Friday, December 10, 2010

BAHASA SEKASAR PASIR ATAU SELEMBUT AIR

Bahasa adalah sesuatu yang ajaib.Ia boleh menjadi sekasar pasir..ataupun selembut air..Bergantung kepada macam mana ia digunakan..Disebabkan aku telah ditegur oleh insan yang bernama Anon tu kan..maka dengan muka yang tidak bersalah..hari ini aku bercadang untuk menggunakan bahasa yang puitis..Bagi menjaga sensitiviti para pembaca yang lain..Wah..

Perlukah aku dipersalahkan sebab wajahku yang chomel ini?

Maka dengan itulah, aku dah buat poll kat tepi tu.Aku mahu para pembaca semua mengundi gaya bahasa apakah yang patut aku gunakan?Adakah aku patut menggunakan bahasa yang puitis sahaja?Aku tidak kesah.Tapi penulisan sebegini kadang kala agak berat bagi seseorang itu.Ada orang tidak suka bahasa yang berbunga-bunga dan meleret itu.Jiwang katanya..Mereka lebih suka sesuatu yang mudah dan santai..Gaya bahasa yang puitis tidak sesuai untuk mempunyai unsur humor kerana ia sepatutnya di buat dalam mood yang serius..Selalunya aku menggunakan personaliti Eric the Phantom untuk tulis bahan yang jiwang..

Kata kata yang indah ibarat pohon menghijau..Tersusun rapi dan menyejukkan hati yang sedang berduka

Atau pun anda semua mahu saya menggunkan bahasa yang santai..Santai di sini bermaksud gaya bahasa yang saya gunakan dalam seharian saya..Aku..korang..diorang...itulah maksud saya..Bahasa yang santai ni selalunya agak kelakar sedikit..Santai lah katakan..Barulah hidup agak gembira sedikit kan..Kadang-kadang kalau nak mengkritik orang,,gaya bahasa ni agak sesuai..Kerana gaya bahasa ini penuh dengan emosi..perasaan dan sebagainya...Selalunya aku menggunakan personaliti Joker untuk menulis penulisan sebegini..Barulah feeling..

Kenapa aku ditangkap?Adakah menggunakan bahasa kasar itu salah di sisi undang-undang sekolah?

Maka sebagai pembaca yang bijak..saya menyeru anda semua buatlah undian kat tepi itu ya..Untuk kebaikan kita bersama juga..Undian akan ditutup hujung minggu ini.Sekian terima kasih..Segala kerjasama anda saya dahului dengan ucapan jutaan terima kasih..

Jom mengundi

Salam seribu sayang dari mata hati aku.
-Jack the Ripper-

Thursday, December 9, 2010

AKU TAU AKU SAMPAH

Wah..Kali pertama ada orang kritik aku punya gaya bahasa..Ko memang hebatlah Anon..Korang nak tau tak camne aku kena sound?Insan yang kritik aku tu menggelarkan diri dia sebagai Anon.Wahai encik Anon siapakah anda?Adakah anda tidak berani mendedahkan siapa diri anda sebab anda takut dengan saya?Aku tak kesah sebenarnya korang nak cakap apa pun.At least pakai lah nama yang sebenar tu..Baru lah aku tau sape yang tak puas hati dengan aku ke ape kan..Ni ha kata-kata beliau..Sila check kat shoutmix..kat tepi tu haa..



Anon aku rase kalau kau nak jadik qudwah hasanah, perbaiki lah bahasa kau sbb islam xajar umatnye gune bahasa kasar2.sopanlah sikit bahasa kau tu


Wah..hebatkan si Anon ni??.Sampai macam tu sekali dia sound aku..Kepada diri aku..aku ucapkan padan muka..Ada orang tak suka gaya bahasa aku..Tahniah kat diri aku..Sentap giler aku..OK lah..Lepas ni aku tak post tentang ceramah lagi lah ek..Dan aku rasa macam malas nak blogging..Terima kasih bebanyak sebab kritik.

