Tuesday, December 22, 2009

AKU.HARI LAHIR.TAHUN BARU HIJRAH DAN KRISMAS.SAMPAH.


Aku masih lagi berada di penjara rumah dan juga penjara dunia.Masih bernafas seperti biasa dan hidup seperti biasa.Tiada kesakitan dan tiada peperangan.Hari Jumaat kali ini berlalu dengan aman lagi.Tiada tanda-tanda akan berlaku hari kiamat.Suasana kampung aku kosong dan lengang seperti kosongnya hati ini.Jiwaku yang sunyi menantikan kehadiran seseorang yang digelar wanita solehah.”Siapakah yang bakal mengisi kesunyian hatiku ini?”tanya aku kepada lantai dan dinding.

DUSH!!!!UUEEERKK!!!!

Baiklah!Aku mengaku kalah.Tak sanggup lagi aku menulis ayat-ayat jiwang.Tekak aku berasa sungguh loya dan bulu roma kat badan aku semua meremang.Aku dah menjangkakan perkara ini akan berlaku kerana otak aku terlalu allergic dan sensitif dengan ayat-ayat sedemikian.Aku pun tidak tahu mengapakah aku mengalami keadaan ini.Cukuplah tu.Hentikan semua kesetanan ini.Biarlah aku dengan diri aku yang tak jiwang ini.Aku akan terus menjadi biasa.

Suasana bertukar sedikit gamat apabila nenek aku tiba-tiba mengesan kehadiran entiti di pintu hadapan rumah ku.Bukan nenek sahaja nampak,aku pun boleh nampak juga.Bentuknya kelihatan seperti ular tetapi kecil sedikit.OH patutlah!Anak ular rupanya.Nenek memanggil-manggil namaku dan menyuruh aku membunuhnya.Asal ular je panggil aku.Asal ular je panggil aku.Kenapa mesti aku?Aku ni ada ke muka macam pemburu ular terhebat alaf ini??HMM..Entah kenapa,hari ini aku seperti tiada mood nak bunuh ular.Aku hanya melihat dan membiarkan ular itu pergi.Bagi memenuhi permintaan nenek,aku pun buat-buatlah macam nak bunuh ular tu padahal ular tu dah hilang entah ke mana.Maaf nenek!Ular itu terlepas lagi..HAHA…

GEEZ!!!

FAKTA KES 1.

Happy birthday arep!!!Selamat hari lahir!!Ini adalah antara ucapan-ucapan yang aku dapat hari ini.Aku mula pening dan keliru.Padahal,hari lahir aku pada setengah tahun yang lepas.Apakah semua ini?Setelah aku membuat penyiasatan,rupa-rupanya barulah aku tahu sebabnya.Gara-gara kerana maklumat salah yang aku letak kat facebook.HAHA…Kelakarnya kawan-kawan aku nih.Nak wish tak bertempat.Main wish je.Yang aku paling kelakar tuh ada la insan-insan yang perasan lebih tua dari aku.Sedangkan pada hakikatnya,aku lagi tua.Siap panggil aku adik lagi.Adik pun adiklah.Siapakah insan perasan itu??Biarlah ia menjadi rahsia…

Minggu ini,akhirnya aku dan rakan-rakan pergi mandi-manda di Jeram Toi.Konon-kononnya nak pergi merehatkan minda.Iye lah tu.Rancangan asal adalah ke Times Square.Tapi atas kehendak kawan aku sorang nih,aku pun ikut je.Hmm…Jeram pun jeram lah.Asalkan dapat bersama kawan-kawan.Malam itu,aku menumpang kat rumah kawan.Takut datang lambat pulak esok.Nanti kalau lambat hujan pulak.Maklumlah,musim tengkujuh…

ESOKNYA…

Aku masih lagi diberikan peluang untuk hidup.Aku dan kawan aku seorang tu bersedia dari awal pagi lagi.Kesian beliau.Terpaksa bangun seawal 6 pagi.Mengikut rancangan,kami gerak ke sana pada pukul 10 pagi.Masih ada banyak masa lagi ni.Masa itu jam menunjukkan pukul 8 setengah.Setelah menyiapkan semua barang,kami ke kedai mamak.Kawan-kawan yang sudah sampai turut melepakkan diri di kedai mamak.Kami berkumpul di sana.

