Thursday, September 30, 2010
JALAN MATI
OH..
Mungkin semua orang dah tau benda nih.Tapi aku nak jugak share.Tak kira.Ok.Baik aku mulakan sekarang..
(take a deep breathe).....
Hidup ini ada dua sahaja jalan yang kita tempuh.Bukannya satu, bukannya tiga mahu pun empat.Tetapi ada dua sahaja. Jalan itu pulak adalah sama ada jalan yang betul atau pun jalan yang salah.Secara amnya, kebarangkalian untuk mendapatkan kedua-dua jalan itu adalah sama iaitu 0.5. Tak ada jalan di antara keduanya (jalan yang ketiga ler tuh)...
Ada orang yang telah melalui jalan yang salah.Tapi tidak mengapa kerana sentiasa ada jalan alternatif ke jalan yang benar.Tetapi jalan alternatif itu mempunyai tempohnya yang tersendiri.Sekiranya kita gagal mencari jalan alternatif sebelum sampai tarikh luput tersebut, maka gelaplah masa hadapan anda.
Namun, ada juga insan yang mengambil jalan yang benar itu. Maka aku nak ucapkan tahniah kepada golongan tersebut. Walau bagai manapun, mereka juga bertanggungjawab menunjukkan jalan kepada insan yang telah tersesat jalan. Kerana apa? Kerana insan yang telah tersesat ini memerlukan panduan dan tunjuk ajar disebabkan mereka tak tahu..
Walau apa apa pun, seperti mana yang aku telah cakap tadi hidup ini ada dua sahaja jalan.Dan manusia bebas untuk memilih mana-mana jalan. Kepada yang sengaja mengambil jalan yang salah, maka tunggulah balasannya. Kerana anda memang sengaja mencari nahas dan sengaja membinasakan diri.
Maka pilihlah jalan yang benar maka kamu semua akan selamat...
p/s: Sedihnya hari tu sesat sensorang kat Jalan TAR..
PERASAAN SEORANG AKU
OH YA.Aku telah pun selamat sampai di Germany..Mwahaha..Bila balik rumah je mesti rasa sedih.Pelik kan??Aku bukan apa..Bila sampai kat rumah la terpikir kat kawan-kawan yang sangat hebat kat cemara tuh..Walau pun baru beberapa jam sahaja, aku amat merindui kalian semua.Hahaha..
Ada lagi satu..Bila duduk rumah je mesti aku akan nampak satu bangkai yang tersadai kat dalam bilik aku..Bangkai camera cybershot aku..Mungkin bagi sesetengah manusia ia hanyalah sekadar cybershot..Tapi bagi aku ianya adalah lebih dari sekadar itu..Ianya adalah hasil titik peluh aku belajar rajin rajin selama tiga tahun kerana ia adalah hadiah PMR aku..Tapi akhirnya, ada orang yang sangat tak reti menghargai sebuah pinjaman yang diberikan telah merosakkan kamera aku.Yang sedihnya sorang pun tak nak mengaku..Jamban tol lah..
misteri jamban berdarah (hiasan semata mata)
Apa yang aku perasan kat lens kamera tu ada kesan calar balar..Dan agak kemek sedikit..Weh come on lah..Aku tau tu kesan apa.Tu kesan kamera tu terjatuh kat atas jalan tar lah tuh..
ianya bukan lah sekadar kamera.ianya CYBERSHOT..
Wahai kamera cybershotku.Aku masih menyayangimu walaupun kau telah rosak.Aku tidak akan mensia-siakan pemberian ibu bapaku walaupun ianya hanya lah sekadar kamera.Kepada gadjet2 aku yang lain, aku tidak akan menjadikan korang seperti mana aku buat kat kamera aku tuh..Kalau ada orang yang nak pinjam, KIRIM SALAM JE LAH WEYY..
AMARAN: KEPADA SESIAPA YANG TERASA DIRINYA ITU MEROSAKKAN KAMERA AKU, SILA TAMPIL KE HADAPAN SEBELUM AKU MEMBAWA KES INI KE MAHKAMAH AKHIRAT..
SEKIAN TERIMA KASIH...
DARI INSAN YANG TERTEKAN KESEDIHAN...
-IBNU SOPIAN-
p/s : having a great day with good pal yesterday..Nak buat post untuk korang lah..
Tuesday, September 28, 2010
SEGALAKSI RASA KECEWA
galaksi yang aku tak tahu namanya
OH..aku sungguh tertekan melakukan sesuatu perkara kerana manusia.Macam lah aku nak sangat buat kerja tuh..Tapi nak tak nak kena lah jugak buat kan..Kang tak pasal pasal aku kena soal kenapa dulu tak jalankan tanggungjawab yang telah di amanahkan sebagai khalifah kat bumi nih..