Dia cakap camtu je..baru lah aku sedar bahawa aku ni memang tak layak kan nak tazkirah orang..Aku ni sape lah kan.Memang tak layak pun kan nak cakap tentang agama-agama ni kann..Memburukkan persepsi masyarakat terhadap Islam sahaja..Aku tau aku sampah..Sebab tu lah mulut pun macam sampah..Orang tak suka..OK Fine..Aku quit..Lantak ahh..Ko jangan nak pujuk aku bagai..Aku dah kecewa..



BABAI...

p/s : Ko terasa ke dengan kata-kata aku dalam entry yang lepas wahai Anon oii?Kalau ko terase..aku mintak maap bebanyak ek..Aku tak sangka lak post aku kena batang hidung ko..

BERAPA NILAI KORANG?

Ini adalah ulangan siri ceramah seorang penceramah.Ini bukanlah idea asal aku..Sekadar berkongsi ilmu..Tetapi menggunakan gaya bahasa seorang aku..

Aku nak tanya korang semua..Berapakah nilai korang semua?

Adakah korang semahal emas?

Ataupun cuma berharga Rm50 sahaja?

Atau pun RM 1??

Atau pun..cuma seposen saje??

Cuma anda yang mahu menjawab soalan itu..Seorang juara mempunyai nilai diri yang amat tinggi..Manusia diciptakan mempunyai nilainya yang tersendiri..Orang yang membunuh diri sebenarnya tidak tahu nilai yang ada pada diri mereka..

Errkk??Korang tau tak nilai tu macam mana rupanya??

Ok aku bagi satu gambaran..Aku ada sekeping kertas A4 kosong..Kertas itu boleh digunakan untuk melukis, buat origami dan lain-lain..Ok..Let say aku pijak kertas tu sampai kotor..Korang rase korang nak lagi ke kertas tu?Sudah pastilah anda tak nak..Ok kali ni aku ambil sekeping kertas yang lain..Iaitu duit kertas RM50..Let say aku pijak kertas tu dan keronyok kertas tu..Walau pun aku dah pijak kertas tu..korang rasa korang nak lagi tak?Mestilah nak..Kerana kertas itu mempunyai nilai nya yang tersendiri kan..

jadilah seorang juara..yang mempunyai nilai yang amat tinggi

Begitulah juga manusia..Manusia ada nilainya yang tersendiri sebab kita adalah sebaik-baik kejadian.Janganlah kita cepat berputus asa dengan diri kita sendiri..Tapi setiap orang lain nilainya..Tak guna muka hensem tapi tak ada nilai..Tak guna muka chantek tapi bernilai rendah..Jadilah seorang juara yang mempunyai nilai yang tinggi..

Sekian dari tinta hati seorang aku..

p/s : Jangan mengharapkan orang akan memberikan sesuatu yang terbaik kepada kita sekiranya kita tidak mampu memberikan orang sesuatu yang terbaik..

PENGAJARAN BUAT AKU

Semakin lama aku hidup semakin banyak aku dapat pengajaran.Benar.Itu adalah hakikat dan bukannya rekaan.Orang lain begitu juga..Semakin lama hidup semakin banyak garam yang kita telan..

Aku sekadar nak berkongsi apa yang telah aku lalui kat kolej..Semua orang tak suka kena paksa buat kerja..Tapi bila dah kena paksa..maka terpaksalah kita buatkan..Tapi akhirnya produk yang dihasilkan adalah tidak bermutu..

Aku ingat lagi pada sem 2, kawan aku sorang ni suruh aku carik budak yang nak masuk nasyid.Apsal aku lak?Hebat sangat ke aku ni?Aku takder lah hebat sangat kan..Tapi boleh lah sikit-sikit..Kesian kawan aku tuh..Dah lama dia carik budak..So sebagai kawan yang baik aku pun tolong lah dia..


ahhhh..tertekannya aku

Aku ingatkan senang nak carik budak..Pehh..Susah giler beb.Semua orang tak nak masuk..Katanya suara diorang tak sedap..Haa..Sedar pun diri kan..Baguslah macam tu..Aku sangat suka orang yang jujur dan ikhlas..Kalau suara tu tak sedap..katakan tak sedap..Jangan berangan lak suara ko tu macam Raihan..Haish..

