Friday, January 7, 2011

POST BUAT INSAN YANG TERASA

Post ini aku tujukan khas buat rakan-rakan seperjuangan aku kat INTEC tu. Disebabkan ada orang terasa dengan perbuatan aku ni kan..aku nak mintak maaf dengan korang semua..Seriously aku rasa berdosa sangat..Apa yang telah aku lakukan? Aku telah meng block beberapa insan yang berkenaan.. Alasannya?? Biarlah aku sendiri yang tahu.



Kepada insan yang aku telah block itu terutamanya roomate aku yang 2 orang tu, aku block korang bukan sebab aku terasa dengan perbuatan korang..Benci jauhlah sekali, Tetapi sebab aku rasa tindakan block itu adalah wajar supaya benda tu tak affect sangat persahabatan kita kat dalam dunia realiti..Tolonglah faham ekk..Aku sangat lah terharu dapat 2 orang roomate macam korang tu kan..Bila mana semua orang tak nak jadikan aku roomate diorang, korang berdua amek aku jadik roomate korang..Masa tu aku rasa bertuah sangat kan ada manusia lagi yang nak aku jadik roomate. Seyess.. Tu lah satu benda yang korang berdua ada tapi budak lain tak ada..Masa kat intec tu aku rasa diri aku ni macam sampah saje..I am nobody..Tapi korang sanggup jadikan diri aku yang sampah ini sebagai roomate korang..Aku sangat berbesar hati..Thanks guys..

Kepada yang bukan roomate aku tu pulak, aku block korang sebab korang adalah manusia hebat..Aku rasa diri aku ni sangat useless bila aku berada bersama dengan orang hebat macam korang..Tolonglah maafkan aku sebab aku block korang..Bila aku duduk dengan korang aku berasa amat jeles dengan korang..Mengapakah aku tidak sehebat korang?? Sebab tu lah aku lari jauh2...Dengan harapan supaya aku dapat mencari semangat hidup yang baharu..Maafkan aku semua..Terutama budak pidato KISAS tu..Aku tau ko terasa sesangat..Sebab dulu kita pernah rapat..Tapi sekarang dah lain dah..Ko dah ada bf baru..Aku lak dah tak sekelas lagi dengan ko..Mana lah ko nak layan aku kan..

Burung pipit memang tidak boleh terbang dengan burung enggang buat selama-lamaya..Kenapa??entahh..

Ok lah semua..sampai di sini sahaja kali ini..Kalau ada jodoh yang panjang, kita bertemu lagi..Aku mintak maaf sangat2.



Thursday, December 23, 2010

DOSA MENGUMPAT



Disebabkan aku dah lama sangat blogging, maka banyaklah watak yang telah diceritakan kat dalam blog aku ni ha.Maka sebelum aku mengakhiri blog ini, buat kali terakhir aku nak mintak maaf kepada watak-watak yang pernah muncul kat dalam blog ni kerana aku tak sengaja nak mengumpat korang.Sebagai muslim aku percaya dunia akhirat.Biarlah aku muflis di dunia.Asalkan aku tidak muflis di akhirat disebabkan dosa mengumpat ini. Maka sangat rugilah orang yang muflis di akhirat sekiranya ditakdirkan muflis. Kepada insan-insan yang berkenaan aku nak mintak maaf bebanyak. Aku bukanlah kawan yang baik.Sebab tu lah ramai kawan aku lari. Maka ini adalah senarai nama insan yang pernah muncul di dalam blog ini :

Ariff Sulaiman
Mustaffa Dollah (Pengetua SMKAP)
Ustaz Zulkifli (Cikgu Bahasa Arab)
Zuliqbal Razali
Haziq Kamarullah
Abdul Hakim Amran
Ammar Adam
Hazmi Mat Khamis
Farid Ariffin
Rabihah Abdul Rashid
Zetty
Taufiq Nazri
Syazwan Asyraf
Aiman Ahmad Kamal
Siti Hawa
Cik Anonymous
Para Artis Malaysia
Kamarul Hemli
:Luqman
Syafiq Salehudin
Hafiz Burkhan
Nurul Zawani

dan semua mangsa cercaan aku..

Aku rasa sangat bersalah kepada anda semua. Aku sangat berharap yang korang semua dapat lah maafkan aku..Aku amat berharap. Maafkan aku yer semua..

p/s: Selamat tinggal dan kalau panjang umur kita berjumpa lagi..