Namun, aku memang sangat membenci manusia sebab mereka tak reti menghargai..Sebagai contoh, aku ingin membawakan analogi dengan sebatang gigi sahaja.Berapa kerat lah penduduk Malaysia yang gosok gigi sebelum tidur?Tak sampai satu peratus kut..Aku berani potong kuku aku kalau statistik menunjukkan lebih dari satu peratus..Kerana apa??Kerana mereka dengan YAKIN dan GAH nya menyatakan bahawa mereka masih lagi mempunyai gigi yang sihat.Tak payah lah gosok-gosok der..Malas lah..Buang masa jer
tooth decay..padan muka..sapa soh tak gheti jaga..
Bila dah rosak dan tidak dapat diselamatkan lagi barulah masa tu menangis bagai nak tercabut anak tekak. Masa tu aku pasti meraka bukan meraung kerana tidak mampu menjawab soalan kat akhirat kenapa tak jaga jasad yang telah dipinjamkan pada masa itu dengan sebaiknya.Sebaliknya hanyalah sebab gigi baharu tak mungkin akan tumbuh lagi.
Mesejnya adalah aku sungguh terkilan kerana aku merasakan bahawa diri aku ini langsung tidak dihargai oleh sekalian manusia..Yelah kan..Siapalah aku.Tiada sesiapa pun..Mungkin sebab aku masih lagi ada bersama insan insan di sekitar aku..Mungkin aku akan dihargai kalau aku dah tak ada..Seperti mana karyawan karyawati seni di Malaysia..AHH..Abaikan...
Aku ada juga terfikir untuk melangkah pergi dari dunia mereka..Aku mahu hidup di dalam dunia aku sendiri seperti batman di dalam guanya...Sebab masa tu lah aku rasa aku barulah dihargai..Damn..Tak seronok betul.Hidup kat dalam dunia nih kena jaga hati ramai orang..Tapi orang langsung lah tak jaga hati aku..Kutuk belakang belakang lah.Buat lawak bodoh laa..Drop lah..Terus terang aku cakap..Macam bangang..Dan tatkala ini, aku mula mempercayai bahawa tidak lagi wujud manusia yang baik kat dalam dunia nih..
Ya ALLAH tuhan sekalian alam, sekiranya wujud manusia yang baik kat dalam dunia ni, tolonglah tunjukkan aku di manakah insan itu dan siapakah insan itu. Kerana aku sudah tidak tahan lagi hidup di dalam dunia ini..AKu berasa amat sedih..dan kecewa..Masa aku sedih aku sangat suka baca ayat nih..
“Janganlah kamu bersikap lemah dan janganlah (pula) kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi (darjatnya), jika kamu orang-orang yang beriman. Jika kamu mendapat luka, maka sesungguhnya kaum kafir itupun mendapat luka yang serupa. Dan masa (kejadian dan kehancuran) itu. Kami pergilirkan di antara manusia (agar mereka mendapat pelajaran); dan supaya Allah membedakan orang-orang yang beriman (dengan orang-orang kafir) dan supaya sebahagian kamu dijadikanNya (gugur sebagai) syuhada. Dan Allah tidak menyukai orang-orang yang zalim, dan agar Allah membersihkan orang-orang yang beriman (dari dosa mereka) dan membinasakan orang-orang yang kafir. Apakah kamu mengira bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum nyata bagi Allah orang orang yang berjihad di antaramu, dan belum nyata orang-orang yang sabar” (Ali Imran: 139 – 142).
Ayat ini merupakan pembakar semangat aku untuk terus hidup..Walau macam mana pun aku kecewa, aku akan tetap rasa tenang selapas baca ayat nih..Aku amat bersyukur kerana ayat ini mampu menjadikan aku lebih tabah serta kuat dalam menempuhi kehidupan yang penuh onak dan duri..
p/s : benci sikap manusia yang tak tahu menghargai
OUCH..
Salam perpaduan..Salam satu Malaysia..OH..TRIAL BARU JE HABIS..FUhh..Penat giller beb.Aku ada macam-macam nak cerita kat korang..Daripada yang menarik sampai la kepada yang pelik..
KISAH PERTAMA:
Baru-baru ni macam telah menjadi satu trend apabila semua orang menggunakan kata kata yang puitis dalam percakapan harian mereka..Maklumlah nak mantapkan Malay Studies..Antaranya..
AIMAN: Meniti dari bibir ke bibir..
JEPAH : Polemik..
Sebenarnya ada banyak lagi..cuma..Aku je yang tak ingat..MAAF..