Maka bermulalah episod aku berlelah mencari budak yang nak masuk..Setiap bilik kat blok tu aku masuk kan..Aku terpaksalah menebalkan muka aku ni haa..Merayu macam-macam nak ajak budak ni masuk.Korang ingat korang tu diva sangat ke sampai aku perlu merayu sampai macam tu sekali..Come on lah weyy..I must tell that it sucks..Semua tak nak masuk..Ahh..Susahnya tol lah camnih..Sangat kusut..


encik..tolonglah masuk nasyid..saya merayu sesangat..


Tetiba tah macam mana aku dapatlah beberapa nama yang nak-tak-nak masuk..Ape maksud nye??Maksudnya diorang tu tak konpem lah masuk kan..Atas pagar camtu arr..Ahh.Tu tak penting..Yang penting ada budak yang nak masuk..

Selepas dapat nama tu maka aku pun sibuklah mencari lagu yang sesuai..Berangan ni kan nak masuk nasyid..Aku cadangnya nak bawak lagu acapella saje..Malas lah nak download minus one..Sebab Kadang-kadang tak jumpe langsung minus one lagu nasyid tu..Senang buat je lah acapella kan..Buat pakai mulut je..Sape2 pun boleh buat..Tapi yang penting ada sorang penyanyi..Dan orang itu bukanlah aku..



Bila dah ada lagu mestilah kena buat latihan..Punya lah susah nak kumpulkan semua budak ni nak buat latihan.Susahnya macam nak ajak solat Subuh berjemaah kat surau..Susah yang amat...Ada je alasan tak nak datang..Ada tu lak cakap kejap lagi dia datang..Ko ingat aku ni bodoh sangat ke ha??Bila ko cakap camtu saje aku dah tau yang ko konpem nak larik buat latihan kann.Saje nak buat aku naik angin kan??.Lantak ko arr.Yang penting budak lain ada..

kejut budak Subuh lagi susah dari panjat gunung

Aku ingat sampai situ saje aku bengnag..tapi masa latihan pun ada jugak budak yang buat hal..Serius aku bengang masa tu..Aku pun ada gak subjek yang nak cover..Masa latihan fokus la bai..Ni aku dah ajak sampai dua kali dah kan..Ko masih lagi lah kat atas meja tuh..Belajar lah kononnya..Kalau camtu lebih baik ko cakap terus terang kat aku tak nak masuk..Senang citer..Tak sampai situ saja hati aku disakiti..Masa latihan tu kan..ada pulak budak berlatih sambil baring bagai..Ala-ala bersantai kat pantai gitu kan..

Pehh..Pertama kali dalam sejarah peradaban manusia aku tengok orang berlatih menyanyi sambil baring..Memang aku pandang tinggi lah kan orang macam tu..Ni dah sampai tahap tertinggi ni..Mane ada artis pernah buat macam tu kan..Ko sorang je buat..Maka pada masa tu aku memang dah tau..Ko tak ikhlas nak datang..

walaupun kitorang nampak macam nak berenang..tapi sebenarnya kitorang tengah berlatih nasyid..

Masa tu aku dah tak tahan dah.Sape tak bengang kan..Aku punyalah bermati matian buat benda tu..Tapi diorang macam nak tak nak saje..Aku terus pergi..Dan aku pun cakap, I QUIT..

Its too little too late bai...I QUIT..

Oh.Pada masa tu aku bengang yang amat..Seminggu lah aku menyibukkan diri nak settlekan benda tu..Tapi last2 tak ada kerjasama dari semua pihak.AHH..Lantak ko lah bai..

Malam tu walau pun ausmat tak ada wakil, aku tetap pergi pertandingan nasyid tuh..Nasyid adalah segala-galanya bagi aku..OHH..Apa-apa pun malam tu ausmat je yang tak ada wakil.Rasa sangat terhina lah pulak kan sebagai salah sorang ausmatian..Tapi lantak ahh..Aku lebih rela tak join daripada memalukan diri aku kalau join..Sebab budak ni nak tak nak je masuk..