Friday, December 17, 2010

Entah

Kalau aku dah tak ada..
Anggaplah aku tak wujud lagi..
Salam perpaduan..
Salam anak merdeka..
Sekian..
THE END..







p/s : Its party time!!!!!!

Thursday, December 16, 2010

KHAS UNTUK RAKAN-RAKAN

"Feeling Good"

Birds flying high
You know how I feel
Sun in the sky
You know how I feel
Breeze driftin' on by
You know how I feel
It's a new dawn
It's a new day
It's a new life
For me
And I'm feeling good

Fish in the sea
You know how I feel
River running free
You know how I feel
Blossom on a tree
You know how I feel
It's a new dawn
It's a new day
It's a new life
For me
And I'm feeling good

Dragonfly out in the sun you know what I mean, don't you know
Butterflies all havin' fun you know what I mean
Sleep in peace when day is done
That's what I mean
And this old world is a new world
And a bold world
For me

For me

Stars when you shine
You know how I feel
Scent of the pine
You know how I feel
Oh freedom is mine
And I know how I feel
It's a new dawn
It's a new day
It's a new life

It's a new dawn
It's a new day
It's a new life

It's a new dawn
It's a new day
It's a new life
It's a new life
For me

For me

I'm feeling good
I feel so good
I feel so good 











Gembira?

Yeehaaaa..Celebration of life...




So tunggu apa lagi?Jom lah kita pergi main bungee jumping..Super duper cool..



SALAH?

Aku rasa sangat berdosa...




kamu bersalah...dan patut dihukum..

LIFE..

Selamat pagi semua.Eh apsal moody semacam tu haa?Sembelit ke aper?Rilek lahh..Thats life..kadang-kadang cool..Kadang-kadang tak cool..Tu yang best tu kan..Kalau best je memanjang nanti bosan lah pulak..Macam ko pergi disneyland..Pertama kali memang best..Cuba tanya pekerja kat disneyland tu haa..Apa yang best nya bagi diorang at disneyland tu ha..Mesti they all cakap..Hmm..bese2 sajer..Dah slalu tengok..Dah bosan dah haa..

hoi budak ko buat ape tu haa??


Ok guys..Jangan sedih-sedih dan moody ok.Life must go on..Eh apsal aku rasa macam aku cakap kat diri aku pulak ni ha?Hahaha..Ahhh..Lantak ahh..Yang penting kita happy..And i am a rockstar!!!

you guys rockk!!!

Tuesday, December 14, 2010

REVERSE PSYCHO WITH MR JOKER

Hello people..U got any problems?The problem is actually u..Not the problem itself..

Oh yer.Hari ini aku nak buat sesi terbaharu..Iaitu sesi kaunseling bersama Mr Joker..Pendekatan aku adalah berdasarkan reverse psychology..Sebab nampak lebih seronok dan orang lebih nak ikut berbanding kalau kita nasihat yang elok elok kan..Maka dengan itu..jom kita berseronok dengan soalan itu..

Linda Zaida : Mr Joker.Saya ada satu masalah lah..Saya dapati bahawa saya ni pemalas yang amat kan..Ada je banyak cabaran yang mendatang..Boyafren lah..internet lah..Tahun depan dah lah nak SPM kann..Camne tu ek?Sila lah bantu saya..

Mr Joker : Ok..Baiklah adik Linda Zaida..Wah..Sedap nama ko..Betul ke tu name ko dalam IC?Nama ko ni sangat market..Tapi sayangnya ko ni pemalas yang amat...Tak guna nama sedap tapi pemalas..Nanti apa orang cakap lak kann..

ahhh..malasnyer..

Tahap pemalas ko ni macam mana ha??Adakah sampai tak sentuh buku langsung?Atau pun satu hari baca 5 ayat sahaja?Heh?Ko mane satu haa Zaida?OK macam ni lah..Aku penah lalui SPM...Dan aku macam separuh mati tau nak jawab SPM dulu..Soalan tersangatlah susah..Kalau kau tak study memang susah nak jawab SPM..Dan kau jangan berangan lah ekk nak dapat full A's kan...Usaha ciput tapi nak mengharapkan kejayaan yang besar..Sorry to say it's angan-angan Mat Jenin kan..Haa.

