malam yang sungguh hening..
Langit masih gelap seperti biasa...Pelepah-pelepah kelapa meriuk-riuk dihembus angin malam..Malam ini seperti malam 7 hari yang lepas..sama seperti malam kepada malam 7 hari yang lepas..Maaf rakan-rakan..Aku sebenarnya
" I'M BACK...BERSIAP SEDIALAH KORANG UNTUK MENERIMA MAKIAN DARI HATI AKU YANG LAZER INI..HAHAHA.. "
Apa-apa pun..malam ni aku nak berkongsi kisah mengenai dua sahabat duit..Mungkin ada dah tau cerita ni..Tapi tak mengapa..Anggaplah ianya sebagai satu peringatan..Kepada yang belum tahu..ambillah ia sebagai satu iktibar.Mudah-mudahan kita semua mendapat manfaat bersama..
AL KISAHNYA....
Satu hari..wang kertas RM 1 berjumpa dengan sahabat lamanya,wang kertas RM50..Mereka pun berborak...berborak dan terus berborak....
Tiba-tiba si RM 1 bertanya," Wah sahabatku..lama dah tak nampak??Kau pergi mana ye??"
"Oh..yeke??Aku macam biasalah..Tempat aku macam kat pub, kelab malam dan tabung konsert...Err..Kenapa ye??"
"Ohh..Xde ape2 lah.."
"Kau ni pulak..Aku pun pelik jugak..Dah lama tak nampak muka kau..Kau pergi mana haa??"
"Ohh..Aku macam biasalah..Kat tempat kebiasaan aku..Macam kat tabung-tabung masjid..tabung-tabung derma surau dan lain-lain..."
"Wah..alimnya kau..!!!Hahaha.."
"Banyak la kau alim..".
..............*bersambung...
Hmm..Aku malas nak tulis lagi sebenarnya..Tapi apa yang kita dapat dari kisah ini??Aku nak cakap yang manusia kini (aku tak cakap korang) sanggup habiskan duit untuk hiburan..tetapi untuk kegunaan umat Islam..teramatlah kedekut giler...HAISSH..Kenapa benda ini boleh berlaku yer??Apalah nak jadik...Aku pun tak tahu..Korang fikirlah sendiri yer..Aku tak pandai sangat nak mengolah ayat nih..Apa apa pun mari kita teruskan ke kisah kedua...
BACHELOR dan PEREMPUAN-TAK-MAHAL...
ERR..Aku dah lama berpegang teguh dengan prinsip hidup aku..NO PEREMPUAN TAK MAHAL dalam hidup aku yer..Aku teramatlah tegas dalam perkara ini..Mungkin ada yang terasa hati dengan prinsip hidup aku nih..Tapi aku tak kesah..Sebab aku dah biasa dibenci sebab benda ni..Sejak bangku sekolah lagi..
EH??Perasan tak??Kenapa aku tulis perempuan-tak-mahal..Sebenarnya tak elok tulis perkataan murahan itu..Sebab nanti ada orang terasa hati..Hambek kau kalau diorang tak puas hati kat aku..Mungkin fb aku akan kena hujan makian...atau pun bagi yang update sket..mebi diorang hack account aku (macamlah ada sape2 yang boleh hack aku). Atau pun santau aku..Tapi apa yang aku boleh katakan..Aku tak boleh buat semua orang puas hati kat aku..Sebabnya??I am just a weirdo from another planet..So of course..i will irritate people too much..
Berbalik kepada kisah asal..Apsal tiba-tiba post cerita ini pulak??Ko frust bercinta ke???Oh..Tak adalah..Isu ni memang sensitif..So, tugasan menceritakan cerita ini adalah untuk orang yang tak ada perikemanusiaan macam aku..HAISH..Kepada yang terasa..PADAN MUKA...
Macam mana aku kategorikan lelaki tak mahal dengan perempuan tak mahal??
Macam ni yer tuan-tuan dan puan-puan yang dirahmati ALLAH sekalian...:
1) Si lelaki yang romantik ni sibuklah nak pegang si pompuan tu kat sana-sini..Katanya nak touch sikit je..Hello..ada surat nikah tak??Meh tunjuk kat aku sikit...Kat public memang la touch sikit je..tapi kalau dah line clear??pandai-pandai la pikir yee..
2) Dan si permpuan yang kononnya sporting tu lak layan je lelaki tu...Nak jaga hati kononnya..Hello??Jaga hati sampai tergadai ITU???Sungguh tak mahal kau wahai perempuan...Aku sungguh sakit hati,mata,jantung dan segala-galanya melihat species macam kamu semua..Malu aku beb..
3) dan banyak la lagi..tapi aku malas nak tulis..
