Wednesday, August 18, 2010

KEPENATAN



Seriously..Aku dah penat gila-gila..Semua tenaga aku sudah habis dipakai..Tak tipu...Buktinya..kat kelas aku tidur je memanjang kalau tak ada lecturer..Dan lepas berbuka puasa semalam aku terus tidur sampai pukul sepuluh..Yang aku pelik,Omar cakap dia ada kejut aku semalam..Hehe..Tak rasa apa apa pun..Mungkin aku betul-betul penat kot..

So..aku ingin merehatkan diri aku sepuas-puasnya..Badan aku mengambil masa sekurang-kurangnya satu minggu untuk pulih.Macam kat sekolah dulu..Aku teringat lagi zaman sekolah..Aku mengalami perkara yang sama.Apabila otak aku telah penat berfikir selepas trial SPM..Aku tak dapat belajar.Tidur je memanjang kat kelas.Aku tidak ponteng kelas..Cuma merehatkan diri dengan tidur di dalam tandas je..Haha..Tak boleh blah..Aku tidur kat situ selama seminggu jugak dari pukul lapan pagi sampai 12 tengah hari.Sorang-sorang lak tuh kat dalam tandas..Kata mereka tandas itu berhantu..Tapi aku rilek je tidur kat situ..TAK ADA LAH PULAK AKU NAMPAK HANTU.. Siap tidur kat atas singki lagi..Mwahaha..




OK GUYS..MASA UNTUK BEREHAT..SIAPA-SIAPA YANG NAK BUAT LAWAK DENGAN AKU TUH MAAF YER..AKU BUKAN TAK NAK LAYAN..CUMA TAK ADA MOOD JE..

P/s: Mungkin badan aku sabotaj diri aku sebab dah lama tak main kot..HAH!!Ayuh bermain bola keranjang esok yer!!!!

No comments:

Post a Comment

reaksi dan respon