Pesan aku..kalau ko malas sangat nak baca buku tu kan..Ingatlah ayat aku ni haa..Ko jangan sampai ko menangis tak dapat jawab soalan pekse tu dah lah kan..Tak ada guna..Sape suruh tak ulang kaji..Aku penah lalui benda ni..Aku tak siap jawab soalan exam besar jugak masa tu..Dan aku menangis giler-giler..Sebab aku sedih tak dapat jawab soalan tu..Walaupun exam yang dimaksudkan itu adalah sekadar PTS sahaja..Aku kecik-kecik dah ada falsafak ok..Tak dapat siapkan kertas exam adalah satu penghinaan kepada diri aku sendirik..Tak dapat jawab dengan jawab dengan jawapan yang salah adalah dua perkara yang berbeza..Sebab tak dapat jawab soalan itu kelihatan lebih tidak pandai berbanding jawab tetapi salah..


Aku pernah menangis sebab tak dapat jawab soalan..Korang pulak macam mana?Gembira ke?

Boyafren dengan Internet tu ko buang lah jauh-jauh..Tak mati kot kalau ko tak jumpa boyafren dan main internet hari hari..Tapi kalau masa depan ko gelap 2 benda ni boleh ke tolong kau haa??TAk boleh..Aku konpem lahh..Masa tu konpem boyafren ko lari jauh-jauh..Pastu kawan-kawan internet ko boleh ke tolong?mana nak tolongnya..Setakat kata-kata nasihat aku pun boleh..Heh..Ok yer Zaida..Ko rajin-rajin kan lah diri ko ek..Tak ruginya..

Bakal Doktor : Err Mr Joker..Aku ada masalah lah.Aku dulu kat sekolah hensem giler.Ramai awek minat.Sejak aku masuk universiti ni kann..Aku jadik hitam dan muka ku tumbuh jerawat lah..Boleh tak ko bantu aku?Aku takut market aku jatuh laahh

Mr Joker : Ok baiklah mr doctor-to-be (DTB)..Masalah kesihatan rupanya..Aku sebenarnya tak berapa reti sangat tentang kesihatan ni kann..Takpe takpe aku cuba..Aku rasa hormon ko tengah naik lahh..Maklumlah ko kan belajar medik..Susah giler kot medik..Hari tu kalau ko nak tau aku ada usha buku mak aku sikit tentang perubatan..Pehh..Nak menangis aku baca..Sangat banyak nak kena hafal..Maka aku pasti disebabkan itulah ko jangan risau ek..Its all about hormon dude.

Percaya atau tidak..Hitam itu adalah menawan..Kalau tak macam mana aku diterima masuk ke America's Next Top Model?My name is Nnenna..

Buat masa sekarang ni kann, ko redha sajer lah dengan keaadaan ko tu bro..Tapi at least jagelah sikit muke ko tu haa..Cuci muka setiap hari..Haa..ko kan belajar medik..Ko pergilah jumpe dermatologist..Takkan lah kat u tempat ko belajar tu tak ada dermatologist kan??Haa..Kalau tak ada..itu sangat pelik..Pemakanan ko kena jaga jugak bro..Aku tau ko duduk mesir..(motiff??)..Jangan amek makanan berminyak okeh..Hahaha..
Pastu ko tu kan duduk mesir..Janganlah ko pergi berjemur lak kat bawah matahari tu kann..Bertambah hitam ko nanti adalah..

Kalo ko nak tau..aku enjoy menjadi hodoh sementara..Sebab masa ni lah kita nak carik orang-orang yang ikhlas mahu menjadik soul mate kita..Adakah dia suka kita sebab wajah yang tampan atau pun duit?Aku suka bab bab berlakon ni kann..Berlakon jadik hodoh..berlakon jadik orang tak ada duit..Pastu carik awek..Tengok mana yang sangkut..Haa..Yang sangkut itulah aku rasa dia ikhlas nak jadik soulmate ko.



.Bila ko dah abess belajar nanti ko pergilah buat rawatan balik kat muka ko tu..Biar ko mendapat semula kehenseman wajah ko tu kann..Dan awek ko tu pon akan terpesona dengan kehenseman ko.Tak sangka yang hitam dan berjerawat itu telah menjadi hensem dan coklat..Maka pompuan-pompuan yang reject ko dulu akan menyesal sebab tolak ko dulu sebab dulu ko tak hensem..Tapi sekarang ko dah hensemm..Maka diorang akan menangis sebab menyesal..(Macam dalam fairy tale lah pulak)..

