Saturday, April 17, 2010

LIFE JOURNEY ( SIREH, 2009)


Ini adalah sebuah kisah. Kisah benar di mana aku telah terbaca sebuah kisah dan cerita..Kisah yang diberikan tajuk SEMPURNA..



Semua orang menginginkan kehidupan yang SEMPURNA..



Ada yang ingin kelihatan cantik dan SEMPURNA dalam menjalani kehidupan setiap hari..




Ada juga insan yang ingin memiliki keBIJAKsanaan yang SEMPURNA




Ada pulak yang menginginkan PERNIAGAAN YANG SEMPURNA



Ada jugak insan yang ingin menjadi BLOGGER yang sempurna



Ada yang sentiasa mencari PASANGAN SEMPURNA



Ada yang sentiasa ingin menyempurnakan rekod peribadi



Ada yang ingin merubah bentuk fizikal supaya jadik lebih SEMPURNA



Namun, adakah kita sedar..dalam mencari kesempurnaan dalam kehidupan kita seharian..PERNAH tak kita temui kesempurnaan??!!WUJUDKAH dunia yang BENAR-BENAR SEMPURNA??Seronokkah hidup ini jika segala-galanya sempurna?Jika segala-galanya sempurna..Apakah yang perlu kita cari lagi??Apakah dia kehidupan sempurna??Wujudkah manusia yang benar-benar sempurna??


 

Sedangkan SUPERMAN pun ada kelemahan tersendiri..



Miss World yang menang wanita paling cantik dan sempurna pun ada kelemahannya...

Kadang-kadang..yang tidak sempurna dan huduh pun turut memberikan keseronokan



HAKIKATNYA..Tidak pernah wujud manusia yang sempurna..(WALLAHUALAM)



Tapi..Tuhan jadikan kelemahan itu ada sebabnya



Yang bijaksana akan megajar ilmunya kepada yang masih muda akalnya



Yang mampu dan kaya diharapkan dapat membantu yang susah dan derita...



Yanh kuat membantu yang lemah.Yang berkelebihan akan membantu yang serba kekurangan, yang jahat pun memerlukan nasihat, yang baik pun perlukan yang sesat untuk mempelajari makna hakikat..Kita sesama kita akan saling memerlukan..Ketidaksempurnaan itulah yang menyatukan manusia.Tidak mungkin akan wujud kehidupan yang sempurna di dunia..



KERANA SEMPURNA ITU HANYALAH MILIK ALLAH...


LOVE:
 ARIF

1 comment:

reaksi dan respon