Thursday, July 1, 2010

Kisah di rasuk dan Kisah Ovum Lecturer Bio aku..

hello..nama saya RAMOSS..


Malam tadi aku berasa penat yang teramat sangat..Maklumlah banyak sangat kerja aku.Mengalahkan PM pulak aku nih.Dalam pukul empat mcam tu baru aku tidoo..Ish2..Anyway, hari ini aku ingin membawakan dua kisah yang aku telah alami..Dah tentulah aku kan..Takkan la tikus kot..Adoi..

OK lah..aku pon tak nak merepek banyak lagi kan..So..mari kita mulakan cerita...

AL KISAHNYA...

CERITA PERTAMA...


entiti yang dikesan..


Malam tu aku ingat lagi..Aku dapat rasakan sesuatu yang tak kena..Selepas aku melalui lorong yang dikatakan keras itu..Keras kat sini maknanya berhantu yer tuan-tuan dan puan-puan..Bukannya keras sebab diperbuat daripada simen atau pun konkrit...

Sampai-sampai je kat bilik aku..tiba-tiba aku dapat rasakan badan aku menjadi berat..Cewah..Padahal aku nih 50 kg je kot..Tak adalah berat sangat..Entah kenapa badan aku semakin lama semakin berat..Dan mata aku semakin kabur..dan aku dapat rasakan ada sesuatu yang telah menguasai diri aku nih..Entah laa...

Walaupun mata aku dah tak nampak, aku terus berjalan-berjalan..dan berjalan..Pandangan aku semakin pudar..DAN...

Aku terus hilang kawalan diri..AKu rupa-rupanya telah dirasuk..Tiba-tiba aku ternampak seorang lelaki memegang telur kat tangannya..Sebaik sahaja beliau nampak aku,dia terus meletakkan telur itu dibelakang bahagian badan aku..

Dan hantu itu rupa-rupanya telah disedut ke dalam telur itu..Semasa hantu itu dikeluarkan, aku dapat merasakan bahawa hantu itu memang betul2 kena sedut.Semangat aku semakin pulih dan aku sudah mampu mengawal diri aku kembali..Tetapi pada masa itu aku masih berasa trauma..

Tiba-tiba, aku dirasuk kembali..Argh..Aku dah agak dah..Mungkin sebabnya hantu tu tak puas hati kat aku kut..Sebab aku kacau rumah diorang..Mungkin ada ahli keluarga diorang terbakar kot masa aku baca ayat  kursi kat lorong keras tadi..Haha..(sempat gelak lagi..)

Mamat yang pegang telur tadi tu datang..Kali ni dia bawak playar pulak..Dia nak cabut gigi depan aku..Dia cakap kalau aku tak cabut gigi tu, nanti aku akan kene rasuk semula..HAISH..Takutnya nak cabut gigi..Aku tak nak..Dan aku terus berlari..berlari dan berlari..

Dan tiba-tiba aku dapat merasakan getaran kat kepala aku..Macam aku kenal bunyi tu..Hamboih..Merdunya suara yang terngiang-ngiang kat telinga aku nih..

EH??ITU SABHI SADHI kan??

Dan aku membuka mata..Dan tersedar kembali..oh alarm rupanya..

OH..KAT ATAS KATIL RUPANYA..ALHAMDULUILLAH...

RUPA RUPANYA AKU BERMIMPI..(Ending clishe..)

KISAH KEDUA...




Kali ini aku ingin menceritakan kisah ovum dan lecturer aku..Haha..Citer ni memang kelakar habiss..Sebab tu lah aku nak post..

According to my lecturer, pompuan akan mengeluarkan satu telur dalam masa sebulan..Oleh itu apa (So What)??..SO dier cakap kalau pompuan tu mengandung,telur tu takkan keluar..Haa..Yang bestnya,dia bagi figure..Kalau pompuan tu ada 10 anak,maknanya dia dah manage telur dia very well..Sebab dia akan save 90 ovums..Banyak kan??Tak ke gitu??