WHEN DARKNESS TURNS TO LIGHT

Kat dunia ni memang ada ramai sangat orang jahat..Tapi aku tak percaya yang diorang saja-saja nak jadik jahat..Mesti ada peristiwa hitam yang menyebabkan mereka jadik jahat..Lahir-lahir diorang tak terus je jadik jahat..Aku amat pasti yang dunia diorang tu mesti sunyi masa kecik-kecik..Mak bapak sibuk je keje doploh pat jam..Pastu diorang terabai...Cara diorang nak isi kesunyian itu adalah dengan carik kawan..Tapi bila diorang jumpe kawan yang salah camne lak??Maka habislah diorang..

Wahahaha..Akulah momok..

Aku tersangat lah marah dengan mak bapak yang reti buat anak sahaja tapi tak reti didik anak.Kalau macam tu apa beza anak korang dengan anak kucing?Tak ada kan..Mungkin korang cakap korang dah jaga anak korang tu sebaik mungkin..Hello..kucing pun jaga anak diorang jugak..Tak ada bezanya..Kecuali lah korang tu bagi didikan agama kat anak korang..Tapi cukup ke sekadar dengan hantar anak korang tu kat sekolah agama?Tak cukup mak cikk oii..Takkan nak harapkan ustaz dgn ustazah sahaja?Korang tu pun kena jugak didik anak korang tu..Aduhh..Ape arr..


Apa beza aku dengan anak korang?Haaa??Katakan kepadaku..

Aku pun tak reti lagi nak cakap apa lagi lah..Ok lah..Sampai situ sajer kot..Selamat mendidik anak..

Remove and Block..

hari ni aku nak jelaskan bahawa aku tak ada skandel ok..

OH.Post kali ni aku nak jelaskan situasi sebenar kat kawan aku..Situasi ape pulak nih??Aku ada satu tabiat buruk..Aduhh..Aku ni suka sangat remove kawan-kawan aku kat dalam facebook..Kadang-kadang aku block sajer..Kadang-kadang aku buat dua-dua..Kenapa aku buat macam tu pulak?Haa..Sebab tu lah aku tulis entry kali ni..Aku nak terangkan segalanya kat korang..Harap-harap tak ada sesiapa yang terasa ok??

APSAL AKU REMOVE dan BLOCK??



Aku tak remove orang ikut suka hati aku sahaja ok..Golongan pertama yang aku selalunya remove adalah golongan stalker..Peh..golongan ni amat bahaya untuk aku..Apa yang aku buat ada sajer dia nak tau..Macam paparazzi lah pulak kann..Aku berasa amat terancam dengan orang macam ni..Susah tau nak hidup macam ni..Ada je orang yang mengintip aktiviti aku..Sebab itulah orang ini perlu di remove kan dengan segera..Dan juga di block supaya dia tak tahu apa yang aku buat..Senang sikit hidup aku..

ehh dia tengah buat ape lak tu??erkk??korek hidung??ehh pastu dia makan taik hidung dia lah..so sexy..

Golongan kedua adalah golongan ekstrimis..Maknanya kuat politik lah tu kan..Haa..Aku ada beberapa kawan yang ekstrimis ni..Hobi diorang adalah mengkomen sesuka hati tentang apa-apa yang kerajaan buat dan buat status kat dalam facebook..Siap bangga lagi tu kann..Ciss kau..Aku menyampah tau..Maka golongan ini aku terpaksa remove untuk menjaga hubungan sebenar aku dengan diorang kat dunia realiti..No politics issue with me okay..

Golongan seterusnya adalah aku tak kenal orang tu dan orang tu pun tak kenal aku jugak..Tapi aku tak paham camne dia boleh wujud kat dalam fb aku kann.Tetiba saje ada dan muncul.Dari planet mane tah..Kadang-kadang pakai nama pelik lak tu kann..Kimici Kambing lah..Timah Tepu lahh..Cuba lah pakai nama yang elok dan molek sikit..Geram tol aku..Maka mereka ini haruslah di remove kan dengan segera..Bagi mengelakkan kekeliruan..

Yang kat fb tu korang ke? Ha ah..Jangan ingat haiwan sekarang tak maju ok?Kitorang dah one step ahead tau..

