Tuesday, June 15, 2010

APAKAH PERASAAN ITU?MACAM MANA NAK JAWAB?


Salam semua..Nama saya RAMOS!!!

Hmm..Baiklah..Mari kita mulakan..Dalam meniti sisa baki usia aku ini, aku ingin berkongsi segala ilmu yang aku dapat..Jasad aku sudah semakin tua dan reput..Apa salahnya kalau aku nak kongsi benda ni sama-sama kan.Its cool if we can share something with everyone..Oleh sebab dah lama aku tak update blog aku nih, maka segala skill menulis aku sudah menjadi tumpul dan perlu digarap balik.MAAF semua.

FAKTA KES 1: APAKAH PERASAAN ITU?


Sudah lama aku menyimpan persoalan ini.Sejak dari dahulu lagi.Aku tak tahu kepada siapa aku perlu menujukan soalan sedemikian.Soalannya memang cukup mudah.Aku berasa amat pelik sungguh.Kenapa setiap orang yang memandang Kaabah secara live akan menangis??WAH??Haha..Tetapi yang aku lagi hairan..walaupun dah ada orang tu pergi menunaikan umrah dan haji berkali-kali, perangai tetap tak berubah.Seolah-olah sebelum dan selepas menunaikan ibadat tersebut adalah orang yang sama.Terutama artis tu ha..Nama je baru balik umrah, tapi bila tengok cara berpakaian.Mak OII!!!Skirt paras peha kau!!!Nampak segala kaki kau yang tak berapa cun sangat tu!!!HAI!!Dah tak laku sangat ke sampai kene bukak aurat??

Itu sahaja persoalan aku.Kepada sesiapa yang nak jawab dipersilakan dengan segala hormatnya.Jawapan anda boleh dihantar sama ada melalui komen kat sini,khidmat pesanan ringkas mahupun emel.Tapi jangan lak datang rumah aku semata-mata nak jawab benda nih..Aku tak layan tau..

FAKTA KES 2: MACAM MANA NAK JAWAB?

WOOT!!!Segmen kali ni macam biasalah.Aku ingin berkongsi ilmu yang aku baru dapat sebentar tadi.Walaupun agak simple.Tapi memang amat bermanfaat.



Sekarang, aku nak korang semua bayangkan sebuah bandar di Jepun.Kat situ penuh dengan teknologi yang canggih.Seperti mana yang kita tahu, orang Jepun amat mementingkan masa. Bagi mereka time is money.Mereka akan memanfaatkan setiap masa walaupun apa yang terjadi.HOHOHO!!!

PERSOALANNYA!!!??




Satu hari, seorang lelaki Jepun yang mulutnya tak ada insurans bertanya kepada seorang pelajar Muslim yang belajar kat sana (if i am not mistaken).

OJ=Orang Jepun
PM=Pelajar Muslim

AL KISAHNYA..

OJ: Eh NAK, boleh tak pak cik nak tanya something??
PM: Of course u can..Please feel free to ask anything..HAHA..
OJ : Kalau korang tak kisah kan, pak cik nak tanya kenapa korang solat ha??Tak ke membazir waktu tu??Korang solat satu waktu 5 minit.Hmm..kalau 5 waktu dah 25 minit kan??Kan itu satu pembaziran masa.Bagi kitorang kat sini, pembaziran masa bukan budaya kitorang..

ERKK??Apakah itu??Haa!!Kalau korang berada kat situasi student tu kan,rasa-rasanya apa yang korang akan jawab??Takkan nak jawab yang solat itu wajib pulak kan??Mana lah diorang faham..Hmm..Apa kata kita sambung balik story tadi..

CONTINUE..

PM: Its simply like this (ceh,cakap omputih lak dia).Kitorang tau yang korang ni amat mementingkan masa.Sebab tu lah korang dapat membina teknologi yang hebat seperti kereta api peluru and whatsoever kan?
OJ: Yes of course..(sambil kembang hidung)..haha..
PM: OK lah pak cik.Straight to the point..Pak cik rasa mana lagi yang hebat?Teknologi atau pun manusia??
OJ:Dah tentulah manusia NAK oii!!!Sebabnya manusia lah yang membina teknologi yang hebat camnih kan??
PM:YES!!Tepat sekali..Itu yang saya mahukan..Teknologi yang hebat memerlukan penyelengaraan sekurang-kurangnya sebulan sekali kan??OK.Semakin hebat sesuatu teknologi itu maka semakin banyak penyelenggaraan yang perlu dibuat..
OJ:SO???
PM:So,kan manusia lagi hebat dari teknologi.Sudah tentulah kita ni perlukan penyelenggaraan yang lebih kan?Bagi kitorang, solat adalah satu servis bagi diri kitorang agar dapat memperbaiki diri kitorang nih..OK pak cik??Adakah saya menjawab soalan pak cik??
OJ:Err...(speechless)..

kete api peluru...

FAKTA KES 3: TEKA TEKI TIME..




Baiklah rakan-rakan..Segmen persoalan sudah.Segmen ilmu pun sudah.Kali ini kita masuk ke segmen teka teki.HAHA.Segmen kegemaran aku.Hari ini aku ada satu soalan.Kalau korang genius habis, sila lah jawab yer..HAHA..Teka-teki menarik ini aku dapat dari seorang sahabat aku.

SOALANNYA..

Dalam banyak-banyak benda, apakah benda yang turun naik,turun naik dan turun naik sampai bila-bila pun??

Haha..Antara jawapan yang aku dapat adalah..

1) Hingus..Haha..
2) Pointer..haha..ni lagi lah lawak!!!
3) Roller coster???

Semua jawapan itu adalah betul sebenarnya..Tetapi jawapan yang paling tepat adalah..

IMAN....

Ok.Sampai sini jelah segmen kita yer..Salam sayang dari aku buat semua pembaca..

p/s: WHEN ALLAH IS YOUR FRIEND,WHO IS YOUR ENEMY??Renung-renungkan dan selamat beramah..




1 comment:

reaksi dan respon