Friday, November 12, 2010

GILA

Salam perpaduan dan salam anak merdeka..Hari ini aku ingin meluahkan rasa terkilan aku..Nak dibuat citer, aku ada seorang kenalan sekolah menengah  (not even friend ok)..Nak dibuat citer..masa kat sekolah menengah dulu (korang pon tau aku skola mane)..elok je bertutup..Bila dah abes sekolah semua berubah..Hmm..Setelah setahun tak jumpa, tup2 aku tgk gambar dia kat facebook dah jadik freehair lah pulak..Bangga gila menunjukkan mahkotanya itu..Ceh..Apa dah tak laku sangat ke??

Kesian tol aku tengok dia neh..Apa adakah agama tu ada kat sekolah je??Entahlah..Aku no komen..Aku pun apa lagi..Aku rasa diri ini bertanggungjawab menegur dia..tapi aku tak tegur direct..Aku takut..Siapalah aku ini..Aku tegur melalui kawan aku yang sorang nih..Dia pandai sket berhujah dengan dalil..Sebab dia further study dalam bidang syariah...

Alhamdulillah..akhirnya dia kembali menutup aurat...Tetapi bila aku check balik kat facebook aku, dia dah tak ada lagi dalam senarai kawan aku..Mungkin aku telah di delete dari friend list nyer..Tapi buat apa aku nak kesah..Shes not even my friend..Dan paling bestnyer..dia makan dalam kat aku kat status facebooknyer..Dan aku sekali lagi berkata..WHO CARES ko nak makan dalam..You are not even my friend..Kita kenal kat dalam alam maya jek..Kat sekolah..u are my greatest enemy..Aku tak pernah kenal sapa kau kat sekolah dulu..

Sekian cerita aku hari ini...ADA AKU KISAH???

p/s : Tak semua orang suka kalau orang ajak buat baik..Buktinya, berapa kerat je manusia yang ikhlas turun musolla kat sekolah dulu..Turun pun sebab warden je..atau pun masa nak exam..Aduhh..Come on..

Thursday, November 11, 2010

Real Good Friend

Oh..Malam ni aku berada kat Negri Sembilan tanah tumpah darahku..What i can say is..Chemistry is very WHOA...Super Duper Cool..Malam ni tak ada apa-apa yang menarik yang perlu dibincangkan..

Apa-apa pun malam ni aku nak citer tentang Shrek..dan kawannya..Shrek adalah makhluk yang agak tak hensem, gemok dan hijau..Shrek ada seorang kawan..Namanya Nerd..Tapi Nerd tu tak adalah skema sangat..Cuma nama sahaja..Nak dibuat citer..Nerd ni kawan baru Shrek..Nerd sangat baik dan hebat..Thanks to Nerd..Nerd selalu membantu Shrek semasa Shrek berada dalam kesusahan..Kerana mereka adalah kawan baik..Real close friends..Kalau Shrek sakit, Nerd selalu akan tolong..bagi bantuan dan sokongan.Tapi Shrek ni jahat sket..Sebab Shrek tak reti menghargai Nerd yang baik itu..

Tapi...diorang kawan sekejap je..Sebab pastu diorang kena berpisah...Pasnih si Shrek ni kawan dengan Mr Teddy jek..Dan tak tahu lah pulak camne kesudahan Si Nerd yang baik itu..Harap-harapnya Nerd tidak melupakan Shrek..Walau pun Shrek adalah makhluk yang jahat..

Sekian cerita merepek aku malam ini...

p/s : I hate public transports..They are so smelly...super duper pack and always late...

Tuesday, November 9, 2010

Manusia Bermulut Tempayan..



Hari ini adalah hari yang indah..Seperti biasa..langit masih lagi gelap pada jam 5.40 pagi..Kedinginan udara pagi muncucuk liang roma badan aku..Kenyamanan suasana selepas hujan menggoda aku untuk terus tidur.Terasa malas diri ini untuk bangkit dari tidur yang lena.AHH..Lantas aku kumpulkan segala kudrat aku melawan segala syaitan yang telah beranak-pinak dalam badan aku nih..Aku gagahi kaki ini melangkah ke bilik air untuk mandi..

WHOA..Pagi yang indah..Alhamdulillah..Kesakitan semalam telah hilang sedikit..Segala puji bagi Allah yang Maha Penyembuh..

(bla..bla bla...)

Pada pukul 7 setengah Macam biasa..Hari ini aku pergi makan dengan salah seorang sahabat aku...Takkan lah dengan awek pulak kan..Sorry arr..Aku takde awek..Loser lah katekan..Oh..Lantak ahh..Kitorang pun pergi je lah makan kat sana sambil borak-borak tentang benda tak penting...

Tiba-tiba seorang kawan aku datang..Kitorang pun borak-borak jugak..Hmm..Sampai satu part..tiba-tiba dia bertanya kat aku..

SF : Arip, ko pegi grand dinner tak??
AS : Tak ( aku pergi sebenarnya..malas lah nak bagi tau orang)..Apsal weh??
SF : Takdelah..Bukan ape..Semalam ada orang cakap satu gosip liar tentang ko..Dia cakap ko ni macam poyo gak ahhh..
AS : Oh..ini mesti pasal konsert tu kan??
SF: Yup..Dia cakap ko ni macam poyo gek laa..Dia rasa macam weird kenapa konsert tu aku boleh pegi tapi tak nak pergi grand dinner sebab ko cakap grand dinner tu lagho la aper laa kan..
AS : OH OK fine...Sape ek budak bermulut lancang tuh??
SF: Aku lupa lah..Sorry lah yek..

(bla...bla..bla..)...