Golongan seterusnya adalah golongan yang bila aku bersama mereka..aku berasa amat rendah diri..Sebab aku ni kan prawn sahaja..Sedangkan mereka itu lobster..Mana layak kan nak jadik member diorang..Bila aku dengan diorang, perasaan rendah diri itu tiba-tiba muncul..Aku berasa amat segan dengan mereka.Sebab mereka adalah orang yang hebat sedangkan aku ni mat rempit sahaja...Maka golongan ini haruslah di remove dan di block supaya dia tak boleh tau apa aku buat dan aku tak boleh tau apa dia buat..Baru lah keyakinan aku akan meningkat semula..



Sekian daripada aku..Aku harap aku dah jelaskan segala-galanya kann..Kepada yang terasa hati tu..aku mintak maaf sesangat..Aku terpaksa remove korang..Demi kebaikan aku jugak..

p/s : Periksa fb anda..jangan tak periksa..hahaha..

Tale of Jack Black

4 hari yang lepas aku pun periksalah segala macam akaun aku..Dari emel..sampailah ke twitter..facebook..blogspot..dan last skali baru lah aku check aku punya myspace..Tiba-tiba aku jadik teruja bila aku bukak myspace aku..Aku tak sangka adakah betul apa yang aku lihat ini??

wahh..biar betik??weh adik..apsal ko tiru aku haa??mane ada aku tiru laa..

Oh tidak.Jack Black nak mintak aku jadik member dia..Tak ke gila tu kan??Mesti korang tak percaya kann?Aku pun tak percaya jugak..Tapi bila aku siasat semua fakta yang ada kat dalam myspace dia..aku pun percaya lah dia ni Jack Black kan..Tapi aku tak paham kenapa dalam banyak-banyak orang aku jugak dia nak add..Dia ni dah tak ada keje ke kann??Ke dia nak ajak aku join band dier?Jadik lead vocalist..Hahaha..Apa salahnya..Aku masih tidak mengerti..Kepada yang tidak percaya itu..aku ada sertakan beberapa keping bahan bukti..

 list of friend request...yang bawah tu abaikan ekk.aku tak propa kan??


verified profile of Jack Black ok..Lihat anak panah..


aku tak puas hati...lalu aku baca status dia..dia cakap dia ada band yang dipanggil tenacious D..aku pon google nama tu..dan aku dapat..


ni haa..betullah..dia siap ada sebut nama Jack..

Maka sekali lagi aku pun teruja...

Wahhh..its a jack black..

Lantas aku berkata kepada diri aku dengan anda yang perasan gile ni kann...Femes gak aku ni..Hahaha..

Walaupun aku ni kucing sajer...sapa cakap kucing tak femess haa??

p/s : Bila lak Adam Lambert nak add aku nih??Haishhh..

Monday, December 13, 2010

BERTAPA?

Oh.Apa  khabar gajah-gajah sekalian?Apsal gajah lak?Laa..Kan sekarang ni ramai budak universiti yang cuti kan..So bila duduk rumah tu faham-faham je lah macam mana kann..Duk membedal makanan je kat dapur tu ha..Bersenam jauh sekali.So bila cuti ni kann..Kalau badan yang macam kerengga tu terus jadik lembu..Badan yang macam anak gajah tu lak terus jadik ikan paus kan..Macam tu lah nampaknya..Apa-apa pun aku masih kurus seperti dulu?Kurus ke?Entah lah..Sedang-sedang saja kot..

Tengah hari tadi masa makan tengah hari tetiba adek pompuan aku berkata," Ngah, ko ni selekeh lah.."

"Wah sedap je ko mencerca aku kann..Aku tengah bertapa lahh..Ko tau lah kann bila orang bertapa..Jauh dengan dunia luar..Dah sebulan kot aku bertapa..Orang bertapa ni paham-paham je lahh..Teruk sangat ke penampilan aku?" aku membalass..

Ahh..kalau bertapa camnih best jugakk..

" Ha ah..Dengan rambut ko yang panjang tu haa..Cube ko tengok janggut dengan misai ko..Sangat teruk"

"Rilek..Ko kene paham orang bertapa ni..Mana nak dapat shaver masa tengah bertapa..Ko nak beli kan ke? Kalau aku shave..tak nampak lah macam bertapa kann..Haa..Tak feeling kott.."

"Ok fine...."

Lantas lepas makan aku pandang cermin dalam-dalam..dan berkata...


WAHH!!!Aku sangat hensem dengan penampilan terbaru ini..!!!