Malam tu aku ada tengok banyak persembahan pelik..Ada lak nasyid camtu ek?Korang memang kelakar..Tapi suara fadhill, ridwan and team serius best.Aku rasa diorang tu memang budak nasyid sekolah..Persembahan team lain agak sarkastik.Korang ingat ni persembahan sarkis ke haa??KOrang dah merosakkan seni nasyid itu dan korang harus di hukum..Apa apa pun malam tu aku enjoy lah jugak persembahan diorang walaupun agak aneh..

kamilah pasukan nasyid kampung pinang nan sebatang..smile..

Di akhir pertandingan, sahabat baik aku, Aizudin ada memberikan sedikit ucapan.Dia lah yang bertanggungajwab menganjurkan program tuh.Dan aku amat tersentap dengan ucapan dia tu..Ko makan dalam kat aku ke Din oii?Ucapan tu macam ko tujukan kat aku jer.Apa-apa pun mamat ni memang penuh dengan kata-kata hikmah..


Hello people...listen up carefully....

Kata DIN, " Sebenarnya menang atau kalah tidak penting dalam pertandingan nih..Apa yang penting adalah produk yang dihasilkan..Apa yang ana (peh) maksudkan adalah macam mana kita bina team work..yang akhirnya membuat kan kita berjaya buat persembahan yang bagus.Tahniah untuk anda yang menyertai..Kepada yang tak sertai tu,tahun depan boleh cuba lagi..

Ceh..Memang sah ko tujukan ucapan tu kat aku kan..Macam lah aku tak kenal ko din..Apa-apa pun..Terima kasih din..Ucapan ko memang indah tapi dalam masa yang sama..bisa dan pedass..

Apa yang aku dapat adalah..kalau orang tu buat kerja kerana terpaksa maka mereka akan terseksa..Maka kerjasama susah diberikann..Kat sini aku dah silap besar..Sebab aku gak yang paksa diorang masuk..Last-last aku gak yang kecewa..Tak ke tindakan yang tidak bijak itu..Lain kali aku takkan buat lagi..Aku janji..

p/s : Aku takkan paksa lagi orang..dan aku akan pastikan orang lain tak paksa aku jugak..It sucks..

Wednesday, December 8, 2010

SOALAN KEBABOM DARI BIE KEBABOM

Selamat petang semua.Tak kisah lah anda di mana pun..Di Aman, Jordan ke (sape tu,hehe), di KL ke atau pun di mana-mana..Aku harap korang sihat sejahtera..Maklumlah sekarang ni kan tengah musim tengkujuh..Demam, selesema dan batuk tu macam dah biasa dah kan waktu hujung-hujung tahun macam ni haa..

Apa-apa pun, aku telah di tag oleh member sekelas aku..Dia menggelar dirinya sebagai Cim Belang..Bagus lah tu kan..Aku ni dah lah dalam mood mencerca orang..Pastu lak ada orang nak tanya soalan kat aku..Pehh..Terasa diri ni macam artis lah pulak..Ermm..Jom kita mulakan sesi soal jawab soalan tu ek..Tak sabar pulak rasanya nak jawab..

Apakah rahsianya encik bersuara mantap??

1. Apa benda paling penting dalam hidup korang?
Takde ke soalan lagi susah selain soalan ni haa?Adoiai..Pening kepala aku nak jawab..Benda paling penting ek?Entah lah..Aku pun tak tau..Tapi aku rasa duit lah kot..Haha..Aku ni bukanlah sebenarnya mata duitan (cover line)..Tapi sebenarnya dengan duit kita boleh buat macam-macam..Buat amal ke..beli barang keperluan ke..bayar bil letrik..sume perlukan duit..Sedangkan ko nak masuk tandas awam sekarang pun kena bayar 20 sen tau tak..Walaupun servis diorang ala-ala kadar je kann..Sume nak kena bayar..Tu lah benda paling berharga bagi aku..

Vogue giler kan speck aku..Muahahahhahaa..