Lain pulak dengan laki..My lecturer said that man can produce 10 million sperm per day..BANYAK TU..Haha..Yang bestnyer dengar lawak si Aiman tu..Ada ke dia cakp camnih..

"Erk..Walaupon laki menghasilkan 10 millions sperm per day..aku punya tak pernah bocor pon" (AIMAN BLACK,2010)..Sengal nyer aiman..

Anyway apa yang aku nak cakap kat sini, aku ingin membantu bini aku(kalau ada) manage telur dia very well..So aku akan menjadi aktif dan ingin mencapai target mendapat 10 orang anak agar wife aku dapat save telur dia..

KISAH KETIGA..

Hari ni subjek terakhir kelas aku adalah ESLS..Apa yang aku nak cerita adalah ekspresi budak kelas aku pada waktu tu..

Semasa sejam yang pertama semua mendengar dengan tekun..Cewah..Pelajar yang baik lah katakan..Tapi selepas tu camnih pulak jadinya..

Leana: Still focus..Giler lah ko leana..

Zetty: Fikiran die tah pegi mana tah..Aku nampak die macam dah pikir benda lain dah..

Paah: Gossip dengan Jan dan Bie..

Jan:Gossip dengan Paah dan Bie.Eh dia buat apa tu??Dia cium sweater bie lah..

Bie: Bergosip dengan Bie dan Jan..

Aiman: ERkk..aku tak nampak dia buat apa..

Ash Bee: Fokus..KOt!!

Fazriaq: Ngumpat tentang zawani dengan Omar..

Omareza: Mendiamkan diri..MOODY KOT..HAE kene tukar..haha

Aku: Fokus..(Poyo giler)..

Alia: Baca buku ape tah..

Noorna: Erk..Tk pasan dia watpe..

Eleena: ................

Zawani: Balik-balik dier je yang bercakap dari tadi..Mengalahkan presenter lak..

EL:Dier pon sama gak..HAHA..

ANYWAY..MY CLASS IT SUPERB COOl...


my classmate lah..
(dari kiri belakang: Leana, Eleena, EL, Bie, Zawani, Alia, Paah, Noorna, Jan, Zetty)
(depan dari kiri : Ash Bee, Fazriaq, Aiman Black, Aku, Omareza )


p/s: we have to struggle to survive!!!!

Wednesday, June 30, 2010

Kisah Telinga dan mata dengan sebuah jersey..

Hi..nama saya Ramoss...

Salam sejahtera buat warga pembaca blog yang amat aku kasihi sekalian..Setelah sekian lama kita tidak bertemu akhirnya hari ini dapat jugak aku mengupdate blog aku yang sudah semakin kuno ini..Hari ini aku ingin membawakan dua kisah kepada anda semua.Buka mata dan minda..Semoga terhibur...

KISAH PERTAMA..

messi (bukan nama sebenar)


Selepas menghabiskan peperiksaan mid year, aku bersama COKI dan JPAH bersiar-siar di Sunway Pyramid..Haha..Aku ingat lagi..petang tu kaki aku baru je cedera dan malam tu pulak aku berjalan-jalan macam orang cacat kat dalam tempat yang ada berhala besar tu..Semua orang memerhatikan aku,CEWAH..

Tiba-tiba JPAH bertanya kepada aku,"Arep, kalau ko beli jersey kan ko suka tak ada nama pemain kat belakang?

Aku pon jawab la walaupun tak pernah beli jersey yang ada nama kat belakang,"Entah la jpah..Aku pon tak kesah sebenarnya..Tapi rasa-rasanya ye kot..Kenapa ek??

Dengan nada yang penuh sarkastik si Jepah ini memulakan kata katanya yang sungguh PEDAS,"Tu la ko!!Bangga sangat dengan orang yang tak reti mandi junub"

ERkk..Dan pada masa itu..lidah aku terkedu..Mulut aku terkunci bisu.Cewah!!!