Pada masa tu aku dah baran giler..Come on lah wey..Sape tak bengang kan kene kutuk belakang-belakang..Seriously aku tak sangka budak ausmat lelaki muslim boleh buat aku macam nih..Sungguh aku tidak sangka..Aku ingat budak ausmat lelaki ni baik..tapi same jek..Kutuk belakang gak..CISS...

Aku rasa orang Malaysia memang macam ni kot...Pantang nampak silap sikit ada je lah nak condemn..Tak boleh ke buat hal sendirik??Ke dah tak ada keje sangat nak buat..What i can say is you are kambing..Semua benda yang aku buat nak kritik...Hampir semua perkara..OK..Aku nak bagi contoh...

Hari ini Kak Kiah pakai baju warna Oren..Dan orang ramai mula kritik yang warna Oren yang dia pakai itu teralu striking..Keesokan harinya dia pakai warna hitam lak..Dan dia mula dikritik lagi..Ape kejadahnya pakai baju warna hitam pagi-pagi camnih..Keesokannya lagi dia pun mengambil keputusan untuk tidak memakai apa-apa warna..Dia pakai baju warna putih lak..Tapi orang masih lagi mengkritiknya..Apa Kak Kiah ni dah nak mati ke pakai baju putih??What??This is reality..This is Malaysian..Bermulut tempayan..But not all Malaysian..just some of them..

Tapi kan..Lantak ahh aku nak buat apa pun..Apa kau kisah haa???Nasib baik lah si SF tu buat-buat lupa sapa yang bagi tau dier benda nih..Aku dah boleh baca body language dier...Kalau aku tahu lah sapa budak tu mesti hubungan kitorang keruh..But who really cares??I dont care bai..

Aku sangat terkilan sebab perkara yang aku pergi konsert sering menjadi perbualan hangat..Eleh..mesti diorang jeles sebab tak dapat pergi..Aku tahu benda tu silap..Dan aku dah dapat pengajaran dari benda itu..Tapi kenapa sebab aku pergi situ je diorang nak pandang serong kat aku..YELAH..THATS my BIGGEST mistake ever kan..Tapi aku pergi sana ada kesan kepada  kau  ke wahai si mulut longkang??Tidak sama sekali kan??Aku tak pastilah pulak aku pergi sana ada orang yang terus dapat stroke or sakit jantung ke hape kan..Mustahil lah pulak..Aku amat konpius kenapa benda ni sering diperbualkan..SIBOK Tol..

Ke dia ni one of my big fans??Yang berasa kecewa sekiranya aku tak datang grand dinner.Tapi tak mungkin kot..Aku ni manalah ada peminat..Gila ke hape...Oh tapi aku masih tidak dapat mengerti dan tak faham kenapa nak ungkit benda tuh??Tak puas hati cakap je lah sebelum aku pergi..Ni cakap selepas aku pergi sana..Pastu aku balik-balik lak terus kena kutuk dan kritik macam macam kan..Sangat BUSUK HATI kau wahai manusia...Kritik orang lain je kerja kau..Apa kau ni perfect sangat ke??

Hakikatnya, aku adalah manusia biasa seperti mana yang aku telah tekankan kat heading blog nih..Aku bukanlah manusia super..Aku bukanlah seperti rasul yang maksum..Dan aku bukanlah manusia jadian..Tetapi aku sebenarnya adalah manusia biasa..Yang buat silap..dosa dan maksiat..Tapi mengapakah ia harus menjadi perbualan dari "BIBIR KE BIBIR"?Aku tidak menyangka bahawa benda itu akan menjadi satu isu besar yang boleh membawa impak yang sebegini besar..

Apa-apa pun, Kepada insan yang bermulut tempayan itu...Pertamanya aku nak mintak maaf sebab panggil ko mulut tempayan, mulut busuk dan mulut longkang (Dah kutuk puas-puas baru mintak maaf,hahaha)..Mungkin aku ada buat salah kat ko ke kan sampai ko tak puas hati dan ungkit benda tuh..Tu je kot...Thanks sebab kutuk aku..Silalah kutuk aku lagi.Aku suka..Rasa macam artis lah pulak bila gosip-gosip liar melanda diri ini (positive thinking)...Muahahaha..

p/s : This event spoil my day...It sucks..

Monday, November 8, 2010

THANKS DUDE

Ini adalah penghargaan yang tidak terhingga kepada sahabatku yang seorang ini..
Dalam saat-saat genting macam ini, beliau mampu menolong aku sekali lagi..
SERIUSS BAIK...
Oh..apakah yang mampu aku lakukan untuk membalas jasanya??
Dorongan beliau sudah cukup menjadikan aku lebih kuat hari ini..
Walaupun aku tak seberapa sihat jawab kertas BIO tadi..
Oh Allah..bantulah aku dan sahabatku..
Supaya kami berjaya di dunia dan akhirat..
THANKS SAHABAT..

Sunday, November 7, 2010

AKHIRNYA

Dalam kilauan kaca..akhirnya aku terjumpa permata yang telah lama aku cari (ayat klishe..boooringgg...)..Apakah itu?? Oh..aku telah menemui seorang lagi kawan yang boleh aku anggap sebagai sahabat sejati aku akhirnya..A true friend..The great pal..Yess..Terima kasih Allah kerana menemukan aku dengan beliau..Selama ini aku tidak perasan..Tidak pernah..

Bila aku berada dalam saat-saat sukar..dia ada di sana memberikan bantuan dan sokongon.Dan bukannya orang lain...Walau pun dia tak tahu cara nak motivate aku (dia yang bagi tau) tapi sekurangnya-kurangnya dia cuba..Itu adalah cukup bagi aku bersemangat untuk meneruskan sisa-sisa kehidupan aku yang berbaki ini...

TERIMA KASIH ALLAH..
TERIMA SAHABAT...

Itu je yang mampu aku ucapkan..