
my best picture so far..sila komen...
Syukur ke hadrat Ilahi.Hari ini aku masih lagi diberikan peluang sekali lagi hidup di dunianya.Dunia yang penuh cabaran dan dugaan.Pagi pada hari itu biasa sahaja.Kereta mula muncul satu persatu sebaik sahaja matahari memancarkan cahayanya dengan penuh gemilang.Sang ayam jantan masih lagi berkokok di semak belakang rumah aku.Mengejutkan para penghuni rumah yang sedang nyenyak tidur bagi memulakan kehidupan.Air pada pagi itu luar biasa sejuk.Aku dengan penuh gagah mencedok air segayung demi segayung lalu disiramkan ke seluruh tubuh ini setelah sekian lama tidak mandi seawal 7 pagi.HUH!!!SEJUKNYA TIDAK TERKATA…
Seperti yang sudah dirancang,hari ini aku akan bertemu dengan seorang sahabat yang sudah lama tidak aku jumpa.Katanya ingin melepaskan rindu yang sudah menggunung di sanubari.CEWAH!!!Sudah hampir setahun kami berpisah dan akhirnya hari ini bakal bertemu jua.Pada masa aku menulis cerita ini,aku mula berasa pelik.Kenapa penulisan kali ini berunsur jiwang??AHH!!!TIDAK!!!Sungguh meloyakan.Tatkala ini,aku sudah menyediakan sebuah baldi di sebelah aku sebagai persediaan semasa kecemasan.
Tepat jam 9 pagi,aku tiba di Bandar Kuala Pilah.Dengan penuh kesabaran dan penyeksaan yang melampau,aku menunggu sekujur tubuh yang di beri nama K.I.Orangnya agak hensem dan agak bergaya.Sekarang ini beliau menuntut di DQ.Hebat orangnya dan bakal menjadi seorang USTAZ.INSYAALLAH.Pertemuan dengan beliau sedikit sebanyak menyedarkan aku.Sambil menghirup cendol yang dibelanjanya,sekali sekala beliau memberikan tazkirah dalam celotehnya.HAISH!!!Aku mendengar dengan penuh taat dan sabar.
Masa berlalu dengan penuh cepat.Satu jam bagaikan satu saat.Biasalah,dunia hampir sampai pada penghujungnya.Kiamat hampir tiba.Sekelip mata,jam telah menunjukkan pukul 10.Aku terpaksa berpisah dengan beliau kerana pada hari ini juga aku terpaksa ke Seremban.Ada sedikit urusan yang hendak diselesaikan.Ada jugak aku rasa bersalah meninggalkan seorang sahabat begitu sahaja.Seolah-olah aku ni mementingkan diri sendiri.Maaf K.I.Aku tak sengaja.Apabila bas tiba,kami terus bersalaman dan berpelukan.Sudah lama aku tidak merasai salam ukhwah sebegitu.Kerana kebanyakan kawan aku tidak faham dan tidak tahu apa itu salam ukhwah.Mereka berpandangan serong dan takut dengan kritikan masyarakat jahil yang menyalah erti salam ukhwah.APALAH DUNIA…Sungguh BODOH dan JAHIL masyarakat sekarang.
Setibanya di Seremban,aku dapat lihat senjata-senjata syaitan bertaburan di sana sini.Ada yang berambut perang.Ada juga yang berbaju ketat sehingga menampakkan apa yang tidak sepatutnya diperlihatkan kepada jantan-jantan rakus.Ada juga yang hanya berskirt pendek yang memperlihatkan keputihan kaki mereka yang bakal dibakar dengan api neraka.Aku hanya mampu berpaling dan terus berjalan mencari seorang Ariff Sulaiman yang sukar dicari di mana-mana.Maklumlah…cerah orangnya.Namun bukan itu persoalannya.
Aku berasa sungguh kasihan melihat umat seagamaku terus hanyut dibawa arus keduniaan.ROSAK!!!.Itu yang aku dapat gambarkan pada belia zaman ini.Memang betul lah cakap orang.Dunia hampir ke penghujungnya.Ada yang bangga buat maksiat.Ada yang tak habis-habis buat maksiat.Ada jugak yang hari-hari buat dosa.Ya ALLAH,peliharalah aku dan keluargaku dari melakukan dosa terhadapmu.Matlamat mengkafirkan umat Islam hampir tercapai.Lihat sahajalah di mana-mana.Bertan-tan dosa diangkut manusia.OH!!!Tatkala kita leka,pada bila-bila masa sahaja musuh boleh menyerang.Pada masa itu,semuanya sudah terlambat…
P/S:Mengeluh dengan nada yang sedih…
FAKTA KES 1.