Haha.Thanks jpah atas nasihat itu..Sejek saat itu, aku dah tak respek lagi kat omputih sebab diorang tak reti mandi junub pon..GEEZ..

KISAH KEDUA..



Aku saja je post kat facebook tentang satu soalan nih..Ianya bebunyi seperti ini:

Mengapakah manusia diciptakan dengan dua telinga tapi satu saja mulutnya??

Aku menerima beberapa jawapan yang agak kelakar la jugak..Haha..Nak pecah perut tergelak apabila aku baca penjelasan mereka.

Tapi sebenarnya jawapan yang tepat adalah kerana manusia itu perlu banyak mendengar daripada berkata-kata..Maksud aku kat sini, orang hari ini suka sangat bercakap tentang orang lain tapi kurang pulak menggunakan telinga untuk mendengar sesuatu yang baik..Sebagai contohnya..

BILA AKU BOTAK ORANG CAKAP AKU HENSEM..menipu betul..(padahal aku tak kenal pun sapa budak tuh..tah mana-mana tah dia..tetiba je tegur aku)..

BILA AKU PAKAI PENUTUP KEPALA ORANG CAKAP AKU TALIBAN...Bagi aku orang tu bodoh nak mampos..

BILA AKU AMIK GAMBAR POSING LAWA2 ORANG CAKAP AKU POYO...(Hampeh tol)..

BILA AKU PAKAI BAJU HITAM ORANG CAKAP AKU NI BLACK METAL LA APE LA..

KANG BILA AKU TAK PAKAI BAJU PULAK ORANG CAKAP AKU GILA...

Abess tu macam mana aku nak hidup macam nih??Jawapannya,buat bodoh je lah arep..People keep talking and talking..And you cannot shut their f*king mouth..Sabar itu adalah senjata bagi orang-orang beriman..CEWAH..Poyo giler aku..

OK lah..aku nak chow dulu..Sebab classmate aku ajak gi BISTRO..makan-makan jap..


yang gemuk tu aku la..

salam...

P/S:aku pelik sungguh kenapa semenjak dua ni kehidupan aku dipenuhi orang bernama RIZAL...ARGH!!!!

Thursday, June 17, 2010

SONGSANG

Salam..nama saya RAMOSS!!!


hiasan semata mata..

Hmm..Aku baru terpikir nak luahkan perasaan ini.Perasaan tidak puas hati aku kat Malaysia..HUH??Kat MALAYSIA??Apakah perasaan itu??HAHAHA..Sebenarnya bukan tak puas hati..Cuma tertanya-tanya sahaja.Mengapakah sedemikian rupa DUNIA PERUBATAN di MALAYSIA.



WHAT I CAN SAY ABOUT MALAYSIA MEDIC WORLD IS UNIQUE..

UNIK??Seriously??Wow!!Kenapa tiba-tiba aku cakap camni ha??Lah..Senang je.It is based on my investiagtion and observation.Berikut adalah beberapa fakta kes yang aku telah kumpul sejak aku habis SPM dahulu..

FAKTA KES 1: DI MALAYSIA, RATA-RATA JURURAWAT ADALAH TERDIRI DARI GOLONGAN WANITA..


male nurse..kononnya

Yes.Kat Malaysia ni,kebanyakan nurse adalah perempuan..Sekali lagi.PEREMPUAN ye anak-anak sekalian.Kalau ada lelaki yang join tu maknanya ada sesuatu yang tak kene lah tu..Kan NYAH??Haha..Orang ramai akan memandang serong mana-mana lelaki yang menyertai kolej kejururawatan. Kenapa macam tu sekali??Haa..Betul tak??Kan aku dah cakap tadi..Malaysia memang UNIK..
kat

Tapi kalau kita tengok kat luar negara macam US, Afrika dan lain-lain (wah,skema giler), adalah suatu kebiasaan sekiraya jururawat itu adalah lelaki..HUH??Biar betul??Betul lah tu..Kalau tak caya cuba tengok kat cerita omputih tu macam private practise, scrub and whatsoever.Jururawat diorang adalah lelaki kan??
HAHA..Tambahan pulak tengok je lah nurse kat luar negara..SASA siot badan diorang..mana nak dapat nurse laki yang lembut cam mak hayam sutera..HAHA..Walaupun ada tapi percentage kurang laa..

