Friday, July 30, 2010

MISTERI..


Oh..Aku suka becerita tentang ketamadunan..Terutama tentang tamadun yang lampau..Salah satu tamadun yang misteri adalah ATLANTIS...OH..Aku sungguh teruja membaca kajian tentang atlantis..Kononnya manusia di sana sungguh maju dalam teknologi..Dan mereka berkomunikasi menggunakan psikik...

Malangnya benua atlantis tenggelam di dasar laut akibat penyalahgunaan kuasa glob yang mampu mengawal kuasa matahari..PERgh!!!Hebat kau..Dan ada juga versi yang menyatakan bahawa tamadun itu musnah akibat pencemaran teruk yang melanda tamadun itu..ADAKAH ia benar??Jom kita kaji sama-sama..


recent world map..



kononnya kedudukan atlantis...

salah satu teori kedudukan atlantis..

nampak tak atlantis di situ??

kota atlanta...yang hilang..

kedudukan atlanta...dalam peta dunia...agak betul kan??


p/s: TERKILAN KERANA PRANK YANG GAGAL...

Thursday, July 29, 2010

UJIAN PSIKOLOGI YANG GILA..



Hmm..Hari ini..Buat pertama kalinya aku melakar sejarah..Sejarah di mana aku telah menjalani ujian psikologi..Ianya mungkin berbunyi gila..tetapi..memang pun..Hahaha..

Apakah itu ujian psikologi??Ujian psikologi adalah keadaan di mana seseorang menjalani ujian bersama dengan pakar kaji otak..psikologi..atau kaunselor..Ermm...Apakah maksudnya??Entah la Bedah..Ko pikir la sendirik..



OH YA!!Tadi aku buat ujian personaliti bersama seorang auntie yang sangat  misteri..Pakaian beliau kelihatan seperti dari kurun ke 12 dari zaman purbakala..CIS..Dan beliau adalah seorang astrologi..Beliau mentafsir personaliti aku berdasarkan tanda tangan..Sungguh gila..YAAA..Sungguh GILA..Dan aku sungguh takut dengan auntie itu..Kerana dia sungguh misteri..

Hmm..Apa yang dia ramal ek??ADA LAH..HAHA..Sebenarnya aku agak terkejut jugak..Kerana dia ada mengatakan beberapa perkara yang amat tepat dengan apa yang aku hadapi..HMM..Adakah itu satu kebetulan??



Menurutnya...Aku ni seorang yang kesunyian..Betul ke??Mungkin betul dan mungkin salah..Hahaha..Macam mana dia tahu??Adakah dia seorang psikik??Atau pun seorang penipu??Atau pun seorang pakar bahasa tubuh yang berselindung di badan seorang wanita tua??CISS..Aku pun takut dan gerun mendengar tafisrannya terhadap aku...SUNYI???Memang kelakar!!!

Dan dia cakap..kalau aku nak berjaya aku mesti tumpukan terhadap agama..Dia cakap aku akan lebih menonjol kalau selalu pergi masjid atau surau..Entah betul entah tidak..Aku pun tak tahu..Mustahil manusia boleh meramal masa hadapan..Tetapi siapa tahu??Mungkin betul..dan mungkin tidak..

Tetapi walau apa pun yang terjadi,,aku ambil yang baik dan buang yang tidak baik..Haha..Ada segelintir yang betul dan ada jugak yang salah..So, aku kena pandai pandailah pilih yang mana satu kan..Akhir kalam...Selamat berubah dan melakukan transformasi kepada diri aku dan kalian semua yer..Salam..

P/s: Masih terkejut dengan ramalan auntie misteri itu..CIS...

Wednesday, July 28, 2010

PUISI GILA...




Who am I..
I am not spiderman..
neither batman..
I am just a typical human being..
Go away you dumb..
I have to free myself..
And free my mind..
From you..
MUPPET....

Monday, July 26, 2010

TIADA MASA..

dimensi masa yang hanya boleh dikuasai oleh  MAHA PENCIPTA..

Salam..Apa khabar warga pembaca??Semoga kehidupan kalian sentiasa dirahmati ALLAH hendaknya..Maaflah kerana sudah lama tidak mengupadate post ni..Oh ya..Malam ni merupakan malam yang sungguh istimewa..Kalau tak silap aku, malam ni malam nisfu syaaban kan??Betul tak??Oh!!Dah sampai syaaban rupanya..Tak lama lagi nak ramadhan pulak..Hmmm...

OH YA..

Macam biasa..Aku sudah lama tidak mengupdate blog ini kerana aku perasan sibuk..Kononnya banyak kerja..Padahal tah ape tah aku buat..Hmm..Baiklah..Malam ni aku ingin menceritakan kisah mengenai harga sebuah masa..Terutamanya bagi yang bosan tak tahu nak buat apa tu..

Masa itu emas..Itulah bak kata pepatah melayu..Omputih pulak cakap masa itu duit..Same je dua-dua..Kat sini apa yang ingin ditunjukkan adalah masa itu sangat penting.Kat sini ada beberapa contoh situasi masa yang  amat berharga bagi setiap orang...

Harga satu tahun hanya boleh dirasai oleh pelajar yang menduduki tahun akhir dalam pengajian..Sekiranya pelajar itu gagal dalam peperiksaan akhir  maka sudah pastilah dia akan menyesal kerana tidak menggunakan masa setahun yang pernah diberikan kepadanya suatu masa dahulu untuk belajar bersungguh sungguh..

Harga satu jam  hanya boleh dirasai oleh pasangan yang sedang hangat bercinta..Al maklumlah, dating yang berjam jam itu pun dirasakan tidak cukup..Pada masa itu satu jam merupakan sesuatu yang amat berharga bagi mereka..

Harga satu saat hanya boleh dirasai oleh seseorang yang baru terlepas dari kemalangan jalan raya..Maka tatkala itu mereka akan berkata bahawa nasib baiklah dia cepat satu saat keluar dari kerata..Kalau tak dah lama kena langgar lori..

Harga sebuah milisaat pula hanya boleh dirasai oleh pemenang pingat perak dalam larian pecut di sukan Olimpik..Hal ini kerana hanya dengan milisaat itulah membezakan dia dengan pemenang pingat emas..Tatkala itu..masa yang merupakan milisaat itu adalah suatu yang amat penting baginya..

OH..Sebagai kesimpulann apa yang boleh kita dapat kat sini adalah masa itu amatlah penting..Oleh itu hargailah masa anda selagi mampu dan kalau boleh hargailah sebuah kehidupan sebelum datangnya kematian menjemput kita tanpa diundang..WASALAM..

p/s: Aku ingin meminta maaf di atas segala kesilapan diri aku terhadap kamu semua...

-FOTTO LeVACKS-

Monday, July 19, 2010

WAH...MY FAVOURITE MOVIE EVER

Aku meroyan gila-gila nak tengok dua movie nih..Arghh..Superb cool man..Akhirnya keluar jugak...YESS!!So..after inpro aku nak marathon dua citer nih..Tak kira..

Street Dance 3D..


step up 3D..


OHH!!RUGI GILA KALAU MISS DUA MOVIE TERHEBAT ALAF INI...OH MAK!!!AKU MEROYAN NAK TENGOK!!!

p/s: ERk??Ada sapa sapa nak temankan kah??

-FOTTO LeVacks-