Kenapa perlu jadik insan-tak-mahal??Ada kelebihan??Hmm..Apsal aku emo2 pulak nih??Yer lah..Aku bukan apa tau..Aku emo sebab tak setuju dengan diorang..Kalau macam tu baik tak payah kawen..Kawen dgn tak kahwin sama jer..Apa bezanya kahwin dengan tak kahwin kalau sebelum kahwin dah dapat pegang macam-macam dan main macam-macam..Tak seronok lagi lah kahwin tu..Sebab tu la ramai cerai..Sebabnya??dah bosan dengan pasangan..Tu laa..Tuhan halalkan
perumpamaan aku kepada perempuan-tak-mahal = selipar jamban jepun
*Haha..aku ada satu pengumuman nak cakap...ianya adalah seperti berikut..
KEPADA PEREMPUAN YANG BERKEINGINAN UNTUK MENJADI SOULMATE AKU...Sila penuhi ciri-ciri ini yer..
-Islam...
-Menjaga agama.
-Cantik (Akhlak)..
-Subur(Aku nak anak ramai)..
-Suci..tidak pernah dipegang mana-mana lelaki..(sama ada tangan atau pun yang lain-lain)..
-Berilmu..(tak kisah lah ilmu fardhu ain atau pun fardhu kifayah)..
Hmm..perempuan yang macam ni lah yang aku kata mahal..Apa yang aku nak hihglight kat sini bukannya pasal aku ni memilih..Bukan sebenarnya..Tapi kat atas ini adalah ciri-ciri perempuan mahal yang aku cari..Masih adakah di dunia ini??
KALAU ADA DI MANAKAH MERAKA??Inginku sunting satu untuk menjadi hiasan di taman hati supaya lengkap separuh dari agamaku...(*pehh..jiwang giler aku..)..Kalau ada..silalah buat application yer..Hantar resume anda apabila aku berumur 24 tahun..Sekarang aku masih lagi sweet 19..haha..No more kawen-kawen or couple things right now OK!!!..
NEXT STORY..MATI..
BAIKLAH...kita teruskan kepada MATI..HUH??MATI???
BAIKLAH...kita teruskan kepada MATI..HUH??MATI???
Hanya orang yang sudah mati tahu menghargai sebuah kehidupan..Hmm..Aku ada soalan..Pernah tak korang mengalami saat roh teramat sukar untuk masuk semula ke dalam jasad??Aku pernah merasainya dan aku teramat takut pada masa itu..Takut kerana banyaknya dosa yang aku dah buat..Di depan mata aku sendiri, aku melihat roh aku tak masuk-masuk.Macam mana aku boleh tau??Sebab aku dapat rasa..Aku dapat rasakan jasad aku.Tapi aku tak dapat gerak..Pada masa tu aku boleh berfikir lagi..Dan aku boleh melihat sekitar aku..Nampak dengan jelas..Cuma tak boleh bangun dan gerak..Mungkin mimpi je kot??Mimpi??Aku tak rasa itu adalah mimpi..Kerana saat roh masuk ke dalam badan aku..aku tidak pernah mengalami perasaan begitu..Perasaan seperti sesuatu masuk ke dalam bdan aku..Sejak dari waktu itulah...Aku mula menghargai sebuah kehidupan..
Macam mana nak menghargai sebuah kehidupan???TAAT perintah Allah..je..Ceh..macam ustaz lah aku ni..Poyo giler kot..Lantaklah korang nak cakap hape pun..Janji korang happy..Kalau korang ada terkutuk aku belakang ke..dan aku senyap je..maknenye aku nak settle kat mahkamah akhirat lah tu..Sebab lagi adil kan..kat sini aku tak dapat balas balik..Sebab aku takut gaduh2..Then aku kalah..pastu..kene santau..pastu kene bunuh..CISS!!!!
Malam ini aku telah meluahkan segala-galanya...Segala gala yang telah terbuku kat hati aku selama 2 minggu..dan CISS lagi..Buat uncle Rizal..thanks sebab sporting gile dengan aku..U are my dearest uncle ever...Dan keluarga aku juga..Yang selalu sapot aku kat belakang..Ok lah semua..Aku nak tidoo dulu yer..Wasalam...
-Fotto LeVacks- Selasa:1.28 am..(bukan waktu australia)







kena subur?
ReplyDeletehaha
yup..
ReplyDeletemestilah..
aku nak anak sepuluh..
nak cukupkan satu team bola sepak..
dan supaya dapat manage eggs bini aku..
like like like (:
ReplyDeletepergh! arep dh kuar list..
ReplyDeletekpd sape2 yg ade ciri2 di atas, sila contact arep!
aiman!!!!!
ReplyDeleteke"hot"an arep bole menyebabkan blook 7 tebaka~~ hehe jgn mara rep~~
ReplyDelete