Saturday, November 21, 2009

APAKAH PERI PENTINGNYA BERJEMAAH??

Teringat kisah aku pada minggu lepas.Masih lagi segar dalam otak aku yang agak bijak ni (perasan betul).Ketika itu, aku berada di Masjid Negeri Selangor untuk menunaikan Solat Jumaat seperti kebiasaannya. Hidup jauh dari kampung halaman memberikan banyak pengajaran…


CERITANYA BERMULA LEBIH KURANG MACAM NI….

Matahari sudah berada tegak di atas bumi Shah Alam. Pada bila-bila masa ia boleh gelincir sedikit menunjukkan masuknya waktu Zuhur.Namun begitu pada masa itu,aku masih lagi berada di kolej.Jarak antara kolej dgn Masjid Negeri lebih kurang 1km jauhnya.ALHAMDULILLAH..Hari ini aku dapat tumpang kereta Syafiq Fitri ke sana.Kalau tak,miss lagi lah Jumaat aku…

Sebaik sahaja tayar kereta Kancil memasuki tapak parking Masjid,terdengar suara merdu muazin mengumandangkan Azan dari corong speaker.Aku terus bergegas mengambil wuduk dan mengambil saf di tingkat atas.Sambil berjalan menaiki tangga,sesekali terdetik juga niat untuk mengumpat insan-insan yang menaiki escalator..Pemalasnya mereka ni..Naik tangga pun malas ke??

ADUH…

Oleh kerana khatib belum memulakan khutbahnya,aku sesekali menjeling ke arah khubah (khubah terbesar di asia,kot)dan manusia yang melintas di hadapanku.ISHH..Lambat lah pulak pak imam hari ni…Aku mula buat muka sambil terus memerhatikan insan-insan yang lalu di hadapanku.Ada yang gemuk,ada yang tinggi,ada yang kacak,ada yang hitam,Semuanya ada di sini.Tak ada apa-apa yang menarik pun kat mereka ni tapi aku terus melihat mereka…

Tiba-tiba,kelihatan seorang insan yang melintas kat depan aku sambil melihat perbuatan aku.Wajahnya amat bersih dan jernih dari dosa.Umurnya dalam 30an dan agak tinggi.Yang aku hairan, tiba-tiba dia senyum tepat ke arahku.EHH!!Pelik la pulak.Aku tak bawak camera pun.Dan takde lah pulak aku cakap cheese kat uncle tu.Mungkin dia cuba sampaikan mesej tersembunyi kot??

HAH!!Aku dah faham.Mungkin beliau cuba beritahu aku yang aku patut senyum selalu...OK!YELAH uncle!!!Aku akan cuba tersenyum…

P/S:SENYUM ITU SEDEKAH…

HAH!!!

************************************

Berbalik kepada tajuk post ni,aku ada satu lagi peristiwa yang berkaitan…

AL-KISAHNYA…..

Masa tengah masyuk menonton TV,tiba-tiba lak poket seluarku bergetar.Aku terus meraba dan mencapai telefon bimbitku di dalam poket.OHH!!!Ada call rupanya.Dari junior sekolahku,Brad Pitt.

“Salam.Bro,saya ada masalah la.Minggu depan dah nak SPM nih.Tapi saya tak ingat apa-apa lah.Tak tau kenapa…,”kata Brad Pitt (bukan nama sebenar).Aku pun balaslah,”Salam.Kau ni Brad Pitt,cuba lah bertenang sikit.Cerita dari A sampai Z satu persatu.Apa masalah kau??”

“Camni lah.Minggu depan saya dah nak SPM.Tapi otak saya kosong sekarang.Tolong lah saya.Short-term memori saya ada masalah la,”kata Brad Pitt dengan nada yang penuh simpati.Cuba bayangkan pada masa tu, dalam persekitaran yang gelap sambil disuluh oleh spotlight ke arahku,aku dengan perasan bagus terus menjawab,”Jawapan kepada masalah kau adalah study group.Tak perlu diragui lagi!!”