FAKTA KES 2: DI MALAYSIA, JURURAWAT TIDAK BOLEH MELANJUTKAN PELAJARAN UNTUK MENJADI SEORANG DOKTOR..

Betul lah tu.Nama pun nurse.Takkan nak jadi doktor pulak kan??HEY!!Sapa cakap macam tu ha??Siapa cakap jururawat tak boleh jadi doktor.Kat dunia ni sistem perubatan di Malaysia sahaja yang tidak membenarkan jururawat menjadi doktor!!ALASANNYA?Fikirkan sendiri.Mungkin doktor ni takut tergugat kot dengan nurse..EH..Mana aku tau semua benda nih?HELLO..Korang ingat aku ni sapa??Cewah!!Haha..Aku pernah lepak dengan doktor.OK!!He told me everything..

Kalau kat luar negara tu, jururawat boleh menjadi seorang doktor sekiranya melanjutkan pelajaran selama 2 tahun.WOW..IT IS COOL..kan??Haha..Tau takpe..Kenapa pulak??Entah lah..Aku pun tak tau nak cakap kenapa.Dah sistem negara diorang macam tu. Macam tu lah..Apa apa pun aku still berbangga menjadi rakyat Malaysia (ceh ayat bodek).

LAST BUT NOT LEAST..My fevret one..

FAKTA KES 3: DI MALAYSIA DOKTOR AKAN DIAGNOS PENYAKIT DAN NASIHATKAN UBAT APA YANG SESUAI KAT PESAKIT..




WHAT??Kan normal tu??Itu sebenarnya bukan normal..Itu abnormal.EH??Ape pasal aku pulak yang EMO sangat nih??Aku bukannya apa..Cuma tak puas hati je dengan doktor ni..Menyibuk je.Buat lah kerja kau..Jangan nak tamak pulak amek keje aku..Kerja aku???Haha..Perasan betul..Yelah..Yelah..Kerja farmasi..Doktor kat MALAYSIA memang tamak rajin..Tak cukup dengan title doktor nak jugak tu jadik farmasi..Kalau macam tu bukan doktor lagi namanya.Itu namaya..FARMATOR..Ape-ape je lah DUNIA oii..

EH??ADA LAGI KE??Ada lah.Segmen terakhir iaitu segmen teka teki..

TEKA-TEKINYA BERBUNYI MACAM Ni..

APAKAH GELARAN KEPADA ORANG YANG SUKA MAIN FACEBOOK??

Jawapan yang aku dapat:

1) Gila FACEBOOK??bukan-bukan...
2)FACEBOOKian..haha..bukan jugak..
3)FB maniac??HAHA..salah jugak..

Jawapannya adalah:

FACEBOOKWORM

p/s: Orang yang paling bijak adalah orang yang mengingati mati.Bukannya orang yang dapat merit dalam SACE, yang tak pernah gagal dalam exam,yang dapat 4 flat mahupun Amalina Che Bakri..Sekian..

Salam sejahtera kepada semua warga pembaca..

p/s lagi:

   Aku berkata kepada seorang junior aku, " Eh kenapa tak amek medik??Kan senang je medik??"

  Dia menjawab," Entah lah bang..Saya pun tak tahu..Malas lah..Eh, mana abang tahu medik senang??"

  Aku dengan penuh selamba menjawab, " Sebab abang tak amek medik.HAHA"..

 Junior aku pon terus dimasukkan ke wad sakit mental sebab kene sawan hanjing..

Tuesday, June 15, 2010

APAKAH PERASAAN ITU?MACAM MANA NAK JAWAB?