Sambil membaringkan tubuh kurus ini di atas katil,aku memandang ke arah jam loceng.Jam tepat menunjukkan pukul satu pagi.Aku terdengar enjin kereta dari luar.OH!!Abah rupanya.Beliau baru balik dari Shah Alam.Huh!!Ingatkan apa lah tadi.Mata ini masih segar.Penyakit insomnia ini sekali sekala mendatangkan faedah kepada aku.Kadang-kadang aku boleh belajar sehingga lewat malam.Namun malam ini,aku seperti tidak tahu nak buat apa.Hanya komputer dan radio menjadi teman baik di kala hening malam yang sunyi ini.Lalu bermulalah episod meng”update” blog.Nyamuk tidak henti-henti menghisap keremajaan darahku ini.Kacau sungguh!!!
”Biarkan mereka arip.Mereka juga makhluk tuhan seperti kamu,”kata aku kepada diri aku yang lagi satu.
Hmm.Aku hanya membiarkan mereka menghisap darahku ini.Kesian nyamuk.Lapar agaknya.Dalam kegelapan malam,aku mengumpul kekuatan meneruskan penulisan ini dengan hanya bertemankan cahaya dari lampu pendaflour.Tiba-tiba,timbul nada kekesalan di lubuk hati aku.Kerana mempunyai kawan-kawan yang amat tidak memahami masalah aku.Ingatkan nak tolong.Semakin aku banyak meluahkan masalah ini kepada mereka semakin aku membenci mereka.Ketika aku ada masalah dan inginkan bantuan,korang buat tak tau je.Semasa aku betul-betul memerlukan pertolongan,korang hanya mendiamkan diri.Hari ini,dua orang telah menjadi kawan aku.Sungguh tidak layak langsung di gelar sahabat.Hanya layak digelar KAWAN.Sebab kami tidak sependapat.Dan mereka tidak mampu untuk menolong aku semasa aku susah.
Betul orang cakap.Kawan ketika gembira memang senang dicari.Tetapi kawan bersedih,sampai hari kiamat pun takkan jumpa.Aku sudah putus harapan.Aku bertekad.Ingin memulakan hidup baru.Aku semakin cuba membiasakan diri hidup tanpa kawan-kawan.Hidup keseorangan dalam dunia aku sendiri.Hidup tanpa kawan dan hanya mengharapkan cinta kepada yang MAHA ESA.Aku sudah malas menjalinkan apa-apa hubungan kepada mana-mana manusia lagi.Cukuplah setakat ini.Memori di sekolah menengah ingin aku lupakan secepat mungkin.Kerana aku sangat-sangat terseksa tatkala otak aku terimbas semua mimpi ngeri itu.Bersama dengan masyarakat awam yang terpaksa menjadi Islam.Penuh kepura-puraan dan pendustaan.Manakala golongan yang baik pula hanya mementingkan diri sendiri.Nak masuk syurga sorang-sorang.Yang terpesong dihukum terus.Bukan hendak ditarbiyah dengan sebetulnya.Malah dihina dan dicaci.Paling menyedihkan mereka disisihkan.Aku lah salah seorangnya.Ingatkan masuk sekolah agama bertambah-tambahlah iman dan ilmu aku.Tapi sama saja.
Pernah jugak aku terfikir…Apakah yang aku dapat selama aku masuk kat sekolah itu?Adakah ilmu agama aku bertambah-tambah??JAWAPANNYA TIDAK.Aku masih tidak tahu tajwid.Aku main baca je Al-Quran tu.Dan sampai hari ini pun aku masih tidak tahu.Adakah bacaan Al-Fatihah aku sudah betul.Oleh sebab itulah aku tidak pernah sesekali berangan-angan hendak menjadi imam pada zaman sekolah dulu.Adakah aku tidak berusaha memperbaiki diri??Aku pernah berusaha tetapi aku tidak diberikan peluang.Usrah yang hanya seminggu sekali tidak pernah mendidik aku.Usrah hanya sekadar nama.Bagi aku,usrah adalah program wajib setiap minggu.Kalau aku ponteng,nama akan diumumkan di musolla.Itu tidak menjadi masalah kepada aku.Sebab aku suka mencapub.Well….Institusi persekolahan yang sungguh teruk menjadikan aku lebih teruk….