(Perbualan ni sebenarnya panjang tetapi telah diolah oleh penulis bagi menjimatkan ruang)

Mungkin ada yang pelik dgn nasihat yang aku berikan kepada Brad Pitt tadi.Study group??HAH?Camnilah.Sebenarnya, konsep study group telah lama ditekankan oleh Islam iaitu konsep berjemaah itu sendiri.Berjemaah membawa maksud melakukan sesuatu perkara lebih dari seorang(kalau aku tak silap tafsir).Manusia sebenarnya amat lemah.Sebab itulah Allah telah menekankan konsep berjemaah kepada makhluknya yang bernama manusia.S olat berjemaah,bukak puasa berjemaah,jalan berjemaah,TAHU TAK KENAPA???

Persoalan yang cukup mudah untuk aku tanya kepada kalian semua.Pernahkan anda mematahkan sebatang lidi dengan segenggam lidi?Yang manakah lebik mudah dipatahkan?Sudah tentulah sebatang lidi kan??Dengan berjemaah,manusia yang lemah akan menjadi kuat.Tapi apa kaitannya dengan solat,puasa dan jalan secara berjemaah?Kalau nak tau,korang cari la ustaz,ulama atau mana-mana mufti yang terdekat.Aku malas nak bincang.

Tapi apa yang aku pasti,dalam menunut ilmu,kita kena lah berjemaah jugak.Tak boleh blaja sorang-sorang.Nanti tension.ALHAMDULILLAH,kat tempat aku melanjutkan pelajaran sekarang ni,kami mengamalkan konsep tersebut.Yang pandai akan membantu yang keldai.Yang hebat akan membantu yang lemah.Tapi ada jugak yang belajar sendiri-sendiri.Hmm..Budak sekolah harian la tuh…

Cukuplah tu.Aku cakap banyak-banyak pun tak guna.Aku ni bukan sape-sape pun,Aku bukan ustaz,mufti,ulama’ tafsir,guru besar,pengetua sekolah,pelajar cemerlang mahupun anak mithali.Aku hanyalah seorang insan biasa yang tah ape-ape tah.Lagi pun,tangan aku dah letih menaip.Nanti tak pasal-pasal cramp pulak.Dah satu hal pulak.OK..SALAM….

HAH!!!

**********

Thursday, November 19, 2009

-2012-

Musim tengkujuh tiba lagi.Seperti kebiasaannya, hujan turun mencurah-curah dari langit membasahi seluruh muka bumi kampung tempat aku tinggal.Sekali sekala kilat terpancar di langit menghidupkan suasana hujan.AHH..Abaikan semua itu..

Teringat kisah aku dan beberapa sahabat pergi ke Berjaya Times Square minggu lepas.Perjalanan dari shah alam ke KL sudah cukup untuk membuatkan sahabatku,Ammar pancit seperti baru menghabiskan larian 1000 meter,sebab dia tak ambil sarapan lagi.Kesian dia.HAHA..Anyway, sampai je kat KL Sentral kami terus menyerbu food court kat situ.Aku dan Ammar terus mengORDER chicken chop.OPSS..Sorry..Aku yang order chicken chop utk Ammar manakala ammar lak beli kan aku TEH TARIK..

Selepas membaca doa,aku mula menelan nasi suap demi suap.ERGH..Adakah ini digelar CHICKEN CHOP???Sungguh menyedihkan.Banyaknye lemak kat kulit ayam niyh.Sambil makan, terpaksalah aku membuang lemak2 ayam yang tersisa baki.Maklumlah..Aku ni memilih skit bab2 makanan.Rasa macam nak muntah la pulak makan lemak binatang ni.Tapi,aku hairan betul tengok gelagat manusia yang suka sangat makan lemak ayam nih.ADUH!!

Selepas makan,kami bertolak ke destinasi.Lebih kurang 10 minit,akhirnya kami tiba.Kesian si Hariz dgn Syahid jalan terhencot-hencot.Sape suruh main kat court basketball tak pakai selipar.Kan da melecet kaki kau.Dah la bende tu ade gentian kaca.APALAH!!.Dipendekkan cerita,hari tu kami pergi menonton filem 2013.Eh silap..2012.HAA..

Cerita tu mmg saspens.Sepanjang hidup aku tek pernah lak aku tgk cerita se'saspens' cerita tu.HAHA..Ending dier lak ader orang tepuk tangan.Sebagai seorang pengkritik filem yang berjaya,aku bagi filem nih 5 bintang tau. Bukan senang nak dapat 5 bintang dari aku. Teknologi kat dalam filem tu mmg maju giler. Kereta, graphic generator dan lain2.PEHH!!! HATS OFF la.

