Sunday, August 15, 2010

BUAT INSAN YANG TENGAH BERSEDIH..



Sekali lagi.Dalam tempoh yang singkat ini.Aku telah diberikan peluang untuk mengemas kini blog aku nih.CEH!!Apa-apa pun.Aku faham sekarang ni SACE dah nak dekat.Dan semua budak AUSMAT semakin tertekan..Sebab banyak exam,test, kuiz dan sebagainya..Aku tahu jugak korang semua dah berusaha dengan gigih tapi last2 bila dapat result seperti tidak memuaskan..Mesti korang sedih kan??

UNTUK KORANG SEMUA YANG TENGAH BERSEDIH ITU..ALLAH ADA SEDIKIT NASIHAT UNTUK KAMU SEMUA:-

"Dan janganlah kamu bersikap lemah dan janganlah (pula) kamu bersedih hati padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi(darjatnya) jika kamu orang-orang yang beriman." (Surah Ali Imran, 139)








So..apa yang nak disedihkan lagi?Kalau korang semua betul-betul beriman, janganlah bersedih yer..Mungkin kat sini kita tak dapat..Tapi kita akan dapat kat kehidupan selepas ni..Siapa tahu??Kan??Apa??Masih lagi bersedih sebab result tak bagus??Hmm..Kalau korang sedih macam mana pun sekali, result itu sedikit pun takkan berubah..It is useless to cry over a spill milk..Tetapi adakah kalian sedar bahawa di hadapan korang masih ada banyak lagi test, quiz dan apa-apa je lah yang masih korang ada?Maka hargailah peluang itu.Pulunlah habis-habis untuk ujian-ujian tersebut..Never give up..Anyway, aku tak nak lah warga pembaca sekalian hanya bertawakal sahaja dalam membuat sesuatu pekerjaan.Kena berusaha dulu OK..Selamat bergembira dengan kehidupan anda dan sentiasalah berbaik sangka dengan ALLAH..


p/s: Selamat berpuasa...Moga hari ini lebih baik dari semalam...

No comments:

Post a Comment

reaksi dan respon