2. Benda terakhir yang korang beli guna duit korang?
Benda terakhir yang aku beli?Hmm..Aku beli mee goreng sedap..Masa tu aku memang dah kemaruk giler nak makan mee tu kan.Maklumlah dah 6 bulan kot anak tekak aku ni tak menelan mee tuh.Nak exam lah katekann..Tak tau lah apa yang diorang letak dalam tu sampai aku ketagih sangat benda tu..Tapi aku beli satu bungkus jee..Tak adalah sampai 6 bungkus kan..Itu dah gila namanya..

Oh..sedapnyer mee nih..kang dengan sudu-sudu ni sekali aku telan kang

3. Dimanakah tempat korang akan langsungkan perkahwinan korang dan apakah temanya nanti?
Wah soalan kau..Tersangatlah kontroversi kann..Kat mana aku nak kahwin nanti?Soalan ko ni kan aku tengok tersangatlah tak logik bedah..Ada ke orang buat majlis perkahwinan kat dalam airr??Apa-apa pun..Jap eh..Biar aku pikir jap..Aku pun tak tau lah nak kahwin kat mane..Aku tak kisah kot semua benda tu..Asalkan semua orang tau yang aku dengan bini aku dah kahwin dengan sah..Tu je..Asalkan memenuhi tujuan majlis perkahwinan tu cukuplah kan..Kenapa lak nak membazir kann..Buat je kat mana-mana..

Ada orang tu sampai berhabis bagai lah kan nak buat majlis kahwin..Buat kat hotel 5 bintang..Nampak kelas sikit..Kahwin sekali je katanya..sebab tu lah kena buat grand sampai macam tu sekali..Camtu lak eh?Bagi aku tak kot..Semua benda tu tak perlu pun.Membazir sajer..Lebih baik ko tabur duit tu kat atas jalan.At least orang lain boleh dapat manfaat..Same jer...Mungkin ko cakap ko tak kesah sebab ko banyak duit..Lantak ko lah..Aku rasa aku buat kat rumah je kot..Lalalala..

psssttt..kita kahwin kat angkasa nak??baru nampak macam gundam sikit..hehehe..romentik tak abang??


Hmm..temanya macam mana lak?Kalau aku cakap aku nak buat tema gothic emo korang rasa sesuai tak?Entahlah..Seperti mana yang aku cakap tadi..aku tak kesah..Biarlah bini aku settlekan semua benda tu..Asalkan tema dia tak pelik sangat seperti cosplay ke..tema halloween ke..Memang aku sendiri lari dari majlis tu kan..Asalkan nampak ok je sudah..Yang penting..no maksiat..no arak-arak.no dancing dan paling penting..no karaoke..Aku tak nak ada orang pengsan sebab dengar suara-suara bisa ibarat petir yang sabung menyabung masa majlis tu nanti..Aku kalau boleh tak nak susahkan jemputan aku..Biarlah mereka nak pakai tema apa pun..Grammy ke..Retro ke..hip hop ke..Asalkan menutup aurat..

4. Adakah korang sedang bercinta sekarang
Bercinta?Soalan sensitif ni..I am not in mood lah nak bercinta bagai..Masih terlalu muda..Banyak lagi benda aku perlu settlekan.Buat apa nak bercinta bagai kan??Aku cadang sebelum bercinta aku nak memperbaiki diri aku dulu.Barulah dapat memikat awek solehah..Berangan betul aku ni kan..Lantak ahh..

Ok lah..Aku mengaku..Aku tengah bercinta dengan agama aku dan Allah..Teruknya diri aku ini..Jahilnya aku..Aku rasa cukuplah setakat itu kejahilan aku..Aku tak nak mati dalam kekufuran..Aku tengah cuba memahami dan mendalami agama aku..Cehh..Padahal..


being single is a true freedom..


5. Berapa lama korang akan mencintai kekasih korang?
Sekiranya aku dipertemukan dengan jodoh itu..aku takkan mensia-siakan mu wahai sayangku.Hahaha..Rasa macam nak muntah lah pulak cakap macam tu..Aku akan mencintai kekasih aku sampai bila-bila pun..Selagi lah dia taat kat aku kan..Kalau dia curang..sila lah berambuss kau wahai perempuan..Sanggup ko curang kat aku..Apa aku ni tak cukup baguss ke untuk kau haa?Pergi sekarang..
Aku tak nak tengok muke ko kat sini..Apsal aku teremo pulak ni haa??Adess..

berangan ek nak curang?muka pun macam cerek..pergi kau..


