GEEZ!Langit tidak secerah seperti biasa.Suasana mendung mewarnai panorama kampungku yang aman dan damai.Namun aku hairan!Walaupun mendung ,tetapi suhu di dalam bilik aku agak panas.Oh!!Kipas rosak rupanya.Patutlah panas je dari tadi.Tiada peluru.Tiada rusuhan.Tiada peperangan.Aku berasa sungguh bersyukur.Inilah yang dinamakan tempat yang aman…
Bagi memenuhi permintaan para peminat aku(perasan lah tu),maka aku pun update la blog ini.Setelah sekian lama mendiamkan diri dan memerhatikan gelagat dan ragam manusia di bumi Malaysia,maka hari ini akan aku luahkan semua yang aku nampak!!BAIKLAH!!Mari kita mulakan.
GEEZ!
FAKTA KES 1.
Aku termenung sendirian di atas…(rahsia).Tiba-tiba aku ternampak awan putih kat dalam kepala aku..(effect flashback).Oh,aku teringat sesuatu!Peristiwa bersama rakan-rakan di MidValley.Pada masa tu,apa yang aku nampak adalah persekitaran akhir zaman.Aku nampak ramai pasangan bahagia menghabiskan hujung minggu mereka bersama-sama.Purata umur mereka dalam lingkungan 15-30tahun.Rata-ratanya adalah golongan muda.Ada yang berpegangan tangan sesuka hati.Ada yang aku nampak si laki ni berjalan sambil pegang pinggang awek dia.Si awek tu pun rela je.GERAMNYA AKU!!!
PERSOALANNYA,KORANG DAH NIKAH KE BELUM???
Errm,pernah jugak aku terfikir sesuatu.Aku tak dapat bayangkan aku prank diorang.HAHA..Aku menyamar sebagai penguatkuasa agama dan mendakwa mereka berkhalwat di tempat awam…Konfem la diorang gelabah.Tapi aku tak rasa pun yang diorang akan takut.Sebab sekarang nih aku tgk umat manusia dah tak takut lagi dengan Tuhan.Umat Islam di Malaysia sudah berani buat dosa terang-terangan.JUDI dan ARAK (dan banyak lagi) tu macam dah biasa lah kat KL nih.Tempat lain pun lebih kurang sama jugak.Kalau dgn Tuhan pun dah tak ada rasa gentar,apatah lagi dgn penguatkuasa agama.Lagilah pulak!!Walaupun aku bawak senjata M-16 atau bazooka…Aku tak rasa mereka akan takut.Kalaulah pada masa itu,aku menghalakan M-16 ke kepala mereka sambil menyuruh mereka beriman,mungkin mereka akan berubah.Tetapi bukan atas dasar iman.Kerana takut mati dan M-16.Tu je.Dan akhirnya setelah diorang dibebaskan,mungkin diorang akan membuat laporan polis.Aku kemudiannya ditangkap dan dihukum penjara seumur hidup!!!AHH…TIDAK!!!
EHH??APA AKU MEREPEK NIH???
“Cukup!!”kata aku kepada diri aku yang satu lagi…
OHH!!!Aku sungguh rungsing memikirkan masalah sosial seperti yang aku ceritakan sebentar tadi.Mungkin dunia semakin menghampiri semula ke zaman kegelapan…Dan zaman kehancuran dunia iaitu INDEPENDENCE DAY aka 2012..
GEEZ!!!
FAKTA KES 2.
Sambil merehatkan minda menonton berita,tiba-tiba aku disajikan dengan sesuatu yang sungguh menarik.Amat pelik dan menakjubkan.Sesuatu yang dikatakan sebagai keanehan dunia..Tidak pernah aku saksikan fenomena sebegitu rupa kat depan mata aku sendiri.Tapi,tgk kat TV pun cukuplah kan??Kalau tak puas jugak boleh tgk kat YouTube sebab nanti ada lah tangan-tangan yang akan meng’upload’ video tu.WAH!!Aku berasa amat pelik..Perasaan aku tak boleh digambarkan.Risau bercampur baur dengan perasaan teruja aku…
BERITA APAKAH ITU???
INI KISAHNYA.Kalau aku tak silap, fenomena ni berlaku kat US of America.Kawasannya aku tak pasti.Tetapi apa yang aku pasti spesies yang terlibat dalam peristiwa itu adalah burung.Burung tu aku tak pasti berapa jumlahnya tetapi bolehlah dikatakan agak banyak.Memang banyak sehinggakan…tak tau nak cakap macam mana.Tapi yang penting memang banyak.Apa yang burung tu buat??Diorang buat aksi akrobatik macam kat LIMA tu ke??Bukanlah!!Diorang bergerak dalam satu formasi yang amat misteri(gayatnya penulis nih).Bentuknya pun sukar difahami.Aku pun tak paham.Aku bertanya kepada diri aku.Apa yang diorang buat nih??Buang tabiat ke hape??
