Thursday, September 30, 2010
JALAN MATI
OH..
Mungkin semua orang dah tau benda nih.Tapi aku nak jugak share.Tak kira.Ok.Baik aku mulakan sekarang..
(take a deep breathe).....
Hidup ini ada dua sahaja jalan yang kita tempuh.Bukannya satu, bukannya tiga mahu pun empat.Tetapi ada dua sahaja. Jalan itu pulak adalah sama ada jalan yang betul atau pun jalan yang salah.Secara amnya, kebarangkalian untuk mendapatkan kedua-dua jalan itu adalah sama iaitu 0.5. Tak ada jalan di antara keduanya (jalan yang ketiga ler tuh)...
Ada orang yang telah melalui jalan yang salah.Tapi tidak mengapa kerana sentiasa ada jalan alternatif ke jalan yang benar.Tetapi jalan alternatif itu mempunyai tempohnya yang tersendiri.Sekiranya kita gagal mencari jalan alternatif sebelum sampai tarikh luput tersebut, maka gelaplah masa hadapan anda.
Namun, ada juga insan yang mengambil jalan yang benar itu. Maka aku nak ucapkan tahniah kepada golongan tersebut. Walau bagai manapun, mereka juga bertanggungjawab menunjukkan jalan kepada insan yang telah tersesat jalan. Kerana apa? Kerana insan yang telah tersesat ini memerlukan panduan dan tunjuk ajar disebabkan mereka tak tahu..
Walau apa apa pun, seperti mana yang aku telah cakap tadi hidup ini ada dua sahaja jalan.Dan manusia bebas untuk memilih mana-mana jalan. Kepada yang sengaja mengambil jalan yang salah, maka tunggulah balasannya. Kerana anda memang sengaja mencari nahas dan sengaja membinasakan diri.
Maka pilihlah jalan yang benar maka kamu semua akan selamat...
p/s: Sedihnya hari tu sesat sensorang kat Jalan TAR..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)


No comments:
Post a Comment
reaksi dan respon