6. Di manakah korang selalu jumpa kekasih korang?
Aku single ok..Tak pernah dating..So soalan ini perlulah tidak dijawab yer..

7. Novel/buku/majalah terakhir dibeli
Buku paling last aku beli adalah The Good Health Hand Book..Kat dalam tu dia ada nama-nama penyakit yang biasa dialami oleh manusia dan cara-cara mengubatinya.Supaya tak lah nanti kan selsema sikit je telan panadol.Tak ke gila tu..Asal sakit sikit je telan paracetamol..Muka pun dah macam paracetamol aku tengok.Beli buku ni baru lah nampak macam hebat sikit.Motif nampak hebat?..Haishh..Yang penting buku tu sangat bagus untuk aku..

8. Apakah nama penuh korang?
Motif ko tanye soalan ni?Nama sebenar aku adalah Shahrul Zaquan bin Iskandar..So ape lagi..Sila lah stalk aku ek..kalau senang-senang nanti search lah nama ni kat google..Konpem kat situ korang jumpe aku..Kalau boleh add facebook aku sekali ek??Wah..Promote diri nampak..dah tak laku ke??haha..

9. Antara mak dan ayah, mana korang lebih mesra?
Mesra??Macam bob mesra tu ke?Konpem-konpem lah aku lebih mesra dengan mak aku..Ko gila pe nak mesra dengan bapak aku..Kang dia cakap aku buang tabiat lak kan..Dia tu dah lah bekass tentera..Sekali dia terajang..mampos aku..Sapa nak jawab? Bapak aku tu dah lah orang nya jenis yang tak mesra kan..Beliau cool sajer..So orang yang cool ni perlu lah dilayan secara cool jer..Maka selalunya aku bermesra dengan emak aku sajer lah..Tak pun dengan anak kucing ke..Mana-mana yang ada..Haishh..

Nah..rasakan..Dengan bapak sendirik pun ko nak menggatal?

10. Namakan orang yang betul2 korang nak jumpa dalam hidup korang?
Sudah pastilah aku mahu berjumpa manusia paling hebat yang pernah diciptakan kat atas dunia ini iaitu Nabi Muhammad s.a.w..Perghh..Beruntung badan sekiranya dapat jumpa bagindaa..Ahh..Sangat terharu..

11. Adakah korang basuh baju korang sendiri?
Ini lagi satu soalan yang tak logik..Adess..Konpem-konpemlah aku basuh baju aku sendirik..Kalau selain dari rumah tu aku basuh baju sendirik.Macam kat hostel ke..kat kolej ke..kat rumah member ke kann..Tapi kalau kat rumah tu selalunya mesin yang tolong basuh kan..Aku cuma perlu masukkan baju ..letak air..dan letak sabun..Perbuatan itu dikira bukan membasuh kan??Maka dengan itu kat rumah aku tak basuh baju sendiri..Mudahnya kehidupan dengan teknologi moden..

Gulp..gulp..Help me......

12. Dimanakah tempat yang betul2 korang nak pergi?
Aku nak pergi melawat seluruh dunia Islam..Maka dari situ baru aku boleh tahu keadaan dan kehidupan sebenar umat Islam yang lain..Kalau mampu aku akan membuat sesuatu untuk membangunkan umat Islam seluruh dunia...

13. Pilih salah satu, peluk atau cium?
Ni lagi satu haa..Motip ko tanya soalan lucah macam ni kat aku?Ko ingat aku ni ape?Lain kali silalah tanya soalan yang boleh membangunkan minda dan jati diri sikit..Ni yang nak marah ni..Ko tanya soalan ni nak menghanjeng aku ke ape?Aku tak nak lah jawab soalan bebal macam ni kann..Lagi satu..soalan ko ni general sangat..Maksud ko peluk atau cium apa??Anjing ke??Kalau anjing tu aku tak nak buat dua-dua sama ada peluk mahu pun cium..