Apa yang aku dapat di sekolah hanyalah kejayaan akademik dan sukan.Kalau macam tu,lebih baik aku masuk STJ je awal-awal dulu.HUH!!!!Sama sahaja hasilnya sekiranya bersekolah di situ tidak dapat mengubah aku.Sungguh tah ape-ape tah.Geramnya aku.Melangkah ke institusi pendidikan telah mengubah kehidupan aku akhirnya.Pada hari pertama berada di sana,aku tekah dilamar untuk memasuki usrah.Aku tidak dipaksa.Dengan hati yang penuh rela aku ikut usrah tu.Dengan niat ingin membaiki diri yang pernah menjadi sahabat setan pada satu masa dahulu.Segala-galanya seperti telah dirancang.Segala puji kepada Allah tuhan sekelian alam.Selamat tinggal dunia yang penuh kejahilan…Selamat tinggal dunia yang penuh kesetanan.
Aku dapat merasakan bahawa aku ini bukanlah manusia pada zaman sekolah dulu.Sebab aku tidak mempunyai perasaan dan belas kasihan.Akibat tekanan dari sekeliling.Memori dipukul…dipaksa menggigit stoking…dihina..dipermainkan…difitnah…dikutuk…ditipu…dijadikan bahan gossip…dijadikan bahan umpatan…Semuanya aku pernah rasa.Aku telan dalam-dalam semua kepahitan itu…Sampai pernah aku tak boleh belajar selama seminggu akibat semua tekanan itu.Dan akhirnya aku telah terkurang ajar dengan Cikgu Ramli.Maaf Cikgu Ramli.Saya bukan tak nak bangun masa cikgu masuk kelas.Tetapi seluruh badan saya tidak mampu untuk bangun memberikan hormat kepada cikgu.Sepanjang waktu add math tu aku tidur sahaja.Aku heran…Tak ada seorang pun nak tanya masalah yang aku hadapi.Semuanya buat hal masing-masing…Tapi,kini aku sudah faham mengapakah mereka tidak sanggup menolong aku pada masa itu.Kerana mereka hanyalah kawan kawan aku di saat gembira.Semua luka tersebut telah menjadi parut yang tidak mungkin dapat dihilangkan walaupun menggunakan Bio Oil,Boi Essence mahupun melalui pembedahan plastik.Kerana walaupun parutnya telah hilang,memorinya masih jelas di ingatanku.
Kini,kehidupan aku sudah berubah sedikit.Kerana baru aku sedar.Aku mempunyai seorang sahabat yang mempunyai hobi dan minat yang sama dengan aku.Aku bukanlah seperti lelaki lain yang mengisi masa lapang berfoya-foya dengan perempuan dan bercakap tentang kecantikan awek masing-masing.Mereka berbangga mempunyai awek cantik padahal bila mati jadi mayat jugak.Semuanya adalah sia-sia dan merupakan jalan yang boleh membawa kepada dosa besar.Aku ingin mengucapkan jutaan penghargaan kepada beliau yang bernama Nigel Barker(bukan nama sebenar) kerana dia banyak mengajar aku.Dan yang paling penting…kami sekepala…
P/S:Mood ingin bermain basketball…tapi kat umah xde court…
by:
by:

hmmm...
ReplyDeletesalam~huhuhu..
ReplyDeletebes gak lah cite ko~
luahan hati ke?
anyway.... semua insan sme di sisi ALLAH yang bezanya iman dan taqwa kita..
semoga kita tergolong dalam itu..
~pasal sahabat tu...cbe kita tnye diri kita... adakah kita sudah jadi sahabat kepada kawan kita?kita sendiri tahu jawapan dia..huhuhu...
~pasal gambar..kan suruh komen arn..mcm org putus cinta pun ada..huhuhu..frust cmne pun yg penting kembali kepada_NYA....
~lastly.. hebatlah ko tulih ini terasa keikhlsan dari hati..huhuhu..
thanks asiah sebab support aku dalam blog nih..
ReplyDeletecewah!!!!anyway..
aku ader link blog cambest la jugak..
sila baca ye...
http://holywar-efairy.blogspot.com/2009/12/pope-roman-peter-ii-cantus-benedictine.html
wahh..
ReplyDeletebest ar cter ko arip..
haha~
ermm..
psal pic. ko 2 kn..
not bad ar 4 starter..
prob lightning jer 2..
^_^
wey bie...
ReplyDeleteaku dah agak da...
aku tak reti sgt adjust lightning nih...
thanks sbb tego..
salam ziarah..
ReplyDeleteaku setuju..
hidup ni memang susah nak cari sahabat..
kawan memang ada kat mana-mana,
sahabat masa susah untuk dijumpa..
tetapi,
di celah-celah kehidupan ini,
cuba kita risik kembali,
adakah kita sudah berusaha menjadi sahabat yang baik ?..
daripada mencari-cari orang y baik..
berusahalah ke arah itu terlebih dahulu..
seKian