Friday, March 5, 2010

DI SEBALIK KEBAIKAN TERSEMBUNYI SATU AGENDA JAHAT

  
Oh.Hari ini hari Jumaat. Aku dan seorang sahabat dari SHAMS berjalan pulang dari masjid berjalan kaki. Saja-saja nak tukar mood. Dah selalu sangat naik kereta. Nanti jadi manja pulak badan aku ini. Tak tahu kenapa ,hari ini carbon dioksida menyerap infra red wavelength secara berlebihan. Aku dapat merasakan kepanasannya. Inilah yang dikatakan enhanced greenhouse effect. Oh. No wonder. Masanya kian tiba. Tapi kelihatan suasana hari ini biasa sahaja. Kiamat mungkin muncul bila-bila masa

FAKTA KES 1

     Aku berasa sungguh terkilan. Pada mulanya, aku tidak sangka masih lagi wujud insan yang baik dan berhati mulia di dunia ini. Namun disebalik kebaikan tersebut, tersembunyi satu agenda tersendiri .CISS. Ada kepentingan rupanya. Patutlah buat-buat baik dengan aku. Kambing betul. Tak sangka. Selama ini dia memang ada satu niat yang tersembunyi terhadap aku. Sekali lagi, aku berasa sungguh terkilan dan kecewa yang amat sangat. Tetapi, aku tidak akan menangis seperti mana yang orang lain buat. Sekali aku tertipu, dan aku tidak akan tertipu dengan trick yang sama lagi. Tak sangka ikatan persahabatan yang baru dibina ini sanggup ditipu semata-mata kepentingan kau yang tersendiri. Betul cakap orang. Dont think what people say. You have just to believe.Aku sudah tidak menaruh harapan kepada sebuah ikatan yang bernama friendship. Because at the end of the day, i will suffer too much. Aku tidak akan berkawan sampai bila-bila....I keep my words...

p/s:aku kena lebih berhati-hati

u idiot liar

FAKTA KES 2

     Di suatu kenduri, my little sister asked me a question.

FARRA: Ngah,kau ada pakai celcom postpaid ke?
AKU    : Tak ada rasanya. Kenapa?
FARRA: Tapi, kenapa kat rumah ada dapat bil celcom. Kat situ ada tertera nama kau.
AKU    : Errr..Entah.

     Tatkala mendengar bil celcom,aku telah memaki maki pihak celcom kat dalam hati aku.Tak guna punya promoter. Tak sangka aku kena tipu kat engkau. Tapi tidak mengapa, kita settlekan lah benda nih kat mahkamah akhirat ye. Selagi engkau tidak mintak maaf kat aku selagi itulah aku tidak akan memaafkan engkau.Aku berasa amat marah. Namun takkan lah nak saman pulak kan.Aku manalah tau sangat prosedur mahkamah nih.Yang paling menyakitkan hati.aku terpaksa membayar bil sebanyak RM75.Padahal aku tak pernah guna pun.Buat rakan-rakan diluar sana, jangan tertipu dengan promoter celcom. Mulai hari ini, aku anti dengan warna biru muda.

gambar ini adalah penipuan semata-mata

No comments:

Post a Comment

reaksi dan respon