Lepas tgk wayang,kami terus makan.Kat Secret Recipe.Aku ingatkan best sangatlah secret recipe ni.Tapi..HAMPEH JUGAK!!!Kenapa lah makanan kat KL ni hampeh2 belaka.MAHAL lak tu.Nyesal tak sudah pak cik tau.Harap mahal je lebih..Lepas makan malam,kami terus bergegas pulang.Eh..KEJAP..Aku ade satu kisah lagi nih.Masa nak naik monorel ke KL sentral, aku singgah kat satu kedai.Nak beli short utk sukan.

LEBIH KURANG BEGINILAH AL KISAHNYA........................

Sampai je kat kedai tu,aku terus bertanya kepada uncle Bangla tu,"HOW MUCH IS THE SHORT??"

Dengan muka yang selamba uncle tu bertanya kat aku balik,"Kau ni orang Malaysia atau orang luar negara??"

PEH!!!Mendalamnya ayat Bangla sekor nih.Nak je aku blah terus dari kedai tu..Aku pun jawablah,"Dari Malaysia lah..Habis tu???"

"Kalau U ni orang malaysia,cakap BM lah,"kata Bangla tadi...

"LAHH!!!Tu je ke??Apsal pak cik nak kecoh2 sangat???Cakap la pak cik tak paham saya cakap ENGLISH pastu nak cover yang pak cik tak paham kan???,"aku menengking pak cik tu.TUMPUAN ORANG AWAM BERALIH KEPADA KAMI.Dan aku menambah lagi,"WHATS WRONG WITH the ENGLISH??ITS JUST A KINDA LANGUAGE OK??Kalau setakat HOW MUCH tu,budak tadika pun boleh paham!!KAN??".OK2..Cukuplah tu.Aku ngaku yang ayat aku ni saje2 ditambah bagi menimbulkan suasana dramatik macam dalam filem tu.HAHA..Aku tekdelah sekejam ini de.Sebenarnya,aku hanya mendiamkan diri je dari tadi..Malas nak layan pak cik tu..Lepas beli seluar..aku lekas2 cabut dari situ...

Selepas beberapa ketika menunggu,komuter pun tiba.Nasib aku mmg baik sebab dapat tempat duduk.HAHA2..Bestnyer..Aku dah offer kat HARIZ tempat duduk tu.Sape suruh dia tak nak duduk.Aku pun duduklah dengan riangnya.Walaupun aku duduk,tapi aku tetap tak selesa.SAKIT HATI!!GERAM!!Semua perasaan ni bercampur baur..Nak tahu kenapa??Sebab ada perempuan ni pakai s*xy sangat..Tambah pulak dier duduk kat sebelah aku.TAK GUNA PUNYA MANUSIA..SYAITAN!!!"Ya ALLAH, peliharalah aku,keluargaku dan sahabatku dari melakukan dosa terhadapMu.."

Kenapa korang sume tak nak tutup aurat??Dah lawa sangat lah??Bagi aku,korang takde lah lawa mane sangat de.Mati nanti jadi mayat jugak.Berulat lagi.Kalau nasib korang baik,dapatlah masuk syurga.Tapi dah korang tu bukak aurat sana-sini..pakai baju macam dah nak terkeluar bende tu,ditambah pulak dengan dosa pergaulan bebas..DAH SAH lah korang tak dapat syurga..Habis tu kalau tak dapat syurga pergi mane??NERAKALAH..Mane lagi.Takkan tengah2 lak.Sape ajar ko??

Kan dah mula tazkirah aku tu..Baiklah..Cukuplah sekadar aku berceloteh di sini.Nanti cakap lebih2 bertambah pulak dosa aku nih.

-SALAM-

Sunday, November 8, 2009

-KEMENANGAN SI RUSA-

~Hmm..Aku menghela nafas memulakan cerita.Kepenatan menyerap masuk ke dalam tulang empat kerat aku.Hujan sudah berhenti turun.Kucing tidur kesejukan di celah-celah kasut.AHH.KESIANNYA.Hmm..Biarlah dia dengan dunianya..