Ape lah kejadahnya tanya soalan macam ni..Same je  ko tanya camni..Berak ke kencing? Makan ke minum..Aduhh..Tak ke bebal tu..Sapelah yang buat soalan tag ni kann..Lain kali kalau nak buat soalan tag tu silalah yang elok-elok yer..Apa salahnya ko tanya nak sedekah atau solat sunat ke..Baru lah nampak kan peribadi orang tu..Ni soalan lucah..Ahh..Jangan harap aku nak jawab..Soalan yang menghanjing camni haruslah dijawab secara hanjing kann..


nak ke korang cium anjing??


14. Beritahu 3 benda tentang orang yang beri tag?
Wah..ni kiranya sesi bodek-membodek lah ni?Aku nak mendedahkan 3 gosip liar tentang ko bie..Siap ko bie..

-Dia merasakan bahawa dia adalah seekor kucing walaupun pada hakikatnya dia adalah seorang manusia..Aku pun tak paham kenapa dia konpius dengan diri dia..Padahal sudah ternyata yang dia tu manusia kan..Ko ni kelakar lah biee..Dan aneh..Tersangatlah aneh..

- Dia ni cun, comel dan berwajah sempurna..Wah..Muka ko memang meletup bie.Macam supermodel..Sebab tu lah ramai lelaki jatuh chenta dengan dia..Tapi aku tak ok..Sebab aku kalis chenta..

-Dia ni sayangkan haiwan..Kalau boleh semua haiwan dia nak bela..Cuba korang bayangkan..Dia bela hamster dan kucing sekali guss..Tak ke aneh tu..Kebanyakan entry dia adalah berdasarkan haiwan..Aku rasa kalau dia bertanding dalam pilihan raya haiwan sedunia..dia boleh menggantikan raja rimba..iaitu singa..Hahaha..Sebab dia sayangkan haiwan..

15. 5 benda yang paling disayangi dalam hidup anda?
Oh benda paling sayang pulak ek?Tadi benda paling penting..OK lah..Benda paling aku sayang adalah laptop dengan kamera aku.Kat dalam kamera tu pulak ada memori indah aku bersama member aku.Dengan laptop lak aku boleh buat macam-macam..Main game..tengok cerita..photoshop..Dan yang seterusnya sudah pastilah telefon bimbit aku..Kalau telefon takder..susah giler nak call family atau pun member..

Dua lagi adalah keluarga dan sahabat aku..Dua benda ni tersangat lah aku sayang..Kalau dua benda ni takde aku tak tau lah camner nak hidup..Aku boleh jadik gila kot..Inilah anugerah teragung yang aku ada..Sebab tu lah aku sayang dua benda ni dari segala-galanya..

16. Lagu yang paling anda suka dan selalu dengar?
Aku ni jenis yang rock..So aku suka dengar yang bingit-bingit..Apa-apa pun..Aku suka sangat dengar lagu Broken Open yang Adam Lambert nyanyi..Sangat sedih dan syahdu tau..Setiap kali aku dengar mesti rasa macam nak nangis..Seolah-olah lagu tu memang ditujukan khas untuk aku..Adakah aku ni inspirasi Adam nak buat lagu tu?Entahlah..Yang penting ko memang best Adam..Suara ko unik sesangat..



17. Bila tarikh lahir dan kat mana korang sambut tahun lepas?
Mak aku lahirkan aku pada 4 Zulkaedah 1411 Hijrah.Bila tuh??Haaa..Korang kira lah sendirik ek..Aku malas nak cakap..

18. 5 rakan Blogger yang korang nak tag a.k.a suspek2 yang perlu di cari...
-Ammar Adam (habislah ko)
-Miza
-Syauqey Adnin
-Arep Leman
Fadhzuan Aizat..

Kepada yang selalu tulis blog dalam English tu..merangkak lah korang kan nak jawab macam mana..Aku memang sajer je nak tag korang..Habiss laa korang...

p/s : Orang yang perlu dicerca haruslah dicerca habis-habisan..Jangan bagi peluang langsung..