Wednesday, June 30, 2010

Kisah Telinga dan mata dengan sebuah jersey..

Hi..nama saya Ramoss...

Salam sejahtera buat warga pembaca blog yang amat aku kasihi sekalian..Setelah sekian lama kita tidak bertemu akhirnya hari ini dapat jugak aku mengupdate blog aku yang sudah semakin kuno ini..Hari ini aku ingin membawakan dua kisah kepada anda semua.Buka mata dan minda..Semoga terhibur...

KISAH PERTAMA..

messi (bukan nama sebenar)


Selepas menghabiskan peperiksaan mid year, aku bersama COKI dan JPAH bersiar-siar di Sunway Pyramid..Haha..Aku ingat lagi..petang tu kaki aku baru je cedera dan malam tu pulak aku berjalan-jalan macam orang cacat kat dalam tempat yang ada berhala besar tu..Semua orang memerhatikan aku,CEWAH..

Tiba-tiba JPAH bertanya kepada aku,"Arep, kalau ko beli jersey kan ko suka tak ada nama pemain kat belakang?

Aku pon jawab la walaupun tak pernah beli jersey yang ada nama kat belakang,"Entah la jpah..Aku pon tak kesah sebenarnya..Tapi rasa-rasanya ye kot..Kenapa ek??

Dengan nada yang penuh sarkastik si Jepah ini memulakan kata katanya yang sungguh PEDAS,"Tu la ko!!Bangga sangat dengan orang yang tak reti mandi junub"

ERkk..Dan pada masa itu..lidah aku terkedu..Mulut aku terkunci bisu.Cewah!!!

Haha.Thanks jpah atas nasihat itu..Sejek saat itu, aku dah tak respek lagi kat omputih sebab diorang tak reti mandi junub pon..GEEZ..

KISAH KEDUA..



Aku saja je post kat facebook tentang satu soalan nih..Ianya bebunyi seperti ini:

Mengapakah manusia diciptakan dengan dua telinga tapi satu saja mulutnya??

Aku menerima beberapa jawapan yang agak kelakar la jugak..Haha..Nak pecah perut tergelak apabila aku baca penjelasan mereka.

Tapi sebenarnya jawapan yang tepat adalah kerana manusia itu perlu banyak mendengar daripada berkata-kata..Maksud aku kat sini, orang hari ini suka sangat bercakap tentang orang lain tapi kurang pulak menggunakan telinga untuk mendengar sesuatu yang baik..Sebagai contohnya..

BILA AKU BOTAK ORANG CAKAP AKU HENSEM..menipu betul..(padahal aku tak kenal pun sapa budak tuh..tah mana-mana tah dia..tetiba je tegur aku)..

BILA AKU PAKAI PENUTUP KEPALA ORANG CAKAP AKU TALIBAN...Bagi aku orang tu bodoh nak mampos..

BILA AKU AMIK GAMBAR POSING LAWA2 ORANG CAKAP AKU POYO...(Hampeh tol)..

BILA AKU PAKAI BAJU HITAM ORANG CAKAP AKU NI BLACK METAL LA APE LA..

KANG BILA AKU TAK PAKAI BAJU PULAK ORANG CAKAP AKU GILA...

Abess tu macam mana aku nak hidup macam nih??Jawapannya,buat bodoh je lah arep..People keep talking and talking..And you cannot shut their f*king mouth..Sabar itu adalah senjata bagi orang-orang beriman..CEWAH..Poyo giler aku..

OK lah..aku nak chow dulu..Sebab classmate aku ajak gi BISTRO..makan-makan jap..


yang gemuk tu aku la..

salam...

P/S:aku pelik sungguh kenapa semenjak dua ni kehidupan aku dipenuhi orang bernama RIZAL...ARGH!!!!

1 comment:

reaksi dan respon