ISHH..Apa yang aku merepek ni?OK..Kita teruskan kepada idea utama kisah kali ini.STRAIGHT TO THE POINT la kan.Tepat jam 840 malam,aku terus menapak ke bilik tv.HAHA..Sudah tentulah bagi menyaksikan perlawanan akhir piala malaysia.Antara N.Sembilan dan Kelantan.Perlawanan malam itu amat dramatik.RAMAI yang menjangka bahawa Kelantan akan memenangi perlawanan tersebut.Namun, manusia memang lemah.Mereka hanya mampu meramal. Tetapi takdir telah menentukan bahawa N9 telah menjadi pemenang perlawanan tersebut.Pintu GOL Kelantan telah di robek oleh penyerang muda dan berbakat skuad si Rusa.Begitu juga dengan EGO mereka. Semuanya telah lebur seperti air yang mengalir..

AHH..Abaikan semua bende2 tu sume.PERSOALANNYA, aku amat terkilan melihat perlakuan penyokong pasukan Kelantan yang amat liar.Mereka seolah-olah sudah hilang pertimbangan.Mercun dibaling merata2.Kesian aku lihat kepada camera man yang bertugas.Ada yang tercedera terkena mercun sesat.Nasib baiklah tidak buta.Ada kerusi yang dibakar.STRAIGHT TO THE POINT.Diorang ni takde AKAL ke?Aku kat sini tak nak lah menjadi bias.Kepada penyokong Kelantan yang baik2 tu aku hormat.Terima kasih kerana manghormati pemain dan orang lain. TETAPI aku amat bengang kepada mereka yang suka buat HAL.

Entah apa pemikiran mereka aku pun tak tahu.KERUSI dibakar.Pemadam api yang bertugas memadamkan api dibaling dengan botol.Mercun dibakar dan dibaling ke tengah padang.Apakah ini semua? Mengapakah mereka bersikap sedemikian. Kalau dah kalah tu terima je la.Jangan lepasken geram kat orang lain pulak.Tak ke BONGOK tu.

Aku ni takdelah sape2 pun.Aku bukan ulama' besar.Dan aku bukanlah seorang ustaz.Tapi aku juga seorang khalifah di muka bumi ini.Aku amat sedih melihat perlakuan manusia yang semakin gila.Terutamanya bagi bende2 keduniaan aku.Tapi aku rasa masalahnya adalah kapada manusia itu sendiri.ASSABIYAH DAN FANATIK.Itu lah masalahnya.

ASSABIYAH??Mengapa assabiyah?Aku amat sedih.Kerana aku sendiri mengalami pengalaman bersama manusia2 yang bersikap assabiyah.Lebih spesifik,rakan kelas aku sendiri.PAHAM2 JE LA YE.AHH.Tertekannya aku.Tak sangka.Maksud aku kat sini, kenapa perlunya assabiyah??Benda ni aku tujukan tepat kepada mereka yang berasal dari pantai timur.

MENGAPA PERLUNYA ASSABIYAH??

Adakah aku ni low standard sampai korang sume fikir korang tak layak berbaik2 dgn aku?HELLO korang sume.Ingat sikit.Korang tu pun manusia biasa je.BUKAN NABI.BUKAN RASUL dan BUKAN NABI.Kenapa assabiyah??Siapa dapat jawab persoalan ini aku tabik spring.Sudah banyak pengalaman aku bersama insan2 yang bersifat assabiyah.Cukuplah!!Aku sudah penat untuk menerima semua ini.Aku dah buat keputusan.Cukuplah sekadar aku membenci dalan hati.Sudah penat aku melunturkan assabiyah dalam diri mereka.Tetepi mereka tetap sama.Tidak berubah walau sedikit pun.(ERGHH..JIWANGNYA POST NI).

OK.Cukuplah aku merepek setakat ni.Aku berasa amat bersyukur dikurniakan sahabat2 yang baik.FIKIR2 kan lah.MANUSIA SUDAH GILA..

