Thursday, September 30, 2010

PERASAAN SEORANG AKU



OH YA.Aku telah pun selamat sampai di Germany..Mwahaha..Bila balik rumah je mesti  rasa sedih.Pelik kan??Aku bukan apa..Bila sampai kat rumah la terpikir kat kawan-kawan yang sangat hebat kat cemara tuh..Walau pun baru beberapa jam sahaja, aku amat merindui kalian semua.Hahaha..

Ada lagi satu..Bila duduk rumah je mesti aku akan nampak satu bangkai yang tersadai kat dalam bilik aku..Bangkai camera cybershot aku..Mungkin bagi sesetengah manusia ia hanyalah sekadar cybershot..Tapi bagi aku ianya adalah lebih dari sekadar itu..Ianya adalah hasil titik peluh aku belajar rajin rajin selama tiga tahun kerana ia adalah hadiah PMR aku..Tapi akhirnya, ada orang yang sangat tak reti menghargai sebuah pinjaman yang diberikan telah merosakkan kamera aku.Yang sedihnya sorang pun tak nak mengaku..Jamban tol lah..

misteri jamban berdarah (hiasan semata mata)

Apa yang aku perasan kat lens kamera tu ada kesan calar balar..Dan agak kemek sedikit..Weh come on lah..Aku tau tu kesan apa.Tu kesan kamera tu terjatuh kat atas jalan tar lah tuh..


ianya bukan lah sekadar kamera.ianya CYBERSHOT..


Wahai kamera cybershotku.Aku masih menyayangimu walaupun kau telah rosak.Aku tidak akan mensia-siakan pemberian ibu bapaku walaupun ianya hanya lah sekadar kamera.Kepada gadjet2 aku yang lain, aku tidak akan menjadikan korang seperti mana aku buat kat kamera aku tuh..Kalau ada orang yang nak pinjam, KIRIM SALAM JE LAH WEYY..

AMARAN: KEPADA SESIAPA YANG TERASA DIRINYA ITU MEROSAKKAN KAMERA AKU, SILA TAMPIL KE HADAPAN SEBELUM AKU MEMBAWA KES INI KE MAHKAMAH AKHIRAT..

SEKIAN TERIMA KASIH...

DARI INSAN YANG TERTEKAN KESEDIHAN...

-IBNU SOPIAN-

p/s : having a great day with good pal yesterday..Nak buat post untuk korang lah..

No comments:

Post a Comment

reaksi dan respon