Saturday, November 21, 2009

APAKAH PERI PENTINGNYA BERJEMAAH??

Teringat kisah aku pada minggu lepas.Masih lagi segar dalam otak aku yang agak bijak ni (perasan betul).Ketika itu, aku berada di Masjid Negeri Selangor untuk menunaikan Solat Jumaat seperti kebiasaannya. Hidup jauh dari kampung halaman memberikan banyak pengajaran…


CERITANYA BERMULA LEBIH KURANG MACAM NI….

Matahari sudah berada tegak di atas bumi Shah Alam. Pada bila-bila masa ia boleh gelincir sedikit menunjukkan masuknya waktu Zuhur.Namun begitu pada masa itu,aku masih lagi berada di kolej.Jarak antara kolej dgn Masjid Negeri lebih kurang 1km jauhnya.ALHAMDULILLAH..Hari ini aku dapat tumpang kereta Syafiq Fitri ke sana.Kalau tak,miss lagi lah Jumaat aku…

Sebaik sahaja tayar kereta Kancil memasuki tapak parking Masjid,terdengar suara merdu muazin mengumandangkan Azan dari corong speaker.Aku terus bergegas mengambil wuduk dan mengambil saf di tingkat atas.Sambil berjalan menaiki tangga,sesekali terdetik juga niat untuk mengumpat insan-insan yang menaiki escalator..Pemalasnya mereka ni..Naik tangga pun malas ke??

ADUH…

Oleh kerana khatib belum memulakan khutbahnya,aku sesekali menjeling ke arah khubah (khubah terbesar di asia,kot)dan manusia yang melintas di hadapanku.ISHH..Lambat lah pulak pak imam hari ni…Aku mula buat muka sambil terus memerhatikan insan-insan yang lalu di hadapanku.Ada yang gemuk,ada yang tinggi,ada yang kacak,ada yang hitam,Semuanya ada di sini.Tak ada apa-apa yang menarik pun kat mereka ni tapi aku terus melihat mereka…

Tiba-tiba,kelihatan seorang insan yang melintas kat depan aku sambil melihat perbuatan aku.Wajahnya amat bersih dan jernih dari dosa.Umurnya dalam 30an dan agak tinggi.Yang aku hairan, tiba-tiba dia senyum tepat ke arahku.EHH!!Pelik la pulak.Aku tak bawak camera pun.Dan takde lah pulak aku cakap cheese kat uncle tu.Mungkin dia cuba sampaikan mesej tersembunyi kot??

HAH!!Aku dah faham.Mungkin beliau cuba beritahu aku yang aku patut senyum selalu...OK!YELAH uncle!!!Aku akan cuba tersenyum…

P/S:SENYUM ITU SEDEKAH…

HAH!!!

************************************

Berbalik kepada tajuk post ni,aku ada satu lagi peristiwa yang berkaitan…

AL-KISAHNYA…..

Masa tengah masyuk menonton TV,tiba-tiba lak poket seluarku bergetar.Aku terus meraba dan mencapai telefon bimbitku di dalam poket.OHH!!!Ada call rupanya.Dari junior sekolahku,Brad Pitt.

“Salam.Bro,saya ada masalah la.Minggu depan dah nak SPM nih.Tapi saya tak ingat apa-apa lah.Tak tau kenapa…,”kata Brad Pitt (bukan nama sebenar).Aku pun balaslah,”Salam.Kau ni Brad Pitt,cuba lah bertenang sikit.Cerita dari A sampai Z satu persatu.Apa masalah kau??”

“Camni lah.Minggu depan saya dah nak SPM.Tapi otak saya kosong sekarang.Tolong lah saya.Short-term memori saya ada masalah la,”kata Brad Pitt dengan nada yang penuh simpati.Cuba bayangkan pada masa tu, dalam persekitaran yang gelap sambil disuluh oleh spotlight ke arahku,aku dengan perasan bagus terus menjawab,”Jawapan kepada masalah kau adalah study group.Tak perlu diragui lagi!!”

(Perbualan ni sebenarnya panjang tetapi telah diolah oleh penulis bagi menjimatkan ruang)

Mungkin ada yang pelik dgn nasihat yang aku berikan kepada Brad Pitt tadi.Study group??HAH?Camnilah.Sebenarnya, konsep study group telah lama ditekankan oleh Islam iaitu konsep berjemaah itu sendiri.Berjemaah membawa maksud melakukan sesuatu perkara lebih dari seorang(kalau aku tak silap tafsir).Manusia sebenarnya amat lemah.Sebab itulah Allah telah menekankan konsep berjemaah kepada makhluknya yang bernama manusia.S olat berjemaah,bukak puasa berjemaah,jalan berjemaah,TAHU TAK KENAPA???

Persoalan yang cukup mudah untuk aku tanya kepada kalian semua.Pernahkan anda mematahkan sebatang lidi dengan segenggam lidi?Yang manakah lebik mudah dipatahkan?Sudah tentulah sebatang lidi kan??Dengan berjemaah,manusia yang lemah akan menjadi kuat.Tapi apa kaitannya dengan solat,puasa dan jalan secara berjemaah?Kalau nak tau,korang cari la ustaz,ulama atau mana-mana mufti yang terdekat.Aku malas nak bincang.

Tapi apa yang aku pasti,dalam menunut ilmu,kita kena lah berjemaah jugak.Tak boleh blaja sorang-sorang.Nanti tension.ALHAMDULILLAH,kat tempat aku melanjutkan pelajaran sekarang ni,kami mengamalkan konsep tersebut.Yang pandai akan membantu yang keldai.Yang hebat akan membantu yang lemah.Tapi ada jugak yang belajar sendiri-sendiri.Hmm..Budak sekolah harian la tuh…

Cukuplah tu.Aku cakap banyak-banyak pun tak guna.Aku ni bukan sape-sape pun,Aku bukan ustaz,mufti,ulama’ tafsir,guru besar,pengetua sekolah,pelajar cemerlang mahupun anak mithali.Aku hanyalah seorang insan biasa yang tah ape-ape tah.Lagi pun,tangan aku dah letih menaip.Nanti tak pasal-pasal cramp pulak.Dah satu hal pulak.OK..SALAM….

HAH!!!

**********

2 comments:

  1. weh sengal ko aku bace yg atas tu siottttt hahahahha


    yg "bukan nama sebenar" tu memang kelakar hahahhaha

    ReplyDelete
  2. kelakar???
    tapi an..
    kan bende tu orang dah slalu pakai..
    mende ayng klakonyer uh???

    ReplyDelete

reaksi dan respon