Sunday, December 12, 2010

TAZKIRAH SEBELUM JAMMING

Haa..Kan hari tu aku cakap aku dah gantung songkok kan..Sebabnya aku malas nak bagi tazkirah lagi..Tapi bak kata senior aku..tarbiyah ni tak ada masa rehatnya..Maka aku pun amek lah kata-kata itu..Tapi dalam pada masa yang sama aku kena pegang cakap aku..Hari ni aku tak nak bagi tazkirah atau ceramah..Sebab aku berpuasa ceramah sehari je ek iaitu hari ini..

walaupun saya cartun...saya tetap nak pakai songkok..


rock pon rock gak..songkok ni xleh tanggal ok..lets strip..strip..


jangan ko berangan nak rampas songkok warisan nenek moyang aku ni..because im fierce bebeh..

Atas dasar itulah aku menyerahkan sesi itu kepada kawan aku ni ha..Anas namanya..Budak dia sedikit gila..Eh silap..Banyak gila..Nama pun kawan aku..Otak dia mestilah macam aku kann..Korang tau tak apa dia buat? Lepas tazkirah terus jamming..Ko memang cool anas.Tak pernah jumpa orang pelik..sepelik kau..Ok lah..Kalau nak dengar tazkirah tu klik kat sini yer..Aku tak paksa..Kepada yang tak nak tu..anda boleh beredar..

p/s : Apsal aku pakai songkok ek??Mane kopiah aku..

OK FINE

OH.Malam tadi banyak perkara yang berlaku ek..Aku ingat polls kat tepi orang dah tak heran sangat kan..Maka malam tadi aku dah meroyan nak teruskan untuk menggunakan bahasa biasa aku..Campur-campur lah kiranya..Macam nasik campur tu..Kejap-kejap bahasa kasar..Kejap-kejap bahasa biasa..Tapi bila aku check balik aku punya blog kejap tadi..Lain pulak al kisahnya..

Rupanya dah ada orang undi..Pehh..Terharu jugak aku..Ingatkan aku dah tak laku tadi.Maklumlah..Follower pun ciput sahaja..Ada hati nak perasan terkenal..Jom gelak ramai-ramai..Tapi aku tak paham..Kenapa ek diorang undi aku nak pakai bahasa santai tu haa??Kan aku dah terangkan hari tu..Bahasa santai tu bahasa yang aku gunakan dalam percakapan harian..Maknanya kasar lah tu..Bukannya bahasa yang tidak tercemar dari segala macam carutan dan maki hamun kan..Tetapi ada unsur carutan mahupun cercaan yang bakal membunuh semua mangsa cercaan aku..

Ohh..pak cik berasa terharu sebab korang undi pak cik masuk next round pergi Hollywood week..i love american idol..thanks paula..kara..ellen..randy..kepada simon..ko boleh blah..

Maka dengan hari ini, aku nak mintak maaf dengan segala macam carutan maki hamun mahupan cercaan aku kepada semua insan sama ada secara sengaja atau pun tidak sengaja ok..Bak kata orang tua dahulu..Rezeki jangan ditolak..Musuh janganlah ngade ngade nak carik..Adess..Kepada yang terasa tu aku nak mintak maap banyak-banyak..Aku menyusun seribu jari aku walaupun pada hakikatnya aku ada dua puluh jari sahaja kan..

Ampun saya bapak..Saya janji tak dedahkan skandel bapak lagi ok..

Bahasa aku sebenarnya dipengaruhi orang sekitar aku terutamnya oleh uncle ni.klik sini.Beliau pun pakai bahasa kasar jugak..Tapi orang ok saja..Maka dengan tu aku ikutlah..Nampak macam seronok cerca orang..Tapi ada jugak orang yang tak suka..Maka aku pun hentikanlah segala carutan itu yer Kak Anon..No hard feeling ok..No menyentap kat sini..Aku ni kalau korang nak tau mat rempit yang bertaubat..Nama pun mat rempit..So bahasa itu haruslah kasar..Mana ada mat rempit berbahasa indah nan syahdu kan..Amat kelakar.

Hello korang..aku bukan rempit ok..Aku ni keje kat sarkis..Saje nak prektis masa jalan tgh clear ni haa..