Salam semua..Nama saya RAMOS!!!

Hmm..Baiklah..Mari kita mulakan..Dalam meniti sisa baki usia aku ini, aku ingin berkongsi segala ilmu yang aku dapat..Jasad aku sudah semakin tua dan reput..Apa salahnya kalau aku nak kongsi benda ni sama-sama kan.Its cool if we can share something with everyone..Oleh sebab dah lama aku tak update blog aku nih, maka segala skill menulis aku sudah menjadi tumpul dan perlu digarap balik.MAAF semua.

FAKTA KES 1: APAKAH PERASAAN ITU?


Sudah lama aku menyimpan persoalan ini.Sejak dari dahulu lagi.Aku tak tahu kepada siapa aku perlu menujukan soalan sedemikian.Soalannya memang cukup mudah.Aku berasa amat pelik sungguh.Kenapa setiap orang yang memandang Kaabah secara live akan menangis??WAH??Haha..Tetapi yang aku lagi hairan..walaupun dah ada orang tu pergi menunaikan umrah dan haji berkali-kali, perangai tetap tak berubah.Seolah-olah sebelum dan selepas menunaikan ibadat tersebut adalah orang yang sama.Terutama artis tu ha..Nama je baru balik umrah, tapi bila tengok cara berpakaian.Mak OII!!!Skirt paras peha kau!!!Nampak segala kaki kau yang tak berapa cun sangat tu!!!HAI!!Dah tak laku sangat ke sampai kene bukak aurat??

Itu sahaja persoalan aku.Kepada sesiapa yang nak jawab dipersilakan dengan segala hormatnya.Jawapan anda boleh dihantar sama ada melalui komen kat sini,khidmat pesanan ringkas mahupun emel.Tapi jangan lak datang rumah aku semata-mata nak jawab benda nih..Aku tak layan tau..

FAKTA KES 2: MACAM MANA NAK JAWAB?

WOOT!!!Segmen kali ni macam biasalah.Aku ingin berkongsi ilmu yang aku baru dapat sebentar tadi.Walaupun agak simple.Tapi memang amat bermanfaat.



Sekarang, aku nak korang semua bayangkan sebuah bandar di Jepun.Kat situ penuh dengan teknologi yang canggih.Seperti mana yang kita tahu, orang Jepun amat mementingkan masa. Bagi mereka time is money.Mereka akan memanfaatkan setiap masa walaupun apa yang terjadi.HOHOHO!!!

PERSOALANNYA!!!??




Satu hari, seorang lelaki Jepun yang mulutnya tak ada insurans bertanya kepada seorang pelajar Muslim yang belajar kat sana (if i am not mistaken).

OJ=Orang Jepun
PM=Pelajar Muslim

AL KISAHNYA..

OJ: Eh NAK, boleh tak pak cik nak tanya something??
PM: Of course u can..Please feel free to ask anything..HAHA..
OJ : Kalau korang tak kisah kan, pak cik nak tanya kenapa korang solat ha??Tak ke membazir waktu tu??Korang solat satu waktu 5 minit.Hmm..kalau 5 waktu dah 25 minit kan??Kan itu satu pembaziran masa.Bagi kitorang kat sini, pembaziran masa bukan budaya kitorang..

ERKK??Apakah itu??Haa!!Kalau korang berada kat situasi student tu kan,rasa-rasanya apa yang korang akan jawab??Takkan nak jawab yang solat itu wajib pulak kan??Mana lah diorang faham..Hmm..Apa kata kita sambung balik story tadi..

CONTINUE..

