Kisahnya bermula apabila Aku ditegur oleh kawan Aku (Rafael) :
Rafael : Yo bro, lama tak nampak kat club..Apa khabar?
Aku : Ana sihat alhamdulillah....
Rafael : Kenapa semenjak dua nih gua tengok lu dah lama sangat tak pergi clubbing?
Aku : Entah lah Rafael.Aku ingat aku nak insaf lah pulak...
Tatkala itu, berderau darah Rafael sehingga sampai ke mukanya lantas dia terus tergelak mendengar jawapan dari Aku.Dia berkata lagi, " Come on lah wey..Kita kan masih muda..Tolong lah jangan jadi HIPOKRIT. Jadi baik konon. Kau buat lawak sarkis ke apa ni?
Dengan penuh bijaksana dan tawadu' Aku terus menjawab soalan insan jahiliah yang bernama Rafael, " Memetik sebuah hadis yang lebih kurang begini maksudnya.Ketahuilah bahawa setiap insan yang dilahirkan di dunia adalah dalam keadaan FITRAH.. Terpulang kepada ibu bapanya sama ada untuk meyahudikannya, memajusikannya atau menjadikannya nasrani..
Dengan penuh bodohnya, si Rafael mencelah, "So what?"
Sekali lagi Aku dengan penuh sabar berkata lagi, " So, ko tak paham ke apa maksud hadis ni?"
Rafael dengan tersipu-sipu menjawab," Entahlah..Err...Tak paham kot"
"Oh,bengap rupanya budak nih, " bisik Aku di dalam hati. Aku menambah," Apa yang hendak disampaikan dalam hadis ini adalah fitrah kejadian manusia adalah Islam. Islam menekankan penganutnya menjaga akhlak, berbuat baik sesama makhluk. I mean, FITRAH tersebut boleh dikatakan berbuat baik."
Rafael sekali lagi dengan bodohnya bertanya lagi, "Then what?"
Aku pun naik angin dan menjawab pertanyaan Rafael dengan ayat yang penuh bisa dan menusuk hati," Tak sangka aku, wujud manusia yang bengap dan bodoh macam kau kat dunia nih. Tadi kan kau cakap aku ni HIPOKRIT sebab jadi baik dan bla bla bla. Padahal fitrah manusia adalah BAIK . SEBENARNYA, orang yang HIPOKRIT tersebut adalah orang yang berkelakuan BURUK iaitu kau. Sebab berpura-pura untuk menjadi JAHAT. Kononnya berani melawan tuhan dan ingin mencuba azab yang amat pedih tu. Nak tunjuk kuat lah tu? Kau memang kawan setan!"
Rafael terkelu dan berlalu pergi.Dan Aku pulak buat tak tahu je. Padan muka. Lain kali, nak sebelum nak cakap apa-apa pun tolong lah jaga percakapan dan ayat tu. Do not simply talk like Rafael.
P/s: Aku di atas bukanlah aku yang sebenarnya. Tapi AKU tersebut adalah nama pendek sebuah watak yang bernama nAKUrame Shinzume. Aku saja je pendekkan nama jepun tu sebab nak jimat ruang.. SELAMAT BERAMAL!!!!
wajarkah insan sebegini dikatakan HIPOKRIT?

atau pun golongan sebegini???
TEPUK DADA TANYA IMAN...


No comments:
Post a Comment
reaksi dan respon