Buat pengetahuan korang semua, aku tak mencerca orang depan-depan yer..Sebab aku tidak diberikan kekuatan itu untuk memalukan orang kat public..Biarlah orang memalukan aku kat public..Sebabnya, aku mencerca orang tu balik kat sini kann..Haa..Hambek ko..Malu satu kampung..Macam-macam aku cerca..Segala macam perkataan keluar.Puas hati aku.Aku tak cerca orang sembarangan ok..Mana yang baik-baik tu aku biar saja diorang hidup dengan aman..Ni aku tak puas hati dengan orang jahat..Muka dah lah berbisa..pastu perangai lak..ala-ala setan kann..Sape tak geramm..Maka mereka haruslah dicerca oleh aku..

Nak buat jahat..sila cover sikit yer..Kalau aku tahu..nahas lah korang...Akan ku maki habis-habisan sampai korang meninggal pon aku tak kisah ek..

Ok lah..Aku rasa sampai di sini kot sesi memintak maaf kat anda semua..Sebab aku nak pergi bertapa kat Gunung Tahan..Duduk kat bawah waterfall ala-ala petapa silat gitu kann..Dulu aku tahan duduk situ 10 saat saja.Sebab kat situ sejuk giler dengan air tu kuat giler..Mau tercabut kepala aku dari badan..Lepas ni ada yang sampai sepuluh jam kann..Mana tau..Aku dah pun menggantung songkok tazkirah aku..takde mood nak tazkirah orang...Padahal kejap lagi meroyan balik nak tazkirah orang..Sengal..

Inilah rahsia wajahku kekal halus dan mulus..Bersatu dengan alam..

p/s : Baru aku tau Anon tu Anonymous..Aku ingat nama dia Zainon Sameon ke..Enon ke kann..Lantak kau lah bedah..CAboooot..

Saturday, December 11, 2010

SARAPAN

oh tidak..aku terbangun awal..

Pagi tadi aku bangun lambat sangat-sangat..Amat luar biasa..Aku celik mata..terus tengok jam..Wah..Pukul sebelas setengah pagi..Tanpa cuci muka dan gosok gigi..aku terus ke dapur..Tengok apa lah yang akak aku masak untuk sarapan..Heh!Sukun goreng?Ouchh..Aku menjangkakan nasik lemak..Rupa-rupanya sukun goreng sahaja??Ahh..Lantaklahh..Asalkan ada sarapan..Tapi aku bedal dua tiga ketul sahaja..Sebab aku tak minat tumbuhan eksotik tu..



Masa aku tengah makan, tiba-tiba nenek aku berkata, " Bangah, rambut ko dah panjang lah.."

Dengan nada yang selamba aku membalas,"Hmm..ini lah fesyen paling terbaru..Ala-ala K-Pop dan J-Pop tu..Nanti baru lah ramai awek terpikat..Maklumlah..trend terbaru"..

Tetiba, akak aku yang tengah masak tu lak menyampuk..Aku tau dia jeles.Aku tau dia dari malam tadi jeles dengan aku..Dia cakap camnih," Hello..K Pop tu dah lama ok..Ko tu je yang ketinggalan zaman..Sengal!!" katanya sambil tergelak macam nak keluar anak tekak..

Erkk..KPop tu ada bau-bau bacang ke dengan karipap?

Ahh..Lantaklah hai..Asalkan aku tau yang K-Pop tu wujud kan..Persoalannya, panjang ke rambut aku?bagi aku biasa-biasa saja..Tapi kalau nenek aku cakap rambut aku dah panjang maknanya aku kena hati-hati nih..Kang tak pasal-pasal kena cerca dengan pak cik aku dengan bapak aku lak..Sudah..Satu kes lak.Diorang tu dah la sensitif sikit pasal rambut panjang nih..Macam orang tak ada akhlak katanya..Adehh..Sedih aku mendengarnya..

Aku warning awal-awal ek..Sape yang bulu ketiak dia panjang berjurai lepas ni..nahas korang..

So maknanya mulai hari ini aku kena lah cover sikit rambut aku yang tak seberapa nak panjang tu kan..Kang segala macam bentuk cercaan aku kena..Sape tak malu kan kena cerca..Nak buat camne..Dah aku memang layak kena cerca..so haruslah di cerca puas-puas kan..Yang aku simpan rambut tu panjang-panjang nak buat ape?Nak jadik Repunzel ke?Bukan Repunzel ok..Faizal Tahir sudah..

p/s : Ape pendapat korang kalau aku tukar imej jadik macam artis K-Pop tu?Mesti meletop kan??