PM: Its simply like this (ceh,cakap omputih lak dia).Kitorang tau yang korang ni amat mementingkan masa.Sebab tu lah korang dapat membina teknologi yang hebat seperti kereta api peluru and whatsoever kan?
OJ: Yes of course..(sambil kembang hidung)..haha..
PM: OK lah pak cik.Straight to the point..Pak cik rasa mana lagi yang hebat?Teknologi atau pun manusia??
OJ:Dah tentulah manusia NAK oii!!!Sebabnya manusia lah yang membina teknologi yang hebat camnih kan??
PM:YES!!Tepat sekali..Itu yang saya mahukan..Teknologi yang hebat memerlukan penyelengaraan sekurang-kurangnya sebulan sekali kan??OK.Semakin hebat sesuatu teknologi itu maka semakin banyak penyelenggaraan yang perlu dibuat..
OJ:SO???
PM:So,kan manusia lagi hebat dari teknologi.Sudah tentulah kita ni perlukan penyelenggaraan yang lebih kan?Bagi kitorang, solat adalah satu servis bagi diri kitorang agar dapat memperbaiki diri kitorang nih..OK pak cik??Adakah saya menjawab soalan pak cik??
OJ:Err...(speechless)..

kete api peluru...

FAKTA KES 3: TEKA TEKI TIME..




Baiklah rakan-rakan..Segmen persoalan sudah.Segmen ilmu pun sudah.Kali ini kita masuk ke segmen teka teki.HAHA.Segmen kegemaran aku.Hari ini aku ada satu soalan.Kalau korang genius habis, sila lah jawab yer..HAHA..Teka-teki menarik ini aku dapat dari seorang sahabat aku.

SOALANNYA..

Dalam banyak-banyak benda, apakah benda yang turun naik,turun naik dan turun naik sampai bila-bila pun??

Haha..Antara jawapan yang aku dapat adalah..

1) Hingus..Haha..
2) Pointer..haha..ni lagi lah lawak!!!
3) Roller coster???

Semua jawapan itu adalah betul sebenarnya..Tetapi jawapan yang paling tepat adalah..

IMAN....

Ok.Sampai sini jelah segmen kita yer..Salam sayang dari aku buat semua pembaca..

p/s: WHEN ALLAH IS YOUR FRIEND,WHO IS YOUR ENEMY??Renung-renungkan dan selamat beramah..




Tuesday, June 1, 2010

JUST Another NIGHTMARE


Hmm..I used to have a best friend.We spend a lot of time together..Tetapi sekarang..aku dah tak ada lagi benda yang so-called best friend tuh.Sebabnya bagi aku,it is the most ridiculous things in the world.Nama je best mate.. Tapi keje ko pompuan jek..Sampai aku pon naik muak tgk ko dgn pompuan..Ngok-ngek..Come on lah wey..Kita masih lagi umur dalam lingkungan 18 dan 19 tahun..Dah pandai-pandai nak bercinta..Macam tak sesuai la..Muda sangat..Lagi pun, ada banyak lagi benda yang boleh buat slain bercinta..Contohnya, discover your hidden talent..macam main basketball, wall climbing atau pun breakdancing..I hate him..Amende lah ko..PLUS, dia tu macam kacang lupakan kulit..DAH berjaya, lupa kawan sendiri..Betul cakap senior aku..Lelaki boleh rosak sebab pompuan..ROSAK BEB!!ROSAK!!!Aku tak nak jadik ROSAK!!!So buat masa sekarang, say no to love things..


Tapi malam semalam aku mimpi tentang dia..Aku dah lama benci dia..So dalam mimpi tu aku buat tak tahu je dengan dia.Tapi dia tegur aku dalam mimpi tu..Kenapa aku sombong dgn dia..Aku cakap la yang dier sombong dengan aku..SO??Masa tu aku terasa sangat2..Sorry pal..Aku tak bermaksud nak buat camtuh.Cuma kau tu je yang menambahkan keparahan luka dalam hati aku nih



Ada tu pulak..aku nak hidup senang pun boleh..Senang-senang je hina aku kat dalam FACEOOK..Come on..GROWN UP u jerky muppet!!!Sorry la wey..Aku tak boleh tolerate dgn orang yang ingin memusnahkan impian aku..DAMN!!Aku nak main basketball je.SO WHAT??SO, farewell from my facebook list!!!!




SEKIAN