TUNGGU…TUNGGU…dan terus MENUNGGU…

Kawan-kawan yang lain masih belum tiba.Perangai lambat masih lagi tidak berubah.Sedangkan semua dah masuk tertiary education level tu.Aku terus mencarut-carut dalam hati.Semuanya kerana mereka.Kenapa mereka lambat??Geramnya hati aku tak dapat digambarkan.Nasib baiklah aku berjaya menyembunyikan perasaan marah tersebut.ISHH…Nak je aku blah dari kedai mamak tu.Kami menunggu selama 3 jam setengah.Kalau aku jadi pengurus aktiviti ini,dah lama aku pergi.Buat apa nak tunggu diorang??Buang masa je…

Tepat jam 1.13 petang,kami memulakan perjalanan.Ruang di kereta agak sempit sebab keretanya kecil sahaja (wira) dan kami terpaksa berhimpit seramai 5 orang kat bahagian belakang…OH!What the heck!!Kambing betul…Sempit pun sempitlah.Asalkan dapat bergembira.Selepas lebih kurang 30 minit dan 20 saat,akhirnya kami sampai ke destinasi.Aku,Amad Yus dan Naquib terus mencari surau.Keadaan surau amat sadis dan menyedihkan.Macam kandang kambing.EH bukan.Lebih teruk dari tu.Keadaan lantainya berpasir dan teramat kotor sungguh.OH!Apalah nak jadi nih…

Persoalannya,apa yang aku cuba sampaikan??Yang pertama,aku amat membenci orang yang lewat dan datang lambat.Aku pasti,bukan aku seorang sahaja benci,semua orang pun sama jugak.ADUH!!Kalau dah tau nak datang lambat,cakap la awal-awal.Dah la datang lambat,siap nak menipu lagi tu(kot).Memang s*t*n.Siapa tak baran.Selepas daripada peristiwa itu,aku rasa aku takkan ikut lagi program yang kawan-kawan aku anjurkan.Aku sudah menyesal!!!TIDAK!!!!!!

GEEZ!

FAKTA KES 2

Macam satu kebetulan pulak.Minggu lepas banyak perkara berlaku dalam hidup aku.Yang paling aku terkejut adalah mengenai tahun baru hijrah.Ingatkan lama lagi…Tup tup…Sekejap sahaja setahun.Maka bermulalah tahun baru bagi umat Islam seluruh dunia.Bila bercakap tentang tahun baru,semua orang sibuk memperkatakan tentang azam baru masing-masing.HAI!!Aku pun sama jugak sebenarnya.Aku rasa pun sudah lupa azam aku tahun lepas.Tapi rasa-rasanya ada kot yang sudah tercapai.Walau bagaimanapun,tahun ini,aku menanam azam baru lagi.Apa azamnya??ITS CONFIDENTIAL…MAAF SEMUA…Apa-apa pun,azam itu berkaitan dengan diri aku yang bercita-cita ingin menjadi lebih baik.

Walau bagaimanapun,aku berasa amat terkilan.Kerana ada kawan-kawan aku yang sudah berubah dari hero kepada zero.Apakah ini semua??Adakah ini semua dugaan kepada aku??Kenapakah kamu semua menjadi zero??Kepada yang masih lagi mengekalkan identiti hero,aku mengucapkan tahniah.Aku amat bangga dengan korang semua.Walaupun sudah berada dalam zon bebas,korang semua masih lagi mengekalkan identiti sebagai muslim sejati.CEWAAH!!!Inilah bakal pemimpin masa hadapan.Bak kata pepatah,”Pemuda harapan bangsa,pemudi tiang bendera”…OPS..silap pulak.Pemudi tiang negara.TIANG??Apa-apa je lah!!!

Semua ini angkara Barat durjana.Menjalankan serangan pemikiran kepada bangsaku dan seluruh umat Islam.Pelbagai ciptaan dicipta untuk melemahkan umat Islam.Rokok,arak,dadah…Semuanya merupakan senjata musuh-musuh Islam bagi melemahkan umat Islam sekelian.Ya ALLAH Tuhan sekelian alam,peliharalah aku,keluargaku,sahabatku dan seluruh umat Islam daripada serangan pemikiran ini.AMIN..

FAKTA KES 3.

Krismas??Apa yang aku ingin perkatakan??Apabila bercakap tentang perayaan Krismas,aku teringat peristiwa tsunami yang melanda Aceh,Indonesia.Keaadaan yang berlaku sungguh menyayat hati.Ada orang memperkatakan bahawa peristiwa tersebut berlaku disebabkan penduduk di sana buat hal.Entah betul atau tidak.Aku pun tak tahu.Tapi aku paling teruja kerana berlaku peristiwa aneh semasa tragedi tersebut.Mungin semua orang sudah tahu.Peristiwa di mana sebuah masjid tidak musnah dilanggar ombak tsunami padahal bangunan di sekitarnya musnah teruk..