Friday, November 6, 2009

-AKU SUDAH KEMBALI-

Lalat terbang kegembiraan menikmati nikmat rezeki Ilahi di tong sampah.Kucing tidur kekenyangan si bawah tangga. Langit kelihatan mendung menunggu masa untuk menurunkan hujan.Hari ini aku bernasib baik sekali lagi.ALHAMDULILLAH.Soalan KIMIA tidak adalah sesusah MATH studies. Aku berjaya menjawab semua soalan walaupun kadang2 ade soalan yang agak keliru sedikit. Terima Kasih Tuhan yang telah memudahkan urusan aku pada hari ini.

Nampaknya, hari ini berlalu seperti biasa lagi.Tiada menunjukkan tanda2 kiamat besar. Namun begitu, segalanya mungkin berlaku dengan izin Allah. Seperti kebiasaan, keadaan surau cendana amat lengang. Mungkin manusia di sini terlalu sibuk diulit mimpi indah.Atau pun mungkin juga mereka tertidur kepenatan. AHH..ALASAN KARUT je tu. Kalau pergi kedai makan boleh la pulak lepak berjam2. Tapi apabila dalam bab solat berjemaah, semuanya lari. Yang paling menyedihkan, ada juga insan yang langsung tidak solat.

ADAKAH AMALAN MEREKA SUDAH CUKUP??TEPUK DADA TANYA IMAN.

Keadaan di surau amat lah bosan.Tidak sampai satu peratus dari keseluruhan budak cendana sanggup ke surau.Buktinya, ahli jemaah boleh dikira dengan jari. Adakah bilangan itu sudah cukup ramai?Entahlah.BIARLAH mereka dengan kehidupan mereka.

Walau bagaimana pun,aku SUDAH KEMBALI menjadi blogger yang aktif. Aku telah menjadi seorang yang baru.Bukan blogger biasa. Tetapi blogger yang akan menggegarkan dunia (mungkin).DENGAN MISI DAN VISI yang baru.

Thursday, November 5, 2009

~MAMAK OH MAMAK-KORANG MMG PENIPU...~

Seperti kebiasaan, petang ni hujan lagi.Air mencurah-curah turun ke muka bumi membasahi jalan tar.Sang katak memekik kegembiraan manakala si kambing berlari ketakutan mencari tempat berlindung.Kilat sekali sekala muncul di langit gelap.Kelihatan seorang lelaki menuju ke kedai untuk mendapatkan fail.Senang cite, laki yang dimaksudkan tu aku la.Masa tu hujan sudah sedikit reda.

Aku berjalan menuju ke Syarikat Seri Alam.Untuk mendapatkan sekaping fail murah.Pada masa itu, aku sedikit mamai kerana baru bangun tido. Aku masuk ke kedai aku terus mencapai fail berwarna kuning seperti yang diminta madam K. Tanpa memeriksa harganya aku terus pergi ke kaunter untuk membayarnya.

RM2.90..harga yang terpampar di mesin duit.

WHAT??Fail yang sepatutnya berharga rm1 dijual RM 3.Pada masa itu, aku terasa ditipu.Amat2 menyesal.Kenapa ada sesetengah orang yang sanggup menipu orang lain dalam perniagaan??Termasuklah kau mamak.MAMAK penipu.Lepas ni aku bernekad bahawa aku takkan menjejakkan kaki ke kedai2 korang(except MYDIN ok).Dasar penipu.CEKIK DARAH.KUKU BESI.MAYAT HIDUP.Petang tu aku telah membuat dosa kerana memaki kedai itu.Kalau boleh,mahu je aku membakar kedai tu.Tapi takpe.Aku masih lagi bertimbang rasa.

Tapi kenapa ada sesetengah orang sanggup menipu dalam perniagaan??MACAM lah aku tak tau fail yang aku beli tu MURAH??Mungkin sebab mengejar keuntungan sehingga mengetepikan prinsip muamalat.Aku belajar PSI ok time f5 dulu.Kita imbas sedikit sirah RASULULLAH saw.Dalam berniaga baginda amat jujur orangynya.Barang2 yang dijual baginda amat laris dan cepat habis.Sehinggakan orang kafir cemburu melihat perniagaan baginda yang berjaya.

OK.Takpelah manusia.AKU dah berAZAM.Lepas ni, aku takkan menjejakkan kaki ke kedai MAMAK.NEVER!!Betul cakap bapak aku.MAMAK=MAHAL.