Mengikut firasat aku yang tak seberapa betul sangat ni,aku rasa diorang nak sampaikan sesuatu kat human kot.Dah tentulah diorang tak pandai cakap.Mungkin dengan cara tu je diorang boleh beritahu perkara tu kat manusia.Pernah tak korang terfikir.Bunyinya memang agak lawak dan sarkastik tapi ada juga rasionalnya.Antara mesej-mesej yang aku ada terfikirkan kemungkinannya adalah:
1) Kami spesies burung mewakili seluruh spesies pihak haiwan seluruh dunia menyeru kepada manusia supaya menghentikan pemusnahan habitat semula jadi kami.Kami dah takde tempat tinggal dah. Macam mana anak cucu kami hendak meneruskan kelangsungan spesies kami??Tolonglah ye…
Ataupun….
2) Wahai seluruh manusia di US..Selamatkanlah diri kamu semua.Kitorang rase macam ada sesuatu yang hendak berlaku kat negeri kamu.Tapi kitorang tak pasti apa bendanya.RUN FOR YOUR LIFE!!!
Ataupun…..
3) Korang pikirlah sendiri ye…
HAH!!Pelikkan??Aku dah cakap tadi.Bunyinya memanglah pelik.Tapi yang aku pelik kenapa mesti burung??Bukan lembu,kambing,ikan dan sebagainya??(Aku tak dapat bayangkan sekumpulan lembu buat formasi.Tak ubah macam dalam kartun,haha).
Aku ada jugak terfikir sebabnya.Mungkin sebab mereka mahu manusia melihat aksi pelik mereka sebab kalau kat langit semua manusia boleh nampak.Kalau ikan buat benda pelik mesti manusia tak perasan sebab dalam air.Kalau monyet buat formasi pelik mastilah manusia tak nampak sebab dalam hutan.Kenapa manusia perlu melihat formasi pelik tersebut??Adakah formasi tersebut memang benar-benar penting??Sama-samalah kita fikirkannya…Walau apa pun halnya,aku mengambil fenomena tersebut sebagai kekuasaan Allah yang menjadikan sesuatu dengan kuasanya…
P/S:Masih dalam perasaan teruja.
GEEZ!!
FAKTA KES 3.
Setiap orang ada *BFF(best friend forever) dalam hidup mereka.So do I.Walau bagaimanapun,aku memiliki ramai BFF dan aku mula berasa kesal memiliki ramai sangat BFF.Sebab aku tak tau yang mana satu BFF aku yang sebetulnya.Ada yang sudah mula menjengkelkan.Ada yang sudah mula mementingkan diri.Ada yang jahat.Ada yang sudah berubah.From the hero attitude to the zero..ERGH!!!
Oleh itu,pada hari ini secara rasminya aku akan mula mencari BFF aku yang sejati.Malangnya,ada seorang sahaja yang akan menjadi BFF aku.Aku akan menilai dan menganalisis setiap perbuatan mereka tanpa mereka sedari (betul ke ni?).Adakah betul apa yang aku buat nih??YA!!Memang betul.Aku memang sudah penat memiliki ramai BFF.Sesiapa yang sudah tersingkir hanya akan menjadi kawan aku sahaja.I don’t care anymore.Pemenangnya hanya aku sahaja yang tahu.Dan aku akan menguji mereka selama setahun mulai hari ini.Antara BFF aku yang bakal menjadi kawan aku adalah seperti berikut:
1) C.Ronaldo-footballer
2) Jason Mraz-artist/guitarist
3) Ustaz Nasaruddin-penceramah bebas
4) Kakashi-cartoon
5) Matt Le Blanc-artist
6) Asyraf SinClair-model/pelakon
7) Budak Getah-cartoon
8) Rafael Nadal-sportsman
9) Kris Allen-artist
*nama sengaja diubah bagi menjaga sensitivity individu..
Merepeknya aku nih.Biarkan!!!!Terima kasih kepada Paris Hilton kerana secara tidak langsung memberikan aku ilham untuk membuat bende nih.Walaupun benda ni nampak merapu,tetapi aku tak gebang lagi kali ini.Kita TUNGGU DAN LIHAT siapakah pemenangnya..EH SILAP..Bukan kita.Aku je.HAHA..
P/S: BFF = Sahabat
kawan = sekadar kawan
rakan = cari sendiri kat kamus dewan(pemalas tol).
arep, nk tgk juga video burung misteri tu.
ReplyDeletemcmn nk cari? heh
pesan burung: إتّقواالله وأطيعون
ReplyDeletemne tau~ huhu
tah la..
ReplyDeleteaku pon tak tau..
tibe2 je tadi dia berita ni kuar kat tv3..
tekejut aku..
tak sangka lak!!!