Thursday, October 28, 2010

PESAN UNCLE...

.......................
 ... klik sini kalau nak tau...

Monday, October 18, 2010

SEKIAN TERIMA KASIH

......................................

Thursday, October 7, 2010

FINAL CHAPTER..FAREWELL POST..THE END



Setiap yang bermula pasti akan berakhir..Dan aku telah membuat keputusan yang muktamad..Aku dengan rasminya ingin mengakhiri blog ini..Menamatkan spekulasi yang entah muncul dari mana..Aku ingin menghilangkan diri buat seketika..

Maka hari ini tercipta lagi satu sejarah..Aku akan hilangkan diri dari dunia siber buat seketika..Kerana aku ingin mencari ketenangan..Maka apa yang telah aku fikirkan adalah..mengakhiri blog ini, memadamkan akaun fb, myspace, twitter dan sebagainya...

Dan juga aku telah pikir masak-masak..Aku ingin menarik diri dari GRAND DINNER AUSMAT..Sebabnya?Kerana aku dapat merasakan bahawa malam tersebut bukanlah malam aku.
.Bukanlah suatu malam yang akan membuat aku ceria dan gembira..Tetapi malam yang akan membuatkan aku bertambah sakit dan derita..Aku cumalah watak sampingan di tempat ini.Tak ada signifikan langsung..Maka sebagai watak sampingan, tidak perlulah aku muncul dalam semua episod..Dan perlulah pandai-pandai keluar daripada kisah ini..

Kepada semua kawan-kawan dan rakan pembaca, aku ingin meminta maaf kepada korang..Sebab aku bukanlah kawan yang baik..Sebaliknya seorang kawan yang emosional, tak waras dan gila...Cuma pesan aku..pandai-pandai lah menjaga diri..Kehidupan amat sukar..Dan pandai-pandai lah memilih kawan..Dan kepada yang dah ada kawan baik ke, bff or whatsoever..pandai-pandailah jaga hati mereka..Hargailah mereka seperti mana korang hargai family korang..Sebab mana tahu, mungkin hari ini dia adalah kawan baik korang tapi pada masa hadapan mungkin mereka adalah musuh paling ketat korang..

Akhir kalam..salam sejahtera buat kamu semua..Aku akan sentiasa doakan kesejahteraan korang bersama orang yang korang sayang...Dan bersegeralah korang kembali ke jalan yang benar...sebelum terlambat..Sesal dahulu pendapatan..sesal kemudian tak ada gunanya..

- THE END-


p/s : aku sedang terjatuh..dan perlukan masa untuk bangun sendiri.. sebab tiada sesiapa nak tolong..tapi aku janji yang aku akan kembali..mungkin esok..mungkin minggu depan..atau pun 10 tahun lagi..tetapi aku akan kembali bukan sebagai aku yang lemah..Aku akan menjadi aku yang baharu...Maafkan aku semua..

Tuesday, October 5, 2010

KEBANGKITAN JOKER

Maka, hari ini telah tercipta sejarah yang baharu..Mr Joker is completely unleashed.The evil is finally taking over me....

Pesanan aku kepada kawan-kawan semua..aku tidak mahu bercakap dengan sesiapa pun mulai hari ini dan beberapa hari yang seterusnya..Sebab ayat korang kadang-kadang mengeruhkan lagi keadaan yang aku alami..Dengan lawak tah apa-apa tu..Sebab itulah tadi masa bengkel Malay Studies aku lebih suka duduk sensorang..Sebab korang..

Benda yang paling bongok aku dengar hari ini adalah apabila korang terus tanya dan tanya dan tanya tentang zawani kat aku...Kepada insan yang membuat fitnah itu, aku TAKKAN MAAFKAN korang..Lantak kau lah hai..Aku malas nak layan korang..Korang tau tak aku paling benci benda tu..Kenapa nak fitnah aku lak..Dan orang kedua yang aku benci adalah insan yang bertanggungjawab menyebarkan fitnah tu..Come on lah weyy..Sampai budak BONDI pun dah tau..Aku tau sape yang buat tu..Tapi aku diam je..Sapa makan cili dia terasa pedas..



Pastu kepada sesiapa yang terasa tu, tolonglah jangan mintak maaf kat aku dalam beberapa hari ini..Sebab aku malas nak layan KAU..Dan orang lain..Korang memang setan..Musuh dalam selimut..gunting dalam lipatan..api dalam sekam..Aku tau korang jeles tengok aku hepi..Tapi janganlah sampai nak spoil kan mood aku tiap-tiap hari..Ada je lawak bangang tuh..

Thanks lah yer kepada sesapa yang spoilkan mood aku hari ni..Korang sangat hebat..Esok aku nak balik rumah lagi..Sebab aku tak tahan dah..Sumpah sakit hati dan kecewa...Aku sangat benci hari ini.Hari yang aku takkan lupa sampai bila-bila.Dan insan yang bertanggungjawab..Dun worry..Tak ada perkara lagi yang hendak dibincangkan..Semuanya akan dibawa ke mahkamah akhirat...

If u wanna play with joker, here is the real joker..Aku takkan balas dendam hari ini..Tunggulah saat dan masanya yer..Saat itu korang akan terseksa..Dan aku pulak yang akan tergelak kuat-kuat..


Thursday, September 30, 2010

JALAN MATI



OH..

Mungkin semua orang dah tau benda nih.Tapi aku nak jugak share.Tak kira.Ok.Baik aku mulakan sekarang..
(take a deep breathe).....

Hidup ini ada dua sahaja jalan yang kita tempuh.Bukannya satu, bukannya tiga mahu pun empat.Tetapi ada dua sahaja. Jalan itu pulak adalah sama ada jalan yang betul atau pun jalan yang salah.Secara amnya, kebarangkalian untuk mendapatkan kedua-dua jalan itu adalah sama iaitu 0.5. Tak ada jalan di antara keduanya (jalan yang ketiga ler tuh)...

Ada orang yang telah melalui jalan yang salah.Tapi tidak mengapa kerana sentiasa ada jalan alternatif ke jalan yang benar.Tetapi jalan alternatif itu mempunyai tempohnya yang tersendiri.Sekiranya kita gagal mencari jalan alternatif sebelum sampai tarikh luput tersebut, maka gelaplah masa hadapan anda.



Namun, ada juga insan yang mengambil jalan yang benar itu. Maka aku nak ucapkan tahniah kepada golongan tersebut. Walau bagai manapun, mereka juga bertanggungjawab menunjukkan jalan kepada insan yang telah tersesat jalan. Kerana apa? Kerana insan yang telah tersesat ini memerlukan panduan dan tunjuk ajar disebabkan mereka tak tahu..

Walau apa apa pun, seperti mana yang aku telah cakap tadi hidup ini ada dua sahaja jalan.Dan manusia bebas untuk memilih mana-mana jalan. Kepada yang sengaja mengambil jalan yang salah, maka tunggulah balasannya. Kerana anda memang sengaja mencari nahas dan sengaja membinasakan diri.

Maka pilihlah jalan yang benar maka kamu semua akan selamat...

p/s: Sedihnya hari tu sesat sensorang kat Jalan TAR..