KISAH KEDUA:
Kisah ini adalah kisah pelik..Di mana aku telah dikacau oleh entiti misteri pada waktu malam..Lebih tapat dari pukul doblas malam sampai 4 pagi..CEH..Hampeh punya entiti..PErgi la main atas pokok ke..Kacau pak guard ke..hape ke..NI kacau aku pulak..Aku nak trial lah..Hampeh nyer hantu..Ape apa pun..gua memang goyang giller masa tu..Sebab selama ni tak pernah lagi la kena kacau sepanjang dok kat sini..HAISH...SERAM seyhh...
p/s: Aku ingin meminta maaf kerana post kali ini terlalu pendek disebabkan kemahiran aku menulis blog semakin tumpul...
KISAH PERTAMA:
Baru-baru ni macam telah menjadi satu trend apabila semua orang menggunakan kata kata yang puitis dalam percakapan harian mereka..Maklumlah nak mantapkan Malay Studies..Antaranya..
AIMAN: Meniti dari bibir ke bibir..
JEPAH : Polemik..
Sebenarnya ada banyak lagi..cuma..Aku je yang tak ingat..MAAF..
APA APA PUN...BAHASA JIWA BANGSA
KISAH KEDUA:
Kisah ini adalah kisah pelik..Di mana aku telah dikacau oleh entiti misteri pada waktu malam..Lebih tapat dari pukul doblas malam sampai 4 pagi..CEH..Hampeh punya entiti..PErgi la main atas pokok ke..Kacau pak guard ke..hape ke..NI kacau aku pulak..Aku nak trial lah..Hampeh nyer hantu..Ape apa pun..gua memang goyang giller masa tu..Sebab selama ni tak pernah lagi la kena kacau sepanjang dok kat sini..HAISH...SERAM seyhh...
kawan kepada kawan nenek tiri entiti tersebut..
p/s: Aku ingin meminta maaf kerana post kali ini terlalu pendek disebabkan kemahiran aku menulis blog semakin tumpul...
Friday, September 24, 2010
IKAN PAUS KAT LAUT DALAM NAMPAK, IKAN BILIS KAT DALAM AKUARIUM RUMAH SENDIRI TAK NAMPAK..
HAISH..Aku sungguh heran betul dengan perangai orang zaman sekarang nih..Terlalu bermentaliti kelas ketiga..Apakah yang dimaksudkan dengan mentaliti kelas ketiga??OK cuba tengok gambar kat bawah nih..Apa yang korang nampak??
Kalau korang jawab nampak satu titik hitam tu maknanya sudah sah lah korang bermentaliti kelas ketiga..Kenapa??OK..Let me explain..
Cuba korang tengok kat kertas tu..Mana lagi banyak??Warna kertas yang putih atau titik hitam??Sudah pastilah warna kertas yang putih kan??Tapi kenapa masih ada je yang nampak titik hitam sahaja?Sebabnya kita terlalu fokuskan benda yang hitam itu..Cubalah anda melihat kepada warna putih sekali...Lagi banyak dari titik hitam..
So apakah mentraliti kelas ketiga??Mentaliti kelas ketiga bermaksud sejenis mentaliti yang cenderung untuk memikirkan tentang perkara negatif dan keburukan berbanding perkara yang baik..Ianya tidak baik untuk kesihatan dan patut dijauhi..
PERSOALANNYA??
Apa kes kali nih??
OH TAK ADA APA APA..Aku cuma sedikit terkilan dengan orang yang terlebih pandai membuat konspirasi tentang adat dan budaya sambutan hari raya yang kononnya mempunyai unsur-unsur agama lain..
ADUH...
Antaranya adalah penggunaan pelita tu..Itu adalah antara point yang aku amat tak puas hati..Ada je mulut mulut yang cakap kalau pasang pelita menyerupai agama lain..Tak ada kaitan langsung..Come on lah..Bukak mata dan minda tu sikit..Tu lah..Ni mesti tak pernah duduk kampung..Budak bandar lah katakan..
KENAPA ORANG KAMPUNG DULU DULU PASANG PELITA??
Sebabnya zaman nenek moyang kita dahulu mana ada lampu elektrik kat tepi jalan..So masa malam-malam memanglah susah nak pergi berjalan kaki ke masjid yang berdekatan..Tujuan pemasangan pelita adalah untuk memudahkan penduduk kampung berjalan ke masjid..Tapi sekarang kan dan ada lampu elektrik..Dan benda tu dah lama lama jadi adat.Dan langsung tak ada kaitan dengan agama lain..So tolonglah hentikan cerita karut itu..Dan silalah memahami..
HUH....
p/s: HENTIKAN GOSIP LIAR MENGENAI AKU..AKU TAU AKU HOT...
Subscribe to:
Posts (Atom)











.jpg)
