rosak dan tidak dapat diselamatkan lagi barulah masa tu menangis bagai nak tercabut anak tekak. Masa tu aku pasti meraka bukan meraung kerana tidak mampu menjawab soalan kat akhirat kenapa tak jaga jasad yang telah dipinjamkan pada masa itu dengan sebaiknya.Sebaliknya hanyalah sebab gigi baharu tak mungkin akan tumbuh lagi.
Mesejnya adalah aku sungguh terkilan kerana aku merasakan bahawa diri aku ini langsung tidak dihargai oleh sekalian manusia..Yelah kan..Siapalah aku.Tiada sesiapa pun..Mungkin sebab aku masih lagi ada bersama insan insan di sekitar aku..Mungkin aku akan dihargai kalau aku dah tak ada..Seperti mana karyawan karyawati seni di Malaysia..AHH..Abaikan...
Aku ada juga terfikir untuk melangkah pergi dari dunia mereka..Aku mahu hidup di dalam dunia aku sendiri seperti batman di dalam guanya...Sebab masa tu lah aku rasa aku barulah dihargai..Damn..Tak seronok betul.Hidup kat dalam dunia nih kena jaga hati ramai orang..Tapi orang langsung lah tak jaga hati aku..Kutuk belakang belakang lah.Buat lawak bodoh laa..Drop lah..Terus terang aku cakap..Macam bangang..Dan tatkala ini, aku mula mempercayai bahawa tidak lagi wujud manusia yang baik kat dalam dunia nih..
Ya ALLAH tuhan sekalian alam, sekiranya wujud manusia yang baik kat dalam dunia ni, tolonglah tunjukkan aku di manakah insan itu dan siapakah insan itu. Kerana aku sudah tidak tahan lagi hidup di dalam dunia ini..AKu berasa amat sedih..dan kecewa..Masa aku sedih aku sangat suka baca ayat nih..
“Janganlah kamu bersikap lemah dan janganlah (pula) kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi (darjatnya), jika kamu orang-orang yang beriman. Jika kamu mendapat luka, maka sesungguhnya kaum kafir itupun mendapat luka yang serupa. Dan masa (kejadian dan kehancuran) itu. Kami pergilirkan di antara manusia (agar mereka mendapat pelajaran); dan supaya Allah membedakan orang-orang yang beriman (dengan orang-orang kafir) dan supaya sebahagian kamu dijadikanNya (gugur sebagai) syuhada. Dan Allah tidak menyukai orang-orang yang zalim, dan agar Allah membersihkan orang-orang yang beriman (dari dosa mereka) dan membinasakan orang-orang yang kafir. Apakah kamu mengira bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum nyata bagi Allah orang orang yang berjihad di antaramu, dan belum nyata orang-orang yang sabar” (Ali Imran: 139 – 142).
Ayat ini merupakan pembakar semangat aku untuk terus hidup..Walau macam mana pun aku kecewa, aku akan tetap rasa tenang selapas baca ayat nih..Aku amat bersyukur kerana ayat ini mampu menjadikan aku lebih tabah serta kuat dalam menempuhi kehidupan yang penuh onak dan duri..
p/s : benci sikap manusia yang tak tahu menghargai



arip chill arip.
ReplyDeletebile buat amar maruf nahi mungkar mmglah mcm ni
xsume org suke dan sapot
but at least, try not to express your hatred
bila kw buat kerja ngn ikhlas, insya-Allah he will pay you.
nabi dulu pun teruk kan kena? but then nabi sabar.
we can't be like HIM. nabi manusia ma'sum. but at least, we try to be close to it.
okay arip?
all the best! :)
thanks hawa..
ReplyDeleteaku da paham..