Tapi peristiwa tersebut berlaku pada 5 tahun yang lepas.Eloklah kita mengambil iktibar daripada peristiwa tersebut.Tahun ini,aku tertanya-tanya apakah pula yang bakal berlaku??Adakah tsunami lagi??Atau pun kali ini gempa bumi pula.Mudah-mudahan tak adalah perkara sebegitu berlaku di Malaysia walaupun manusia kat sini sudah menjadi semakin pelik.Bagi umat Islam semua,janganlah kita semua menyambut perayaan tersebut.Kenapa??Hmm..Sila tanya dan rujuk ulama-ulama dan ustaz yang lebih pakar dari aku.Sebab aku malas nak layan soalan sedemikian.Nanti sesat pulak korang.Dan aku pulak yang berdosa.

FAKTA KES 4.

Dunia ini memang indah dan sempurna.Cuba kita lihat.Pokok-pokok yang berwarna hijau dapat menenangkan minda-minda yang kusut.Tapi manusia sahaja yang terlebih pandai.Pokok dah elok-elok warna hijau nak jugak di tata rias dengan sampah-sampah.Kesian kat alam sekitar.Sudah hampir tercemar sepenuhnya.Baru-baru ini aku ada menjalankan satu eksperimen bagi menguji tahap pencemaran alam sekitar.Dan keputusannya amat menggemparkan.SERIUS!!!Eksperimen ini aku jalankan di sekitar jalan dari Seremban ke Kuala Pilah iaitu sejauh 40km.

Data yang dikumpul menunjukkan kawasan antara Kuala Pilah dan Seremban hampir dipenuhi dengan sampah sarap.PHEW!!!Kotornya.Aku tak dapat bayangkan keadaan muka bumi tempat tersebut 10 tahun lagi.Jadi tempat pembuangan sampah semula jadi kot.Apa-apa je lah manusia.Bagaimanakah aku jalankan eksperimen ini??MUDAH SAHAJA..Eksperimen ini bukan sahaja menguji tahap pencemaran alam sekitar,malah turut menguji keupayaan penglihatan aku.Macam ni.Korang duduk dalam kereta.Rilekskan leher anda semua.Sepanjang perjalanan,sila tumpukan penglihatan anda di tepi jalan.Apa yang korang dapat lihat??

JAWAPANNYA ADALAH ANDA BAKAL MELIHAT SAMPAH SEPANJANG JALAN..TRUST ME…

HAISH!!!Aku pun sudah naik risau tinggal kat sini.Walaupun tiada peperangan tetapi terpaksa pulak berperang dengan sampah.Apalah nak jadi dengan dunia nih.Manusia sudah menjadi semakin pelik akibat mutasi yang telah berlaku dalam nitrogenous base kat dalam DNA sebab terdedah dengan pelbagai radiasi.Asap rokok,mutagens dan lain-lain.Hampeh betul.Kalau korang tak percaya aku ada buktinya.Pokok-pokok kini dibaja dengan sampah.Katanya supaya pokok akan menjadi lebih subur dan kelihatan lebih menarik apabila dihiasi dengan sampah.Ikan-ikan kat dalam sungai dan laut pulak diberi makan sampah.Katanya agar dapat memelihara spesies ikan dengan memberi mereka makan sampah banyak.Apalah.GILA!!!

Masalah sampah tak pernah-pernah habis diperkatakan.Biasalah tu.Tetapi pada pendapat aku yang tak berapa betul ni, terdapat satu cara yang amat effektif bagi membendung masalah sampah di seluruh dunia.Caranya,menggunakan teknologi Barat yang amat maju(kononnya),cipta satu kapal angkasa yang khusus macam lori sampah tu.Tapi namanya kapal angkasa sampah lah kan.Apa lagi,bila semua sampah sudah dikumpulkan,cari blackhole dan buang kat situ.Aku pasti,semua masalah berjaya diselesaikan.Sedangkan gravity dan cahaya pun tak dapat melepaskan diri apabila masuk kat dalam blackhole tu,inikan pulak sampah.Small matter lah.

GEEZ!

P/S:Nak sambung lagi..tapi dah penat..

No comments:

Post a Comment

reaksi dan respon